Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Gan Lulu (干露露) sering membuatkan peminat-peminat lelakinya gila bayang. Kali beliau terpaksa menghadapi salah seorang peminat fanatiknya yang mahu menyerahkan bunga kepadanya.
Ketika peminat tersebut datang menemuinya, model auto dan selebriti internet ini sedang duduk untuk ditemubual oleh wartawan.
Peminat tersebut yang datang dengan sejambak bunga tidak semena-mena menarik baju Lulu hingga terlondeh meninggalkan colinya sahaja.
Ada pemerhati mengatakan ini adalah salah satu cara Lulu menarik perhatian media untuk menaikkan popularitinya.
[Wow] - Sakit Mata
Adakah anda peminat keras teras Hello Kitty? Kini ada sebuah bilik hotel yang bertemakan Hello Kitty di Beverly Hills. Ianya dibuat khas oleh syarikat alat solek Sephora sempena pelancaran alat solek Hello Kitty mereka.
Laporan asal Hello Kitty Junkie
Pelancongan
Di dunia yang fana ini terdapat banyak sebab orang membunuh diri. Ada yang frust menonggeng dengan kegagalan hidup. Ada juga yang membunuh diri untuk mengurangkan kesengsaraan hidup dan kos perubatan tinggi. Gabrielle Joseph (16) seorang model dari Wales pula mebunuh diri kerana...... kerana....... temu janji menontong wayang dengan seorang lelaki dibatalkan pada saat akhir menggunakan SMS.
Menurut siasatan polis Gabrielle membunuh diri dengan melompat didepan keretapi berhampiran rumah beliau di Briton Ferry Wales. Sebenarnya beliau sudah lama mengalami depresi dan sms pembatalan date night itu ialah the straw that broke the camel's back. Sebelum membunuh diri beliau sempat mengemaskinikan status Facebook beliau dengan "Aku nak bunuh diri aku!"
Pelbagai
Setiap tahun sehari sebelum hari raya Aidiladha, kain yang menutup Kaabah iaitu Kiswa akan ditukar Kain kiswa lama ini kemudian dibahagu-bahagiakan oleh kepada pemimpin negara Islam oleh kerajaan Saudi. Amalam memberikan kain kiswa kepada orang ramai ini sudah diamalkan sebelum Islam menapak di Mekah. Individu pertama yang menutup kaabah dengan kiswa ialah Raja Yemen, Tuba'a Al-Hemyari. Kaabah diutup dengan kain sutera, jerami dan juga kain koptik mesir. Selama ratusan tahun kaabah akan dilutupi kain bagi menggantikan kain lama yang semakin lusuh.
Selepas Islam memerintah Makkah, Nabi Muhammad S.AWtidak menggantikan kain yang menutupi kaabah. Kain kiswa hanya digantikan oleh Rasulullah selepas seorang wanita secara tidak sengaja mengakibatkan kiswa yang sedia ada terbakar apabila membakar setanggi sebagai pewangi kaabah. Rasulullah menggunakan kain Yemen (kain sulaman kapas dan bebiri) bewarna putih untuk menutup kaabah. Selepas Rasulullah wafat para Kalifah menggantikan kain kiswa dengan kain koptik Mesir. Kain koptik mesir digunakan kerana ia disulam dari bulu bebiri yang lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi. Ketika zaman Kalifah Umar, sebahagian kain Kiswa yang lama akan diberikan kepada mereka yang menunaikan haji sebagai kain untuk menutup kepala dari kepanasan mentari.
Ketika zaman Kalifah Mu'awya Bin Abi Sufyan, kain kiswa digantikan dua kalisetahun. Pada hari Ashura ianya ditutup dengan kain sutera manakala pada bulan Ramadan kiswa digantikan dengan kain koptik mesir. Kain kiswa baru dilemparkan di atas kiswa lama sehinggalah pemerintahan Kalifah Al Mandi dari Dinasti Abassiyahpada tahun 739 Masehi. Beliau khuatir berat kiswa yang terkumpul di atas kaabah akan mengakibatkan ianya runtuh.
Sejak dari hari itu kiswa lama akan dibuang dahulu sebelum kiswa baru diletakkan. Ketika zaman Kalifah Al Ma'mum (813-833) kain kiswa diubah tiga kali setahun. Pada hari kelapan Dhul-Hijja kain sutera merah bersulam digunakan. Pada hari pertama Rejab kain koptik Mesir digunakan dan pada tanggal 29 Ramadan ianya sekali lagi digantikan dengan kain sutera bersulam.
Warna kiswa hitam yang kini biasa kita lihat hanya mula digunakan ketika pemerintahanKalifah An Nasir Dinasti Abassiyah (1180–1225).
Sehingga 1927, kain kiswa dihasilkan di Mesir. Raja Abdulaziz Al Saud kemudian memerintahkan supaya kiswa dihasilkan di Mekah. Kilang pembinaan kiswa dibuka pada tahun 1927 dan sejak dari hari itu kilang yang terletak di Umm Al-Jude, Mekah ini menghasilkan kiswa baru setiap tahun
Kos penghasilan kiswa baru ialah Riyal 17 Juta (RM 14 Juta). Setiap kiswa mempunyai keluasan 658 m2 dan diperbuat daripada 670 kilogram sutera. Sulaman kiswa turut mengandungi 15 KG benang emas. Ia terdiri daripada 47 keping kain dan setiap bahagian adalah 14 m panjang dan 101 cm lebar
Kiswa disulam menggunakan mesin moden dan juga tulang empat kerat pekerja kilang bergantung kepada keperluan. Untuk sulaman terperinci tenaga kerja manusia masih diperlukan.
Jadi inilah serba sedikit sejarah kiswa Kaabah. Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha kepada semua umat Islam.
Laporan asal Factory.gph.gov.sa
Cool
Sesuatu yang baik kami dengar mengenai pasangan penyanyi romantis, Noh Hujan dan Mizz Nina yang kini dikhabarkan sudah berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji.
Memetik laporan Harian Metro, keberangkatan pasangan ini diketahui melalui sumber yang terserempak dengan mereka dan tidak dihebahkan sebelum ini atas dasar privasi.
Khabarnya lagi, mereka juga akan menjalani sedikit penggambaran mengenai pengalaman berada di Makkah.
Wah, memang sejuk hati mendengar berita sebegini. Tidak dinafikan semenjak berkahwin, pasangan ini agak rajin mengikuti kelas agama termasuklah kelas mempelajari bacaan Al-Quran.
[Wow] - Kisah Artis
Nampaknya seorang lagi artis bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi iaitu Cristina Suzanne atau Crissie.
Difahamkan, pelakon filem KIL itu akan menikah dengan kenalan lamanya pada Januari tahun hadapan, memetik laporan Ohbulan.
Semalam Crissie mengikat tali pertunangan dengan jejaka tersebut dan gambarnya telah dimuatnaik ke laman Instagram oleh rakannya, Hanis Zalikha dan Marsha Milan.
Bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun ini memilih untuk tidak menggembar-gemburkan berita tersebut di laman sosialnya.
Baguslah sebab pertunangan bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan pada semua. Lainlah kalau sudah menikah, memang kena beritahu.
Bimbang mendatangkan fitnah di kemudian hari. Betul tak?
[Wow] - Kisah Artis
Peminat Justin Bieber sejak azali lagi pasti sudah sedia maklum perubahan demi perubahan yang berlaku pada penyanyi remaja popular ini.
Bermula dari gaya jambu hinggalah tampil dengan tubuh berotot dan bertatu, Bieber dilihat bersungguh-sungguh mahu membuktikan bahawa dia sudah cukup dewasa dalam industri hiburan Hollywood.
Bieber dilihat begitu gemar memuatnaik gambar tubuhnya tanpa berbaju di laman Instagram dan adakala bersama rakan yang jauh lebih dewasa dari dirinya.
Perubahan drastik yang dilakukan oleh bekas kekasih Selena Gomez ini mendapat pelbagai reaksi dari peminat khususnya melalui akaun Instagram.
Ada yang suka, ada pula yang bimbang Bieber menjadi terlalu obses dengan penampilan ‘dewasa’ pada sehingga memudaratkan diri kelak.
Apapun, segalanya terserah kepada penyanyi ini untuk mencorakkan perjalanan seninya. Jangan asyik timbulkan kontroversi macam Miley Cyrus untuk popular sudah.
[Wow] - Selebriti
Alahai.. Comelnya artis-artis tanah air nih.. Tanpa berkata-kata dengan panjangnya.. Jom kita lihat gambar mereka yang comel-comel kat bawah nih. Credit to obefiend Blogserius
Hiburan
Napo – Seorang pengantin perempuan di
bandar ini yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan seks
pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari
lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.
Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua.
Pengantin perempuan itu yang dikenali
sebagai Huang saja, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi
selepas malam majlis perkahwinan.
Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.
Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit
suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa
dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.
“Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya.
Semua penghuni rumah berkenaan
mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar
kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit
terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak
20,000 yuan.
Keputusan itu bagaimanapun dibantah
pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan
dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.
Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya
ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa
yang berlaku tidak mencapai tahap merogol.
Kerana kecewa, mereka kemudian
memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar
Napo. Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak
ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan. – Agensi
[Wow] - Berita Dunia
KUALA LUMPUR – Produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali, 45, dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya di sini pada malam Ahad.
Akad nikah berkenaan telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Ul-Ihsan Mejar (B) Ismail Wan Ahmad kira-kira pukul 9.20 malam.
Pengantin perempuan diwakil walikan oleh abangnya iaitu Raja Azman Raja Sulaiman serta bersaksikan oleh adik bongsunya, Raja Azizdin Raja Sulaiman dan menantunya, Mohammad Shadan Hashim.
Raja Azmi, 54, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Rombongan lelaki turut membawa satu dulang hantaran mengandungi senaskah Al Quran, mas kahwin dan gelang tangan emas putih.
Manakala pihak perempuan membalas tiga dulang hantaran berupa manis-manisan seperti cokelat, biskut dan jeli.
Upacara membatalkan air sembahyang dilakukan sejurus selepas akad nikah dengan Eddie menyarungkan gelang emas putih ke tangan Raja Azmi.
Pasangan ini terdahulu telah mengikat tali pertunangan pada 15 Julai lalu di kediaman wanita tersebut di Ukay Perdana, Ampang.
Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar walaupun berasa gementar.
“Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu.
“Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya,” katanya.
Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK sudah pun menduda sejak lima tahun lalu selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008.
Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Daniel, 21 dan Mohd Effy, 19.
Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 28, Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek.
Mereka bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012.
Kumpulan CRK pernah popular dengan lagu Cinta Dan Air Mata. - mStar Online
[Wow] - Kisah Artis
Seorang pelancong mendakwa telah menemui patung doraemon ketika ia
melakukan perjalanan ke cina. Pemilik kedai barangan antik yang menjual
barangan itu mengatakan bahawa artifak itu dari dinasti Qing (164
-1911). Kerana tidak yakin, penemu patung itu kemudian menghantar foto
patung doraemon itu ke twitter untuk mendapatkan pendapat dari orang
lain.
Reaksi atas foto itu sangat berbeza ada yang meyakini keaslian artifak itu, ada juga yang tidak. Salah satu orang bahkan mengatakan itu mungkin ada orang yang sengaja meletakan patung itu untuk jenaka. Lain mengaatkan bahawa patung itu nampak diperbuat daripada simen. Jika artifak itu asli, tentu saja ada orang yang rela membayar berjuta-juta dolar untuk itu.
Pelbagai
Apakah sejarah penggunaan rambut palsu oleh manusia? Sudah berapa lamakah rambut palsu digunakan oleh manusia? Baca infografik di bawah untuk jawapannya.
Laporan asal BuyWigs
Misteri Sejarah
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan sebentar
tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam
penerbitan akhbar mingguannya – The Herald.
Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.
Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh. – mStar Online
[Wow] - Berita Tempatan
Kuala Lumpur - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas
rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks
tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza
tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.
Isu Panas
Gara - gara tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih berasmara di
dalam sebuah rumah di Kampong Batu 9 disini di cekup penduduk, polis dan
pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, baru-baru
ini.
Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) Kampong Baru, Batu 9, Ahmad Bahrom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki tersebut yang dikatakan telah menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.
Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) Kampong Baru, Batu 9, Ahmad Bahrom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki tersebut yang dikatakan telah menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.
Menurutnya juga, sebelum ini, ibu bapa
lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah
dengan gadis pilihanya itu tetapi lelaki tersebut sengaja
melengah-lengahkan untuk berkahwin.
“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu dikatan tiada dirumah, ia memaksa kami untuk memecah pintu depan rumah tersebut yang dikunci kerana pasangan tersebut dikatakan enggan untuk memberi kerjasama.
“Lelaki yang berusia 30-an tersebut adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun yang berasal dari Terengganu, adalah merupakan seorang guru yang bertugas si sebuah sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur, kata ketika ditemui.
Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.
“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu dikatan tiada dirumah, ia memaksa kami untuk memecah pintu depan rumah tersebut yang dikunci kerana pasangan tersebut dikatakan enggan untuk memberi kerjasama.
“Lelaki yang berusia 30-an tersebut adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun yang berasal dari Terengganu, adalah merupakan seorang guru yang bertugas si sebuah sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur, kata ketika ditemui.
Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.
Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukan dokumen yang mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak, Hilir Perak.
Pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Penguatkuas di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh.
[Wow] - Berita Tempatan
Kami percaya kelaparan mampu menjadikan anda tidak waras dan hilang pertimbangan.
Itulah yang boleh kami simpulkan apabila
membaca kisah lelaki yang mengamuk di laluan pandu lalu McDonald’s di
Sengkang, Singapura melalui laman Stomp Straits Times.
Menurut saksi, lelaki itu naik angin selepas makanan yang dipesan belum tiba dalam tempoh yang agak lama.
“Pemandu itu kemudiannya keluar dari kereta dan menjerit ke arah pekerja McDonald’s bertanyakan sarapannya.
“Dia tidak ada adap langsung dan kelihatan agak kelakar,” jelasnya.
Lelaki itu juga cuba masuk ke dapur restoran bagi menunjukkan kemarahannya.
Apabila pekerja McDonald’s tersebut keluar untuk menenangkannya, dia menjerit, “Tak perlu ‘filet-o-fish, tak perlu sarapan!”
Hai, bawa-bawalah bersabar sikit. Orang lain di belakang pun sama menunggu juga. Tapi taklah mengamuk macam orang kebulur.
Isu Panas
Sudah hampir sebulan berlalu sejak iPhone 5S berada di tangan pengguna sejak ia berada di pasaran September lalu.
Bagaimanapun, ada khabar yang kurang
enak didengari berkenaan gajet pintar ini melalui gambar yang
dikeluarkan oleh sebuah laman web, NoWhereElse.
Menurut laman web ini, ada pengguna yang mengadu mengenai bentuk iPhone 5S yang melengkung tanpa sebab yang diketahui.
Gambar tersebut bagaimanapun tidak disertakan dengan sebarang sumber asal.
Sebelum ini, kes melengkung ini pernah dilaporkan terjadi kepada pengguna iPhone 5 dan gambarnya berasal dari Negara China.
Bagaimanapun, isu ini tidak berlaku di negara lain termasuklah Amerika Syarikat.
Sama ada ia kes terpencil, benar atau tidak, pihak Apple belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
[wow] - Teknologi
London – Seorang bayi berusia lima
minggu menjadi penderma organ termuda dengan mendermakan buah pinggang
kepada seorang gadis berusia 22 tahun, Samira Kauser.
Pembedahan pemindahan organ itu mengambil masa selama tujuh jam dan dilakukan di Hospital University St. James.
Organ berkenaan hanya sepanjang empat sentimeter namun ia akan membesar hingga saiz tiga perempat daripada dewasa normal.
Selain buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru bayi berkenaan berfungsi sepenuhnya selepas 37 minggu dalam kandungan.
Dalam pada itu, Kauser dari Halifax,
yang menghabiskan masa sembilan jam setiap malam untuk rawatan dialysis
berkata, dia merancang untuk berkahwin tahun depan.
“Apabila saya menemui pendermanya iaitu seorang bayi yang telah meninggal dunia, saya menjadi sangat sedih.
“Saya sentiasa terfikirkan ibu bapanya
dan mereka mahu mendermanya. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan
perasaan terharu saya kepada ibu bapa bayi ini,’’ katanya.
Jelasnya, mereka telah melalui
kehilangan yang besar dan bagi seseorang yang dapat meneruskan kehidupan
kerana bayi itu, ia merupakan hadiah yang amat bererti.
Sementara itu, pakar bedah, Niaz Ahmad
yang mengetuai pembedahan itu berkata, melalui kes ini, beliau berharap
agar masalah kekurangan organ dapat diatasi.
“Melalui kes ini, saya berharap ia menunjukkan bahawa pemindahan organ bayi boleh dilakukan,’’ katanya.
[Wow] - Berita Dunia
London – Dia adalah penyanyi popular di
seluruh dunia namun JayZ menunjukkan bahawa dia seorang yang merendah
diri dengan menggunakan pengangkutan awam.
Artis berusia 43 tahun itu dilihat
menaiki keretapi bawah tanah di London pada Sabtu lalu selepas
menamatkan persembahannya di arena O2.
Jay-z ditemani oleh rakan baiknya, Chris Martin, penerbit Timbaland,Ty Ty dan eksekutif Atlanta Records, Michael Kyser.
Orang ramai yang menaiki komuter itu
nyata terkejut kerana tidak menyangka bahawa mereka akan bertemu dengan
Jay Z yang kelihatan tenang dan menikmati perjalanannya itu.
“Semua orang menjadi gila….jadi Jay Z
menaiki komuter ke konsert sendiri,’’ itu antara reaksi daripada orang
ramai di dalam komuter tersebut.
Konsert Jay-Z di London itu turut disertai penyanyi Coldplay, Chris Martin.
Ini bukan kali pertama Jay Z menaiki
pengangkutan awam, tahun lepas, dia menaiki keretapi di New York untuk
ke konsertnya di Barclays Center.
Selain Jay Z, artis lain yang pernah
menggunakan perkhidmatan sama di London itu ialah Rihanna, anggota
kumpulan Muse, Matt Bellamy, Florence Welsh, Kim Cattrall dan aktor Game
of Thrones, Richard Madden.
[Wow] - Selebriti
Magribi – Tindakan berbelas-belas
pasangan yang melancarkan kempen `cium’ sebagai simbolik menyokong dua
remaja yang ditangkap selepas memuat naik gambar mereka bercium dalam
Facebook, telah mendapat kecaman ramai.
Meskipun pasangan tersebut mendakwa
mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian di khalayak ramai, namun
perbuatan berkenaan mencetuskan kemarahan penduduk di negara itu.
Sebelum ini lebih 2,000 orang menyatakan
hasrat untuk menyertai kempen cium tersebut, namun akhirnya hanya 12
pasangan yang hadir.
Mereka berkumpul di depan bangunan Parlimen dan perbuatan tersebut ditunjukkan kepada wartawan serta orang ramai di situ.
Kumpulan itu dengan bangganya menyatakan
bahawa perbuatan cium tersebut sebagai melambangkan kebebasan untuk
mempamerkan perasaan kasih sayang.
Namun sekumpulan pemuda yang marah dengan perbuatan biadap pasangan tersebut, telah membalingkan kerusi ke arah mereka.
“Ini adalah negara Islam dan bercium di
khalayak ramai adalah dilarang. Meskipun ia hanya satu ciuman, namun
perbuatan ini boleh mendorong kepada perkara lain.
“Terdapat kumpulan yang tidak beragama yang melakukan perbuatan ini bagi menentang Islam,’’ katanya.
Kempen itu dianjurkan selepas sepasang
remaja berusia 14 dan 15 tahun memuatnaik gambar bercium di dalam
Facebook. Gambar itu dirakamkan oleh rakan mereka, seorang remaja
berusia 15 tahun.
Mereka ditangkap minggu lalu dan kini ditahan di pusat tahanan juvana.
[Wow] - Berita Dunia
SAN FRANCISCO – Pengasas laman sosial
Facebook, Mark Zuckerberg membeli empat buah rumah berharga sekitar
AS$30 juta (RM95.3 juta) di sekitar kejiranannya di Lembah Silikon di
sini.
Bagaimanapun, dia tidak merancang untuk
meruntuh kesemua rumah tersebut untuk membina sebuah kompleks kediaman
seperti yang pernah dilaporkan.
Zuckerberg sebaliknya akan menyewakan semua kediaman itu kepada penghuni sedia ada dan tidak akan mengusir mereka.
Ketua Facebook itu bertindak membeli
hartanah tersebut selepas sebuah syarikat pemaju perumahan merancang
untuk melakukan perkara yang sama.
“Pemaju berkenaan mahu membina sebuah
banglo dan menjual hartanah itu sebagai kediaman di sebelah rumah
Zuckerberg,” kata sumber kepada akhbar The San Jose Mercury News.
Akhbar itu melaporkan, Zuckerberg
mengambil masa setahun untuk membeli semua kediaman tersebut bagi
memastikan dia tinggal bersama jiran-jiran yang dikenalinya.
Usahawan internet itu mengambil masa
hanya 10 minit untuk memandu dari kediamannya menuju ke ibu pejabat
Facebook di Menlo Park di sini. – Agensi
[Wow] - Berita Dunia
Memang lucu apabila Mat Salleh mendapatkan cacahan dalam bahasa Cina/Jepun tanpa mengenal erti maksudnya. Hasilnya ialah cacahan yang tidak masuk akal dan kelakar!
Laporan asal AsianTown
[Wow] - Lawak Bah
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments