Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Rakaman CCTV


KUALA TERENGGANU, 24 Ogos : Seorang murid perempuan Tahun dua di sebuah sekolah di Dungun dipercayai dicabul dalam stor sekolah tersebut kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 tengah hari itu, murid tersebut yang menunggu untuk memasuki kelas Fardu Ain itu didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ,Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, lelaki itu meminta mangsa mengikutnya ke stor dengan mendakwa seorang murid terkurung di dalam stor tersebut.

Tambah beliau lagi, mangsa yang berusia lapan tahun yang tidak mengesyaki apa-apa itu mengikut lelaki terbabit.

Bagaimanapun, sebaik tiba di stor berkenaan, suspek mengajak mangsa masuk ke dalam stor, namun ditolak mangsa.

"Oleh kerana mangsa enggan mengikut kehendaknya, suspek kemudian bertindak mendukung mangsa masuk ke dalam stor.

"Mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek panik lalu melepaskan mangsa sebelum melarikan diri dengan memanjat tembok sekolah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Wan Abd Aziz juga, rakaman CCTV berjaya merakam identiti suspek dan polis kini dalam proses memburu lelaki tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan turut menafikan kes berkenaan yang menjadi viral di laman sosial adalah kes culik, sebaliknya ia adalah kes serangan seksual.

Sumber : BH Online


SEORANG remaja lelaki berusia dalam lingkungan 13 tahun sengaja menempah padah apabila cuba meraba beberapa gadis di tengah kesibukan stesen kereta api Xinjiekou, China baru-baru ini.

Menurut laman berita Stomp, perbuatan terkutuk remaja berkenaan itu secara kebetulan telah berjaya dirakam oleh seorang pengguna media sosial tempatan Weibo yang tidak diberitahu identitinya.
Menerusi gambar yang dimuat naik, suspek dilihat menyentuh beberapa bahagian anggota pengunjung wanita yang berada di stesen pengangkutan awam rel berkenaan.
Foto-foto kelakuan buruk remaja tersebut yang dimuat naik menerusi laman sosial, mengundang kemarahan dan kritikan daripada ramai netizen tempatan.


Beberapa hari kemudian, pihak berkuasa memaklumkan bahawa seorang remaja yang hanya dikenali sebagai Ding telah ditahan berikutan insiden tersebut.
Paling unik difahamkan, remaja itu diserahkan ke sebuah balai polis untuk tindakan lanjut oleh bapanya sendiri.
Netizen tempatan memuji tindakan berani bapa suspek kerana sanggup menyerahkan anaknya ke muka pengadilan

PEMENANG satu pertandingan yang dianjurkan pada sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-71, terkejut apabila menerima sembilan helai seluar dalam wanita sebagai hadiah.
Kejadian aneh yang berlaku di Kecamatan Sumarorong, Mamasa, Wilayah Sulawesi Barat kira-kira 1,432 kilometer dari ibu kota Jakarta itu menimbulkan kemarahan pemenang dan penduduk setempat.
Portal berita tempatan Kompas.com melaporkan, tindakan penganjur sambutan tersebut yang menghadiahkan seluar dalam wanita itu sudah dilaporkan kepada pihak polis tempatan untuk tindakan.
Seorang tokoh masyarakat setempat, Henok berkata, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada polis supaya ia tidak berulang lagi apatah lagi diberi bersempena ulang tahun kemerdekaan republik itu sendiri.
Kata beliau lagi, kes pelik berkenaan turut berkait dengan unsur penghinaan dan berbaur gangguan seksual yang dilakukan oleh pihak penganjur tersebut kepada pemenang wanita.
Namun, penganjur tersebut dilaporkan memohon maaf atas keterlanjuran tindakan yang mungkin dianggap sebagai tidak beretika itu dan mungkin menjejaskan imej mangsa sekali gus memohon maaf secara terbuka.

Mynewshub.cc

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun berhadapan dengan detik cemas apabila kepalanya tersekat dalam sofa, pada Sabtu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah salon kecantikan di bandar Tongen, wilayah Guizhou, China.
Menurut laporan media tempatan, kejadian tidak diduga itu berlaku selepas kanak-kanak berkenaan dipercayai memasukkan kepalanya gara-gara mahu melihat ke dalam lubang sofa berkenaan.
Insiden cemas itu juga menyebabkan ibu mangsa bergegas menghubungi pihak bomba untuk mendapat bantuan.
Menerusi sebuah video, beberapa anggota bomba cuba mengeluarkan kepala mangsa dengan pelbagai cara termasuklah menggunting pelapik sofa berkenaan.
Anggota bomba kemudian terpaksa memecahkan rangka kayunya bagi membolehkan kepala kanak-kanak itu keluar.
Difahamkan, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.


SAAT masyarakat  Moscow enggan keluar rumah berikutan banjir yang melanda ibu kota Rusia itu, dua lelaki di bandar itu mempunyai idea menarik yang tersendiri.

Media negara tersebut melaporkan kemunculan dua lelaki tempatan selamba sahaja menjadikan ‘malapetaka’ alam  itu sebagai sesuatu untuk menghiburkan diri mereka sendiri.
Nikita Kantorov dan Andrey Trukov dirakamkan berjaya melakukan aksi ‘gila’ tersebut apabila meluncur laju di sebatang jalan raya sibuk yang tenggelam dinaiki air seperti sungai di pusat bandar berkenaan.

Melalui sebuah video berdurasi kurang satu minit menunjukkan salah seorang daripada mereka yang berpakaian sut renang meluncur di jalan sambil ditarik oleh sebuah kenderaan berwarna kelabu gelap.
Beberapa orang awam yang berada di situ melihat kejadian ‘gila’ tersebut sambil bersorak gembira seolah-olah cuba memberi semangat kepada individu berkenaan.

Menurut Kantorov kepada sebuah laman berita tempatan, dia sudah lama berhasrat untuk melakukan aksi itu, namun tidak berhasil kerana hujan kebetulan turun tidak lebat.
“Idea ini sudah lama terlintas di fikiran saya. Namun masih belum dapat direalisasikan kerana hujan yang turun sangat sedikit, sehinggalah hari ini tiba.
“Saya tidak ragu sama sekali untuk melakukan aksi tersebut,” ujarnya.
Difahamkan, hujan yang melanda Moscow pada Selasa lalu merupakan yang paling lebat diterima bandar itu sejak 1887 menyebabkan beberapa jalan raya di bandar berkenaan dinaiki air.


SETIAP wanita mendambakan kebahagiaan dalam perkahwinan yang dibina, namun tidak semua mampu memilikinya.

Begitu jugalah nasib yang menimpa seorang wanita bernama Samantha Wrag, 28, yang kecewa apabila mengetahui suaminya berlaku curang dan mempunyai teman wanita yang lain.
Sakit hati dengan suaminya yang baharu sahaja 18 bulan dikahwini itu, Wrag bertindak menfailkan tuntutan cerai.
Bagaimanapun, kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membiayai kos penceraiannya, Wrag telah menjual gaun pengantinya di laman eBay.
Apa yang menariknya, Wrag mengiklankan gaun pengantin itu dengan kata-kata sarkastik.

“Kondisi gaun ini sangat baik tetapi memerlukan dry cleaning untuk membersihkan kesan pengkhianatan. Saya tiada masa untuk membersihkannya sendiri kerana suamiku yang ‘tak guna’ memilih mengakhiri pernikahan kami dengan hidup bersama wanita lain,”tulis Wrag.
Wrag menjual gaun itu dengan harga AS$650 (RM2,615) iaitu lebih murah daripada harga yang dibelinya.
Selain itu, dia menjelaskan bahawa wang tersebut mahu digunakannya untuk kos penceraiaan.

Dalam pada itu, Wrag yang merupakan seorang penulis blog turut berharap gaun ini memberikan kenangan manis pada seorang wanita selepas dia melalui pengalaman buruk.
Strategi Wrag mencurahkan kisah hidupnya pada iklan penjualan gaun ternyata berhasil mengundang simpati ramai.
Ini kerana, harga gaun itu telah mencapai harga yang lebih tinggi daripada yang ditawarkannya sendiri. –