Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Hisyam menunjukkan senarai perbelanjaan bulanan yang ditanggung olehnya berbekalkan gaji RM5,400 sebulan. |
BERPENDAPATAN lebih RM5,000 mungkin disifatkan mewah, namun tidak untuk mereka yang berkeluarga.
Hakikat itu terpaksa dihadapi seorang eksekutif sebuah syarikat pembekal barangan am di ibu negara.
Hisyam Malik, 36, yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 11 tahun bersama isterinya, mengakui gajinya sekadar cukup makan, setelah menolak perbelanjaan dan komitmen setiap bulan.
Menurutnya, isterinya sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu untuk memberi tumpuan kepada anak-anak yang sedang membesar.
“Isteri hanya kerja biasa-biasa saja dan gaji tidaklah banyak mana. Kalau dia kerja pun, dapat gaji terpaksa berhabis untuk bayar pengasuh dan kos ke tempat kerja pun agak tinggi. Jadi saya minta dia berhenti untuk tumpu kepada anak-anak.
“Memang ‘sakit’ apabila semua perbelanjaan yang selama ini ditanggung dengan dua pendapatan, terpaksa saya tanggung seorang. Walaupun tidak banyak bahagian pendapatan isteri yang digunakan, ia tetap jadi kos tambahan buat saya.
“Tapi taklah saya anggap ia sebagai beban sebab ia tanggungjawab yang saya perlu lakukan. Tapi percayalah, jika tidak sabar, bukan mudah nak hadapi,” katanya.
Hisyam berkata, anak sulungnya berusia sembilan tahun, manakala yang kedua baru genap setahun.
Katanya, kedua-dua anaknya itu, masing-masing mempunyai kos yang perlu dilaburkan.
“Kakak pergi sekolah pagi dan petang dengan bas sebab kedudukan rumah yang agak jauh dari sekolah. Yang adik, macam biasalah, belanja susu dan lampin pakai buang saja sudah berapa? Semua tu termasuk dalam belanja rumah.
“Bila tolak semua perbelanjaan, adalah baki dalam RM500 untuk simpan. Tu pun kadang-kadang tak dapat simpan sebab dah ‘tarik’ untuk minggu-minggu akhir bulan,” katanya.
Ditanya sama ada dia berhasrat untuk berhijrah ke desa, Hisyam berkata, perkara itu ada difikirkan, namun tidak mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat.
“Saya kerja di tempat sekarang sejak tamat diploma dan sudah selesa. Sekarang bukan senang untuk dapat kerja, kalau di luar bandar, mungkin tidak dapat gaji sebanyak itu sebab sekarang semua orang mahu ‘cut’ kos. Tidak ambil yang berpengalaman kerana akan ‘demand’ tinggi.
“Insya-ALLAH, saya yakin dapat tanggung semua. Komitmen bayaran kereta juga habis awal tahun depan. Begitu juga pinjaman peribadi. Jadi sedikit sebanyak adalah juga lebihan wang nanti,” katanya.
Sumber artikel - Sinarharian
Pelbagai
Pada usia 18 tahun, anda memulakan pengajian di universiti atau kolej dengan senang hati dengan mengetahui anda masih muda dan berada di landasan yang betul untuk berjaya.
Tetapi, ketika sedang khusyuk belajar di dewan kuliah, tiba-tiba anda terlihat seorang kanak-kanak 11 tahun sedang tekun menelaah mata pelajaran sama yang dengan anda.
Apa yang akan anda rasa di saat itu?
Seorang kanak-kanak, Daniel Liu, yang berusia 11 tahun mula menarik perhatian ramai apabila fotonya menjadi viral di laman Twitter.
Foto tersebut dimuat naik oleh seorang penuntut di Universiti Toledo, Cigdem Kahyaoglu, 19, yang ketika itu sedang belajar mata pelajaran kimia di dewan kuliah universiti tersebut.
"Budak ini cuma berusia 11 tahun dan dia berada dalam kelas kimia organik saya. Dia kata kalau kami ada tidak faham apa-apa, cuma perlu emel kepadanya sahaja", tulis Cigdem dalam twit yang dikongsi sebanyak 78,000 kali itu.
This kid is 11 and in my organic chemistry class 😭 he said if we have questions to just email him pic.twitter.com/oz46on8ywP— Cigdem Kahyaoglu (@cigdemk14) August 22, 2016
Menurut Metro.co.uk, Daniel adalah seorang pelajar sekolah menengah tetapi dalam masa yang sama mengambil beberapa kelas di universiti tersebut.
