Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Polis Peru menangkap gadis 18 tahun yang memimpin sebuah kumpulan mafia ganas di pusat bandar Callao. Gadis bernama Gabriele Iparraguirre Porras ini digelar 'Serigala Betina' dalam dunia jenayah.

Memetik laporan Merdeka.com, siri jenayah yang dilakukannya seperti membunuh dan penjualan dadah.

"Porras bekerja bersama dengan kekasihnya, Juan Carlos Herrera dan mafia Alberto Cardenas Pimentel. Mereka berkomplot dengan nama The Bocanegra Wolves," lapor polis Peru Kolonel Cesar Bedoya.


Pergerakan penjenayah wanita dan dua rakan lelakinya berjaya dihentikan ketika mereka sedang merancang serangan terhadap seorang ahli perniagaan pembinaan. 

Senjata mereka seperti pistol, bom tangan serta dadah kini dirampas pihak polis.

SEBUAH kafe di Akihabara, Tokyo, Jepun hanya mengupah perempuan bersaiz besar sebagai pekerja mereka bagi mempromosikan kempen bostive (body positive).
Menurut pemilik kafe Shangrila, dia mengambil pendekatan sedemikian bagi mengubah cara pemikiran anak gadis di negara matahari terbit itu agar menerima apa pun bentuk badan mereka secara positif dan tidak obses dalam mendapatkan bentuk badan kurus dan langsing seperti mana digambarkan sebagai bentuk badan ideal.
Apa yang menarik, walaupun menyediakan pelayan plus size namun kafe ini langsung tidak menawarkan sebarang menu snack food yang tidak berkhasiat.
Hidangan yang terdapat dalam menu disediakan oleh chef yang diterbangkan khas dari Itali dan menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkhasiat.

Jiaozuo (China) – Gara-gara merajuk kerana suaminya enggan memasak mi, seorang wanita mengancam terjun dari tingkat empat sebuah apartmen di sini baru-baru ini.
Kejadian berkenaan dipercayai berpunca selepas si suami mahu memasak nasi untuk hidangan tengah hari, tetapi wanita itu mendesak meminta mi.
Pasangan itu dilaporkan bertengkar selepas si suami enggan menuruti kemahuan isterinya dan terus memasak nasi.
Kerana merajuk dengan sikap suaminya itu, wanita berkenaan bertindak memanjat tingkap di kediaman mereka dan mengancam untuk terjun.
Wanita berusia 50-an itu dilihat duduk di atas belebas tingkap kediamannya yang terletak di tingkat empat.
Saksi berkata, wanita itu menjulurkan kakinya ke bawah tingkap dan mengancam terjun.
“Dia sangat emosi dan menjerit serta mengancam untuk membunuh diri,” katanya.
Beberapa jiran cuba memujuk wanita itu supaya turun, tetapi dia enggan menyebabkan suaminya menghubungi bomba untuk meminta bantuan.
Apabila bomba tiba wanita itu masih enggan turun dari tingkap dan terus menjerit memarahi suaminya.
Bagaimanapun, selepas sejam dipujuk bomba wanita itu akhirnya bersetuju turun dari tingkap. – Agensi