Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

AMPANG – Mahkamah Majistret di sini semalam diberitahu bahawa gambar wajah Rozana Misbun yang cedera teruk dipukul merupakan gambar tulen dan tidak diubah suai.
Perkara itu disahkan oleh saksi kedua, Inspektor Latifah Abdul Aziz semasa perbicaraan kes penyanyi rock terkenal itu yang dituduh sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana pada 2 Jun tahun lalu.
Juruanalisis Seksyen Audio dan Video Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkata, sepanjang analisis yang dilakukannya, tiada pengubahsuaian dikesan pada gambar termasuk daripada segi warna mahupun posisi gambar itu diambil.
“Gambar ini saya ambil daripada kad memori telefon bimbit BlackBerry milik Rozana sendiri. Tiada sebarang pengubahsuaian saya lakukan ketika menganalisisnya sebelum kad memori itu rosak dan tidak boleh dibaca selepas itu,” katanya pada perbi­caraan sebelah pagi hari ketujuh itu.
Pada prosiding semalam, peguam Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, cuba untuk mempertikaikan ketulenan gambar tersebut yang sudah pun tersebar dalam media sosial sebelum ini de­ngan mendakwa, ia telah diubah suai dan sengaja diada-adakan.
Ini susulan daripada keterangan Rozana, 37, kepada mahkamah minggu lalu bahawa dia te­lah mengarahkan orang gajinya mengambil gambar dirinya yang cedera sehari selepas kejadian dia dipukul pada 3 Jun 2014 sebelum membuat laporan polis pada 17 Jun 2014.

Kosmo Online

Jakarta: Seorang wanita di Cipulir, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan dituduh menggergaji tangan anak kandungnya hingga luka parah.

Kejadian itu terbongkar selepas Agensi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan daripada jiran keluarga itu.

“Kejadian berlaku beberapa minggu lalu. Kami menerima laporan mengenai kejadian itu semalam daripada jiran keluarga berkenaan selepas kanak-kanak itu melarikan diri dari rumahnya kerana takut dipukul si ibu,” kata Pesuruhjaya KPAI Jakarta Erlinda.
Menurut Erlinda, kanak-kanak berusia 12 tahun itu, Gaizka Tristan meminta pertolongan jirannya.

“Mulanya GT melarikan diri, bersembunyi di rumah jirannya. Jirannya menghantarnya pulang kepada ibunya Sharon Rose Leasa kerana menganggap ia masalah keluarga.
“Tetapi, Gaizka lari lagi. Kali ini dia bercerita kepada jirannya mengenai kekejaman ibunya, termasuk tindakan Sharon menggergaji tangan kirinya. Walaupun tidak putus, Gaizka cedera teruk,” kata Erlinda.

Gaizka kini berada di tempat selamat di bawah perlindungan KPAI.
Sementara itu, polis Jakarta Selatan berkata, pihaknya masih belum menahan Sharon sebagai suspek dalam kes itu kerana siasatan masih dilakukan.

“Kami akan menyoal siasat Sharon sebelum bertindak. Siasatan awal menunjukkan tiada gergaji di rumah itu,” kata jurucakap polis Jakarta Selatan Audi Latuheru.
Dalam pada itu, Sharon ketika ditemui di balai polis Jakarta Selatan untuk membuat laporan mengenai kehilangan anaknya menafikan dakwaan dia menggergaji Gaizka. - Agensi

Pasir Mas: “Tiba-tiba bunyi letupan kuat dari dalam rumah dan sebaik keluar bilik, saya lihat bilik abang berasap,” kata adik kepada seorang lelaki berusia 27 tahun yang parah di pergelangan tangan kiri dipercayai terkena mercun buatan sendiri.

Kejadian berlaku di Kampung Galok Chetok, di sini, jam 6 pagi semalam menyebabkan tangan kiri mangsa yang juga bekas tentera hancur. Dia dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Adiknya yang hanya mahu dikenali sebagai Ira, 18, berkata, dia sedang tidur ketika letupan berlaku dan terkejut mendengar ibunya menjerit sebelum bangun.

“Saya tak sangka apa-apa sebelum ibu masuk bilik saya dan minta saya bangun daripada tidur. Sebaik keluar bilik, saya tengok bilik abang berasap dan dia berlumuran darah serta terbaring tidak sedarkan diri di atas tilam.

Hmetro Online

Calais (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang menyambut hari kemerdekaan Amerika Syarikat maut dalam keadaan mengerikan apabila bunga api yang dinyalakan di atas kepalanya meletup.

Ketika kejadian Devon Staples, 22, bersama rakannya minum dan bermain bunga api di belakang halaman rumah rakannya Sabtu lalu.
Jurucakap Jabatan Keselamatan Awam Stephen McCausland berkata, Staples meletakkan bunga api di atas kepala dan mahu membakarnya, tetapi cuba dihalang rakannya.

“Mungkin Staples fikir menyalakan bunga api di kepala idea yang hebat.
“Rakannya cuba menghalang dia berbuat demikian, tetapi dia tidak mengendahkannya,” kata McCausland.

Hmetro online

PETALING JAYA: Pelawak Jihan Muse terkejut dengan laporan mengatakan dia kini dikawal seseorang sejak dilimpahi dengan pelbagai tawaran kerja.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa 32, berkata, isu seperti itu tidak patut timbul memandangkan tiada siapa yang campur tangan urusan kerjanyanya melainkan pihak pengurusan dan keluarga.

"Pada pendapat saya, isu siapa campur tangan kerja seni saya tidak patut timbul dan tidak perlu diperbesarkan.

"Memandangkan laporan pojok itu tidak menjelaskan siapa individu yang mengawal gerak geri kerja seni saya, maka saya akan menjelaskan perkara ini berdasarkan artikel berkenan ditulis.

"Cuma saya tidak faham, bukankah sesuatu yang normal apabila ada pihak yang menyusun dan mengambil tahu pergerakan saya? Takkan keluarga sendiri tidak boleh campur tangan? Saya tidak faham," katanya kepada mStar Online.

Baru-baru ini, menerusi ruangan pojok di sebuah akhbar, Jihan dilaporkan mula dikawal 'seseorang' yang akan mengambil berat setiap pergerakannya termasuklah daripada segi pemilihan pakaian sejak dia mendapat banyak tawaran kerja kebelakangan ini.

Menurut akhbar berkenaan, perkara itu membuatkan Jihan tersepit dan risau sekiranya langkah itu menggores hati mana-mana pihak yang terbabit.

Individu yang dikaitkan dalam artikel itu ialah teman lelaki Jihan iaitu  Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 30.

Sementara itu, Jihan terus berharap agar perkara tersebut tidak dibesar-besarkan dan pada masa yang sama dia tetap bersyukur masih ada pihak yang begitu prihatin terhadap dirinya.

Dalam perkembangan lain, Jihan mengambil keputusan untuk tidak terlibat dengan mana-mana kerja seni sepanjang bulan Ramadan kerana ingin melakukan ibadah puasa bersama-sama keluarga.

"Bulan puasa ini, saya memang nak lebihkan amalan-amalan saya. Hanya satu kerja sahaja yang saya terlibat iaitu latihan teater Maduku Kalut Returns yang akan dipentaskan pada Ogos depan.

"Selebihnya, masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga," tuturnya.

Maduku Kalut Returns terbitan Mask Team bakal dipentaskan pada 7, 8 dan 9 Ogos depan.Tiket boleh dibeli secara atas talian menerusi www.airasiaredtix.com dan dijual dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan RM155 (platinum).

Mstar Online