Pada tahun lepas, Daniel pernah mengambil subjek kalkulus di universiti itu.
Sebelum ini, nama Daniel sudah terkenal di dunia ilmiah yang diceburinya. Pada 2015, Daniel merupakan juara termuda dalam cabaran Chemical Educational Foundation's National Challenge. Cabaran itu menggalakkan kanak-kanak berusia antara 10 - 16 tahun untuk meneroka konsep kimia dan aplikasinya dalam dunia nyata.
Daniel Liu, You Be the Chemist National champ, visiting the White House today for the science fair @POTUS @chem_ed pic.twitter.com/S7SR1omXYl— Benjamin McMurray (@OHHSPrincipal) April 13, 2016
Dalam pertandingan itu, Daniel berjaya meraih hadiah biasiswa sebanyak $10,000 (RM40,000).
Selain itu, Daniel Liu juga pernah bertemu dengan presiden US, Obama dan juga tokoh sains, Bill Nye.
@cigdemk14 two GOATs in one photo 🐐🐐 pic.twitter.com/2rWHPIhdC6— Luke Dangler (@dangles1707) August 23, 2016
Tapi sayangnya Daniel tidak mempunyai akaun Twitter atau Facebook, jadi kita tidak boleh menjadi followernya.
Sumber : Chemed, Metro.co.uk
Global
Jerman, 23 Ogos - Seorang lelaki panik selepas alat sulitnya tercangkuk pada mata kail ketika dia sedang berenang di sebuah tasik di utara Augsburg di selatan Jerman pada minggu lepas.
Herbert Fendt (nama samaran) pada mulanya menyangka rasa sakit di bahagian sensitifnya itu disebabkan oleh lalang atau ranting di tasik itu.
Namun setelah diteliti, Fendt yang bertelanjang ketika itu, terkejut apabila mendapati rupanya sebentuk mata kail yang tersangkut pada alat sulitnya.
"Saya menjerit ke arah pemancing di tebing ' jangan tarik, jangan tarik!' Saya sangat takut jika dia cuba menarik jorannya itu", kata Fendt.
Fendt kemudian berenang ke tebing namun tidak dapat membuang mata kail itu.
Dia kemudian memotong tali tasi yang menyimpul mata kail itu dan terpaksa mengajuh basikal ke rumah dalam keadaan mata kail itu masih lagi melekat di bahagian sensitif itu.
Fendt kemudian memandu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Doktor juga tidak dapat menahan dari senyum kecil apabila dia melihat apa yang terjadi", kata Fendt.
Doktor kemudian membuang mata kail itu dan membersihkan luka di alat sulit Fendt.
Fendt dilarang dari mandi atau berenang selama seminggu, tapi berkata dia akan turun semula ke tasik itu untuk berenang selepas semuanya pulih.
Fendt juga berkata pemancing itu kurang bersimpati ke atas apa yang menimpanya.
"Pemancing itu memberitahu saya yang tasik itu bukan tempat untuk mandi dan dia ada hak untuk memancing di tempat itu.
"Saya cuba menerangkan kepadanya yang dia juga perlu mengambil kira perenang-perenang yang menggunakan tasik itu, dan saya tidak tahu menahu tentang larangan untuk mandi di tasik itu. Tapi dia tidak kisah", tambah Fendh.
Tasik yang berada berdekatan dengan kampung Dickelsmoor itu popular dalam kalangan perenang.
Presiden persatuan pemancing tempatan, Sylvia Fischer berkata tasik itu dimiliki oleh pemancing tetapi ia selalu digunakan oleh mereka yang suka mandi telanjang kerana kawasan itu tertutup.
"Kami para pemancing faham dengan apa yang terjadi. Kami pun pernah tercangkuk mata kail beberapa kali di jari, jadi kami boleh bayangkan yang insiden itu agak menyakitkan.
"Sudah tentu, pemancing perlu peka dengan mereka yang mandi manda, tetapi tasik itu secara rasminya tempat untuk memancing, jadi yang mahu berenang boleh berenang atas risiko sendiri", kata Fischer. - Siakapkeli.my
Global
Sedangkan lidah lagikan tergigit, begitu juga dengan kita hidup bermasyarakat,walaupun kadang-kadang ada tercuit, lupakanlah, bayangkan betapa bahagianya hidup bermasyarakat tidak kira bangsa dalam satu komuniti.
