Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Terkedu rasanya mendengar harga seunit kediaman yang ditawarkan oleh pemaju apartmen One Hyde Park di London ini!
Begitu pun, nilai RM55 juta mungkin tidak menjadi masalah bagi individu bergelar jutawan dan mahukan kediaman umpama hotel mewah seperti ini.
Memetik Mail Online, harga seunit pangsapuri mewah ini kira-kira 56 kali ganda berbanding kediaman biasa di sana.
Bagaimanapun, kediaman tersebut hanya mempunyai satu bilik tidur sahaja iaitu di tingkat bawah, sementara bahagian ruang tamu dan dapur terletak di tingkat atas.
Tapi, jangan main-main ya kerana bilik tidur tersebut amatlah besar dan turut dilengkapi dengan bilik air mewah.
Pihak pengurusan One Hyde Park turut menyediakan pembantu rumah, pengawal keselamatan terlatih, dobi, pawagam, sauna dan banyak lagi termasuklah perkhidmatan bilik dari Hotel Mandarin untuk para penghuninya.







MEMILIKI gaji lumayan, tak hairanlah jika seseorang atlet mampu berbelanja besar bagi mendapatkan kereta mewah idaman mereka.
Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah penemuan sebuah keratan akhbar dipercayai dikeluarkan pada tahun 1986 bertajuk “Pemain Wilayah Mewah”.
Melalui keratan akhbar yang dikongsikan oleh peminat kenderaan antik di laman Facebook, ia sememangnya sangat menarik apabila melihat definisi kereta mewah 19 tahun dahulu.
Honda, Mitsubishi dan Toyota adalah antara jenama pilihan pemain bola sepak di Wilayah Persekutuan.
Antara pemain yang dipaparkan termasuklah Otai bola sepak negara seperti Shebby (Sergabeth) Singh, Razip Ismail, Fandi Ahmad dan Saidin Osman.
Kadar harga bagi setiap kenderaan mewah mereka adalah antara RM11,000 sehingga RM47,000.
Jika diikutkan dengan kadar semasa sekarang, dengan harga Rm11 ribu kita boleh memiliki kereta apa ya?
Apa-apa pun, kenderaan paling legend adalah kereta Toyota Truno AE86 milik Fandi Ahmad.
Model AE86 yang merupakan lambang prestasi Toyota pada waktu tersebut telah diadaptasikan ke dalam komik Jepun, Initial D, dan sampai sekarang kereta ini masih berharga RM50,000 walaupun ia telah memasuki pasaran hampir 20 tahun lalu.

TIGA murid sekolah agama cedera apabila sebuah van sekolah yang dinaiki mereka terbalik dalam satu kemalangan di Jalan Tembikai Utama, Taman Kota Masai di Pasir Gudang, Johor, pada pagi Rabu.
Ketika kejadian van itu membawa 15 orang murid, memetik laporan Harian Metro Online.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang datang dari arah Jalan Tembikai Utama cuai ketika keluar dari simpang tiga di lokasi kejadian.
“Akibat perlanggaran itu van sekolah terbabit terbalik di atas jalan,” katanya.
Semua pelajar sekolah yang berada dalam van sekolah berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut. -MYNEWSHUB.CC

BEIJING — Akibat tidak tahan nafsu melihat punggung dua orang penumpang wanita cantik, seorang lelaki ditahan polis China kerana melancap sebelum sempat memancutkan air mani terhadap mangsa, lapor akhbar tempatan pada Selasa.
Kejadian dilaporkan berlaku pada Khamis lalu kira-kira pukul 8.30 pagi di dalam gerabak kereta api bawah tanah yang penuh sesak di Shanghai dan ini merupakan kes kali kedua melibatkan lelaki pelancap kemaluan sendiri di bandar raya itu.
Menurut akhbar, suspek sebelum ditahan pihak polis dilihat oleh beberapa penumpang lain sedang leka meraba-raba punggung dua orang wanita yang agak seksi ketika tren bawah tanah Laluan II baharu tiba di stesen Chaoyang Road.
Geram melihat aksi bersahaja suspek, mereka kemudian segera menahan lelaki itu ketika dia cuba menggosokkan zakar untuk melancap dan nyaris memancutkan air mani dari kemaluannya ke atas tubuh wanita berkenaan.
Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu diserahkan kepada anggota polis tempatan sebaik sahaja kereta api tersebut sampai di stesen Jiangsu dan dia dilaporkan telah ditahan reman selama lima hari sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Pada November tahun lalu, seorang lelaki dituduh di mahkamah atas dakwaan melakukan pelancapan dan ketika saat ejakulasi, sperma suspek berjaya dipancut mengenai tubuh seorang perempuan di eskalator stesen Shanghai Circus World.
Sebenarnya di China memang ada pun pertandingan melancap peringkat kebangsaan (lihat gambar atas) dengan peserta terbaik yang mampu melakukan aksi pelancapan paling lama dianggap sebagai pemenang utama. – Agensi

PENDUDUK di Kampung Lubuk Punggur Simunjan, Sarawak malam tadi gempar dengan kehadiran seekor buaya yang muncul secara tiba-tiba dipercayai keluar ekoran bencana banjir yang sedang berlaku ini.
Lebih memeranjatkan, penduduk setempat mendakwa ada dikalangan mereka hampir dibaham binatang reptilia itu.
Bagaimanapun, buaya tersebut berjaya ditembak hingga mati sebelum ianya mengganas dan memburu lebih banyak mangsa.
Sementara itu, penduduk kampung yang terletak di jajahan Kota Samarahan ini meluahkan perasaan gusar dan bimbang jika kejadian tersebut berulang.
Menurut sumber, ketika musim banjir berlaku sememangnya perkara paling digeruni penduduk kampung ialah kemunculan buaya yang naik ke kawasan kampung.

Tambahan pula, kedudukan kampung yang terletak agak jauh daripada bandar ini juga menyukarkan bantuan untuk tiba.


AUSTRALIA – Pemain bola sepak Iran yang menyertai Piala Asia diberi amaran supaya tidak bergambar selfie dengan peminat wanita atau mereka akan berdepan hukuman.
Ketua Jawatankuasa Moral Persekutuan Bola Sepak Iran, Ali Akbar ketika memberikan amaran itu berkata, ini kerana pemain berisiko dijadikan sebagai alat politik jika mereka bergambar dengan peminat wanita.
Amaran itu dikeluarkan minggu lepas setelah gambar beberapa pemainnya bergambar dengan peminat wanita telah tersebar di internet.
‘Pemain kebangsaan sepatutnya sedar mereka tidak boleh melakukannya kerana ia boleh dijadikan sebagai alat politik dan gambar ini akan digunakan ke atas mereka kelak.
“Jadi berdasarkan perkara ini, maka pemain tidak dibenarkan bergambar dengan sesiapa. Jika mereka tidak menghormatinya maka kita akan ambil tindakan,’’ kata Ali.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan bentuk hukuman yang akan dikenakan itu.
Di Iran, wanita diharamkan daripada menghadiri sukan kaum lelaki, namun di Australia di mana kejohanan Piala Asia sedang berlangsung, tiada peraturan sama dikuatkuasakan.

Vienna – Bekas model Playboy yang bertukar kerjaya sebagai guru kini berdepan risiko dibuang kerja selepas dia dilaporkan gagal hadir ke sekolah, setelah mengalami kecederaan tulang belakang ketika membintangi program realiti, ‘Rendezvous in Paradise’.
Kegagalan Doris Kemptner, 25, yang juga bekas Miss Vienna, untuk mengajar, telah mencetuskan kemarahan ramai.
Malah wakil rakyat kawasan itu dihujani dengan surat dan emel daripada orang ramai yang marah dengan Kemptner dan mereka menyifatkan dia tidak sesuai menjadi guru.

Dia yang memiliki ijazah dalam bidang falsafah, psikologi dan sains nutrisi dari Universiti Vienna bagaimanapun bertekad untuk berdepan dengan mereka yang mengkritiknya.
“Saya tidak hadir ke sekolah hanya dalam masa empat jam sahaja disebabkan doktor memaklumkan bahawa saya tidak boleh terbang (menaiki kapal terbang).
“Saya tidak tahu kenapa saya diserang sebegini rupa tapi saya tahu akan ada yang cemburu,’’ katanya.
Kemptner menjadi model Playboy pada bulan April 2009 dan pada 2012 dia menjadi model muka depan majalah Playboy untuk edisi Belanda.

CHINA – Satu rakaman CCTV berjaya membongkarkan perbuatan kejam doktor dan jururawat di hospital sakit jiwa yang memukul dan menendang seorang pesakit dengan teruk hinggakan dia berkemungkinan lumpuh, jika dia masih mempunyai umur yang panjang.
Rakaman video yang mengejutkan itu juga menunjukkan bagaimana pesakit berkenaan, Zhao Yanli diseret dari katil dan turut dipijak.
Mereka dipercayai melakukan perbuatan berkenaan selepas Zhao dikatakan kurang ajar dengan salah seorang jururawat di situ.
Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan dipenuhi lebam oleh adiknya yang datang melawat.
Zhao kemudiannya dibawa ke unit rawatan kecemasan namun doktor memaklumkan dia mempunyai harapan tipis.
Malah jika dia selamat sekalipun, Zhao tidak mungkin dapat menggunakan kakinya lagi selepas ini.
Rakaman CCTV itu diperolehi oleh polis selepas pihak polis membuat serbuan di hospital berkenaan.
Keluarga Zhao kini mengupah peguam untuk menyaman hospital berkenaan kerana memukul Zhao yang mengalami masalah mental dan pada masa sama mereka tidak memberikan rawatan segera kepadanya.
Meskipun pihak hospital menawarkan pampasan sebanyak RM200,000, namun keluarganya menolak dan mahu mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

SUBANG JAYA – Yang dipesan cendol biasa tetapi yang dihidangkan cendol berisi lipas! Insiden meloyakan itu dihadapi seorang operator sebuah syarikat swasta ketika menikmati minuman itu di gerai tepi jalan di Subang Jaya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dine, 21, berkata, dia ke gerai berkenaan bersama empat saudaranya kira-kira jam 3.20 petang untuk menghilangkan dahaga.
Mangsa terus menikmati minuman yang dipesan tanpa menyangka terdapat hidangan tambahan dalam minuman terbabit.
Selepas beberapa kali mencedok minuman ke mulut, Dine mendakwa terlihat ada objek berwarna hitam dalam mangkuk tersebut.
“Bila dicedok saya terkejut ada seekor lipas mati dalam mangkuk. Kerana terlalu loya dan jijik, saya terus muntah di situ juga,” ceritanya kepada Sinar Harian.
Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Dine segera menunjukkan mangkuk cendol berisi lipas kepada peniaga namun aduannya tidak dilayan.
Lebih dikesalkan peniaga itu hanya ketawa sebelum menyuruhnya jangan berbuat bising.
“Saya kecewa dengan reaksinya, anak peniaga itu pula mengugut akan memanggil gengnya jika saya tidak berhenti buat bising di gerainya,” katanya.
Kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, Dine beredar dari gerai tersebut apabila anak peniaga itu mula menunjukkan kekasaran.
Dine membuat laporan kepada Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan meminta pihak berkuasa tempatan itu melakukan pemeriksaan kebersihan di gerai tepi jalan bagi mengelak insiden berulang.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, pihak majlis akan melakukan siasatan terhadap aduan tersebut.
“Sekiranya didapati ada berlaku pelanggaran syarat-syarat kesihatan, tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya. – Sinar Harian

Seorang penyanyi kumpulan rock balada yang terkenal sekitar tahun 90-an telah ditahan tengah malam tadi bersama seorang wanita dan dia didapati positif dadah jenis Morfin.
Kira-kira pukul 12.30 tengah malam, satu pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menyerbu sebuah rumah di Taman Keramat dan menahan seroang lelaki dan seroang wanita.
Hasil pemeriksaan polis, telah menemui satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin dengan berat kira-kira 1.2 gram di atas tilam di dalam bilik penyanyi itu.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek iaitu penyanyi itu mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.
Suspek juga dikatakan mendapat bekalan dadah dari seorang lelaki yang telah ditahan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Siasatan ketika ini masih diteruskan.
Wanita yang ditahan bersama penyanyi itu berasal dari Ampang berusia 32 tahun dan juga didapati positif dadah jenis AMP.