Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




TULSA, Oklahoma – Sebuah pesawat American Airlines melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tulsa dan dikosongkan selepas asap dilaporkan dalam kokpit.

Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang, Alexis Higgins, berkata pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth ke Cedar Rapids, Iowa, dikosongkan di landasan pada jam 6.15 petang selepas mendarat dengan selamat.

Higgins berkata, tiada daripada 67 penumpang dan kru pesawat berkenaan yang cedera.

Katanya, punca asap itu masih belum diketahui.

Jurucakap American Airlines, Victoria Lupica, berkata pihak syarikat masih menyiasat puncanya. – AP

Nanning: Gambar seekor anak babi yang dikatakan berwajah menyerupai babi dengan penis di atas kepala kini telah tersebar sejak ia baru dilahirkan.

Pemilik babi berkenaan, Tao Lu berkata, rumahnya tersebut sering dibanjiri orang ramai yang mahu menyaksikan secara dekat babi tersebut akibat penyebaran gambar tersebut.

Selain itu dia juga turut ditawarkan wang daripada orang ramai yang mahu membeli babi tersebut.

Anak babi itu dilahirkan bersama 18 ekor yang lain bagaimanapun mati selepas ditolak ibu sendiri.

“Anak babi ini merupakan yang terakhir dilahirkan oleh ibunya.




“Malangnya ia sudah mati, jika tidak saya boleh mendapatkan banyak wang dengannya,’’ katanya yang mahu menjadikan anak babi itu sebagai pameran bagi menarik orang ramai.

Menurut seorang pelawat yang pernah melihat babi itu secara dekat, Wu Kung, 32, berkata, babi tersebut memang mempunyai wajah seperti manusia selain penis yang tumbuh pada bahagian dahi. 

Selepas kontroversi melanda ekoran tindakan kumpulan Kpop B1A4 mencium dan memeluk beberapa orang peminat wanita bertudung ketika sesi bertemu peminat awal tahun lalu, ramai pihak terutama NGO Islam menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penganjuran konsert-konsert artis luar negara.
Lantas itu, konsert penyanyi Taeyang atau nama sebenarnya, Dong Young-bae, diberi tumpuan agar peristiwa sama tidak berulang, apatah lagi, penyanyi tersebut sememangnya digilai ramai peminat wanita.

Namun demikian, konsert pelantun lagu Eyes, Nose, Lips yang telah berlangsung semalam dilihat lancar tanpa sebarang insiden kontroversi seperti berpelukan mahupun bersentuhan.
Ramai pihak memuji kecekapan penganjur yang sensitif terhadap isu tersebut lantas mengingatkan bekas ahli kumpulan Big Bang itu untuk menjaga tingkah laku agar tidak mengulangi kesilapan B1A4.
Malahan, Taeyang juga dilihat meletakkan tangannya di belakang sebagai cara untuk mengelakkan dari bersentuhan dengan peminat-peminat wanita Islam.


Melalui beberapa keping foto, Taeyang bijak mengendalikan suasana ketika mendekati peminat dengan tidak menghulurkan tangannya untuk disambut mereka. Ya lah, kadang-kadang, ‘fans‘ yang terlalu fanatik sampai tak ingat dunia!
Melalui status di laman Twitter, ada peminat yang memuji tindakan penyanyi tersebut untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang dilakukan rakan artis senegaranya.
Walaupun  bukan beragama Islam, namun Taeyang berjaya membuktikan bahawa dia mampu untuk menghormati prinsip agama lain dan dalam pada masa yang sama, menghiburkan peminat yang memenuhi ruang stadium. Tahniah buat Taeyang!
Fikir-fikir balik, pihak NGO dan badan berwajib patut juga memberi penjelasan dan amaran buat ‘die hard fans‘ yang terlalu fanatik dan tidak mengawal batas pergaulan walaupun berhijab dan menutup aurat! 

OTTAWA, Kanada – Shannon Sabourin mungkin boleh dianggap antara wanita paling bertuah di dunia apabila dilamar kekasihnya di atas Gunung Little Crawfoot pada ketinggian 2,740 meter dari paras laut.
Rossel Sabourin yang kini telah bergelar suaminya berjaya merancang kejutan dalam suasana paling romantik untuk melamar kekasihnya itu.
“Sambil menikmati makan malam yang dilengkapi kain linen putih dan sebotol Champagne serta berlatar belakang pergunungan di sini dan Tasik Bow yang sungguh indah, Rossel tiba-tiba melamar saya.
“Sudah pasti saya terkejut, namun bibir pantas mengucapkan ‘ya’ tanda menerima lamaran tersebut,” ujar Shannon.
Lamaran itu dilakukan pada Jun 2012 sewaktu kedua-dua pasangan berkenaan melakukan pendakian selama dua jam setengah untuk sampai di puncak gunung.
Kelengkapan kerusi, meja dan makanan istimewa sempena lamaran itu pula disediakan oleh kakitangan rumah penginapan yang membantu membawa barangan tersebut ke puncak gunung.
Pasangan yang berasal dari Winnepeg, Kanada itu baru sahaja mendedahkan gambar mereka mengenai lamaran tersebut sebagai inspirasi kepada pasangan lain untuk menjadikannya sesuatu yang istimewa. – Agensi




SINGAPURA – Polis pulau ini menyatakan semalam bahawa pihaknya menyiasat beberapa gambar peluru di laman sosial Facebook yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.
“Kami mengesahkan laporan polis sudah dibuat dan siasatan masih dijalankan,” kata seorang jurucakap Pasukan Polis Singapura tanpa mengulas lanjut.
Sehingga kini, ugutan dalam talian jarang berlaku di pulau ini yang dianggap antara masyarakat paling selamat di dunia. Malah, negara ini memiliki undang-undang kawalan senjata api yang ketat.
Kandungan muka surat Facebook GM Phoneix pada Jumaat lalu menunjukkan gambar sebutir peluru diletakkan pada fabrik bersama keterangan: “Hsien Loong marilah bermain. Cari saya jika kamu dapat kerana peluru ini akan menembusi kepala kamu tidak lama lagi.”
“Saya terlupa sesuatu. Ada seorang lelaki memakai penutup kepala hitam meninggalkan sebutir bom di Lapangan Terbang Changi, tak pasti pula di dalam beg mana,” tambahnya.
Mesej kedua pada Sabtu lalu pula menunjukkan gambar dua butir peluru dalam sebuah majalah.
“Hsien Loong setiap orang berhak mendapat peluang kedua,” kata keterangan yang disertakan.
Mesej ketiga kelmarin menunjukkan paparan skrin bersama notis bahawa muka surat itu telah dilaporkan kepada pihak pengurusan Facebook kerana mempromosi penjualan senjata api, manakala pembacanya pula terhad kepada golongan berusia 18 tahun dan ke atas.
Komen pentadbir akaun Facebook GM Phoenix pula tertera perkataan ‘Lmao’ yang bermaksud ketawa terbahak-bahak.
Bagaimanapun, semua tiga mesej itu yang memiliki tag akaun Facebook rasmi Hsien Loong, masih tertera pada laman GM Phoenix setakat semalam.
Di bawah Akta Jenayah Senjata Api Singapura, sesiapa yang memiliki senjata api atau peluru secara haram boleh dipenjara antara lima hingga 10 tahun dan dikenakan sekurang-kurangnya enam sebatan.
Mereka yang didapati bersalah menggunakan senjata api haram pula boleh dihukum mati.
Laman Facebook GM Phoenix yang mempunyai seramai 7,970 pengikut mengandungi pelbagai kandungan mengenai permainan dalam talian yang dikemas kini secara berkala. – AFP




Sydney: Nampaknya seminggu dua ini bukan tempoh yang baik untuk Jepun. Semalam seorang lagi warga negara itu terbunuh selepas kakinya terputus akibat dibaham seekor jerung ketika bermain luncur ombak di pantai timur Australia.

Seorang peluncur lain dibaham jerung di kawasan berhampiran, kelmarin. Datuk Bandar Ballina di New South Wales, David Wright berkata, jerung berkenaan menyerang mangsa dari arah belakang ketika dia bersama papan luncurnya menanti kedatangan ombak besar.

“Mangsa berusia 41 tahun,” katanya. Selepas parah akibat kakinya terputus, rakan mangsa membawa dia ke darat sebelum cuba memberhentikan pendarahan. Mangsa juga diberikan bantuan pernafasan. Namun, kata Wright, lelaki terbabit akhirnya gagal diselamatkan kerana pendarahan terlalu banyak.

“Kecederaan daripada kedua-dua kakinya terputus dibaham jerung menyebabkan pendarahan gagal dihentikan,” katanya. Menurut Wright, identiti mangsa perlu dirahsiakan.
“Dia bekerja sebagai pencuci di kedai luncur tempatan,” katanya.

Ekoran kejadian semalam, kawasan pantai di situ ditutup kepada orang ramai. Kelmarin, Jabez Reitman, 35, turut dibaham jerung pada pinggangnya kira-kira 20 kilometer dari tempat serangan semalam berlaku.

Kata Reitman, asalnya dia menyangka seekor ikan lumba-lumba menggigitnya. “Saya tidak menyedari bahaya itu sehinggalah berasa kesakitan amat sangat,” katanya. Reitman kemudian dipindahkan ke Hospital Universiti Gold Coast dan dilaporkan dalam keadaan stabil.



Seoul: Seorang wanita menerima padah kerana membiarkan robot pembersih hampagas berfungsi ketika dia tidur di lantai apabila rambutnya disedut alat itu kerana disangka habuk.
Dalam keadaan begitu, wanita terbabit terpaksa diselamatkan anggota bomba.
Sebelum itu wanita berusia 52 tahun dari Changwon itu terpaksa bergelut dengan alat berkenaan untuk melepaskan dirinya.
Sebaik saja mesin itu menyedut rambut wanita terbabit, dia terkejut tetapi terlambat untuk menyelamatkan diri.
Kata sumber, tidak ubah seperti filem fiksyen sains yang menyaksikan ada robot buatan manusia ‘memakan’ tuannya.


Temerloh: Jabatan Perikanan negeri akan berusaha membantu pihak yang berminat memajukan kawasan paya terbiar untuk dijadikan estet ikan.
Bantuan seperti benih ikan dan khidmat nasihat akan diberikan kepada mereka yang mahu menceburi projek berkenaan bagi menambah pendapatan masyarakat setempat.

Pengarahnya Adnan Hussain berkata, banyak kawasan paya termasuk sawah terbiar di negeri ini sesuai dimajukan sebagai estet ikan secara komersial dan menguntungkan.
Menurutnya, untuk mengusahakan estet ikan, kawasan paya sekurang-kurangnya perlu berkeluasan 10 hektar selain mempunyai sistem pengairan yang baik termasuk status tanah dimiliki pihak tertentu.

Katanya, kini ada lima estet ikan di daerah ini membabitkan keluasan lebih 151 hektar yang diusahakan 112 peserta terdiri daripada pemilik tanah berkenaan.

Hmetro Online