Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Geli lagi meloyakan!
Itulah gambaran bagi menceritakan kisah seorang pesakit wanita Kanada yang secara tiba-tiba kelopak mata dan hidungnya dipenuhi dengan ulat sampah.
Kisah yang dilaporkan oleh Metro.co.uk ini sebenarnya telah berlaku pada tahun 2007, namun baru menjadi viral di media sosial hingga menjijikkan sesiapa sahaja yang melihatnya di seluruh dunia.
Lebih mengejutkan, wanita tersebut sebenarnya tidak mengalami masalah ulat tersebut pada awalnya ketika ditempatkan ke dalam hospital.
Dia yang menghidap penyakit lain secara tiba-tiba terperanjat apabila kelopak mata dan hidungnya mengeluarkan ulat sampah selepas beberapa hari tinggal dalam hospital di Kanada.
Menurut laporan perubatan wanita tersebut, ulat itu dipercayai berpunca daripada seekor lalat berwarna hijau yang pernah dilihat berkeliaran di unit kawalan rapi.
Difahamkan, lalat tersebut telah melepaskan telurnya ketika wanita tersebut berada dalam hospital berkenaan.
Bagaimanapun, para doktor berjaya mengeluarkan kesemua ulat tersebut sebanyak 120 ekor daripada hidung dan kelopak matanya.
Global
Soo Sheng Leng, 28, begitu segak mengenakan baju Melayu bersamping dan songkok, sementara isterinya Goh Sok Chin, 27, cukup tampan dengan kebaya Kedah.
Kedua-duanya yang langsung tidak menampakkan rasa kekok, menyerikan lagi majlis perkahwinan berkonsepkan gotong-royong masyarakat Melayu.
Kira-kira 3,000 saudara mara, rakan dan jiran meraikan pengantin.
Soo Lian Heng, 58, bapa kepada pengantin lelaki berkata majlis perkahwinan anaknya yang berkonsepkan adat Melayu telah lama dirancang bersama keluarga dalam usaha merapatkan lagi hubungan keluarganya bersama penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Melayu.
Pemilik kedai runcit itu berkata rancangan itu diterima baik oleh keluarganya dan keluarga pengantin perempuan, rakan serta jiran.
"Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya," katanya kepada pemberita di majlis itu.
Pengantin lelaki Soo, pekerja sebuah syarikat swasta di Kulim itu berkata pada mulanya dia agak terkejut dengan rancangan bapanya itu namun tidak membantah.
"Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung," katanya.
Bercakap mengenai baju kebaya Kedah yang dipakainya, Goh berkata, "Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami.
"Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila," kata pekerja syarikat swasta di Kulim itu.
Penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, berkata dia agak terkejut apabila Soo menjemputnya sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin konsep Melayu.
Majlis seumpama ini pertama kali diadakan oleh masyarakat Tionghua di kampungnya, kata beliau.
Katanya, sebagai jiran dia turut membantu keluarga tersebut pada majlis itu. - Astro Awani
Isu Semasa
Menurut pelakon Transformers itu, kejadian tersebut berlaku semasa dia sedang melakukan pertunjukkan seni di galeri Stephen Cohen. Saat itu, tetamu-tetamu dibenarkan untuk melakukan apa sahaja terhadapnya sementara wajah Shia ditutup dengan beg kertas.
"Seorang wanita datang dengan teman lelakinya, yang menunggunya di luar, ketika hal tersebut terjadi," tutur Shia yang melakukan wawancara menggunakan kamera GoPro. "Dia (wanita tersebut) menggerak-gerakkanky kaki selama 10 minit dan kemudian menanggalkan bajuku dan mula memperkosaku."
"Dia kemudian berjalan keluar ke teman lelakinya dengan lipstik yang berantakan, kuduga teman lelakinya terluka kerana hal itu," lanjut Shia. "Hal itu sangat buruk. Bukan hanya untukku, tapi juga teman lelakinya. Ada ratusan orang menunggu di luar ketika wanita itu keluar dengan rambut kusut dan lipstik berantakan."
Kejadian itu semakin terasa menyakitkan selepas bertemu dengan teman wanitanya yang sudah 5 hari tak ditemuinya. "Dia datang dan meminta penjelasan dan aku tidak boleh bicara, kami berdua duduk dengan trauma yang tak boleh dijelaskan ini," tambah Shia.
Hiburan
Istanbul – Seorang pramugari dipecat selepas tindakan ‘menayangkan tubuhnya’ dalam video muzik dan beberapa sesi penggambaran diketahui majikannya.
Zuhal Sengul, 31, menimbulkan kemarahan Turkish Airlines apabila mengambil bahagian dalam sesi penggambaran dengan berpakaian seksi termasuk korset dengan gaya ala gotik dalam sebuah majalah Itali.
Malah, video muzik terbabit menampilkan Zuhal yang bertatu dan hanya memakai bikini menyebabkan syarikat penerbangan itu – yang kini bergerak ke arah imej lebih konservatif – mengambil tindakan memecat model sambilan terbabit.
Perkara itu disahkan kenyataan Turkish Airlines.
“Pekerja di dalam sektor perkhidmatan dinasihati memakai mekap sederhana yang kemas dan berwarna pastel,” kata kenyataan itu.
Tindakan terhadap Zuhal – yang juga aktif mempromosikan pemakanan vegetarian selain memiliki tali pinggang hitam karate – menampakkan pengaruh nilai Islam yang kini semakin popular di Turki.
Presiden kesatuan pekerja syarikat penerbangan itu turut mengakui Turki semakin konservatif dan mengamalkan adab Islam. – Agensi
Pelbagai
Inilah padah gara-gara cuba merompak seorang warga emas menggunakan pisau.
Nasib baik serangan yang cuba dilakukan oleh lelaki ini berjaya dipatahkan oleh orang ramai yang menangkap perompak tersebut dengan bertindak mengikat dan membogelkan lelaki tersebut di khalayak ramai.
Insiden yang berlaku di Santiago ini, menggemparkan orang ramai yang lalu lalang apabila melihat seorang lelaki berbogel yang diikat seluruh badannya menggunakan pembalut lut sinar di tiang.
Lebih memalukan, seluar dalam lelaki bernama Valentino Abeyta Barrera, 32 tahun ini kelihatan digunakan sebagai pengikat di bahagian buku lalinya.
Sementara itu, keadaan lelaki berbogel itu tersebut sempat dirakam oleh orang ramai di kejadian itu supaya menjadi pengajaran kepada penjenayah yang lain.
Insiden ini sekaligus menjadi viral di media-media sosial dan menjadi perbualan masyarakat dunia.
Situasi yang berlaku selama 20 minit ini berakhir apabila pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menangkap suspek.
Namun, menurut pihak polis, suspek tidak memberitahu mengapa dia ditangkap dan hanya memohon pihak polis melepaskannya.
Pihak Polis juga tidak dapat mendakwa suspek atas apa-apa kesalahan kerana tiada laporan diterima daripada mana-mana mangsa.
Global
TALLAHASSEE, Amerika Syarikat – Seorang gadis berusia 18 tahun menerima banyak tawaran dari agensi model dan syarikat televisyen kerana wajahnya menyerupai watak utama dalam filem animasi popular, Frozen.
Gadis tersebut, Anna Faith Carlson menjadi sensasi di internet selepas dia bergambar di sebelah gambar watak Puteri Elsa yang merupakan watak utama filem animasi Frozen terbitan syarikat Walt Disney pada tahun lalu.
Sejak gambar itu tersebar di laman sosial, Carlson yang berasal dari Daytona Beach di sini menjadi popular sekelip mata selepas ramai beranggapan wajahnya menyerupai dengan watak Puteri Elsa.
Sejak itu dia mula mendapat pelbagai tawaran untuk muncul dalam program televisyen dan kontrak oleh agensi model serta meraih pendapatan yang cukup lumayan.
“Kehidupan saya berubah sekelip mata dan semuanya terjadi seperti sebuah cerita dongeng,” kata Carlson.
Menurutnya, selain menerima tawaran muncul di televisyen dan majalah, dia juga sering memakai kostum seperti watak Puteri Elsa untuk menghiburkan kanak-kanak di hospital secara percuma. – Agensi
Global
Trend ini mula diperkenalkan oleh seorang pendandang rambut di Amerika Syarikat, Roxie Hunt yang mana merupakan individu terawal yang membuat perkara tersebut. Selain itu dia beranggapan para wanita perlu rasa bangga dengan bulu ketiak dan bukannya menyembunyikannya.
Roxie bagaimanapun bukan mewarnakan bulu ketiaknya sendiri tetapi eksperimen itu dilakukan terhadap rakan sekerjanya, Rain yang mana sukarela menjadi model bagi trend barunya. kemudian gambar-gambar Rain dikongsikan di sebuah blog miliknya sebelum ia menjadi popular.
Berikut adalah gambar-gambar yang dimuatnaikkan oleh para pengikut trend ini.
Pelbagai
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments