Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Shah Alam: Beg dalam beg. Itu taktik yang digunakan seorang wanita untuk membawa keluar beg tangan mangsanya dari sebuah surau dalam pusat beli-belah, di sini, untuk mengelak dikesan.
Bagaimanapun tindakan wanita berpakaian sopan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kawalan keselamatan pasar raya berkenaan kelmarin dan menyebabkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM10,000.
Mangsa Dayana Adnan, 36, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam ketika dia berada di surau berkenaan sementara menunggu Maghrib.
“Ketika itu saya meletakkan beg di satu bahagian dalam surau itu sebelum mengambil wuduk.
“Selesai mengambil wuduk, saya dapati beg saya tiada dan bertanyakan jemaah yang berada di situ, namun semua tidak mengetahuinya. Saya sangat terkejut dan sama sekali tidak menyangka pencuri itu berani melakukan jenayah dalam rumah ibadat,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, marah dengan kejadian itu, dia bertindak mendapatkan rakaman CCTV daripada kawalan keselamatan dan mendapati seorang wanita melarikan beg tangan itu dengan mengisinya dalam sebuah beg yang lebih besar.
“Saya mendapatkan beberapa kawan yang berada di kawasan kejadian dan selepas mendapatkan rakaman CCTV itu, kami dapati seorang wanita membawa keluar beg saya.
“Saya kini khuatir kerana dalam beg berkenaan terdapat beberapa dokumen peribadi serta kunci penting yang boleh menyebabkan suspek atau individu lain menyalahgunakannya,” katanya yang turut kehilangan telefon bimbit dan wang tunai.
Menurutnya, dia berharap individu bertanggungjawab itu memulangkan begnya dan akan memaafkannya serta menyelesaikannya dengan cara baik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tempat pembuangan sampah di Agbogbloshie, Ghana, Afrika Barat ini merupakan sebuah perkuburan besar bagi barangan elektronik. 

United Nations University (UNU) melaporkan, kira-kira 41 juta tan sisa barang elektronik dari seluruh dunia bernilai 34 bilion Pound Sterling dibuang di sini setiap tahun. 

UNU turut melaporkan hanya 6 juta tan sisa barang-barang elektronik tersebut dikitar semula.

Ribuan barangan elektronik seperti PC, laptop, televisyen, oven, peti ais, mesin basuh, telefon dan barang-barang lainnya yang sudah rosak dibuang di tempat pembuangan sampah raksasa ini. 

Negara-negara Eropah membuang kira-kira 11.6 juta tan sisa-e sepanjang tahun lalu, dengan Jerman merupakan negara paling banyak membuang sisa berkenaan diikuti United Kingdom.















Ramai peminatnya tahu, aktres cantik yang juga seorang ahli perniagaan ini turut terjun dalam arena nyanyian apabila muncul dengan single pertamanya, Sayangi Dirimu.
Namun, ada segelintir pihak mengkritik mutu vokal yang dimiliki empunya nama Nur Fazura Sharifuddin, 32.
Melalui laman Youtube, ada pengguna yang menasihati Fazura untuk terus kekal dalam bidang lakonan kerana bakatnya lebih menyerlah berbanding nyanyian.

Namun, bagi Fazura sendiri, dia enggan mempedulikan kritikan-kritikan tersebut dan akan terus melakukan sesuatu yang menggembirakan hatinya.
Memetik kenyataannya dalam portal MStar, “Terpulang, jika itu pendapat mereka dan orang boleh kata apa sahaja. Saya tidak mahu lagi peduli tentang apa orang kata kerana paling penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan hanya mahu memandang positif seperti mana mesej dalam Sayangi Dirimu.
“Sejak kecil lagi saya memasang impian untuk bergelar penyanyi tetapi rezeki terlebih dahulu dalam bidang lakonan.
“Bagaimanapun syukur akhirnya impian itu menjadi kenyataan biarpun mengambil masa untuk muncul dengan single pertama tetapi saya anggap ia ketentuan daripada-Nya.”
Tak mengapalah, mungkin Fazura ingin mencuba sesuatu luar dari normalitinya dan mencabar bakat yang dimiliki. Tak salah rasanya peminat tempatan memberi peluang kepadanya kan?

PETALING JAYA: Juara program Akademi Fantasia 2014, Firman kesal apabila latar belakang keluarganya dijadikan bahan jenaka dan hinaan pihak tidak bertanggungjawab di laman sosial.

Firman atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir, 26, berkata, tindakan sesetengah pengikut lama sosial mempersendakan keluarganya golongan miskin adalah sama sekali tidak wajar.

"Mengatakan keluarga saya miskin dan mempersoalkan tentang asal usul kami adalah kritikan paling teruk saya terima sejak bergelar anak seni.



"Saya tidak tahu mengapa perlu melibatkan keluarga sekiranya saya ada membuat sebarang kesalahan dan kenapa pula menjadikannya bahan jenaka," katanya kepadamStar Online.

Bagaimanapun kata penyanyi berasal dari Sabah ini, meskipun kecewa namun dia sedar satu-satunya jalan untuk menghentikan perkara itu dengan berusaha keras bagi meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga.

"Saya tidak terfikir untuk ambil tindakan dengan apa mereka katakan kerana ia tidak akan membuatkan saya menjadi lebih baik.


"Saya kena kuat menghadapi cabaran sebagai anak seni dan perlu berusaha mengubah kehidupan saya tambahan pula saya bukan berasal dari keluarga senang," ujarnya.

Dalam pada itu, Firman berkata, sejak bergelar artis dia mula sedar bahawa industri hiburan bukan seperti mana disangkakan sebelum dia bergelar penyanyi.

Jelas Firman, status juara AF 2014 bukan batu loncatan buatnya untuk mudah mengukir nama sebaliknya perlu berusaha keras agar bakatnya menyinar.

"Sebelum ini saya sering anggap kerjaya sebagai penyanyi ini cukup indah selain tetapi realitinya bukan begitu.

"Saya sedar menjadi penyanyi memerlukan saya sentiasa meningkatkan diri agar tidak ketinggalan kerana persaingan cukup hebat," jelasnya.

Sementara itu, Firman berkata, dia sedang dalam proses menyiapkan album sulungnya yang bakal berada di pasaran selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Kata Firman, pihak pengurusan turut memberikannya kepercayaan untuk menentukan hala tuju album berkenaan selain mencipta sebuah lagu berjudul Kau Yang Satu.

"Album itu nanti akan memuatkan tujuh buah lagu dan ia masih mengekalkan konsep pop rock dan berharap peminat akan menyukainya," katanya.


Mstar Online


PELAKON dan penyanyi Selena Gomez dilaporkan mempunyai hubungan cinta bersama pelakon Orlando Bloom selepas beberapa keping gambar mereka tersebar meluas melalui media sosial.

Menurut laporan Hollywoodlife, hubungan percintaan diantara mereka kini menjadi perbualan media kerana seringkali dilihat begitu mesra di khalayak ramai.

"Selena begitu selesa dengan perhatian yang diberikan oleh Orlando kepada dirinya dan dia juga beranggapan bahawa hubungan mereka amat sempurna," kata sumber.

Sumber juga menjelaskan bahawa Selena masih berhubung bersama Orlando walaupun dia sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pemnyanyi, Zedd.

Media melaporkan sehingga kini pasangan tersebut masih belum tampil untuk membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan cinta mereka.