Terbaca admin pagi ini satu kisah yang patut dicontohi oleh semua kita rakyat Malaysia, kisah seorang pemuda yang menumpangkan seorang warga emas, semangat seperti ini yang harus kita contohi tanpa mengira bangsa.
Jom kita baca perkongsian 'brader' Jamalee Bashah ini yang mendapat perhatian ramai netizen tidak kira bangsa.
Saya rasa saya memang berjodoh dengan nenek ni..
Ini Aunty Wong.
Saya pernah tulis mengenai beliau awal tahun ni. Masa pertama kali berjumpa, Aunty Wong sedang kesesakan nafas di kaki lima.
Kebetulan saya juga ada asma. Saya bagi Aunty Wong pakai inhaler saya dan kemudian hantar beliau ke farmasi.
Kali kedua masa tu tengah makan. Jemput Aunty, beliau tak mau. Beliau cuma nak bungkus.
Pagi ni lagi sekali jumpa beliau.
Aunty Wong nak balik rumah tapi bas tak ada dan beliau tak cukup wang untuk naik teksi. Saya tawar diri untuk hantar balik tapi masalahnya saya bawak 4WD. Tinggi.. beliau pulak kaki dah tak kuat sebab pinggul masuk besi..
Saya mintak kebenaran untuk dukung dan naikkan. Beliau bagi. Taklah berat mana pun orang tua ni..
Ini pertama kali hantar Aunty Wong balik..
Ya Allah jauhnya rumah dia..
Ermm.. taklah jauh mana sebenarnya, dalam 2km je. Tapi untuk seorang tua yang bertongkat dan ke mana-mana hanya berjalan kaki, 2km ni macam gunung tau..
Saya kongsi cerita ni nak mengajak rakan-rakan untuk sentiasa ringankan mulut bertanya jika ada ternampak mereka yang memerlukan..
Kita akan tahu dari body language dan riak wajah mereka. Terutamanya mata mereka.
Kita hidup dalam komuniti.
Dan komuniti adalah keluarga kita.
Perlu ambil berat antara satu sama lain.
Dalam Islam, mengambil berat perihal jiran adalah amat dituntut.
Selamat beramal..
-------
*Aunty Wong dalam gambor je nampak garang. Tapi kalau jumpa berdepan, beliau seorang yang sangat suka berborak..
Berikut adalah reaksi netizen.
Sumber Asal " Siakapkeli.my
Isu Panas
WARSAW - POLAND. - Pemenang pingat perak dalam acara lempar cakera di Sukan Olimpik Rio 2016 bertindak melelong medal yang diraihnya demi membantu seorang kanak-kanak yang menderita kanser.
Atlet dari Poland itu, Piotr Malachowski, berkata hasil lelongan itu akan digunakan bagi menampung kos rawatan kanak-akan dari Poland itu, Olek Szymanski yang menderita kanser mata.
“Ibu kepada Olek, Goshia meminta bantuan saya untuk menyelamatkan anak lelakinya yang baru nak masuk umur dua tahun. Di Poland tiada rawatan sesuai untuk menyelamatkan Olek... hanya ada di New York.
“Jadi, saya putuskan untuk membantu Olek dan menjual pingat Olimpik saya ini demi menampung rawatan Olek,” kata Piotr menerusi satu kemaskini di Facebook.
Piotr menang pingat perak dengan rekod jarak 67.55 meter manakala pemenang pingat emas dan gangsa milik Jerman dengan catatan rekod 68.37 dan 67.05 meter.
Menurut Piotr juga, dia sedar bahawa memenangi pingat Olimpik merupakan impian setiap atlet, tetapi dia mahu nilai pingat perak itu menjadi lebih berharga dari emas dengan usaha tersebut.
“Takdir menentukan saya berpeluang untuk meningkatkan nilai perak yang saya menangi ini lebih berharga dari emas.
“Di Rio saya berjuang untuk emas. Hari ini, saya mohon kepada semua untuk sesuatu yang lebih berharga... kesihatan kanak-kanak hebat ini,” katanya.
Atlet berusia 33 tahun itu turut mengajak orang ramai menderma dan membantu Olek dengan apa saja cara yang mereka mampu.
Tempoh lelongan itu akan berlanjutan sehingga Jumaat ini.
Sumber : Sinar Online
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments