Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Adidas Turut Keluarkan Jam Pintar, Saingi Nike

LIMA hari sebelum Nike Fuelband SE dijadualkan untuk menemui pembelinya, sebuah lagi syarikat persukanan pula menyusul untuk tampil dengan jam pintar tersendiri.

Jam pintar keluaran Adidas ini dicipta khas untuk mereka yang gemarkan aktiviti berlari,dan inginkan kelainan dalam alat pengesanan kecerdasan mereka,lapor SlashGear.

Gajet ini dilengkapi dengan alat pengesan kadar degupan jantung yang dicanangkan untuk Nike Fuelband SE,namun telah dikecualikan daripada produk siap pesaingnya itu pada saat akhir atas sebab yang tidak diketahui.

Adidas juga telah memuatkan teknologi serba canggih GPS, Bluetooth, WiFi dan akselerometer (Alat pengesan kelajuan) di dalam jam pintar tersebut.

Walaubagaimana pun, jam pintar Adidas ini dijangkakan bakal menerima kritikan hebat daripada pengguna. Hal ini kerana, gajet ini tidak sesuai untuk digerakkan oleh peranti iOS dan Android.
Apple terpaksa kurangkan produksi iPhone 5C

KHABARNYA,syarikat teknologi gergasi Apple terpaksa menurunkan produksi telefon pintarnya iPhone 5C atas sebab permintaan yang lebih rendah daripada yang dijangkakan.
Laman web China C Technology melaporkan  daripada sumber dalaman bahawa produksi harian model iPhone itu telah dikurangkan daripada 300,000 unit kepada 150,000 unit sahaja.

Sumber tersebut turut memberitahu hal ini berlaku oleh kerana “jualan yang mengecewakan”.

Laporan-laporan terdahulu telah menyatakan model  telefon pintar terbaru keluaran Apple ini kurang laris di pasaran, walaupun didatangkan dalam pelbagai warna yang ceria dan lebih murah daripada iPhone 5S.

Sebelum dilancarkan secara rasmi,ramai yang tidak sabar untuk memiliki model berwarna-warni ini,apatah lagi iPhone 5S dilaporkan telah direka khas untuk pasaran bajet. Namun, model ini hanyalah penambahbaikan kosmetik model terdahulu iaitu iPhone 5,cuma dipasang dengan komponen yang lebih murah.

Nasib lebih menyebelahi iPhone 5S,yang terjual lebih sembilan juta unit serata dunia pada hujung minggu pertama model-model ini dilancarkan kepada umum,lewat September lepas. -SARA KHALID

MUNGKIN ramai yang masih kurang mengenali pelakon tinggi lampai ini walaupun sudah banyak drama lakonannya ditayangkan di kaca televisyen.

Baru-baru ini, Riz Amin sempat berkongsi gambar pra perkahwinannya di laman Instagramnya.


Menggunakan khidmat jurugambar The Most Photography, momen-momen indah Riz dan bakal isterinya, Sharifah Fazlina Syed Fuad telah diabadikan di sebuah kawasan menarik di sekitar Putrajaya.

Riz dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan suri hatinya itu pada 15 November depan.
Di bawah ini disertakan beberapa foto menarik pasangan ini buat tatapan pembaca semua.










MIKE Waudby merupakan seorang lelaki yang pernah mengalami masalah berat badan ketika berumur 21 tahun dengan berat badannya mencecah sehingga 140kg.

Beliau melakukan banyak pekerjaan seperti menjaga parkit kereta dan menjadi pengawal keselamatan tetapi berat badannya menjadikan beliau gagal menjalankan tugas dengan baik.
Selepas hilang pekerjaan kerana berat badannya, Mike menjadi murung dan berputus asa. Beliau hanya makan masakan ibunya dan minum arak yang dipesan melalui internet setiap hari.

Menurut Mike, alkohol berkenan yang menjadikan dirinya gemuk dan mengalami obesiti. Beliau berkata, biasanya beliau akan meminum sebotol besar whisky dan enam tin beer setiap malam.

“Saya sering keluar malam untuk malam sehinggalah pada suatu malam saya dihalau keluar oleh seorang wanita dari bar.
“Apabila saya bertanya kenapa, wanita itu berkata saya membuatkan rakan-rakannya lain tidak selesa kerana badan saya yang terlalu gemuk,” katanya.

Beliau juga pernah cuba untuk membunuh diri dan akhirnya beliau sedar yang cara hidupnya yang tidak sihat itu perlu diubah.
Mike mengambil keputusan nekad untuk berhenti minum arak dan memulakan senaman menggunakan satu program latihan yang dibeli dari internet.

“Setiap sesi senaman saya berakhir dengan saya membuka baji bersaiz XXXXXL saya yang dibasahi peluh dan kemudian menangis melihat rupa bentuk perut saya,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan terus bersenam.
Selepas berkerja keras bersenam selaam 18 bulan, serta tidak lagi mengambil alkohol kini Mike berada dalam keadaan  bentuk badannya yang paling ideal.

Bagaimanapun, beliau masih tidak berpuas hati dengan lebih kulit ekoran dia kehilangan berat badan yang banyak.

Beliau terpaksa membayar sejumlah harga untuk menjalani proses membuang lebihan kulit di badannya.

Ketika ini, beliau masih ada rasa tidak puas hati tentang rupa bahagian pehanya tetapi bentuk badannya sudah semakin baik dan beliau semakin sihat.

Comel juga wajah pelakjon-pelakon lelaki popular ketika mereka masih kecil. With the exception of Jeremy Renner... Mesti masa di sekolah selalu kena buli pasal muka memang macam punch magnet. Untunglah dah dewasa jadi kacak.


Laporan asal Izismile
Ibu Bapa Makan Ikan Masin, Anak Makan McDonald's

KALI ini, penulis ingin kongsikan mengenai satu status menarik dari seorang pemilik akaun Facebook yang kini sedang hangat dikongsi di laman sosial itu.

Status oleh Alfarouq Fadli itu berbunyi:

1381554_630055287045365_252512479_n

Melalui maklumat yang diberi, Alfarouq pada ketika itu duduk membelakangi gadis tersebut dan belakang kepala mereka agak rapat sehingga dapat mendengar jelas perbualan itu.

Dikatakan juga, dia kemungkinannya menggunakan ‘loudspeaker’ kerana suasana yang agak bising dan tidak menyangka perbualan itu dapat didengari oleh pemilik akaun itu.

Tujuan penulis berkongsi status ini ialah untuk memberitahu bahawa perkara seumpama ini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku di kalangan pelajar.

Kita sendiri sudah terbiasa membaca kisah bagaimana anak-anak sanggup menipu ibu-bapa demi keseronokan diri.

Akibatnya, pelajaran pun entah ke mana apabila keberkatan itu sudah ditarik oleh-Nya kerana perbuatan buruk kita terhadap ibu-bapa.

Semoga apa yang disampaikan oleh saudara Alfarouq ini dapat dijadikan iktibar buat semua hendaknya.

Mynewshub


China ialah negara yang kini terletak di tangga kedua didalam senarai negara ekonomi terbesar. Mereka memintas Jepun dan dalam masa 10 tahun (0r maybe less) akan memintas Amerika Syarikat pula. Akibatnya kini China mempunyai letusan jumlah jutawan yang ada banyak duit but got nothing better to do with their YUANS. CareBay ialah sebuah hospital yang dibuka khas untuk wanita besalin di Shanghai. Mereka menawarkan khidmat penjagaan mewah kepada ibu dan bayi. Dalam tradisi masyarakat China amalan "Zuo Yue Zi" . "Zuo Yue Zi samalah macam amalan pantang dalam masyarakat Melayu. Ketika "Zuo Yue Zi seorang ibu tidak boleh keluar rumah selama sebulan selepas bersalin. Setiap kehendak si ibu dan bayi akan dilakukan oleh ibu mertua.


Since these days ibu mertua pun sibuk, CareBay menyediakan perkhidmatan Zuo Yue Zi kepada yang mampu. Kos penginapan dan penjagaan di Carebay selama sebulan ialah diantara 79,800 Yuan (RM 40 000) hingga 380,000 yuan (RM 190 000). Sepanjang tempoh penginapan si ibu akan diberi layanan mewah seperti makanan gourmet, penjagaan bayi 24 jam, pengawal keselamatan, kelas aerobik dan kelas Yoga. Anda mampu?





Nama Mahmoud Bodo Rasch (70) mungkin agak asing bagi kita yang tinggal di Malaysia tetapi bangunan dan struktur rekaan beliau adalah sangat tidak asing lagi di kalangan penganut Islam seluruh dunia. Mahmoud Bodo Rasch terlibat dalam pelbagai proses rekaan projek mega di Mekah dan Madinah. 

Sebagai contoh menara jam terbesar di dunia Abraj Al Bait ,rekaan kemah kalis api di Mina , kubah bergerak Masjid An Nabawi, mimbar Masjidil Haram, tangga Kaabah dan payung automatik Masjid An Nabawi kesemuanya adalah rekaan beliau. Kerana penglibatan beliau yang extensif dalam pemodenan tempah suci umat Islam beliau diberi jolokan "Arkitek Allah".
Mahmoud Bodo Rasch dilahirkan di Jerman pada tahun 1943. Beliau meminati rekaan struktur besar tetapi ringan. Pada tahun 1973 beliau memeluk Islam dan mula mencari jalan untuk memudahkan pengurusan jemaah haji. Pada tahun 1992, 12 payung gergasi boleh lipat beliau dibina di Masjid An Nabawi bersama dengan 27 kubah boleh bergerak. Pada tahun 2011 pembinaan 250 lagi payung gergasi yang melindungi jemaah dari panas terik siap dibina. Kini anda boleh melihat payung automatik ini diperkarangan Masjid An Nabawi
Seperkara lagi tahukah anda kubah Masjid Putrajaya dan Masjid Wilayah Persekutuan juga direka oleh Mahmoud Bodo Rasch?



Laporan asal Wikipedia
'Doktor' Berjaya Diselamatkan Dari Cuba Terjun Dari Tingkat 17 Hopital Di P. Pinang
GEORGETOWN – Sebuah hospital swasta di sini mengalami detik-detik cemasa buat seketika hari ini bila seorang pesakit lelaki cuba membunuh diri sambil menyamar sebagai doktor.
Bagaimanapun, pihak bomba dan penyelamat berjaya memujuk lelaki terbabit daripada cubaan membunuh.
Mereka mengambil masa hampir dua jam dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Siow Wee Lang, 25, bertindak memecahkan cermin tingkap wad berkenaan dan duduk di atas tembok tingkat 17 hospital itu dalam keadaan sebelah kakinya di luar tingkap tersebut.
Ketua Balai Bomba Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian pada pukul 1.04 tengah hari bersama 15 anggota dan dua jentera bomba.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya pada mulanya pihaknya berdepan kesukaran untuk menarik mangsa keluar dari tingkap itu berikutan sikapnya yang terlalu agresif.
“Tindakan lelaki itu disedari kakitangan hospital apabila melihat sebelah kaki kiri mangsa berada di luar tingkap, malah mangsa menjerit serta membaling bekas air ke bawah.
“Keadaan menjadi cemas seketika apabila dia bertindak di luar kawalan sebaik melihat anggota bomba di dalam bilik itu.
“Selepas hampir dua jam, akhirnya kita berjaya menenangkannya dengan kami menyamar sebagai doktor.
“Kita juga dibantu oleh beberapa kawannya dengan memberi minuman, roti dan buah epal,” kata Ismail.
Katanya lelaki terbabit telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak kelmarin oleh keluarganya selepas dia mengadu sakit kepala dan cirit-birit.
“Mengikut laporan doktor di sini, mangsa dimasukkan hospital kerana sakit biasa sebab itu dia ditempatkan seorang diri di wad.
“Mangsa akan dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya. – Bernama
Foto
Shanghai: Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain.
Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.
Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.

Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya.

Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.
Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu. Seorang penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka. 

Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.

“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” kata seorang penduduk.

Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya.  Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai.

Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya. Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain. - AFP
Model Singapura maut di Pakistan


ISLAMABAD: Seorang model dan ratu cantik dari Singapura yang hilang di Pakistan ditemui maut dalam sebuah parit di pinggir bandar ini, kata polis kelmarin. 


Fehmina Chaudhry, 27, seorang model di Singapura yang berasal dari bandar pelabuhan Pakistan di Karachi, hilang Khamis lalu ketika melawat bandar ini untuk membeli hartanah, kata polis. 


“Polis menahan broker hartanah dan selepas disoal siasat, dia memberitahu pegawai dia membunuh model itu dan membuang mayatnya ke dalam sebatang anak sungai di pinggir bandar ini,” kata jurucakap polis Islamabad, Muhammad Naeem kepada AFP. 

Promoternya di Pakistan, Asif Hashmi mengesahkan kematian Chaudhry dan berkata mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan. 


“Beliau adalah seorang dermawan yang dedikasi dan merancang menubuhkan sebuah sekolah fesyen di Pakistan,” kata Hashmi menambah bahawa mangsa memenangi beberapa pertandingan ratu cantik. -AFP 

LOS ANGELES - Seekor ikan laut raksasa mirip ular sepanjang lima meter (m) ditemui di luar pantai California Selatan di sini pada Ahad lalu. Bangkai haiwan berwarna cerah itu ditemui oleh seorang pengajar aktiviti menyelam dari Institut Marin Pulau Catalina, Jasmine Santana.
Ia yang kelihatan seperti ikan dayung dilaporkan mati atas faktor semula jadi.
Santana mengesan satu objek yang berkilauan pada kedalaman kira-kira 9m semasa dia menyertai lawatan menyelam di Teluk Toyon, Pulau Santa Catalina. Dia kemudian mendapati terdapat bangkai ikan ganjil tersebut.
Lebih 15 orang membantu menaikkan makhluk tersebut ke pantai selepas ia ditemui. Ikan spesies laut dalam itu jarang ditemui kerana ia hidup pada kedalaman lebih 914m.
Spesies berkenaan boleh membesar sehingga 15m sekali gus dianggap sebagai ikan bertulang yang terpanjang di dunia. Sampel dan rakaman video ikan ganjil itu telah dihantar ke Universiti California di Santa Barbara untuk dikaji. - AP


LOS ANGELES - Penyanyi rap terkenal, Nicky Minaj memandu sebuah kereta sport Lamborghini Aventador Roadster berwarna merah jambu yang berkelajuan 349 kilometer sejam selepas dia melancarkan koleksi fesyen miliknya, Kmart di sini kelmarin.
Kereta tersebut yang telah dicat warna merah jambu dibeli Minaj pada harga kira-kira AS$382,000 (RM1.24 juta) beberapa bulan lalu.
Sebelum ini Minaj dilihat memandu kereta-kereta mewah seperti Bentley berwarna merah jambu, Ferrari dan Maybach.
Kereta miliknya itu menjadi tumpuan sekumpulan jurugambar yang merakamkan gambar tersebut.
Minaj juga memberitahu para pemberita tentang hasrat sebenarnya mengeluarkan jenama fesyennya.
Menurutnya, dia hanya mengeluarkan pelbagai jenis fesyen yang dia suka untuk memakainya.
Jenama fesyennya itu juga mengeluarkan seluar berwarna merah jambu untuk golongan wanita berjoging.
Jenama fesyennya itu juga menjual barang kemas dan topi.
Minaj berkata, pereka fesyen terkenal seperti Chanel, Versace dan Herve Leger menjadi inspirasinya dalam dunia fesyen. - Agensi

CALAPE, Filipina - Beberapa orang mendirikan khemah di tengah-tengah kawasan sawah padi di wilayah Bohol, tengah negara ini.
Mereka sanggup tinggal di kawasan sawah padi itu kerana untuk mengelak gegaran susulan gempa bumi.
Gempa bumi kuat yang berukuran 7.2 pada skala Richter itu melanda wilayah tersebut kelmarin sehingga mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh.
Banyak rumah, bangunan termasuk gereja runtuh akibat gempa bumi itu. - Agensi
Kosmo
BERMULA dengan isu melakukan tindik lidah sehingga mengundang kritikan ramai, kemudian dirinya dikatakan pula seorang lesbian dan mempunyai hubungan cinta dengan pengkid serta dituduh menyimpan peralatan seks.
Terkini, kontroversi mengenai tindakannya menghamburkan kata-kata kesat di laman sosial Instagram miliknya gara-gara tidak berpuas hati dengan kelakuan seorang individu yang meminta gambar bogelnya hangat diperkatakan.
Itulah rentetan kontroversi yang melanda pelakon Tanda Putera, Ika Nabella sepanjang bergelar artis setelah tersingkir daripada Akademi Fantasia 6 (AF 6) dahulu. Ironinya, ada pihak yang beranggapan namanya popular gara-gara isu sensasi berbanding kisah kerjayanya.
Melihat tepat ke arah anak matanya semasa ditemu bual kelihatan sekelumit kekecewaan yang seperti terpendam di hatinya, Ika meluahkan segala kontroversi yang berbangkit bukanlah atas kehendak dirinya sendiri.
“Saya menceburkan diri dalam dunia seni kerana minat yang mendalam, malah saya lebih gemar bercerita tentang kerjaya berbanding memperkatakan tentang isu-isu peribadi.
“Bagaimanapun, saya sedar dan akur bahawa inilah realitinya apabila menjadi seorang artis. Cuma, saya tidak pernah mencari kontroversi semata-mata mahu meraih populariti dengan segera,” ungkap pelakon berusia 24 tahun itu.
Ditanya mengenai pandangannya terhadap pelbagai kontroversi yang sering melanda dirinya itu, pelakon itu memberitahu ia boleh dijadikan sebagai pengajaran paling berguna supaya kesilapan sama tidak berulang.
Ujar Ika, pada masa akan datang dia enggan lagi terlalu cepat melatah apabila berhadapan dengan sesuatu isu yang melanda dan perlu menanganinya dengan lebih bijak supaya peminat tidak skeptikal terhadap dirinya.
“Permasalahan yang timbul sebelum ini seperti meluahkan kata-kata kesat di Instagram, semuanya berpunca daripada situasi tekanan yang dialami sehingga tidak memikirkan dahulu impak yang akan diterima.
“Jadi, saya perlu sentiasa bersikap positif dan lebih terbuka selepas ini dengan tidak melakukan tindakan terburu-buru supaya tidak dikecam hebat. Saya sekadar berharap perkara yang pernah terjadi itu tidak akan berulang kembali,” ujarnya.
Menyatakan dirinya sedia ditegur sekiranya melakukan sebarang kesalahan, tetapi Ika meminta supaya tidak ada pihak yang suka menghakimi seseorang individu itu sebelum mengenali dengan lebih rapat.
“Kalau hendak memberi teguran sekalipun biarlah dengan cara yang lebih berhemah dan bukan sekadar melemparkan tuduhan tidak berasas. Saya anggap sebarang teguran itu boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri sendiri,” tegasnya.
Biarpun sering terpalit dengan kontroversi, pelakon itu menyatakan ia langsung tidak menjejaskan kariernya sebagai pelakon serta hubungan dengan ahli keluarga yang lain kerana mereka lebih mengenali dirinya yang sebenar.
Berlakon
Menceritakan tentang perkembangan kerjayanya pula, Ika memberitahu rezekinya sekarang ini lebih berpihak kepada lakonan, meskipun tidak pernah melupakan bidang nyanyian.
Ujarnya, setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam dunia seni, dia lebih kerap berlakon dalam drama bersiri dan telemovie, manakala nyanyian pula agak kurang dan hanya pada acara-acara tertentu sahaja.
“Tidak dinafikan kemunculan saya lebih banyak di kaca televisyen berbanding di layar perak. Tawaran berlakon filem itu banyak juga yang diterima, tetapi biasanya ia akan bertembung dengan jadual lain.
“Apa pun saya tidak kisah sangat dan tetap bersyukur kerana rezeki dalam lakonan masih terbuka luas. Dengan pelbagai tawaran yang diterima membuktikan masih ramai pengarah dan penerbit yang memberikan kepercayaan kepada saya,” ujarnya yang baru sahaja muncul dalam filem Tanda Putera pada Ogos lalu.
Berkenaan dengan aktiviti seninya sekarang, pelakon itu memberitahu dia bakal tampil dalam sebuah drama bersiri berjudul Seindah Sabarmu yang mula disiarkan di TV9 sejak 15 Oktober lalu.
“Anissa merupakan rakan baik kepada Fiqa yang dibawakan Nad Zainal, tetapi konflik antara kedua-duanya mula timbul apabila mereka mencintai lelaki yang sama sehingga Anissa melakukan perkara yang di luar batasan,” ujarnya.
Selain Ika dan Nad, pelakon yang turut membintangi drama bersiri sepanjang 14 episod itu antaranya ialah Shah Iskandar, Shahronizam dan Hanis Kamal.
Usaha lebih
Seperti yang telah diketahui umum, pembabitan Ika dalam AF 6 pada tahun 2008 tidak berpanjangan apabila dia menjadi peserta yang kedua terkeluar, sekali gus gagal merebut gelaran juara.
Namun begitu, dia dilihat antara peserta yang agak bertuah kerana masih lagi mampu bertahan, tidak seperti kebanyakan peserta lain yang terus tenggelam daripada arus perdana hiburan.
“Kalau diikutkan memang agak sukar untuk meneruskan karier dalam seni pada peringkat awal, tetapi yang paling utama kena berusaha dengan lebih gigih lagi sekiranya ingin menggapai impian yang terpendam sejak sekian lama.
“Walaupun tersingkir awal semasa AF 6 dahulu, tidak bermakna impian tidak boleh digapai. Yang penting, seseorang itu harus bijak mencari peluang yang ada serta tidak mudah berputus asa,” jelasnya.
Ketika ditanya sama ada dia mengikuti perkembangan AF 2013 yang sedang rancak berlangsung ketika ini, Ika memberitahu sekiranya ada kelapangan dia akan menontonnya di rumah.
“Dengan perubahan konsep yang dilakukan saya dapati persaingan kali ini lebih sukar dan mencabar buat para peserta. Selain itu, mereka perlu lebih kreatif terutamanya untuk menarik lebih banyak undian daripada penonton.
“Kepada peserta yang sudah tersingkir pula, jangan terlalu cepat patah semangat kerana ia tidak bermakna hasrat untuk mengejar impian menjadi seorang artis sudah berakhir,” ujarnya.

KL-Karak
BENTONG  - Anggota tentera yang maut bersama-sama suami dan anaknya dalam kemalangan di Km49.0 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bukit Tinggi dekat sini pagi ini, sedang hamil dua bulan.

Suri rumah Asliza Abdullah, 32, berkata sepupunya Koperal Nik Zaieyahaliza Ya memaklumkan perkara itu kepadanya ketika mereka berhubung melalui laman sosial 'Facebook' bulan lepas.

"Saya tidak menyangka pertemuan dengan Allahyarham pada Ramadan lepas merupakan yang terakhir...kami memang rapat sejak kecil," katanya kepada pemberita di bilik mayat Hospital Bentong hari ini. 

Dalam kejadian 7.08 pagi itu, Nik Zaieyahaliza, 29, suaminya Koperal Jiman Raup, 32, dan anak mereka Nurul Damia yang berusia dua tahun, terbunuh apabila  kereta Perodua Alza yang dipandu Jiman merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan.

Asliza berkata Nik Zaieyahaliza merupakan anak sulung daripada enam beradik dan beliau seorang yang periang dan rajin.

Beliau berkata ibu bapa Allahyarham kini menunggu jenazahnya dibawa pulang ke Jerteh, Terengganu untuk dikebumikan di Gong Tanah Merah.
 
Keluarga Jiman pula dijangka tiba dari Beaufort, Sabah malam ini.

Jenazah tiga beranak itu dimandikan dan dikafankan di Kem Tentera 25 Melayu, Bentong. 
Sementara itu, seorang pegawai Maktab Tentera Diraja Sungai Besi yang enggan dikenali, berkata Nik Zaieyahaliza bertugas sebagai kerani di Bahagian Muzik maktab itu. 

Allahyarham menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2003 sebelum bertugas di kem itu tiga tahun kemudian.

"Allahyarham memohon cuti untuk pulang ke kampungnya di Jerteh bagi menyambut Aidiladha. Beliau dijangka memulakan tugas hari ini," katanya ketika ditemui di hospital itu.
Jiman pula bertugas di Bahagian Perkeranian maktab itu sejak April 2012. - Bernama
Almy memberitahu dia sudah memaafkan Fizz dan ingin melupakan semua kisah lalu.
PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia memberitahu bekas kekasihnya iaitu Fizz Fairuz telah menjadi seorang lelaki yang berbeza dan sudah banyak berubah berbanding sebelum ini.
Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia telah memaafkan lelaki tersebut dan mahu melupakan semua kisah pahit yang pernah berlaku di antara mereka sebelum ini.
"Semua manusia ada melakukan kesalahan begitu juga saya dan Fizz. Bagi saya tiada gunanya kami bermasam muka kerana industri ini kecil dan kami akan tetap berjumpa.
"Apabila dia meminta maaf tentang kesilapannya terhadap saya dahulu tidak sukar untuk menerima maaf tersebut kerana dia telah banyak berubah," katanya kepada mStar Online.
Almy dan Fizz pernah bercinta selama tujuh tahun tetapi putus di tengah jalan pada sekitar 2011 sebelum Fizz bertunang dengan wanita lain yang kemudian didakwanya sebagai isteri orang.
Fizz dan Almy pernah menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun sebelum ini.
Dalam pada itu, Almy enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah kembali terjalin sebagai kekasih kerana merasakan sebagai wanita tidak manis untuknya berbicara mengenai perkara itu.
Jelas Almy, dia tidak mahu kenyataannya disalah ertikan selain serik dengan pelbagai kontroversi yang melanda hubungannya sebelum ini.
"Apa yang saya boleh katakan doakanlah perkara yang baik-baik untuk saya dan Fizz dan selebihnya saya serahkan kepada ketentuan Allah," ujarnya.
Sementara itu, Almy juga enggan mengulas mengenai kenyataan Fizz yang ingin berjumpa dengan keluarganya bagi membincangkan tentang hasrat lelaki itu untuk menikahinya.
Almy berkata, dia menyerahkan semua perkara tersebut kepada Fizz untuk menjelaskan kepada pihak media apabila tiba masa sesuai nanti.
"Rasanya biarlah Fizz sendiri yang beritahu media tentang hal tersebut kerana seperti saya katakan tidak manis saya di pihak perempuan untuk bercakap mengenainya," katanya.
Hairul mengakui lega apabila tidak lagi dilabel sebagai lelaki 'jambu' selepas menjuarai program Fear Factor Selebriti Malaysia.
SHAH ALAM: Aktor Hairul Azreen lega apabila tidak lagi dianggap sebagai lelaki 'jambu' selepas bergelar juara program Fear Factor Selebriti Malaysia pada Mac lalu.
Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 24, berkata, selepas menjuarai program berkenaan bersama pelakon Dazrin Kamaruddin bakatnya sebagai pelakon semakin berkembang dan tidak lagi hanya tertumpu kepada watak tertentu sahaja.
"Sebagai seorang pelakon saya meminati watak-watak mencabar seperti aksi tetapi tidak pernah diberi peluang kerana wajah 'jambu' saya selain dianggap lembut.
"Tetapi syukur selepas bergelar juara Fear Factor situasi itu berubah dan saya sudah mula menerima pelbagai watak mencabar daripada pihak produksi," katanya kepada mStar Online selepas ditemui di Extreme Park Shah Alam di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Hairul turut mengakui gelaran yang diberikan kepadanya itu telah meninggalkan kesan kepadanya sehingga menyebabkan dia perlu membuktikan diri bahawa telahan sesetengah pihak kepadanya itu adalah salah.
"Sedih juga bila orang asyik kata saya 'jambu' dan 'lembut' kerana ia tidak mencerminkan diri saya sebenar disebalik sifat luaran tersebut.
"Perangai saya juga pantang dicabar apabila disuruh melakukan sesuatu namun saya lega apabila gelaran itu tidak lagi dibangkitkan kerana telah membuktikan diri apabila menjuarai Fear Factor," jelasnya yang turut pernah bergelar pelakon lagak ngeri selama dua tahun.
Sementara itu, Hairul berkata, kerjaya lakonannya semakin berkembang apabila diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dan mengambil kepercayaan tersebut untuk memberikan terbaik kepada peminatnya.
Jelasnya lagi, dia juga menyasarkan untuk memenangi anugerah dalam kategori pelakon terbaik sebagai salah satu cabaran dalam membuktikan dia bukan sekadar pelakon berwajah comel.
"Alhamdulillah bakat saya mula diberi perhatian dan ini juga adalah rezeki selepas kemenangan menerusi program Fear Factor.
"Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki tetapi selepas ini saya menyasarkan untuk memenangi anugerah pula," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hairul berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah drama bersama Nelydia Senrose selain bakal berangkat ke Las Vegas, Amerika Syarikat untuk drama bersiri terbaharunya.
Tasha Shilla
PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla menafikan dia melakukan pembedahan bagi mencantikkan hidung dan payudara.
Tasha, 26, berkata, dia bersyukur dengan anggota tubuh semulajadi yang di kurniakan tuhan kepadanya.
"Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik keatas tubuh saya, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan.
"Bagi yang rapat dan pernah pegang muka saya tahu ia tidak berubah, jika nampak lain mungkin disebabkan teknik solekan semata-mata," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Tasha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang melaporkan pelakon ini melakukan pembedahan plastik terhadap hidung dan payudara di Bali, Indonesia.
Bagaimanapun, Tasha mengakui ada Melancong ke Bali bersama rakan artis lain termasuk Sharifah Sakinah.
"Saya ke Bali bukan kerana buat pembedahan sebaliknya pergi bercuti bersama rakan-rakan lain.
"Kalau benar saya ingin buat pembedahan plastik bukanlah di situ tempatnya," ujarnya.
Tambahnya, dia hanya menganggap perkara tersebut hanya isu kecil yang tidak perlu diperjelaskan.