Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
1. Periksa keadaan diri sendiri dan penumpang
Selepas kemalangan, kebanyakan mangsa mesti berada dalam keadaan terkejut dan memang sukar untuk berfikir secara rasional. Jadi tenangkan diri dahulu dan pastikan diri sendiri atau penumpang tidak mengalami kecederaan. Jika ada kecederaan serius hubungilah ambulans dan dapatkan rawatan segera. Pastikan mendapat salinan laporan perubatan untuk kegunaan tuntutan nanti.
2. Periksa keadaan kenderaan dan sekeliling
Jikalau ada kamera, ambil gambar sebarang kerosakan yang dialami, gambar kenderaan lain yang terlibat, gambar keadaan jalan dan sekeliling. Ambil nota seperti waktu kemalangan, keadaan trafik, keadaan cuaca, keadaan jalan dan sebagainya, supaya boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian tersebut. Jikalau kenderaan masih boleh dipandu, pindahkan kereta ke tempat yang tidak mengganggu haluan trafik. Jikalau tidak boleh dipandu, tunggu hingga towtruck datang.
3. Dapatkan maklumat dari pemandu lain
Pastikan anda mendapat nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu, alamat terkini dan juga nombor telefon semua pemandu yang terlibat. Jikalau ada maklumat insurans lebih bagus. Jikalau kenderaan lain itu adalah kenderaan komersial dapatkan butiran syarikat sekali. Jangan bertindak melulu dan pastikan diri tenang pada setiap masa. Tindakan memarahi atau memaki hanya akan menyukarkan keadaan dan tidak membantu sesiapa. Jika kerosakan adalah kecil boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu melibatkan pihak polis atau insurans.
4. Hubungi pihak insurans kereta anda
Jikalau kereta dalam keadaan yang teruk dan tidak boleh dipandu, hubungi pihak insurans untuk mendapat bantuan. Selalunya pihak insurans menyediakan khidmat bantuan kemalangan. Kadangkala ada pihak tertentu akan datang pada anda dan meminta anda menandatangani sebuah borang supaya mereka boleh menarik kereta anda ke bengkel terdekat. JANGAN tandatangan apa-apa borang atau setuju untuk kereta anda ditarik. Tunggu bantuan daripada pihak insurans anda sahaja. Jikalau tidak, kemungkinan anda tidak dapat dilindungi oleh insurans kereta anda. Pastikan anda mendapat nombor telefon towtruck dan juga nombor telefon bengkel berkenaan.
5. Buat laporan polis di balai polis terdekat
Selepas pihak insurans kereta telah menguruskan kereta anda, bolehlah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Membuat laporan polis adalah WAJIB jika hendak membuat sebarang tuntutan kelak. Semua pihak terlibat hendaklah membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari masa kemalangan. Jikalau mengalami kecederaan serius dan tidak dapat membuat laporan dalam masa 24 jam, orang lain boleh membuat laporan bagi pihak anda.
6. Membuat tuntutan dari pihak insurans sendiri
Setelah selesai semua langkah di atas bolehlah buat tuntutan dari pihak insurans. Hubungi pihak insurans dan berikan salinan laporan polis. Selalunya pihak bengkel akan membantu membuat tuntutan kerana mereka telah biasa buat. Pastikan anda mendapat semua salinan resit kos pembaikian dan dokumen lain yang berkenaan untuk rekod anda. Dari segi kecederaan pula, jika anda mempunyai insurans kesihatan/perubatan, bolehlah menghubungi ejen insurans anda untuk membantu anda membuat tuntutan. Salinan laporan perubatan dan salinan laporan polis adalah amat penting dalam proses tuntutan jadi pastikan anda membuat salinan lebihan.
