Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Seekor anak kucing yang baru dilahirkan telah menghebohkan dunia maya. Sebabnya, wajah kucing kecil ini kelihatan sangat sedih sehingga dia disebut "Purrmanently Sad Cat" atau kucing paling sedih di dunia.

Pemiliknya mengatakan bahawa kucing peliharaan mereka baru-baru ini melahirkan seekor anak kucing dengan ekspresi wajah yang kelihatan sedih.

Bola matanya yang kecil dan raut wajahnya memelas ini kelihatan lebih sedih daripada puss in the boots watak dalam filem Shrek. Demikian dilapor dari Mirror, Selasa (8/7/2014).

Foto kucing lucu yang disebar ke jejaring sosial Reddit tersebut mendapat banyak komen. Beberapa orang mengatakan bahawa kucing ini seperti Marvin dari buku Hitchhiker Guide to the Galaxy.


GARA-gara mahu melayangkan satu kad merah, seorang pengadil maut akibat ditumbuk dalam satu perlawanan bola sepak di Livonia, Amerika Syarikat.

Jurucakap Hospital Detroit Receiving, Alton Gunn mengesahkan kematian John Bieniewicz dua hari selepas mangsa diserang seorang pemain yang tidak berpuas hati dengan keputusannya.

Susulan daripada insiden itu, Baseel Abdul-Amir, 36, dihadapkan ke mahkamah di Livonia atas dakwaan menyerang dengan niat untuk membunuh.

Bagaimanapun, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin AS$500,000 (RM1.6 juta) dan sebutan semula kes ditetapkan pada Khamis ini.

Dalam satu kenyataan, peguam Brian Berry memaklumkan, anak guamnya memberi kerjasama dan menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Baseel gagal mengawal kemarahan hingga menyebabkan dia bertindak menumbuk kepala mangsa," katanya menurut FOXSports.com.

Sementara itu, rakan mangsa, Jim Acho memaklumkan, Bieniewicz menjadi pengadil bola sepak sejak 20 tahun lalu.

"Dia menjadi pengadil hanya untuk mengisi masa lapang memandangkan Bieniewicz merupakan seorang juruteknik dialisis di Hospital Kanak-kanak Mott," menurutnya.

April tahun lalu, Ricardo Portillo meninggal dunia selepas koma selama hampir seminggu akibat ditumbuk pemain berumur 17 tahun ketika kejohanan bola sepak di Taylorsville, Utah dekat Salt Lake City. 

Difahamkan, remaja itu mengaku bersalah atas tuduhan membunuh.


Beberapa hari ini, satu status Facebook yang dimuatnaik di laman Facebook milik seorang remaja lelaki tersebar di laman sosial dan menerusi Whatsapp hingga mencetuskan kontroversi.
Status itu dianggap menghina umat Islam yang sedang berpuasa apabila berbunyi:

“Alhamdulillah.. awal-awal pagi.. buka posa bersama menu kegemaran aku.. TIGER.. syukur pada Allah SWT.”
Rasa payah kami nak percaya ada umat Islam sejahil ini justeru kemungkinan besar pemilik Facebook ini kena naya rasanya, tak pun memang profil ini sengaja direka untuk menaikkan kemarahan masyarakat.
Tapi tak kira siapa pun yang melakukan perkara ini, ternyata individu itu memang biadap kerana sengaja mahu mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan umat Islam.Malah gara-gara status ini satu laman Facebook khas untuk mencerca pengguna Facebook bernama Muhammad Arwan dicipta.
Nampak macam kes ringan tapi diharapkan SKMM lebih tegas menyiasat kerana sejak akhir-akhir ini ramai sangat yang melampau di media sosial, mungkin kerana berasakan laman siber tidak terjaga jadi mereka bebas untuk berbuat onar di sini. 
Ada juga dengar-dengar kononnya pada awal tahun ini Nora Danish bakal menamatkan zaman bujangnya apabila akan berkahwin tetapi semua itu telah dinafikan sendiri oleh Nora.
“Saya terkejut bila keluar kenyataan yang sebegitu. Saya tidak ada persiapan kahwin yang dilakukan dan tidak pernah letak tarikh apa-apa mengenai perkahwinan,” katanya dalam nada terkejut tetapi masih tersenyum.
Tambahannya lagi, sekiranya diberikan peluang untuk berumah tangga sekalipun, beliau hanya mahukan majlis yang sederhana sudah memadai baginya untuk mengadakan upacara akad nikah sahaja tanpa adanya persandingan.

Kedua-dua ibubapa Nora dan Nedim mereka cukup memahami dan ‘sporting’ kerana tidak pernah mereka bertanyakan mengenai hubungan mereka dan meletakkan bab-bab jodoh ini ditangan Tuhan.
“Tak payah buat besar-besar atau grand cukuplah dengan majlis yang sederhana dan upacara akad nikah sahaja. Kalau saya bersedia pun dari segi baju kahwin sahajalah. Tetapi masa buat masa sekarang memang tak sedia apa-apa. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh main-main kerana kita mestilah menerima perangai baik buruk kedua-dua pasangan supaya dapat hidup bahagia dengan dia.”
Nora Danish juga turut memberitahu hasrat hati sekiranya berkahwin dia mahukan seorang anak perempuan pula. Iyelah, beliau sudah ada seorang anak lelaki kan.

“Sekiranya saya berkahwin saya menginginkan seorang anak perempuan pula, ialah saya sudah ada anak lelaki, tiba masanya untuk saya dapat anak perempuan, tetapi itu semua bergantung pada rezeki,” tambahnya lagi.


Seorang lelaki warga Nigeria menderita kesakitan apabila tiang lampu jalan tertusuk di perutnya selepas kereta yang dinaikinya bersama rakan senegara terbabit dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini, pagi hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa bersama tiga rakan senegaranya dipercayai terbabas sebelum merempuh tiang lampu itu.
Akibat rempuhan itu, tiang lampu menusuk bahagian perut mangsa berusia 20-an yang duduk di bahagian penumpang hadapan manakala pemandu dan dua lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban N Sundarum berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.31 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
“Kami tiba di lokasi dengan kekuatan 15 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin.
“Anggota kami memotong besi berkenaan untuk mengeluarkan mangsa dari kereta itu,” katanya.Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban di sini, untuk rawatan lanjut. – Harian Metro

Dafi merupakan salah seorang selebriti yang terpilih oleh Celcom untuk menjadi jurucakap ataupun ejen promosi salah satu produk mereka tetapi yang peliknya dia tidak dapat menerima layanan istimewa dari syarikat itu.'


Gambar Hiasan


KOTA KINABALU 9 Julai - Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui bersama urinya di kawasan tapak pembuangan sampah Bukit Gemuk, Jalan Bombalai, Tawau, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, mayat bayi lelaki itu ditemukan kira-kira pukul 11.40 pagi oleh seorang pengumpul sampah di tapak berkenaan.
Menurut beliau, mayat bayi terbabit berada dalam kotak dan dibungkus dengan plastik hitam manakala satu plastik lagi berisi uri.

"Pengadu (lelaki berkenaan) memaklumkan dia menemukan mayat bayi itu di dalam kotak semasa sedang mengorek sampah. Mayat bayi itu dianggarkan masih baru.

"Tiada kesan kecederaan pada mayat bayi yang cukup sifat itu,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. - UTUSAN ONLINE





Melaka Tengah: Seorang wanita tempatan yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia, diselamatkan polis ketika dikurung di sebuah premis di Taman Seri Krubong, di sini semalam.

Mangsa berusia 22 tahun dan berasal dari Perak, ditinggalkan seorang diri di tingkat atas premis dua tingkat itu yang dikunci dari luar di bahagian bawah.


Dia turun ke premis di tingkat bawah sebelum meminta bantuan orang ramai yang melalui kawasan itu, kira-kira jam 2.30 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata pihaknya yang menerima panggilan daripada orang awam, menghantar sepasukan anggota ke lokasi dan berjaya menyelamatkan mangsa selepas memo-tong pintu jeriji besi premis berkenaan.


Tak diberi makan

“Wanita terbabit mendakwa dibawa menaiki kereta dari tempat tinggalnya di Rembia, Alor Gajah oleh dua lelaki, kira-kira jam 10 malam tadi (kelmarin) ke rumah kedai berkenaan. Dia juga mendakwa dilacurkan kepada tiga lelaki sebelum ditinggalkan berseorangan di premis berkenaan. 
“Ketika ditemui, wanita itu dalam keadaan letih kerana mendakwa tidak diberi makan sepanjang dikurung,” katanya. BH


BAPA penyanyi Beyonce Knowles iaitu Matthew Knowles sekali lagi diminta bertanggungjawab atas kelahiran seorang bayi perempuan yang dilahirkan oleh model pakaian dalam bernama TaQoya Branscomb.

Seperti dilapor Daily Mail, bayi perempuan itu dilahirkan pada 2010 di Harris Country, Texas.

Wanita itu turut mencabar Matthew untuk melakukan ujian DNA bagi membuktikan perkara tersebut.

TaQoya menuntut bayaran perbelanjaan harian terhadap anak tersebut termasuk ganti rugi dalam mengemukakan kes tersebut ke mahkamah.

Sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan yang dikeluarkan mana-mana pihak Beyonce dan keluarganya.


Kes ini berlaku beberapa tahun lalu apabila Matthew didakwa mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan sulitnya dengan Alexsandra Wright.

Disebabkan perkara itu, dia bercerai dengan isterinya Tina selepas hampir 31 tahun hidup bersama. Mstar


BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati ditikam selain putus pergelangan tangan di belakang sebuah rumah di Jalan Baru Perai di sini awal pagi semalam.
Menurut sumber, lelaki berusia 46 tahun itu dikenali sebagai Aung Khin (gambar kecil) berdasarkan pasport miliknya.
"Pada pukul 1.10 pagi tadi (semalam) polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan menemui seorang lelaki di belakang rumah itu.
"Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian dengan mengenakan seluar slack berwarna hijau dan baju kemeja bercorak petak," katanya.
Tambah sumber itu, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mayat tersebut dalam keadaan tertiarap dengan kesan tikaman pada badan dan pergelangan tangan kanannya putus.
Tambahnya, mayat dipercayai diseret selepas ditikam kerana terdapat kesan seretan darah.
"Polis menemui sebilah pisau rambo dan dua buah telefon bimbit jenama Sony kira-kira enam meter dari mayat. -Kosmo


Kota Bharu : Dua beranak maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain dalam satu kemalangan di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian, di sini, kira-kira 10.45 malam tadi.
Dalam kejadian itu, Noor Aziemah Mat Ruki, 28, dan ibunya Azizah Deraman, 49, maut di tempat kejadian berikutan parah di kepala dan badan akibat pertembungan antara kereta Perodua Viva dinaiki mereka dengan sebuah kereta Honda City.
Pemandu Honda City bersama isteri dan anak lelakinya yang dalam perjalanan dari rumah mereka di Pasir Tumboh ke bandar, turut mengalami kecederaan tetapi tidak serius.

Mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat manakala tiga mangsa yang terselamat turut mendapatkan rawatan di hospital sama.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Anuar Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.48 malam.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati dua mangsa terbabit tersepit dalam kereta yang remuk teruk pada bahagian depan.
"Kami terpaksa mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa," katanya