Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


NEW YORK – Sikap mesra yang ditunjukkan oleh Presiden Ecuador, Rafael Correa memakan diri apabila beliau dimalukan dengan tulisan yang tertera pada baju seorang kanak-kanak.

Correa dikatakan sebelum itu menerima permintaan seorang kanak-kanak untuk merakam gambar kenangan tanpa menyedari tulisan pada baju yang dipakai oleh kanak-kanak itu tertulis Saya bersama si ***** dengan anak panah yang ditujukan kepada pemimpin No. 1 Ecuador itu.

Gambar tersebut kemudian menjadi viral di media sosial dan tersebar dengan begitu meluas di bawah hashtag #IAmWithStupidMashi iaitu merujuk kepada akaun Twitter beliau yang menggunakan nama @mashirafael.

“Seorang pengintip CIA kanak-kanak telah cuba menjejaskan nama baik kerajaan,” komen seorang pengguna Twitter terhadap gambar berkenaan.

Para penyokong Presiden Ecuador itu bagaimanapun telah bertindak balas dengan menyebarkan kembali kempen di bawah hashtag #WeAreWithYouMashi bagi menunjukkan sokongan ke atas Correa. 

CALIFORNIA– Remaja ini, Chanel baru berusia 19 tahun namun ketakutan utamanya adalah menjadi tua. Justeru pelbagai cara dilakukan yang didakwanya dapat mengekalkan keremajaannya termasuk mandi darah babi.
Kaedah jijik dan pelik ini dilakukan oleh Chanel yang juga seorang model sambilan, kerana dia percaya manusia zaman purba dulu melakukan perkara sama dan ia menunjukkan kesan kepada mereka.
“Ketakutan utama saya adalah menjadi tua, mempunyai kedut dan kulit mula menggeleber jadi untuk mengelakkan perkara itu saya mesti melakukan apa sahaja,’’ katanya.

Chanel mendapatkan darah babi itu dalam kuantiti yang banyak di pusat penyembelihan dan kemudiannya memasukkannya dalam tab mandi dan berendam di dalamnya.
Meskipun neneknya cuba memujuknya supaya tidak melakukan perkara itu, namun dia tidak berjaya.
Chanel mendakwa dengan mandi darah babi itu, bahagian kulit yang kasar di badannya kini menjadi semakin lembut.
Selain darah babi, Chanel juga mencuba pelbagai kaedah lain termasuk menggunakan serbuk bawang putih dan minyak zaitun.
Dia juga mencuci mukanya sebanyak lapan hingga 10 kali sehari.
Meskipun tiada bukti bahawa mandi darah dapat mengembalikan keremajaan, namun pada zaman dahulu, seorang ratu Hungary, Elisabeth Bathory, dikatakan telah membunuh beratus-ratus gadis bagi membolehkannya mandi darah anak dara, semata-mata untuk mendapat awet muda.

PELAWAK dan pelakon, Zizan Razak yang banyak dihimpit kontroversi kebelakangan ini dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis sekampung pada Jun depan.
Dakwaan tersebut dikatakan terbit dari mulut Zizan sendiri, namun sehari selepas itu dia menafikannya pula meskipun mengaku kemungkinan akan kahwin pada tahun ini.
Lantaran itu, ramai peminat membuat telahan tentang gerangan gadis bertuah yang berjaya menambat hati Zizan setelah pelakon Cicakman itu putus kasih dengan Emma Maembong.
Melalui muat naik di laman Instagram semalam, Zizan sekali lagi membuat banyak pihak tertanya-tanya apabila dia dilihat duduk di sebelah seorang gadis sambil menjamu selera dengan keluarganya.
Haa… Siapa si cantik di sebelah Zizan itu? Adakah si dia itu gadis sekampung yang bakal menjadi suri Zizan tak lama lagi?
TIDAK! Tekaan tersebut tersasar sama sekali apabila Zizan tampil menjelaskan bahawa gadis tersebut bukanlah kekasihnya, namun si dia merupakan kekasih kepada abangnya.
“Bukan, itu kekasih abang saya,” ujar Zizan seperti dilaporkan Berita Harian.
– MYNEWSHUB.CC


NEVADA, Amerika Syarikat – Bagi menyampaikan mesej kepada bapanya yang berada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), seorang remaja berusia 13 tahun mengambil langkah berbeza dengan mencipta ‘nota’ gergasi di atas padang pasir.
Stephanie dibantu oleh 11 kereta jenis Hyundai bagi menulis ‘Steph Loves You’ di Tasik Kering Delamar, Nevada yang seluas 5,6 juta meter persegi sekali gus mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record sebagai imej tayar terbesar.
“Membuat panggilan jarak jauh tidak mencukupi, maka saya hantar nota maya sebagai tanda rindu kepadanya,” kata Stephanie.
Kereta sedan Hyundai itu bergerak seiringan bagi menulis nota tersebut berdasarkan panduan daripada sebuah helikopter.
Menerusi kempen Hyundai, New Thinking itu membolehkan bapa Stephanie mengambil gambar dari angkasa lepas menggunakan kamera digital. – Agensi




SEORANG lelaki Jepun mempunyai tabiat pelik dengan menjadikan lintah gergasi sebagai haiwan peliharaan.

Perkara tersebut mendapat perhatian selepas video yang dimuat naik ke YouTube pada Sabtu telah tersebar luas dengan menunjukkan lelaki tersebut memberi darahnya sebagai makanan lintah itu.

Lintah gergasi yang diperkatakan dilihat sama panjang dengan saiz lengan lelaki itu dan sumber memberitahu ia akan menghisap darah tuannya secara berkala.

Sedia maklum, lintah merupakan spesis haiwan yang menghisap darah namun aktiviti yang dilakukan lelaki itu bersama lintah gergasi peliharaannya memberi satu kejutan.

Lintah gergasi itu mungkin dijadikan sebagai perantara untuk bahan upacara ritual bagi kepercayaan sesetengah individu.


Viki Chen, guru cantik berwajah barbie

Cikgu sekolah ni memang cantik. Namanya Viki Chen. Laporan dari lollipop.sg, Viki telah menghebohkan dunia maya setelah foto-fotonya tersebar di dunia maya. Tak hairan dengan tubuh super seksi dan paras cantik bak barbie, ramai orang yang langsung terpikat dengannya.










SEORANG lelaki telah memuat naik satu video kompilasi mengenai watak pelakon dan pelawak Hollywood, Robin Williams lantas mendapat perhatian dan pujian orang ramai.
Video ditujukan khas kepada mendiang Robin yang meninggal dunia Ogos tahun lalu dan dimuat naik oleh lelaki bernama Jamie Costa itu telah ditonton lebih sejuta sejak dua hari lalu.
Memiliki wajah mirip dengan mendiang, Jamie telah meniru beberapa watak lakonan yang pernah dijayakan oleh Robin.


PENYANYI Ed Shereen mendedahkan kontroversi tentang gambar bogel anggota One Direction, Harry Styles yang tersebar sekitar tahun 2012 adalah dilakukan sendiri oleh lelaki itu.

Ed menerusi temubual bersama Mirror, memberitahu perkara tersebut dinafikan oleh Harry kerana menganggap tiada siapa yang tahu bahawa dia berbuat demikian.

"Kamu semua tahu bahawa Harry menyebarkan gambar bogelnya sendiri. Ia memang perkara luar biasa, namun dia menafikan gambar tersebut miliknya selepas tercetus kontroversi itu.

"Dia harap tiada siapa yang tahu tentang pekara itu," ujarnya yang juga merupakan sahabat baik penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusan One Direction menyenai kenyataan yang dibuat oleh Ed Shereen itu .