AMPANG – Mahkamah Majistret di sini semalam diberitahu bahawa gambar wajah Rozana Misbun yang cedera teruk dipukul merupakan gambar tulen dan tidak diubah suai.
Perkara itu disahkan oleh saksi kedua, Inspektor Latifah Abdul Aziz semasa perbicaraan kes penyanyi rock terkenal itu yang dituduh sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana pada 2 Jun tahun lalu.
Juruanalisis Seksyen Audio dan Video Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkata, sepanjang analisis yang dilakukannya, tiada pengubahsuaian dikesan pada gambar termasuk daripada segi warna mahupun posisi gambar itu diambil.
“Gambar ini saya ambil daripada kad memori telefon bimbit BlackBerry milik Rozana sendiri. Tiada sebarang pengubahsuaian saya lakukan ketika menganalisisnya sebelum kad memori itu rosak dan tidak boleh dibaca selepas itu,” katanya pada perbicaraan sebelah pagi hari ketujuh itu.
Pada prosiding semalam, peguam Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, cuba untuk mempertikaikan ketulenan gambar tersebut yang sudah pun tersebar dalam media sosial sebelum ini dengan mendakwa, ia telah diubah suai dan sengaja diada-adakan.
Ini susulan daripada keterangan Rozana, 37, kepada mahkamah minggu lalu bahawa dia telah mengarahkan orang gajinya mengambil gambar dirinya yang cedera sehari selepas kejadian dia dipukul pada 3 Jun 2014 sebelum membuat laporan polis pada 17 Jun 2014.

Kosmo Online
No comments
Post a Comment