London – David Beckham menjual `istana’
miliknya yang bernilai RM51 juta, dalam usaha mengumpul wang bagi
membeli kediaman baru bernilai RM194 juta yang terletak di tengah kota
London.
Dia dan isterinya, Victoria sebelum ini
telah menjual beberapa buah kereta mewah mereka bagi membolehkan hasrat
memiliki rumah agam itu tercapai.
Keluarga Beckham dilaporkan akan
berpindah keluar dari rumah tersebut selepas Hari Krismas bagi
membolehkan pemilik baru memulakan kehidupan di situ.
Menurut The Sun On Sunday, pasangan
Beckham itu membuat keputusan berkenaan bagi membolehkan mereka
memulakan era baru dalam berkeluarga.
“David amat sedih untuk menjual rumah
berkenaan kerana ia mengandungi banyak kenangan. Mereka mempunyai banyak
kenangan manis di situ, namun kini mereka melihat tiada keperluan untuk
memilikinya lagi,’’ demikian menurut The Sun On Sunday .
Beckham membeli rumah seluas 12 ekar itu
selepas tiga bulan dia berkahwin dengan Victoria dan menetap di situ
sebelum mereka sekeluarga berpindah ke Sepanyol dan kemudiannya Los
Angeles.
Keluarga tersebut kembali menetap di rumah tersebut selepas kontrak David dengan LA Galaxy berakhir.
Kini, David mempunyai banyak masa untuk
difokuskan kepada anak-anaknya selain pelaburan restoran bersama Gordon
Ramsay iaitu Union Cafe di Borough.
Sementara `istana’ baru yang menjadi
idaman Victoria dan suaminya adalah sebuah kediaman empat tingkat dan
mereka berharap Ramsay akan menjadi pereka untuk dapur lima bintang.
Mereka juga sudah menyenaraikan bantuan pereka hiasan dalaman, Kelly Hoppen.
No comments
Post a Comment