Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Aliff Aziz Kini Bercinta Dengan Ain AF8?

SELEPAS kisah cintanya dengan aktres Anne Ngasri tidak kesampaian, cinta penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dikatakan beralih pula kepada Adira AF.

Hubungan itu pun tidak bertemu kesudahan yang baik apabila Adira kini dikatakan sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang bergiat aktif dalam bidang politik.

Terbaru, nama Aliff sekali lagi dikaitkan dengan kisah cinta apabila dirinya kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan peserta Akademi Fantasia musim ke-8, Ain.
Perkara ini tercetus gara-gara gambar mesra yang dimuat naik Ain menerusi akaun Instagramnya.

Hmm, apa-apa sahaja la Aliff, sebelum ini kata mahu fokus kepada kerjaya seninya, namun kisah cintanya lebih mendapat perhatian untuk diperkatakan oleh peminat-peminatnya.
Tidak ramai yang tahu betapa seriusnya masalah kepupusan badak putih pada masa kini.

Jangan terkejut jika kami beritahu, hanya tingal lapan ekor spesis badak putih di dunia pada masa kini.



Empat ekor daripada jumlah ini berada di Ol Pejeta Conservancy yang merupakan pusat pemuliharaan haiwan liar di daerah Laikipia, Kenya.


Pusat ini juga menjadi tempat perlindungan terbesar bagi badak hitam di Afrika Timur.

Bagi melindungi spesis badak putih yang semakin terancam itu, pasukan anti pemburu ditempatkan untuk berkawal selama 24 jam setiap hari bagi menjaga keselamatan spesis tersebut.


Empat ekor badak putih ini diharap mampu membiak sekaligus menyelamatkan spesis ini daripada terus hilang dari muka bumi ini.

Lihatlah betapa besarnya impak pemburuan haram terdapat spesis haiwan seumpama ini dan amat malanglah generasi masa hadapan jika spesis ini benar-benar pupus dari muka bumi suatu hari nanti.



Wawa Zainal

Nampaknya baik Aeril Zafrel mahupun Wawa Zainal, mereka lebih gemar untuk memberikan jawapan balas menerusi laman Twitter masing-masing daripada tampil kepada pihak media untuk menjelaskan kemelut ‘perkahwinan’ mereka yang kini sedang hangat diperkatakan ramai.

Wawa menulis di laman Twitternya mengharapkan Aeril terus tabah kerana sememangnya dari dulu lagi ada pihak yang cuba menjatuhkan aktor tersebut.

“Saya kenal Aeril Zafrel dan orang-orang yang memang dari dulu mahu saya membenci pada dia dan memang ada niat menjatuhkannya. Semoga dia terus tabah sampai masanya”.

WAWA1

Malah Wawa juga memberikan gambaran bahawa segala persoalan berhubung isu ini akan terjawab dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya dan dia. Semua persoalan kalian akan terjawab dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Rumah Mobil

Kebiasaannya karavan atau rumah mobil didiami oleh mereka yang kerap berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Berbeza pula di Bonn Jerman apabila mereka mengambil idea rumah mobil ini untuk dijadikan tempat penginapan atau hotel yang dinamakan Basecamp Bonn Young Hostel.

Hotel ini sebenarnya merupakan sebuah gudang dengan keluasan 1,600 meter persegi.
Tema yang berbeza dipilih untuk 15 buah rumah mobil yang bermula dengan harga RM232 setiap satunya.

Lebih menarik, setiap rumah mobil turut mempunyai ‘laman’ yang tersendiri. Memang comel!
Desktop307_01
Desktop307_04
Dahsyat....Johan Tolong Kunyah Sate Sebelum Bagi Isterinya Makan....

Nampaknya sikap romantik dan penyayang pelawak popular Johan Raja Lawak terhadap isterinya, Ozlynwati atau Ozlyn memang sedia terserlah.

Sebelum ini Mynewshub pernah menyiarkan kisah Johan yang sanggup membeli beg berjenama Birkin yang berharga lebih RM200,000 khas untuk isterinya yang tercinta.
Rupanya ada lagi kisah menarik pasangan suami isteri ini yang boleh dikongsikan bersama dengan peminat mereka berdua.

Menerusi Metro Ahad, Johan dikatakan sanggup membantu isterinya mengunyah sate sebelum memberinya makan kerana Ozlyn tidak boleh mengunyah kerana menjalani rawatan gigi.

Mungkin ada yang jijik dengan perlakuan sebegitu, namun mungkin itu caranya Johan menunjukkan sikap prihatin terhadap isterinya.

Memang Johan mempunyai ciri-ciri suami yang mithali dan penyayang di sebalik sikap pak lawaknya itu.
Beruntung Ozlyn kan.

Pekerja pemungut saapah di kota Seville, Sepanyol mogok selama 10 hari sejak minggu lalu sebagai tanda protes terhadap potongan gaji sebanyak 5%. Waktu pekerjaan mereka juga turut ditambah dan ini membuatkan mereka naik angin. Dianggarkan 6000 tan sampah kita berlonggok di seluruh Seville. Pemotongan gaji yang berlaku adalah kesan sampingan dari kegawatan ekonomi Sepanyol.



Laporan asal DailyMail


BAHAGIAN atas bertutup manis sementara bahagian bawah pula didedahkan buat tontonan umum.

Situasi ini biasa dilihat di pusat-pusat membeli belah di seluruh negara dan kebanyakannya yang menggayakan fesyen sebegini adalah di kalangan pelancong dan penduduk negara jiran kita, Indonesia.

Mungkin mereka sudah biasa dengan pemandangan sebegini di sana, namun kita di sini merasa sedikit terkejut dengan imej sebegitu yang dilihat seperti mempersendakan agama Islam.

Diharapkan wanita-wanita di sini tidak menjadikan pemakaian sebegini sebagai trend terbaru dalam berfesyen pula ya.

Bukan apa, dah manis dah bertudung tapi tang kaki, betis, paha pula didedahkan.  Kan pelik tu.
Kita biasanya ingat singa boleh bunuh mana-mana haiwan yang mereka nak makan. Tetapi kali ini anda akan menyaksikan seekor singa yang FAIL dalam kes mencari makanan. :-))







Perubahan kostum dari musim dingin ke musim luruh memang cukup sedikit mencabar dan berani. Tidak terlepas, gaya yang ditampilkan oleh selebriti di seluruh dunia.

Mungkin sudah cukup dengan hanya memakai skirt pendek atau gaun ketat untuk musim kali ini dan tidak terlalu ekstrim apabila menghadiri sesuatu majlis rasmi.

Kritikan ini dialami oleh penyanyi Indonesia yang kini berada di Hollywood bagi meneruskan kariernya.

Agnes muncul pada di black carpet bagi tayangan perdana filem Oblivion lakonan Tom Cruise. Kostum Agnes Monica dikritik oleh web Huffingtonpost yang agak kurang bersetuju dengan pilihan gaun Agnes tersebut.








Pengantin

AYER MOLEK – Majlis perkahwinan seorang penebar roti canai di Bukit Lintang, dekat sini, menarik perhatian tetamu apabila diserikan dengan aksi menebar roti canai ‘terbang’ daripada pengantin itu sendiri.

Aksi dilakukan Muhammad Fauzi Mohd Nor, 31, yang buat pertama kali disaksikan isterinya, Hafizah Hanis Mohd Mokhtar, 25, walaupun sudah berkenalan hampir setahun sebelum diijabkabulkan, kelmarin.

Muhammad Fauzi berkata, dia melakukan perkara itu sekadar hiburan untuk tetamu yang hadir pada majlisnya, selain menjadi hadiah kepada isterinya untuk menyaksikan sendiri kemahirannya melakukan pelbagai skil sebagai penebar roti canai terbang profesional yang berpengalaman lebih 15 tahun.

Anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu menebar tiga keping roti canai dengan melakukan tebaran, kombinasi melambung dan terbang, pusaran serta memusingkan tebaran menggunakan dua tangan dalam masa hampir 10 minit.

Mengenang detik perkenalan mereka, Muhammad Fauzi berkata, dia menjalin hubungan dengan isterinya yang berasal dari Jembatan Duyong, di sini selepas diperkenalkan rakannya.

Dia kini bertugas di sebuah restoran makanan Timur di Sydney, Australia dan bakal bekerja di tempat baru iaitu di Melbourne selepas cuti kahwinnya tamat.
“Insya-ALLAH, selepas ini saya akan membawa isteri saya berhijrah ke sana (Australia) kerana saya mempunyai kerjaya di sana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhamad Fauzi berkata, sepanjang melakukan kerja sebagai penebar roti canai berkemahiran, dia melakukan pelbagai aksi dan sudah beberapa kali menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan. - Sinar Harian Online
Amir Jahari

Penyanyi Amir Jahari tidak berniat untuk merahsiakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan Kartini Ismail yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada pagi Sabtu lalu.
Amir atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari, 21, berkata, dia tidak menghebahkan mengenai perkara baik itu kerana majlis berkenaan hanya dibuat secara kecil-kecilan dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

“Saya mengakui tidak menghebahkan tarikh saya akan berkahwin tetapi tidak pula mempunyai niat untuk menyorokkan perkara baik itu daripada sesiapa.
“Majlis yang berlangsung itu hanya dibuat secara sederhana sahaja untuk keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.

Amir dan Kartini, 27, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat pukul 9 pagi pada majlis yang diadakan di Penview Hotel, Kuching.
Pada majlis itu, Amir telah memberikan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas manakala RM10 ribu sebagai wang hantaran kepada pihak perempuan.
Bagaimanapun tiada barang hantaran diberikan oleh kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Amir berkata majlis resepsi telah diadakan ditempat sama selepas selesai majlis akad nikah untuk kedua-dua belah pihak dan antara tetamu yang hadir termasuklah Aizat dan Amar Andan.

Tambah Amir, dia tidak melihat perbezaan umur di antara mereka sebagai masalah kerana apa yang lebih penting mereka saling memahami dan mempercayai antara satu sama lain.
Sementara itu, Amir berkata, selepas ini dia dan isterinya akan menetap di Kuala Lumpur dan dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.

Tidak gentar karier nyanyiannya akan merundum selepas berkahwin, Amir berkata, dia percaya dengan rezeki dan yakin ikatan suci yang dilakukannya ini akan memberi berkat kepadanya.

Amir dan isterinya akan berbulan madu di Kundasang, Sabah pada minggu hadapan sebelum kembali ke Kuala Lumpur. – mStar Online
Chris Brown

Los Angeles – Chris Brown membuat pendedahan yang mengejutkan. Dia mengaku hilang teruna ketika berusia lapan tahun dengan meniduri budak perempuan berusia 14 tahun.

Dia yang dibesarkan di kawasan Virginia memberitahu, keadaan di situ amat berbeza dan pada usia berkenaan, budak lelaki tidak takut untuk `mengorat’ budak perempuan. Dengan latar belakang keluarganya, tidak ada yang mengejutkan jika Brown berperangai liar.

Brown dilahirkan pada 1989 di sebuah bandar kecil dikenali sebagai Tappahannock, yang mempunyai penduduk hanya 2,000 orang.
Ibunya bekerja di pusat asuhan manakala bapanya bekerja di sebuah penjara tempatan namun mereka bercerai ketika Brown berusia tujuh tahun.

Dia yang mempunyai seorang kakak kemudiannya menetap bersama ibunya dan bapa tirinya dan menggambarkan sebahagian hidupnya hanya berbaring di atas katil sambil mendengar bapanya tirinya itu memukul ibunya.
Mengenai dakwaan memukul penyanyi Rihanna pada 2009, Brown berkata, ia merupakan satu kejutan besar kepadanya.

Jelasnya, dia cuba menghentikan lagak seperti remaja liar dan cuba belajar daripada kes berkenaan.
“Saya tidak nyatakan ia berlaku kerana sesuatu sebab namun ia memberikan kejutan kepada minda saya supaya menjadi dewasa dan matang,’’ katanya.

Brown juga telah dikenakan arahan menjalani khidmat masyarakat selama 1,000 jam pada pertengahan Ogos lalu selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari pada bulan Mei lepas.
David Beckham

London – David Beckham menjual `istana’ miliknya yang bernilai RM51 juta, dalam usaha mengumpul wang bagi membeli kediaman baru bernilai RM194 juta yang terletak di tengah kota London.
Dia dan isterinya, Victoria sebelum ini telah menjual beberapa buah kereta mewah mereka bagi membolehkan hasrat memiliki rumah agam itu tercapai.

Keluarga Beckham dilaporkan akan berpindah keluar dari rumah tersebut selepas Hari Krismas bagi membolehkan pemilik baru memulakan kehidupan di situ.
Menurut The Sun On Sunday, pasangan Beckham itu membuat keputusan berkenaan bagi membolehkan mereka memulakan era baru dalam berkeluarga.

“David amat sedih untuk menjual rumah berkenaan kerana ia mengandungi banyak kenangan. Mereka mempunyai banyak kenangan manis di situ, namun kini mereka melihat tiada keperluan untuk memilikinya lagi,’’ demikian menurut The Sun On Sunday .
Beckham membeli rumah seluas 12 ekar itu selepas tiga bulan dia berkahwin dengan Victoria dan menetap di situ sebelum mereka sekeluarga berpindah ke Sepanyol dan kemudiannya Los Angeles.

Keluarga tersebut kembali menetap di rumah tersebut selepas kontrak David dengan LA Galaxy berakhir.
Kini, David mempunyai banyak masa untuk difokuskan kepada anak-anaknya selain pelaburan restoran bersama Gordon Ramsay iaitu Union Cafe di Borough.

Sementara `istana’ baru yang menjadi idaman Victoria dan suaminya adalah sebuah kediaman empat tingkat dan mereka berharap Ramsay akan menjadi pereka untuk dapur lima bintang.
Mereka juga sudah menyenaraikan bantuan pereka hiasan dalaman, Kelly Hoppen.

Dera 1

PUCHONG – Hanya kerana gagal menjawab soalan yang ditanya, seorang pelajar di sebuah madrasah di Jengka, Pahang didakwa telah dirotan sehingga tisu pahanya koyak dan terpaksa menerima 30 jahitan.

Bapa mangsa yang berusia 40 tahun berkata, kejadian malang menimpa anak ketiganya itu diketahui 27 September lalu selepas dimaklumkan oleh ibunya yang berada di Pahang.

Sebaik menerima panggilan telefon mengatakan anaknya, pelajar berusia 14 tahun, demam teruk, dia yang menetap di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara, Puchong bergegas pulang ke kampung pada malam hari sama.
Dia mendapati anaknya hanya terbaring, tidak boleh berjalan dan kaki mengalami bengkak serta lebam. Apabila bahagian paha ditekan, ia seolah-olah lembik di bahagian dalam.

Dera

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia kemudian membawa anaknya itu ke hospital dan pembedahan dilakukan Selasa lalu apabila doktor memaklumkan bahagian dalaman paha anaknya itu mengalami pendarahan teruk serta bernanah.

Doktor juga memberitahu kaki anaknya dipercayai dipukul dengan benda keras.
Dakwanya, sejak hari kejadian anaknya tidak boleh tidur malam kerana kaki asyik berdenyut dan sakit.

Apabila ditanya, anaknya itu memberitahu dia dirotan sebanyak 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh yang berkhidmat di madrasah terbabit.
Beliau berkata, anak sulungnya berusia 16 tahun yang turut menuntut di madrasah sama mendakwa nampak adiknya dirotan.

“Nasib baik ibu saya yang tinggal berhampiran madrasah datang menjenguknya selepas seminggu kejadian, kalau tidak
mungkin saya tidak tahu kerana pihak sekolah juga tidak maklumkan,” katanya.
Katanya, anaknya kini trauma dengan apa yang berlaku dan sejak itu dia terus mengeluarkan kedua-duanya anak dari madrasah terbabit.

Katanya, anaknya yang mula menuntut ilmu agama di madrasah terbabit sejak Mac lalu masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
“Sebelum ini mungkin dia pernah dirotan tetapi tidak pernah mengadu kerana mungkin tidak serius. Bagaimanapun, kali ini saya anggap ia teruk dan akan menuntut ganti rugi kos perbelanjaan perubatannya,” katanya.

Pengadu turut sedih kerana anaknya mempunyai keinginan tinggi menuntut ilmu agama tetapi diperlakukan sedemikian rupa.
Menurutnya, Jika pihak madrasah enggan penuhi tuntutan ganti rugi, dia akan memfailkan saman berhubung perkara itu.

Turut mengecewakannya apabila pihak madrasah yang berjanji datang menjenguk anaknya tidak berbuat demikian meski sudah hampir dua minggu kejadian berlaku. – Sinar Harian Online
Aeril Zafrel

PETALING JAYA – Pelakon Aeril Zafrel, 25, enggan membuat sebarang komen terhadap berita tentang hubungan perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal.

Pembantu peribadinya Aman, berkata, buat masa ini pelakon tersebut sedang sibuk dengan penggambaran drama namun ada memberitahu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan berita itu.

“Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tatapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tentang status pernikahan Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 4 Februari lalu.

Hasil perkahwinan tersebut juga dikatakan telah memperolehi seorang cahaya mata pada 24 Ogos 2013 yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Wawa Zainal

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata.
Sementara itu, melalui laman sosial Twitter milik pelakon ini menulis, dia akan mendedahkan perkara tersebut jika tiba masanya.

“Alhamdulillah…’mereka’ telah keluarkan ‘senjata terakhir’ seperti yg dijangkakan…terlalu naif ‘mereka’ yang melontar batu sembunyi tangan ini

“Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar ‘mereka’ itu,” tulisnya pada Ahad. – mStar Online
Thai

Bangkok – Pasukan keselamatan Thai kelmarin menembak mati empat anggota pemisah, termasuk Abdul Roheng Da-eso atau “Black Pele” yang dikehendaki menerusi 10 waran tangkap.

Keempat-empat mereka terbunuh dalam kejadian tembak-menembak selama 15 minit.
Dua anggota polis turut mati dalam kejadian yang menyaksikan 50 anggota polis dan tentera menyerbu sebuah kediaman di daerah Rueso, kira-kira jam 2 petang selepas pihak berkuasa diberitahu terdapat sekumpulan pemisah bersembunyi di situ.

Ketika mendekati kediaman terbabit, kehadiran pasukan keselamatan itu disedari kumpulan pemisah yang kemudian melepaskan tembakan. Pihak berkuasa membalas tembakan dan kejadian itu berlarutan selama 15 minit mengakibatkan dua anggota polis maut.

Kejadian berakhir apabila tujuh anggota pemisah menyerah diri dan keluar dari kediaman itu.

Pihak berkuasa kemudian menggeledah kediaman berkenaan dan menemui empat anggota pemisah yang mati, termasuk Black Pele. Selain itu, polis turut merampas dua pistol, sepucuk raifal AK47 dan lebih 100 butir bahan letupan. Dalam operasi berasingan, tentera menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam serangan bom yang membunuh empat tentera pada 2 Oktober lalu di Krong Pinang,Yala. Dua suspek itu, Dolo Bueraheng dan Aha Maso didakwa turut bertanggungjawab terhadap kematian lapan anggota tentera Jun lalu. – Agensi

Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.

Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.

Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta! 
Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.

Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.

Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!

\




Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala. 
Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.



Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.

Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya. 
Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya. ” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.