7. Membuat tuntutan dari pihak yang melanggar
Jika anda rasa bahawa sebab tunggal kemalangan tersebut terjadi adalah dari kecuaian pihak yang lain, anda boleh membuat tuntutan terhadap mereka. Jika ada maklumat seperti dalam perenggan 3, bolehlah hubungi pihak insurans mereka atau jika mereka adalah syarikat bolehlah hubungi pihak syarikat. Hantarkan surat untuk menuntut pampasan. Kebiasaannya mereka akan menolak tuntutan tersebut dan anda hendaklah menggunakan khidmat peguam untuk membuat tuntutan pampasan tersebut. Anda boleh menuntut gantirugi terhadap kerosakan kepada kereta, kecederaan pada diri dan penumpang, dan juga sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi ketika kemalangan tersebut dan sebagainya. Anda boleh membuat tuntutan sedemikian walaupun anda telah mendapat lindungan daripada pihak insurans sendiri. Membuat tuntutan pampasan menggunakan peguam melibatkan kos tetapi kebanyakan peguam akan mengenakan bayaran awal yang rendah dan menetapkan yuran akhir berdasarkan peratusan dari jumlah yang dituntut.
Inilah 7 langkah atau nasihat yang perlu anda ketahui jika terlibat dalam kemalangan dan saya pasti ia boleh memanfaatkan diri anda kelak. Jika ada salah silap atau ingin memberi nasihat tambahan silalah komen.
Informasi
Anda merindu kepimpinan Tun Dr. Mahathir? Ya, sudah semestinya ramai yang merindui era pentadbiran beliau.
Dulu, bila tengok Tun Dr. Mahathir nak meletak jawatan di PWTC melalui kaca televisyen, tertanya-tanya juga apa sebab dan puncanya. Katanya, dah buat keputusan dan dia dah berkhidmat lama dah.
Sebak masa tu. Tetapi, apa yang sebenarnya di fikiran beliau? Kita semua nak tahu. Tun Dr Mahathir berjaya mencapai sasarannya dan adakah disebabkan itu dia membuat keputusan meletakkan jawatan? Atau Tun sudah muak dengan orang-orang melayu yang mudah lupa ini? Hanya beliau sendiri saja yang tahu apa yang bermain di pemikirannya.
Sedar atau tidak, masyarakat sering mengkiritik kepimpinan pemimpin selepas era Tun Dr Mahathir Mohammad.
Kerana apa?
Kerana Tun Dr Mahathir telah meletakkan 'benchmark' pemimpin selepas beliau mestilah pemimpin yang lebih baik atau sama baik dengan beliau.
Ya, kita tidak nafikan, setiap pemimpin mempunyai cara yang berbeza namun, asas kepimpinan yang sebenar haruslah dihalusi dan diikuti.
Di zaman Tun Dr Mahathir, mungkin tidak ada penggunaan Internet yang begitu meluas dan sebagainya tetapi sebenarnya ia boleh dikekang dengan kuatkuasa dengan tegas akta yang ada, namun ia dipandang sepi.
Kadangkala kita sakit hati dan geram, kenapa susah sangat nak ambil tindakan sesetengah orang tak kisah dari pihak mana sekalipun yang keluarkan kata-kata ugutan dan sebagainya.
Bak kata Tun
"Itulah, orang dah bagi barang elok, toksah lah sibuk duk tukar ni, mansuh itu mansuh ini tu yang jadi rosak"
Tun merujuk kepada penghapusan beberapa akta. Kenapa? Adakah kerana terlalu bertolak ansur? Apa yang kerajaan dapat bila mendengar permintaan pembangkang?
Tun pernah berkata lagi
"Pembangkang ni duk bangkang ja kerja dia, kita buat baik pun dia bangkang, duk ikut buat apa. Bukan dia akan kata 'Oh kerana kerajaan dah ikut cakap kita , kita akan sokong kerjaaan,' Tak kan?"
Tahap kepimpinan Tun Dr. Mahathir ini terlalu tinggi untuk dicapai oleh mana-mana pemimpin sekarang ini. Tetapi, sepatutnya pemimpin sekarang mengambil contoh dan pendekatan beliau dalam mentadbir negara kerana banyak antara mereka pernah berkhidmat berpuluh-puluh tahun dalam kabinet beliau.
Jadi, sebagai orang yang rapat dengan Tun, mereka patutnya lebih tahu. Orang dari negara lain banyak yang nak Tun Dr Mahathir menjadi pemimpin mereka. Tetapi pemimpin kita ego dan suka dapatkan nasihat dari orang muda yang kononnya belajar dari Oxford. Elokkah hasilnya sekarang? Makin merosotkan? Pelik kerana mereka seperti kehilangan punca dan pandai pandai mengubah benda yang dah elok.
Coretan ini ditulis ketika merindukan kepimpinan Tun M. Bila membelek helaian akhbar-akhbar lama.
FB Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad
Informasi
Seorang peserta Asia’s Next Top Model musim kedua dari Malaysia,
Sheena Liam telah berjaya terpilih ke peringkat akhir serta menjadi di
antara tiga peserta akhir dalam program pencarian model yang
diinspirasikan daripada rancangan America’s Next Top Model.
Selain Sheena, dua lagi finalis adalah peserta dari Filipina iaitu Katarina Rodriguez dan Jodilly Pendre.
Pemenang bagi musim ini hanya akan diketahui pada 9 April depan di saluran Astro Star World (711).
Program yang memulakan tayangan sejak 8 Januari lalu mempertandingkan 16 peserta dari serata Asia antaranya Jepun, Hong Kong, India, Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Vietnam.
Hiburan
Tak keterlaluan kalau dikatakan, sejak terjadinya insiden kehilangan
MH370 orang ramai kian berminat untuk mengetahui info tentang dunia
penerbangan.
Mereka yang bekerja dalam sektor ini turut mendapat perhatian hinggakan mana-mana status yang dikongsikan mereka walaupun di laman sosial peribadi disebarkan jika ia dirasakan menarik.
Terbaru, status seorang pramugari mendapat perkongsian ramai di media siber.
Dalam status Facebook tersebut, Malissa Mansor mendedahkan sebab
mengapa pesawat tidak kira sama ada Air Asia mahu pun MAS selalu delay
atau mengalami kelewatan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Malissa, ia adalah kerana landasan di KLIA hanya ada dua;
satu digunakan untuk pesawat berlepas dan satu lagi untuk mendarat.
Hal ini membuatkan semua pesawat tidak kira Air Asia, MAS mahu pun
pesawat dari luar negara terpaksa menunggu giliran kerana setiap satunya
memerlukan masa antara lima hingga tujuh minit untuk berlepas atau
mendarat.
Benarkah begitu? Apa yang pasti, Malissa bercakap mungkin berdasarkan pengamatannya sebagai anak kapal.
Isu Panas
PETALING JAYA – Bapa kepada pelancong warga China yang diculik di
sebuah resort di Semporna, Sabah menghubungi Stesen Radio ‘Shanghai
People’ bagi merayu mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk
menyelamatkan anaknya.
Beliau berkata, anak perempuannya, Gao Huayun, 29, bekerja di sebuah
firma Jepun dan memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya.
Beliau pada Rabu menerima surat daripada sebuah universiti di
Britain bagi memaklumkan bahawa anak perempuannya diterima masuk
menyertai program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).
Beliau berkata, Gao berkunjung ke Malaysia bersama rakan-rakan sekuliahnya.
Gao dilaporkan diculik pada kira-kira pukul 10.30 malam Rabu apabila
sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke Singamata Reef Resort.
Mereka turut menculik seorang kakitangan resort warga Filipina.
Menurut stesen radio itu, seorang wanita bernama Xu membuat laporan
polis di balai polis daerah Yangpu di Shanghai dengan mendakwa bahawa
anak perempuannya diculik di Malaysia. – The Star
Isu Semasa
ISU mengenai artis dan laman sosial Instagram bagaikan tidak surut dan ini termasuklah penyanyi Adira AF yang terpaksa menjelaskan mengapa dia membuang segala gambarnya bersama kekasihnya, Shahrol diakaunnya dan kerana itu ramai yang beranggapan bahawa hubungan mereka telah berakhir.
“Saya delete gambar, tak semestinya hubungan saya berakhir atau erti kata lain saya dah putus tetapi ini saya buat adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai spekulasi yang lain kerana gambar-gambar yang ada dalam Instagram saya peminat jadikan tempat tersebut sebagai satu tempat untuk mereka bergaduh mengenai gambar saya. Daripada saya blocked mereka lebih baik untuk saya delete semua gambar yang boleh mereka jadikan ini semua sebagai tempat untuk bercakaran sesama mereka”
“Ada peminat yang feeling sebagai ustazah dalam Instagram saya dan kerana komennya di situ mempengaruhi peminat saya yang lain untuk mengutuk mengenai gambar yang telah saya kongsi. Sebelum itu saya sudah berbincang bersama Shahrol untuk delete gambar kami bersama dan dia tahu dan faham dengan keputusan saya,” ujarnya ketika ditemui semasa Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya semalam.
Pada malam konsert itu juga, Shahrol kekasihnya datang membuat kejutan untuk menyaksikan persembahannya dan Adira sendiri tidak menyedari kehadirannya dan beranggapan itu adalah perkara biasa dan sedikit sebanyak memberikannya semangat untuk terus beraksi dengan baik sehingga Sabtu ini.
“Saya tak tahu pula dia nak datang tetapi sedikit sebanyak memberikan saya semangat untuk beraksi dengan lebih baik,” katanya sambil tersenyum.
Adira juga turut memberitahu bahawa dia mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi bukanlah dalam masa yang terdekat ini dan mempunyai sasaran sebelum 30 tahun untuk mengakhiri zaman bujang. Selain itu, dia turut menjelaskan perkaitan antara kekasihnya Shahrol, yang dikatakan pernah mempunyai hubungan istimewa bersama dengan aktres, Lana Nordin.
“Saya mempunyai perancangan untuk ke arah itu, tetapi tidak tahu bila masa yang sesuai dan secara automatiknya akan saya berkahwin sebelum memasuki umur yang ke-30 tahun”
“Mula-mula pelik juga apabila orang bercakap mengenai hubungan Shahrol dan Lana, ada juga saya bertanya mengapa benda ini boleh terjadi & sebenarnya tidak ada apa yang perlu diperkatakan lagi dan kami sama-sama saling mempercayai,” katanya-rotikaya
Hiburan
PETALING JAYA: Kumpulan Abu Sayyaf yang dipercayai bertanggungjawab menculik seorang warga china dan seorang pekerja resort warga Filipina di Semporna Sabah akan meminta wang tebusan sehingga AS$3.5 juta (RM11.5 juta) untuk membebaskan mangsa bukan warganegara Filipina, kata seorang penganalisis keselamatan.
Prof Dr Aruna Gopinath yang pakar dalam keselamatan maritim berkata, kumpulan pemisah yang berpangkalan di Basilan, selatan Filipina itu akan mengenakan kadar yang lebih rendah sekitar tiga juta pesos (RM219,000) untuk membebaskan tebusan warga Filipina.
“Kumpulan Abu Sayyaf hanya berminat untuk mendapatkan wang dan wang tebusan akan dibayar sebelum mereka membebaskan tebusan,” katanya.
Aruna berkata, seorang wartawan Filipina yang dikenalinya diculik oleh kumpulan itu pada 2011 dan dijadikan tebusan selama 90 hari.
“Dia bertemu dengan ketua kumpulan Abu Sayyaf di Basilan untuk temu bual tetapi sebaliknya diculik oleh mereka. Dia dikurung di dalam sebuah rumah dan hanya diberikan air dan dua biji pisang tiga kali sehari.
Aruna berkata, seorang ahli kongres Filipina akhirnya bersetuju untuk membayar wang tebusan tiga juta pesos sebelum mangsa dibebaskan.
Sebuah lagi kumpulan iaitu Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) yang pakar dalam kegiatan penculikan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa Malaysia, kata Aruna.
Dalam perkembangan lain, Associated Press memetik seorang pegawai risikan Filipina pada Khamis sebagai berkata mengesahkan penculikan itu dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf.Menurut pegawai tersebut, ketua kumpulan Abu Sayyaf itu berang kerana tidak dibawa bersama dalam perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Isu Semasa
Tahniah kepada Radhi OAG, 37 atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali selepas sah bergelar suami kepada kepada Nur Shahira Ayu, seorang model sambilan berusia 20 tahun dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan itu berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Mohd Firdaus, Imam Masjid dengan berwalikan Zahiri, bapa pengantin perempuan.
Majlis merisik, pertunangan dan pernikahan yang diadakan sekaligus ini menyaksikan pengantin perempuan menerima 12 dulang hantaran antaranya kek, tepak sirih, sejadah, beg tangan berserta dompet, set wangian, produk kecantikan, seutas cincin, senaskhah Al-Quran, dan manisan, lapor ohbulan.
Manakala Radhi pula menerima 14 dulang hantaran antaranya buah-buahan, sirih junjung, sejadah, senaskhah Al-Quran, dompet berserta cermin mata dan tali pinggang, pulut kuning, sepersalinan pakaian, produk penjagaan diri, dan banyak lagi.
Sebagai informasi, Radhi sebelum ini pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdhi Muslim berusia sembilan tahun.
Hiburan
Pesawat Malaysia Airlines, MH004 terpaksa mendarat cemas di KLIA selepas sejam berada di udara ketika sedang dalam penerbangan ke United Kingdom.
Pesawat Airbus A380 yang berlepas pada jam 10 pagi itu sepatutnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada jam 11 malam tadi, namun terpaksa berpatah balik kerana mengalami kerosakan kipas paramotor (propeller) pada sayap kiri.
Sebaik mendarat di KLIA, pesawat tersebut segera dibaiki dan penerbangan disambung semula pada jam 1.30 tengah hari kelmarin.
Untuk makluman, insiden ini adalah yang ketiga membabitkan pesawat MAS. Pada 21 Mac lalu, pesawat MH114 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan kerana dilanggar burung.
Manakala pada 24 Mac berikutnya, pesawat MAS Airbus A330-300 yang sedang dalam penerbangan ke Korea Selatan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana mengalami kerosakan pada generator utama.
Isu Panas
Merasakan berdiam itu lebih baik dari berkata-kata, pelakon filem, Zombi Kilang Biskut, ini kembali menjadi perhatian apabila dirinya dikatakan berselisih faham dengan pengarah filem usahasama Malaysia- Indonesia, Kuntilanak Ciliwung.
Namun, Eina kini lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan agar dirinya tidak lagi dijadikan bahan kontroversi. Meskipun cuba sedaya upaya 'lari' dari dunia glamor yang penuh gosip, namun ternyata nama Eina kini dikaitkan lagi.
Menerusi sebuah portal online, Eina dikatakan menjadi orang ketiga dan merampas tunangan orang.
Perkara ini didedahkan pengikut Eina di laman sosial Instagram, apabila Eina memuat naik gambarnya bersama kekasih di laman berkenaan.
Hampir terkejut dengan soalan yang diajukan, Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 19, pantas menepis dakwaan sebagai orang ketiga.
"Dari mana pula cerita ini boleh timbul? Kekasih saya masih 'solo' dan kami dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.
"Namun, sebelum ini dia pernah bertunang dan hubungan itu putus setahun setengah yang lalu.
"Kenapa pula saya dikatakan sebagai perampas sedangkan hubungan saya dengannya baharu sahaja terjalin enam bulan!," jelas pelakon filem, Ratu The Movie ini.
Kekasih 'non muslim'
Walaupun kurang setahun bercinta, namun Eina mengakui hubungan itu bakal melalui fasa demi fasa. Malah, menurut Eina, sekiranya ada jodoh di antara mereka, dia tidak akan menolak untuk berkahwin.
Berkongsi mengenai perkenalan dengan jejaka berkenaan, Eina memberitahu kekasihnya itu adalah kenalan rapat abangnya.
"Kekasih saya itu orang Kuala Lumpur dan dia kawan kepada abang saya. Dari situ, saya mula mengenalinya dan semakin rapat.
"Kami sememangnya serius dalam hubungan ini, namun segalanya terserah kepada jodoh.
"Kekasih Eina non-muslim, jadi dia memerlukan tempoh untuk memeluk agama Islam sekiranya kami ingin berkahwin," katanya yang bakal muncul dalam beberapa drama televisyen tidak lama lagi.
Hiburan
NORFOLK - Kisah cinta pasangan warga emas ini amat unik kerana mereka dipakaikan baju pengantin dalam satu karnival pada usia empat tahun dan tidak menyangka pertemuan itu menjadi titik bermulanya cinta mereka yang hingga kini mencecah usia 70 tahun.
Menariknya, pasangan warga emas itu, Ron Everest dan Eilen Campbell dilahirkan dalam dewan bersalin yang sama, dipakaikan baju pengantin pada sebuah karnival dan siapa sangka, mereka bertemu jodoh pada usia 21 tahun dan kekal sebagai pasangan suami isteri sehingga kini.
Pasangan itu yang kedua-duanya berusia 91 tahun berkata telah dilahirkan di unit yang sama iaitu di Hospital Bersalin Tentera Laut di Gillingham, Kent.
Bapa mereka bersahabat baik serta sama-sama berjuang dalam Perang Dunia Pertama dan kekal rapat sehingga memakaikan mereka pakaian pengantin semasa Karnival Gillingham pada tahun 1926.
Pasangan itu kemudian berkahwin pada 7 Jun 1943.
“Cinta kami disemai mungkin sejak dilahirkan lagi kerana lahir di unit bersalin yang sama," kata Everest.
Isterinya menambah, masih ingat lagi ketika dipakaikan baju pengantin semasa usia empat tahun dan perkahwinan di antara mereka membuatkan hubungan kedua-dua keluarga menjadi bertambah erat.
Pelbagai
Rembau: Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam mengesahkan beliau tahu diawasi Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat (AS) ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri.
Malah, Perdana Menteri kelima itu juga berkata, beliau tahu seorang lagi rakyat Malaysia dipantau agensi yang sama berikutan kaitan individu berkenaan dengan satu projek membabitkan dua negara yang dicurigai AS.
Ketika itu, saya diminta mengesyorkan mereka (syarikat Malaysia) untuk mendapatkan projek di luar negara. Projek yang mereka minta itu di sebuah negara yang dicurigai oleh AS. Disebabkan itu, saya diheret dalam perkara itu.
“Ada lagi seorang, dia jual barang (dihantar dari Kuala Lumpur) yang dianggap tidak tidak diterima (oleh AS),” katanya yang juga Penasihat Kehormat Yayasan Sofa, pada sidang media selepas melawat Sekolah Tinggi Islam As Sofa bersama isterinya, Tun Jeanne Abdullah, di sini semalam.
Sabtu lalu, sebuah majalah mingguan Jerman, Der Spiegel mendedahkan satu dokumen rahsia bertarikh 2009, menunjukkan nama bekas Perdana Menteri berkenaan tersenarai dalam kalangan pemimpin dunia yang disasarkan NSA untuk pengawasan.
Dokumen didedahkan
Dokumen itu yang didedahkan bekas kontraktor NSA, Edward Snowden kepada wartawan, turut menunjukkan nama 10 pemimpin negara lain, termasuk Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dan bekas Presiden Colombia, Alvaro Uribe. Der Spiegel melaporkan senarai penuh dokumen itu mempunyai 122 nama pemimpin dunia.
Abdullah yang yakin pengawasan itu dibuat disebabkan AS mengawasi setiap perkembangan di Asia Barat, berkata beliau bagaimanapun langsung tidak bimbang dengan tindakan berkenaan. BH
Isu Semasa
Denver: Pelajar dari Congo mati akibat terjun dari bangunan selepas memakan biskut ganja yang dibeli rakannya dari sebuah kedai.
Pihak berkuasa dalam kenyataan mereka kelmarin berkata, laporan bedah siasat menunjukkan keracunan ganja menjadi faktor penyumbang kepada kematian Levy Thamba Pongi, 19, yang terjun dari balkoni sebuah motel pada 11 Mac lalu.
Levy, pelajar Kolej Wyoming yang melawat Denver ketika cuti musim luruh.
Polis percaya Levy dan rakannya datang ke Colorado untuk mencuba ganja.
Colorado membenarkan penjualan ganja untuk tujuan rekreasi sejak Januari, namun menghalang mereka di bawah umur 21 tahun untuk membeli atau memilikinya. Pihak berkuasa memberitahu, seorang rakan Levy yang “cukup umur” membeli biskut berkenaan daripada sebuah kedai ganja.
Namun, masih belum dapat dipastikan sama ada rakannya itu akan berdepan tuduhan atau tidak.
Global
London: Seorang remaja perempuan berdepan situasi mencemaskan apabila cuba menyelamatkan telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam parit besar.
Telefon bimbit Ella-Anne Birchenough, 16, tercicir dalam parit berhampiran rumahnya di Dover, Kent.
Dia kemudian cuba mengambil alat itu, namun tersangkut dan menghubungi ibunya Joanne Birchenough, untuk mendapatkan bantuan.
Joanne yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menghubungi bomba yang mengambil masa hanya kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan Ella-Anne.
Menceritakan kejadian itu, Ella-Anne berkata, telefon itu terjatuh ketika dia sedang berbual dengan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Saya terfikir ‘tidak mungkin saya akan membiarkannya di situ’ sebelum terus terjun mengambilnya,” katanya.
Global
Seremban: Mayat seorang warga emas ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil dalam bilik tidurnya di rumahnya di Jalan Munawir, di sini, petang kelmarin.
Penemuan mayat mangsa, Leong Koan, 64, pada jam 4.30 petang kelmarin dibuat selepas jirannya melaporkan kepada polis bau busuk dan kehadiran banyak lalat dari rumah warga emas itu.
Saksi kejadian, Lee Chin Guang, 60, berkata, sebelum ini dia sudah biasa menghidu bau busuk dari rumah jiran lelakinya itu yang membuang najis di kawasan luar rumah.Saya meninjau dari luar rumahnya untuk memastikan bau itu dan melihat banyak lalat dari luar rumahnya itu.
“Saya menghubungi polis untuk memeriksa kerana mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku.
“Sebaik polis tiba, mereka mengesahkan menemui mayatnya yang sudah kembung,” katanya.
Menurutnya, mangsa tinggal di rumah berkenaan sejak 10 tahun lalu dan difahamkan, isteri mangsa bekerja dan menetap di Melaka manakala anaknya di Shah Alam, Selangor.
Mangsa disyaki sudah meninggal dunia sejak empat hari lalu dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
“Saya terhidu bau busuk yang kuat menyebabkan saya rasa tidak sedap hati.
Isu Semasa
Kapar: “Kali pertama melihat wajah bayi tidak berdosa itu yang diletakkan dalam beg, perasaan geram dan marah terus bermain dalam fikiran saya kerana masih ada manusia tergamak bertindak kejam.
“Apa dosa bayi itu diperlakukan demikian dan jika tangisannya tidak didengari, tidak mustahil bayi itu dihurung semut, malah lebih teruk mungkin digigit haiwan liar,” kata Jamsari Ali, 45.
Jamsari adalah individu menemui bayi lelaki cukup sifat yang diletakkan dalam beg pakaian sebelum ditutup plastik sampah dan ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2 di sini, Selasa lalu.
Bayi berkenaan ditemui jam 10.30 pagi selepas penduduk setempat mendengar suara dari arah tempat pembuangan sampah itu yang mulanya disangkakan tangisan anak jiran tetangga.
Menurutnya, selepas beberapa minit tangisan bayi itu tidak berhenti, dia mulai curiga sebelum mencari suara itu sebelum akhirnya menemui bayi dalam beg pakaian yang dimasukkan dalam plastik sampah bersama botol susu.
Isu Semasa
Kuala Lumpur: Hanya kerana mengejutkan suaminya daripada tidur, seorang isteri diterajang oleh lelaki berkenaan yang mengamuk hingga lebam seluruh badan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.40 pagi, lelaki berusia 20-an itu yang berada di rumah mereka di Sentul pada mulanya meminta isterinya yang berusia 29 tahun membelikan minuman di kedai.
“Mangsa kemudian akur dan terus ke kedai berhampiran membeli minuman diminta sebelum pulang ke rumah kira-kira 10 minit kemudian.
“Bagaimanapun, sebaik masuk ke rumah, mangsa mendapati suaminya tertidur lalu mengejutkannya untuk diberikan minuman. Bagaimanapun, suspek tiba-tiba terus mengamuk dengan memaki-hamun isterinyamenyebabkan wanita itu memintanya bertenang. Suspek kemudian terus menyerang mangsa dengan menampar, memukul serta menyepak berulang kalihingga mengerang kesakitan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan. HM
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments