Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Aduh, semakin popular perbuatan mengambil gambar sendiri atau selfie maka semakin banyak trend tidak masuk akal diperkenalkan.
Terbaru, gadis remaja di China dilihat gemar melakukan selfie sambil memegang tuala wanita sebelum memuatnaik gambar tersebut di media sosial Weibo.
Perangai tak senonoh begini membuatkan ramai ibu bapa melahirkan kebimbangan terhadap moral anak gadis negara tersebut pada zaman sekarang yang tampak kian hilang sifat malunya.
Harap-harap perangai bukan-bukan begini tidak merebak ke Malaysia hendaknya..
Pelbagai
KABUL – Lebih 2,100 orang disahkan terkorban selepas tanah runtuh melanda perkampungan terpencil di timur laut Afghanistan, kata jurucakap gabenor daerah, hari ini.
“Lebih 2,100 orang daripada 300 keluarga terkorban,” kata jurucakap pejabat Gabenor Badakhstan, Naweed Forotan.
Ketika ini operasi menyelamat dijalankan bagi mencari penduduk kampung yang mungkin tertimbus.
Pasukan kecemasan yang pertama tiba di tempat kejadian ialah dari wilayah Badakhshan sudah mula menggali di celah batu dan lumpur.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pasukan tentera diketuai Nato juga bergegas untuk memperbaiki kerosakan dan menghulurkan bantuan.
Dilaporkan kejadian tanah runtuh berpunca daripada hujan yang berlarutan sejak beberapa hari lalu.
Global
Woow!! Korang kenal kah adik manis comel seksi bernama AMEL ALVI?!
Gadis ini berasal dari negara seberang.. Indon..Admin agak terkejut apabila melihat gambar photoshoot beliau!! Wow Fantastic baby...Beliau mengenakan pakaian bigini! menonjolkan lagi buah dadanya yang tegang itu.. aduhh,, sakit kepala admin bila tengok gambar tuh.. tidak boleh tengok lama2 yaa.. Hahaha.. admin akan share gambar tuh untuk reader semua!
p/s Kepada Readers yang imannya tak kuat.. please jangan tengok ekk.. MARABAHAYA..
Sakit Mata
WOww!!! Peliknya trend wanita mengandung di Jepun nih!! Hehehe!! Rasa teruja pun ada.. rasa hairan pun ada.. ishh. macam-macam lahh...
Di Negara Jepun ketika ini sedang trend dengan ibu hamil yang pergi ke studio photo untuk diambil gambarnya dalam keadaan telanjang. Tapi bukan bererti mereka pergi ke tempat studio photo untuk pengambilan gambar porno, melainkan untuk mengabadikan momen disaat mereka masih mengandung bayi sebelum melahirkan.
Sakit Mata
Pengaruh televisyen dan ukuran tubuh artis yang kurus dan hot telah membuat lelaki berfantasi.
Namun, preferensi lelaki bervariasi. Banyak lelaki suka wanita bertubuh gemuk tapi majoriti lelaki menyukai wanita kurus.
Informasi
GEORGETOWN – Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya.
Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di Georgetown.Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.
Namun setelah didekati penguatkuasa, rupa-rupanya yang dipeluk adalah kekasih hatinya.
Apa yang lebih memalukan apabila rakan perempuannya yang berada di sebelah kelihatan selamba saja langsung tidak menegur perbuatan sahabatnya itu.
Ketika disapa JAINPP kedua-duanya terkedu sementara seorang lagi rakan hanya mampu memandang dalam keadaan keliru.
Kedua-duanya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian mengakui hanya keluar untuk berjumpa bersama rakan-rakan.
“Saya hanya berbual saja, kami tidak buat apa-apa ustaz,” kata remaja wanita berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam.
Penguatkuasa JAINPP juga menasihatkan remaja perempuan tersebut supaya lebih menjaga maruah diri kerana masih belum berkahwin.
“Kamu belum berkahwin tapi sudah menyerahkan diri untuk sesuka hati dipegang dia (teman lelaki), kamu kena jaga maruah diri.
“Kalau berkahwin nanti apa lagi yang tinggal,” nasihat penguatkuasa berkenaan.
Akibatnya kedua-duanya dikenakan saman mengikut Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. – Kosmo
Isu Semasa
PETALING JAYA: Pelakon dan model Nasha Aziz mengakui terkilan apabila industri peragaan di negara ini lebih banyak menggunakan khidmat tenaga kerja asing berbanding tempatan.
Bagaimanapun, Nasha, 44, berkata, dia memahami situasi tersebut berikutan kekurangan rakyat negara ini yang mempunyai kriteria untuk berjalan di pentas peragaan.
“Saya kecewa dan sedih dengan industri peragaan sekarang yang lebih mementingkan warga asing berbanding rakyat Malaysia.
“Namun saya faham, syarikat korporat yang mahu mengiklankan produk mereka inginkan model yang menepati kriteria dan ia susah didapati pada rakyat Malaysia,” katanya kepada Mstar Online.
Nasha berkata, dia pernah menerima tawaran syarikat korporat dan stesen televisyen untuk sebuah program realiti pencarian model, namun tidak dapat dilaksanakan berikutan masalah tersebut.
Jelas Nasha, kebanyakan rakyat negara ini hanya memenuhi kelayakan menjadi peragawati majalah sahaja.
“Saya pernah ditawarkan untuk program pencarian model tetapi tidak jadi kerana masalah ini, rakan saya Amber Chia juga memberitahu terpaksa pergi ke seluruh Malaysia untuk mencari namun tidak berhasil.
“Seorang peragawati untuk pentas peragaan perlu kurus dan tinggi, manakala wajah pula bukan kriteria utama,” jelasnya.
Tambah Nasha, untuk menjadi seorang peragawati memerlukan ketinggian tidak kurang daripada 173 sentimeter dan berat tidak melebihi 52 kilogram bagi wanita.
Dalam pada itu, dia juga menzahirkan rasa kecewa terhadap kelonggaran syarat terhadap penglibatan peragawati luar bekerja di negara ini.
Jelasnya, kerajaan seharusnya mengambil langkah untuk mengutamakan wajah tempatan dalam setiap produk yang dipasarkan di negara ini.
“Kalau di negara luar seperti Indonesia ada undang-undang sendiri yang mana setiap produk luar perlu menukar kepada wajah tempatan negara mereka sebelum dipasarkan.
“Di Malaysia, saya lihat lebih terbuka kepada orang luar, kasihan kepada model tempatan kerana mereka terpaksa bersaing dengan warga asing untuk bekerja di negara sendiri,” katanya.
Hiburan
Jakarta: Seorang kanak-kanak lelaki, Valentino, lima, membunuh diri selepas gagal mendapat kebenaran ibu bapanya untuk menonton filem adiwira terbaru, Spiderman di pawagam.
Mangsa melompat dari tingkat 19 menerusi tingkap rumahnya di sebuah apartmen di ibu negara Indonesia ini.
Ibu bapanya yang mengetahui mengenai kejadian itu bergegas turun ke bawah dan membawa mangsa ke hospital berdekatan untuk menyelamatkannya, namun gagal.
Murid tadika itu disahkan mati sebelum sampai di Hospital Pluit, utara Jakarta lapor Kompas.com semalam.
Ketua polis daerah, Suyudi, memetik kenyataan ibu mangsa, Valentino mulanya meminta kebenaran untuk menonton filem Spiderman yang ditayangkan di pawagam.
Dia bagaimanapun tidak memberi kebenaran kerana sedang menjaga adiknya yang sakit.
“Selepas permintaannya ditolak, mangsa lari ke dalam bilik dan mengunci dirinya dari dalam.
Ibu mangsa cuba membuka pintu apabila mendengar sesuatu - anaknya terjun menerusi tingkap,” katanya.
Mayat Valention dihantar ke sebuah hospital di Jakarta untuk siasatan lanjut.
Polis masih menyiasat kes berkenaan.
- Agensi
Global
Phoenix: Seekor anjing baka Pit Bull yang membaham seorang kanak-kanak tahun lalu, semalam dihukum penjara seumur hidup di tempat perlindungan yang dikendalikan di sebuah penjara dan di bawah pengawasan Syerif Wilayah Maricopa, Joe Arpaio.
Hakim Deborah Griffith memutuskan anjing bergelar Mickey itu perlu menghabiskan sisa hidupnya di tempat perlindungan berkenaan.
Pada 20 Februari, Kevin Vicente, empat, dibaham anjing itu, menyebabkan soket mata dan rahangnya cedera.
Akhbar Newsday melaporkan mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun pada masa depan.
Aktivis hak asasi haiwan bertindak membela anjing berkenaan dan berkongsi imej Mickey dalam talian untuk menyelamatkan nyawanya.
Dalam media sosial, berita kejadian ini mendapat sambutan berbelah-bahagi.
Ada yang berpendapat Mickey perlu dibunuh dan sebahagian lagi berkata, langkah menyerahkannya kepada pusat perlindungan adalah lebih berperikemanusiaan.
- Agensi
Global
Aktor popular Filipina, Jericho Rosales selamat melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, blogger, model dan pengacara TV terkenal, Kim Jones, kelmarin.
Majlis ringkas yang dihadiri kira-kira 200 tetamu itu berlangsung pada jam 4 petang di Hotel Shang Ri La, Pulau Boracay, Filipina.
Jika Jericho, 34, segak dengan sut rona pastel, Kim, 26, pula tampil menawan dengan gaun warna putih pada majlis bertemakan perkahwinan di tepi pantai yang menjadi impian pasangan kekasih berkenaan.
Dalam pertemuan eksklusif bersama wakil Rap ketika penggambaran drama bersiri Kusinero Cinta di Melbourne baru-baru ini, pemilik nama sebenar, Jericho Vibar Rosales mengakui hatinya terbuka untuk bercinta semula selepas bertemu dengan Kim pada 2011.
“Kami diperkenalkan seorang rakan dalam satu majlis. Hanya dua bulan selepas pertemuan itu barulah Kim menghantar Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk bertanya khabar.
Hiburan
Ampang: “Anak derhaka! Tergamak dia menghempuk kepala saya dengan kerusi hingga cedera teruk,” luah seorang lelaki warga emas yang hanya ingin dikenali sebagai Murad, 87, selepas dipukul oleh anak perempuannya sendiri.
Murad yang tinggal bersama anak perempuannya berusia 50-an mendakwa turut dihamburkan kata-kata kesat susulan tindakannya menegur perbuatan sumbang anaknya itu bersama bekas menantu di kediamannya di sini.
Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 8 malam Selasa lalu, apabila dia mendapati anak perempuannya itu masih ‘bermesra’ dengan bekas suami walaupun mereka sudah bercerai.
“Saya yang tidak tahan melihat gelagat mereka bertindak menegur dan menasihati anak saya itu. Bagaimanapun niat baik saya itu dibalas dengan hamburan kata-kata kesat.
“Tidak cukup dengan itu, dia turut membaling botol minuman ke arah saya sebelum mencapai kerusi kayu berhampiran. Kerusi itu kemudian dipukul sekuat hati ke arah belakang tubuh dan kepala saya,” katanya.
Isu Semasa
Shah Alam: Nur yang dapat dilihatnya mungkin tidak menjanjikan kebahagiaan dengan mata kasar selepas bukan saja meninggalkan kehidupan mewah malah terpaksa hidup sebatang kara akibat dibuang keluarga hingga terpaksa menjalani kehidupan umpama pelarian dan hidup bergelandangan.
Selepas mengucap dua kalimah syahadah sejak setahun lalu, Syed Mohd Asri Abdullah, 25, terpaksa ‘berperang’ dengan kemahuan diri dan tuntutan agama menyebabkan kehidupannya kini terumbang-ambing selepas meninggalkan pekerjaan lamanya sebagai penarik kereta di utara Semenanjung.
Walaupun mendapat pembelaan kerana ditempatkan di rumah Baitulmal milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di bandar raya ini, dia sekali lagi diuji selepas mendakwa diusir penghuni lain gara-gara tindakannya enggan bersekongkol dengan mereka yang masih mengamalkan cara hidup lama yang meminum arak.
Menurutnya, selepas diusir, dia cuba mencari pekerjaan dan berteduh sementara di sebuah masjid di Seksyen 19, di sini, namun selepas beberapa hari bermalam, di situ, beberapa lelaki yang mendakwa pengurusan masjid mula memberi kata dua kepadanya agar tidak terus bermalam rumah Allah itu.
“Saya faham dengan situasi mereka mungkin kehadiran saya dengan imej yang sebegini kurang disenangi. Saya tidak menyalahkan sesiapa lagipun mungkin ini sudah takdir saya, pasti ada hikmah di sebalik semua ini,” katanya.
Isu Semasa
Johor Bahru: Pada mulanya dia menyangka kehadiran seorang lelaki dalam hidup mampu menjadi pelindung, namun sebaliknya perkahwinan dengan duda berkenaan akhirnya menjadi detik hitam apabila dia disahkan dijangkiti virus HIV.
Sejak itu, hidup Aisyah (bukan nama sebenar), 46, bagai tenggelam punca kerana lelaki yang menjadi harapan untuk tempatnya berlindung sebenarnya pembawa virus HIV dan penyakit berkenaan dirahsiakan sehinggalah dia dijangkiti.
“Dia yang menggelarkan dirinya sebagai penyelamat keluarga saya, tetapi merahsiakan status dirinya sebagai pembawa virus HIV.
“Saya hanya menyedari dijangkiti virus berkenaan kira-kira dua bulan sebelum dia meninggal dunia.
“Kini saya nekad meneruskan kehidupan demi masa depan anak perempuan saya berusia 14 tahun hasil perkahwinan pertama saya sebelum ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments