Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KEDENGARAN agak jijik dan meloyakan namun tidak bagi wanita yang dikenali sebagai Tracy Kiss ini.
Tracy yang merupakan ibu tunggal kepada anak dan bekas model popular ini mengejutkan ramai apabila memuat naik video tutorial mengenai rahsia penjagaan mukanya yang hanya menggunakan air mani.
Video berdurasi 19.48 saat yang dikongsi minggu lalu sekali gus menjadi viral di laman-laman sosial dan media antarabangsa.
Menurut Tracy, 28, dari Wendover, Bucks ini, rawatan air mani yang diamalkan ini telah membuatkan kulit wajahnya selama ini sentiasa tegang, lembut dan kekal sihat.
Dalam video tersebut, Tracy turut menunjukkan cara-cara meletakkan air mani tersebut pada wajahnya, selain menerangkan khasiat terkandung dalam air mani.
Difahamkan, blogger yang mempunyai 15 ribu pengikut ini mendapat stok air mani setiap hari dari seorang rakan yang membekalkannya dalam satu bekas bersih.
Jelasnya, empunya air mani yang diterima itu haruslah tidak merokok dan tidak minum arak.

BEKAS pemain bola sepak antarabangsa, David Beckham telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi 2015 oleh majalah selebriti terkenal dari Amerika Syarikat, People keluaran 30 November ini.
Bintang berusia 40 tahun itu menerima gelaran tersebut sempena ulang tahun ke-30 majalah berkenaan yang diterbitkan oleh Time Inc. dan setiap keluaran dijual sehingga 3.5 juta naskhah.

Berita mengejut tersebut diumumkan menerusi sebuah program bual bicara lewat malam popular stesen penyiaran ternama ABCJimmy Kimmel Live pada semalam.
“Ia merupakan penghargaan yang besar. Saya sangat teruja untuk menerimanya,”katanya.
“Saya tak rasakan diri saya menarik dan seorang yang seksi. Memang saya suka memakai pakaian dan sut yang kemas, kelihatan dan tampil menarik tetapi saya tidak rasakan diri saya ke arah itu,” tambahnya.
Suami kepada pereka fesyen terkemuka, Victoria Beckham serta bapa kepada 4 orang cahaya mata mereka itu merupakan atlet pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut.
Anak-anaknya, Brooklyn, 16; Romeo, 12; Cruz, 10; dan Harper, 4; juga terkejut malah mereka semua dikatakan ketawa  dengan berita berkenaan.
“Betul ke?! Lelaki paling seksi?? Betul ke?” mereka persoalkan kepada David sambil ketawa.
Apa-apa pun, lelaki British itu sememangnya layak dengan gelaran yang diterimanya itu. – Agensi