Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Wilayah Formosa, Argentina - Kerana kelihatan terlalu cantik, seorang gadis, Julia Alvarez, 15, diserang oleh dua orang budak perempuan lain ketika dia sedang berjalan pulang dari melawat rakannya.
Menurut kenyataan dari gadis terbabit, dua orang budak perempuan terbabit, yang masing-masing berusia 16 dan 18 tahun menumbuk dan menjatuhkannya ke atas tanah.
Kemudian mereka mengeluarkan pisau dan berkata "Semua orang kata kamu cantik, Kamu takkan kelihatan cantik lagi selepas kami selesai dengan kamu. Sekarang orang akan panggil kamu Chucky".
Julia kemudiannya berkata kedua-dua budak itu menyerangnya dengan pisau secara bertubi-tubi di badan dan muka.
Julia telah menerima banyak jahitan di muka dan di badan. Salah satu luka di bahagian belakang badan Julia sahaja memerlukan 20 jahitan. Bayangkan sajalah berapa lagi jahitan yang diperlukan Julia dibahagian lain.
Gambar Julia telah menjadi viral di Facebook apabila ia dimuat naik oleh kakaknya yang geram dengan tindakan polis tempatan yang tidak mahu menyiasat kes tersebut
Pelbagai
Kuala Lumpur: Luluh hati seorang suami apabila isteri yang dirindui sejak enam bulan lalu ditemui sedang tidur bersama lelaki tidak dikenali dalam keadaan separuh bogel di sebuah rumah di Setapak di sini, semalam.
Difahamkan wanita berusia 20 tahun itu menghilangkan diri sejak April lalu selepas keluar dari rumahnya di Batu Caves, Gombak, dengan alasan mahu menziarahi ibunya.
Sumber polis berkata, wanita terbabit bagaimanapun menghilangkan diri menyebabkan suaminya berusaha menjejaki isterinya itu di merata lokasi.
Menurutnya, lelaki terbabit bagaimanapun menerima panggilan daripada rakan yang mendakwa terserempak dengan isterinya di kawasan Setapak di sini, jam 10 malam kelmarin.
“Lelaki terbabit bersama lapan rakan lain kemudian berusaha menjejaki isterinya itu selain bertanya orang ramai di kawasan berkenaan.
“Dia bagaimanapun mendapat maklumat isterinya itu tinggal bersekedudukan dengan seorang lelaki sejak enam bulan lalu,” katanya.
Isu Semasa
Bukit Mertajam: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh, memotong dan membakar mayat teman wanitanya dalam kejadian di Kampung Tok Keramat, Juru, di sini, awal pagi semalam.
Suspek dipercayai bertindak demikian untuk menyembunyikan mayat mangsa yang dikenali sebagai Intan, berusia lewat 20-an dan berasal dari Teluk Air Tawar, Butterworth yang sering berkunjung ke rumahnya.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu kemudian bersembunyi di rumah kenalannya di Bandar Baharu, Kulim, Kedah, namun berjaya dikesan dan diberkas oleh polis, pada jam 4.45 petang semalam.
Isteri saya bertambah curiga lalu memeriksa kawasan sekitar kediaman sebelummenemui serpihan tulang dengan kesan terbakardi satu lokasi kira-kira 50 meter dari rumah"
Abang ipar suspek
Abang ipar suspek yang enggan dikenali berkata, isterinya berasa tidak sedap hati selepas dimaklumkan oleh anak lelaki mereka dan jiran mengenai tindakan suspek membawa cangkul dengan badan berlumpur ke kawasan semak berdekatan rumah mereka.
"Isteri terus ke rumah adiknya dan menjumpai pakaian berlumuran darah. Adik ipar saya itu bagaimanapun terus melarikan diri menggunakan motosikal teman wanitanya, namun wanita itu tidak kelihatan pun di rumah terbabit.
Temui serpihan tulang
"Ia membuatkan isteri saya bertambah curiga lalu memeriksa kawasan sekitar kediaman berkenaan sebelum menemui serpihan tulang dengan kesan terbakar di satu lokasi kira-kira 50 meter dari rumah. Dia kemudian membuat laporan polis," katanya.
Sementara itu, Pakar Perunding Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Zahari Noor, berkata pemeriksaan terhadap tulang yang ditemui kira-kira jam 2 pagi semalam itu, mengesahkan ia milik manusia, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, berkata polis sudah membawa suspek ke lokasi kejadian untuk membantu mengesan anggota badan mangsa, manakala motif pembunuhan masih dalam siasatan. Bharian Online
Isu Semasa
USIANYA baru mencecah 22 tahun, namun seawal itu juga, dia sudah tujuh kali merengkuk dalam lokap disebabkan ketagihan dadah.
Itulah realiti kehidupan dilalui seorang anak muda dari FELDA Bukit Waha, Kota Tinggi selepas terjerumus dalam kancah penyalahgunaan dadah sejak lima tahun lalu.
Hanya mahu dikenali sebagai Bob, anak pertama daripada lapan beradik yang sebelum ini bekerja sebagai buruh binaan mengakui membelanjakan RM80 hingga RM120 sehari bagi mendapatkan bekalan bahan terlarang itu.
"Saya perlu kerja untuk dapat wang beli dadah, satu hari dalam dua hingga tiga gram (dadah) untuk dihisap pada sebelah pagi, petang dan malam.
"Gaji RM80 setiap hari cukup-cukup dan hanya akan dihabiskan untuk beli (dadah) heroin atau syabu," katanya ketika ditemui BH Online di Sepang, baru-baru ini.
Bob yang mula menghisap bahan itu pada usia 17 tahun, iaitu selepas tamat persekolahan berkata, beliau pernah berhenti menagih ketika menuntut di sebuah kolej kemahiran di Kulai, Johor, namun akui hanya seketika.
"Habis belajar, saya balik kampung dan daripada situ saya mula mencari dadah lagi, mungkin sebab pujukan kawan-kawan," katanya yang sudah kematian ayah dan tinggal bersama bapa tirinya.
Bob turut mengakui untuk mendapatkan bekalan itu tidaklah sesukar mana, malah stok juga sentiasa tersedia di pasaran.
Sesetengah kawannya juga katanya ada yang menjadi pengedar dan mampu memperoleh pendapatan sekitar RM300 hingga RM500 sehari dengan menjual bahan terlarang itu.
Sementara itu, seorang lagi rakannya yang hanya dikenali sebagai Ahmad, 22, dari Changlun, Kedah, menyatakan dia mula terjebak dengan najis dadah sejak di tingkatan tiga.
"Mula-mula itu saja cuba-cuba, masa lepas sekolah hisap sikit, RM10 hingga RM20 sehari, tapi lama-lama gian makin naik, sehari sampai RM120," katanya.
Beliau berkata, gaji RM80 diperoleh setiap hari sebagai pekerja buruh binaan digunakan semula untuk dijadikan pusingan modal menjual dadah.
"Biasa beli dalam lima gram, dua tiga gram akan saya jual balik. Satu straw (alat meletakkan dadah) dijual dengan harga RM25 hingga RM30.
"Permintaan memang sentiasa ada. Sebahagian keuntungan itu saya guna balik untuk beli dadah sendiri. Jika stok habis, saya akan minum air ketum untuk buang ketagihan," katanya.
Kedua-dua mereka itu kini sedang menjalani latihan kemahiran selama enam bulan di Cure & Care Vocational Centre (CCVC) di Sepang, pusat kemahiran kendalian Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Mengikut rekod AADK bagi tempoh Januari hingga Disember 2013, sejumlah 1,346 penagih yang dikesan adalah mereka yang berusia antara 13 hingga 24 tahun.
Daripada jumlah itu, 15 penagih berusia 13 hingga 15 tahun, 199 penagih (16 hingga 18 tahun) serta 1,212 penagih di usia antara 19 hingga 24 tahun.
Majoriti mereka juga mengakui tidak bekerja atau belum mempunyai kerja tetap dan terbabit dalam kancah dadah disebabkan beberapa faktor pendorong antaranya pengaruh rakan, perasaan ingin tahu, keseronokan serta tekanan.
Berdasarkan statistik untuk tempoh sama, majoriti penagih yang dikesan sepanjang lima tahun dari 2009 hingga 2013 adalah kumpulan berisiko tinggi terjebak dengan dadah.
Belia berumur 19 hingga 39 tahun paling ramai dikesan pada 2010 iaitu sebanyak 16,737 orang, namun bilangannya berjaya diturunkan kepada 5,342 orang pada 2013 iaitu purata penurunan sebanyak 12.4 peratus bagi tempoh lima tahun.
Berbeza dengan penagih dewasa berumur 40 tahun dan ke atas yang hanya mencatatkan jumlah 4,240 orang pada 2010 dan berkurangan kepada 2,304 orang, tahun lalu atau purata penurunan sebanyak 1.17 peratus. Bharian Online
Isu Semasa
PUTRAJAYA: Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam adalah antara nama terpanjang di Malaysia seperti yang direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
'Ahmad', 'Alex' dan 'Ravi' pula adalah antara nama paling popular rakyat Malaysia yang didaftarkan JPN.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Sulaiman Keling berkata nama 'Ahmad' yang direkodkan ialah sejumlah 63,049 orang, diikuti 'Alex' 16,992 orang dan 'Ravi' 10,866 orang.
"Nama-nama berkenaan paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini," katanya ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.
Jelas Sulaiman, 1 Oktober diisytiharkan sebagai Hari Pendaftaran Negara sempena tarikh pengeluaran kad pengenalan pertama negara yang juga dikenali sebagai kad beras.
"Kad beras dikeluarkan kepada orang awam secara sistematik dan teratur mulai 1 Oktober 1948 dengan kad yang pertama bernombor siri 0000001 dikeluarkan kepada Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Negara.
"Kad beras pada mulanya dikeluarkan sebagai pengenalan identiti di samping bertindak sebagai satu daripada langkah untuk membendung anasir komunis di tanah air," katanya.
Jelas Sulaiman, warga JPN melihat pemilihan 1 Oktober sebagai Hari Pendaftaran Negara sebagai bertepatan dan sesuai dengan peranan JPN sebagai satu-satunya organisasi di Malaysia yang menguruskan dokumen rekod pengenalan diri bermula dari awal kelahiran hinggalah rekod selepas kematian.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang merasmikan majlis itu berkata berdasarkan Laporan Perbelanjaan JP Ndalam tempoh tiga tahun, sejumlah RM1.13 bilion telah dibelanjakan merangkumi tanggungan pengeluaran MyKad.
Beliau berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM46 juta untuk projek percetakan teragih MyKad di 43 pejabat cawangan terpilih.
"Dengan bertambah pusat percetakan teragih, urusan permohonan dan pengeluaran kad (MyKad) dapat dipercepatkan," katanya.
Isu Semasa
PETALING JAYA: Militan rakyat Malaysia, Zulkifli Abdul Hir atau lebih dikenali sebagai Marwan dilaporkan merekrut umat Islam Filipina di Pulau Mindanao, selatan negara itu untuk menyertai Negara Islam (IS).
Manila Times melaporkan pegawai risikan Polis Negara Filipina (PNP) dipetik sebagai berkata, ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) mengesahkan Marwan yang juga pakar pembuat bom merupakan salah seorang daripada empat militan yang menjalankan usaha merekrut di sana.
Marwan, yang mempunyai wang simpanan sebanyak US$5 juta (RM16.37 juta), dan kumpulannya dilaporkan mensasarkan golongan muda Islam Filipina untuk menjalani latihan di Iraq dan Syria sebelum membawa mereka pulang ke Filipina untuk menyebarkan ideologi IS.
Manila Times memetik sumbernya yang enggan dikenali, bahawa nama anggota JI yang bertanggungjawab dalam merekrut ahli baru, ialah Quaim, Mawiya dan Abu Saad.
Sumber tersebut mendakwa tiga individu berkenaan dipercayai bersembunyi di satu lokasi yang tidak diketahui di Mindanao.
Mereka turut serta bersama seorang lagi individu yang bertindak sebagai ketua yang merekrut ahli baharu dan suspek itu dikenali sebagai Abdurahman yang berasal dari Arab Saudi.
Laporan mengenai aktiviti kumpulan Marwan bertepatan dengan laporan sebelum ini yang mendedahkan IS telah menyusup masuk ke beberapa lokasi di selatan Filipina.
Sumber tersebut berkata, kumpulan militan tersebut akan memberikan syarahan kepada ahli baharu yang direkrut, sementara yang lain direkrut melalui Internet.
Menurut laporan itu, seorang remaja berusia 14 tahun mendakwa dirinya telah direkrut oleh Ketua JI, Abdul Basit Usman, yang beroperasi di Basilan, sebuah wilayah autonomi di utara Mindanao.
Remaja berkenaan dan beberapa ahli rekrut yang lain telah menyatakan ikrar taat setia mereka kepada IS, dan mereka telah dilatih untuk berperang atas nama jihad bagi menentang musuh Islam. Mstar
Isu Semasa
Subang Jaya: Jika dahulu pil gastrik Cytotec menjadi pilihan remaja yang mahu menggugurkan janin namun kini mereka dikesan menelan pil sakit sendi tulang untuk membunuh bayi dikandung dalam tempoh kurang 12 jam.
Dalam kejadian Isnin lalu, suspek penuntut kolej swasta berusia 21 tahun itu dipercayai menelan pil mengandungi kimia celecoxib untuk kegunaan antiradang dan sakit sendi bagi membolehkan janin bayi dikandung mengalami keguguran.
Sumber polis berkata, tindakan gadis itu bagaimanapun diketahui rakan sekolej serta seorang penjaga asrama kolej didiami wanita itu di Puchong di sini.
Menurutnya, suspek dipercayai melakukan hubungan seks terlarang dengan teman lelaki menyebabkan dia mengandung anak luar nikah awal tahun ini. Hmetro
Isu Semasa
Kulim: Seorang remaja perempuan cedera selepas kaki kirinya ditembusi besi konkrit sepanjang satu meter ketika membonceng motosikal di Bukit Kukus, di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam menyebabkan bahagian bawah buku lali pada kaki mangsa berusia 19 tahun mengalami pendarahan.
Difahamkan, mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim untuk rawatan, sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipanggil untuk bantuan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech Mohd Faisol Shuaib berkata, sepasukan empat anggota dihantar ke Hospital Kulim untuk membantu memotong besi terbabit menggunakan pemotong hidraulik.
"Keadaan mangsa kini dilapor stabil dan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan susulan," katanya.
Belum dapat dipastikan macam mana kejadian boleh berlaku. Hmetro
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments