Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
London: Tujuh anggota bomba bergegas menyelamatkan seekor tupai dalam satu operasi bernilai enam ribu pound (RM29,000).
Anggota bomba tiba di tempat kejadian dengan tiga jentera bomba selepas seorang penduduk melaporkan haiwan itu terperangkap dalam lalang di tengah kolam. Mereka membuat laluan ke tebing tasik menggunakan dua tangga dengan seorang anggota bomba masuk ke dalam air memujuk tupai yang ketakutan itu. Haiwan itu kemudian merapati “jambatan” sementara sebelum berlari menaiki anak tangga dan melompat ke tempat selamat.
Balai Bomba dan Penyelamat Herts, semalam mengesahkan insiden di Watford High Street itu. Jurucakapnya berkata: “Tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian di mana seekor tupai terperangkap.” Bagaimanapun, ahli Parlimen tempatan dari parti Konservatif, Richard Harrington mengkritik operasi menyelamat yang mengarut itu.
Harrington berkata: “Balai Bomba dan Penyelamat Herts melakukan tugas yang hebat - bagaimanapun, ia seolah-olah tindakan yang berlebihan dan membazir.
“Tidak pasti mengapa terlalu banyak jentera bomba dan anggota bomba yang dihantar ke tempat kejadian. “Persoalan yang serius perlu dijawab jika tindakan itu akan menyebabkan panggilan lebih serius lain tidak dapat dipenuhi,” katanya.
Kaunselor daerah Herts, Steven Giles-Medhurst berkata: “Mereka biasanya menghantar tiga jentera bomba untuk kes melibatkan kemalangan jiwa.
“Ia keterlaluan bagi seekor tupai, tetapi mungkin soalan perlu dikemukakan,” katanya.
“Ia keterlaluan bagi seekor tupai, tetapi mungkin soalan perlu dikemukakan,” katanya.
Kos untuk menghantar sebuah jentera bomba bagi menangani panggilan palsu dianggarkan kerajaan bernilai 1,970 pound (RM9,600) pada 2008. Ia menyebabkan kos menyelamatkan tupai di daerah itu bernilai hampir RM29,000. Haiwan berkenaan terperangkap kerana ia tidak dapat melompat menaiki tembok konkrit di kolam itu.
Pada Mac 2011 anggota bomba di Gosport, Hants, enggan memasuki tasik sedalam tiga kaki di mana seorang lelaki jatuh selepas mengalami serangan epilepsi. Peraturan keselamatan menggariskan mereka tidak boleh memasuki air lebih dalam daripada separuh paras but kecuali situasi mengancam keselamatan nyawa. Mereka percaya lelaki terbabit sudah mati.
Pelbagai
CALIFORNIA - Setelah menyatakan membatalkan rencana pembangunan data center di Hong Kong beberapa hari lalu, kini Google meresmikan data center di Asia. Perusahaan raksasa internet itu membangun dua data center di Taiwan dan Singapura.
Berdasarkan informasi yang dilansir dari Reuters, Kamis (12/12/2013), data center dalam skala besar dibangun Google untuk mengembangkan bisnisnya di wilayah Asia. Pembangunan ini dilakukan untuk menanggulangi berbagai kendala yang kerap dialami oleh Google di wilayah Asia. India adalah salah satu negara dengan akses yang sulit karena regulasinya, dan pemblokiran di China.
"Ketika kami sedang sibuk dalam pembangunan (data center), pertumbuhan internet di Asia sangat mencengangkan. Pengguna internet di India meningkat dua kali lipat dari 100 juta menjadi 200 juta. Jika di Amerika Serikat, angka seperti itu hanya didapat dalam enam tahun," kata presiden direktur data center Google, Joe Kava.
Lebih lanjut lagi, Reuters mengungkap fakta bahwa masih banyak orang di Asia yang belum terkoneksi ke internet. Dengan dibangunnya dua data center ini tentunya sangat membantu. Google sendiri dilaporkan telah menggelontorkan USD600 juta untuk pembangunan data center di Taiwan, dan USD120 juta untuk data center di Singapura.
Sebelumnya Google juga berencana membangun data center di Hong Kong. Namun masalah dalam pembelian lahan menjadi hal yang membuat Google memutuskan untuk membatalkan pembangunan data center tersebut.
[wow] - Teknologi
KOTA TINGGI: Bukan sahaja pentadbiran negeri Kedah kecewa dengan kehilangan tapak bersejarah yang berharga.
Artifak dan khazanah dari Johor juga turut dijual dengan harga yang tinggi di pasaran gelap dengan kebanyakan daripada harta karun berkenaan diperoleh daripada ibu kota pentadbiran lama negeri iaitu Johor Lama.
Lebih memburukkan keadaan semakan The Star di e-Bay dan beberapa laman web lain mendedahkan satu kebenaran mengejutkan kerana bukan itu sahaja malah artifak bersejarah dari Perak dan Melaka juga turut dilelong.
Khazanah yang bernilai jutaan ringgit ini, terdiri daripada emas, perak dan duit siling timah, mata wang berbentuk binatang, 'celadon' pasu 'terracotta', seramik biru dan putih Cina serta senjata.
Penjualan barangan purba tersebut telah berlansung secara sulit sejak 40 tahun lalu, turut menarik minat pengumpul barangan antik persendirian dari Malaysia serta Singapura.
Sekeping duit syiling emas yang hampir menyerupai syiling 10 sen pada hari ini, yang diperoleh daripada zaman Kesultanan Johor dijual di pasaran gelap pada harga RM2,000 hingga RM10,000.
Menurut sumber, kebanyakan khazanah dan artifak purba ini dijumpa oleh penduduk kampung dan nelayan di sepanjang Sungai Johor.
Artifak berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Yayasan Warisan Johor (YWJ), yang merupakan badan bertanggungjawab terhadap pentabiran muzium di Johor namun kebanyakan mereka lebih berminat untuk menjualnya di kedai menjual barangan antik.
Kebanyakan artifak yang ditemui itu dijual secara atas talian atau pun kedai antik di serata negeri.
"Semuanya melibatkan soal duit, mereka (pencari harta karun) tahu nilai setiap artifak yang mereka temui. Maka mereka membuat keputusan, menjualnya untuk mendapatkan wang dengan jalan yang mudah," kata sumber berkenaan sambil menambah YWJ mengambil masa lebih kurang setahun untuk menetukan sumbangan yang diberikan kepada mereka yang menemui artifak tersebut.
Daerah terbesar di Johor, Kota Tinggi turut dikenali sebagai 'daerah bersejarah' kerana ia merupakan tempat bermulanya kerajaan Kesulatanan Johor lama.
Seorang peneroka felda, Suhaimi Abd Aziz, 64, yang berasal daripada Kampung Johor Lama berkata kawasan berkenaan kaya dengan pelbagai khazanah yang sering ditemui oleh penduduk kampung.
"Kebanyakan orang hanya menyimpan barangan tersebut sebagai harta pusaka keluarga," katanya.
Dia berkata berita mengenai sejarah tempat berkenaan mejadikan kampung tersebut menjadi lokasi yang sering dikunjungi oleh pencari harta karun termasuk pasukan penyelam yang mencuba nasib di kawasan berkenaan.
Seorang lagi sumber daripada Jabatan Muzium Negara berkata kebanyakan artifak daripada negeri lain turut dijual di pasaran gelap.
"Pihak pemaju di Johor secara menemui artifak berharga ini secara tidak sengaja, namun yang menyedihkan adalah mereka tidak menyerahkannya kepada pihak berkuasa sebaliknya mereka lebih suka menjualnya untuk mendapatkan keuntungan.
"Ada artifak ini boleh mencecah harga jutaan ringgit, namun semuanya bergantung kepada keunikan, barangan yang sukar ditemui serta keadaan artifak tersebut. Namun sudah pasti ia mempunyai harga di pasaran gelap," katanya.
Sementata itu Pengarah YWJ, Muhammad Fuad Radzuan berkata adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang sekiranya mereka yang menemui artifak Johor itu menjualnya kepada pengumpul khazanah purba atau kedai antik.
"Kami tahu kebanyakan artifak yang ditemui di Kota Tinggi dijual krpada pengumpul barangan antik serta dijual dipasaran gelap kerana terdapat permintaan yang tinggi di sana," katanya.
Muhammad Fuad berkata mereka yang menemui artifak tersebut sepatutnya menyerahkan artifak berkenaan kepada YWJ untuk dijadikan sebagai warisan kerajaan kerana ia adalah bukti kewujudan negeri Johor di sepanjang Sungai Johor yang dikatakan telah wujud sejak tahun 1520an.
Beliau berkata bagi mereka yang mahu menjalankan kerja penggalian untuk mencari artifak negeri perlu melalui YWJ dan kemudiannya surat mereka akan dirujuk kepada Muzium Negara untuk mendapatkan kebenaran di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2007.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkarnain Kamisan berkata kerajaan negeri sedang dalam usaha untuk mengazetkan Sungai Johor dan Kampung Johor sebagai tempat warisan bersejarah bagi memastikan artifak serta khazanah purba di kawasan itu tidak hilang dan dijual di pasaran gelap.
-mstar Online
[Wow] - Berita Tempatan
KUALA LUMPUR: Cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi Singapura-KL, akan dimuktamadkan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi 'tweet' beliau, Najib berkata 'Insya-Allah kita akan dapat memuktamadkan cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi Singapura-KL itu tahun depan.
Cadangan projek kereta api berkelajuan 330km itu yang menelan belanja US$12 bilion (RM40 bilion), diumumkan oleh Perdana Menteri dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, Februari lepas
Menurut Najib apabila projek itu siap pada 2020, ia mampu memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua ibu negara kepada hanya 90 minit.
Menurut laporan pada 18 Sept, walaupun butiran projek ini belum diumumkan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia baru-baru ini berkata Malaysia akan memulakan rundingan dengan Singapura pada minggu-minggu akan datang, yang menjurus kepada proses mengeluarkan tender pada separuh kedua tahun depan.
-Bernama
[Wow] - Berita Tempatan
BINTULU: Dua juruterbang bersama enam pekerja pelantar minyak terselamat apabila sebuah helikopter terpaksa membuat pendaratan cemas di tengah laut kira-kira 92 batu nautika dari pantai Bintulu pada jam 7.45 pagi tadi.
Kejadian berlaku selepas helikopter jenis Sikorsky S-76 yang disewa sebuah syarikat petroleum baru 45 minit berlepas dari Lapangan Terbang Bintulu sebelum terpaksa membuat pendaratan cemas berikutan cuaca buruk.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Madang Usat berkata, helikopter dipandu dua juterbang warga tempatan turut dinaiki enam pekerja dikatakan dalam perjalanan untuk meninjau lokasi untuk menggali minyak dan gas.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Madang Usat berkata, helikopter dipandu dua juterbang warga tempatan turut dinaiki enam pekerja dikatakan dalam perjalanan untuk meninjau lokasi untuk menggali minyak dan gas.
"Semua mangsa berjaya diselamatkan sebuah kapal yang kebetulan berada tidak jauh dari lokasi itu.
"Setakat ini, mereka terdiri warganegara Perancis, Finland, Denmark, Kanada dan Norway dihantar ke Hospital Colombia di Miri.
"Semua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali juruterbang," katanya.
-Harian Metro
[Wow] - Berita Tempatan
Pelakon dan juga suami kepada aktres Rozita Che Wan (Che Ta), iaitu Zain Saidin, 29, berharap tidak ada lagi gosip yang mengaitkan isterinya itu dengan mana-mana lelaki selepas mereka diijabkabulkan, pada Rabu (malam tadi).
"Saya harap lepas ni tak wujud lagi lah gosip dia (Che Ta) atau skandal dengan mana-mana lelaki. Tapi kalau ada juga gosip yang mengaitkan nama dia apatahlagi kalau ianya sampai melibatkan maruah dan nama baik kami sekeluarga, tentunya saya sebagai ketua keluarga akan tampil membela dan mempertahankan dia", kata Zain Saidin ditemui pada majlis pernikahannya yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam.
Menurut Zain lagi, meskipun sedia maklum yang Che Ta sering saja dikaitkan dengan gosip dan kontroversi sebelum ini, namun dia tidak meletakkan apa-apa syarat kepada isterinya itu baik dari segi penampilan atau dalam soal kerjaya lakonan.
"Saya tak letak apa-apa syarat pada dia. Tapi sebagai suami saya akan tegur mana yang nampak tidak elok dan akan minta dia berubah perlahan-lahan.
"Kami akan meneruskan kerjaya masing-masing. Kalau ada tawaran berlakon sekali, kami tak ada masalah. Cuma saya ada cakap dengan Che Ta, sekarang sumber keewangan sudah ada dua, jadi dia tak perlu terlalu bekerja keras macam dulu. Che Ta suka bidang pengacaraan jadi dia boleh teruskan dan usahakan perniagaan butik dia", ujarnya.
Lantas Che Ta yang duduk di sebelah Zain spontan mencelah, "Saya tak kisah pun tak kerja sebab duit saya, duit saya. Duit dia (Zain), duit saya juga".
Sementara itu megulas mengenai dakwaan Che Ta digelar wanita yang mempunyai citarasa tinggi dalam segala hal, Zain mengakui sewaktu mula-mula hendak mengenali wanita berusia 40 tahun itu, tanggapan tersebut pernah muncul difikirannya. Namun anggapannya itu sama sekali meleset kerana Che Ta bukan seperti yang disangak ramai orang.
"Mula-mula dulu saya pun fikir macam tu. Ya, memang dia punya citarasa tinggi, tapi kalau dia nak sesuatu barang yang dia suka tu dia akan usaha sendiri. Dia tak membebankan saya.
"Bila dah lama-lama kenal dia, saya yakin yang dia bukan memandang pada kekayaan ataupun paras rupa. Itu hanya pandangan skeptikal orang terhadap dia. Sebab tu saya yakin untuk jadikan die isteri saya dan saya lamar dia", katanya.
Dalam pada itu pelakon Oh! My English ini juga meluahkan rasa terharu apabila kehadirannya diterima baik oleh kedua-dua anak lelaki Che Ta iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
"Saya memang rapat dengan mereka berdua. Saya kenal mereka pun masa tu Ammar tinggkatan dua dan Aniq darjah 6. Saya memang suka budak-budak. Jadi setiap kali jumpa mereka, saya akan cari kesukaan mereka macam Aniq suka bola, saya pun memang suka bola. Jadi kami berborak pasak bola. Kalau Ammar pula, dia suka tengok wayang, kami serig juga keluar tengok wayang sama-sama",
Zain dan Che Ta sah menjadi suami isteri dengan hanya sekali lafaz. Che Tah menerima mas kahwin sebanyak RM9,300 (simbolik kepada tarikh lahir Che Ta) dan sebentuk cincin perkahwinan yang dianggarkan bernilai RM93,000 berserta wang hantaran sebanyak RM23,200 (simbolik tarikh lahir Zain).
Ia merupakan perkawinan pertama bagi Zain dan perkahwinan kali kedua Che Ta. Aktres yang popular dengan drama Kiah Pekasam itu sebeum ini pernah berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia 18 dan 15 tahun.
Majlis resepsi kedua mempelai akan diadakan pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Shah Alam, jam 8.30 malam.
Dua hari selepas majlis persandingan Che Ta dan Zain akan bercuti selama 19 hari. Mereka memilih Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk mengabadikan saat bulan madu.
[Wow] - Kisah Artis
Foto-foto terakhir Paul Walker sebelum maut baru saja beredar. Foto itu memaparkan pelakon "Fast and Furious 7" tersebut ketika meninggalkan acara amal di Santa Clarita, California.
Dalam rangkaian foto itu, Paul kelihatan tersenyum di dalam kereta tanpa mengetahui nasibnya yang malang hanya beberapa waktu selepas. Ia duduk di kerusi penumpang kereta Porsche merah yang dipandu temannya, Roger Rodas.
Dalam rangkaian foto itu, Paul kelihatan tersenyum di dalam kereta tanpa mengetahui nasibnya yang malang hanya beberapa waktu selepas. Ia duduk di kerusi penumpang kereta Porsche merah yang dipandu temannya, Roger Rodas.
Dilaporkan hanya beberapa minit selepas gambar itu diambil, Paul mengalami kemalangan yang meragut nyawanya. Keretanya terlepas kawalan, melanggar dan langsung meletup.
Menurut hasil bedah siasat yang baru saja dikeluarkan, Paul dipastikan meninggal kerana perlanggaran dan letupan tersebut. Saat ini Universal Pictures tengah membincangkan tentang kesinambungan watak Paul dalam filem terbarunya, "Fast and Furious 7", yang masih menjalani proses penggambaran.
Sumber: wowkeren.com
Menurut hasil bedah siasat yang baru saja dikeluarkan, Paul dipastikan meninggal kerana perlanggaran dan letupan tersebut. Saat ini Universal Pictures tengah membincangkan tentang kesinambungan watak Paul dalam filem terbarunya, "Fast and Furious 7", yang masih menjalani proses penggambaran.
Sumber: wowkeren.com
[Wow] - Selebriti
Kopania membawa KFC ke Mahkamah Adelaide , dan meminta ganti rugi sebanyak 12 ribu dollar atas rasa sakit yang dideritanya dan untuk menutup kos perubatan yang harus dibayarnya .
Kopania berkata , dia membeli apa yang seharusnya burger ayam tanpa tulang dari sebuah restoran KFC di bandar itu pada bulan Julai 2010 . Namun , dia mengaku , giginya patah ketika menggigit burger itu .
Menurut Kopania , KFC melakukan kecuaian kerana gagal memastikan bahawa makanan selamat untuk dimakan .
Dia berkata , satu gigi geraham kirinya pecah dan perlu rawatan terus menerus kerana gigi yang rosak itu dipasangi kepala gigi .
Dalam pembelaannya , KFC mendakwa , semua rasa sakit atau penderitaan yang diakui dialami oleh Kopania , tidak berkaitan dengan insiden yang didakwa itu .
Kedua pihak akan melakukan perbincangan untuk mencapai penyelesaian sebelum sidang bermula bulan Februari 2014 .
Sumber: news.detik.com
Global
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Abdullah menafikan kes pembunuhan kejam melibatkan seorang wanita berlaku di Durin, Sibu seperti yang disebarkan oleh pengguna laman sosial Facebook semalam.
Orang ramai, khususnya penduduk Sibu diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh denga penyebaran khabar angin sebegini, malah perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa.
Pemilik akaun Facebook dinasihatkan supaya tidak meletakkan sebarang gambar yang boleh menggusarkan penduduk tempatan.
Isu Panas
Sebelum ini pernah heboh tentang hubungan percintaan bekas bintang realiti TV Akademi Fantasia musim keempat, Leez Rosli dengan vokalis kumpulan Drama Band, Aepul.
Dalam diam rupanya pasangan ini turut menyimpan hasrat untuk mengabadikan memori indah percintaan mereka dengan mengikat tali pertunangan pada tarikh 11.12.13.
Untuk pengetahuan anda, sejak malam tadi Leez dilihat aktif memuat naik beberapa keping foto sekitar majis pertunangannya yang diadakan secara kecil-kecilan di Gombak.
Walaupun hanya dihadiri oleh rakan terdekat dan keluarga kedua-dua belah pihak, namun Leez tetap tampil cantik dengan baju ala-ala busana nikah lengkap dengan jambangan bunga sambil duduk di atas mini pelamin.
Namun di sebalik kebahagiaan itu, Aepul sempat juga memohon maaf kepada mereka yang terasa hati akibat tidak diberitahu mengenai berita pertunangannya.
Apapun, tahniah diucapkan buat kedua-duanya dan jom tengok foto-foto pertunangan Aepul dan Leez yang semakin cantik di bawah. Kredit kepada OHBULAN.
Hiburan
Tarikh 11.21.13 (Rabu) menjadi hari yang paling indah buat pasangan
Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri selepas mereka disatukan menjadi
suami isteri yang sah.
Bertempat di Istana Negara Lama, Kuala Lumpur, majlis pernikahan itu
berlangsung dengan amat meriah. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri
oleh bapa Nina iaitu Datuk Seri Ismail Sabri dan disaksikan oleh
Penolong Pendaftar Nikah Istana Negara, Ustaz Nik Ridua.
Tahniah kepada pasangan ini dan semoga hubungan mereka sebagai suami isteri akan kekal hingga akhir hayat. Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri. Kredit kepada laman rotikaya yang berkongsi gambar-gambar berkenaan.
Tahniah kepada pasangan ini dan semoga hubungan mereka sebagai suami isteri akan kekal hingga akhir hayat. Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri. Kredit kepada laman rotikaya yang berkongsi gambar-gambar berkenaan.
Hiburan
Jurugambar yang berasal dari Rusia, Murad Osmann telah menarik
perhatian pengguna laman sosial dan pelayar Internet beberapa minggu ini
dengan foto-foto yang dimuat naik beliau.
Bukan gambar profesional yang menunjukkan orang mahupun tempat,
tetapi lebih kepada projek pintar beliau yang menggunakan media sosial,
Instagram sebagai medium.
Bertajuk “Follow Me” serta mempunyai prespektif unik, setiap gambar
adalah dari sudut pandangan Osmann dan menunjukkan bahagian belakang
badan teman wanitanya Nataly Zakharova sebagai orang yang membawanya
dengan tangan ke pelbagai lokasi di seluruh dunia.
Lokasi merangkumi beberapa tempat yang terkenal dan eksotik di dunia,
yang terdiri daripada Big Ben di London dan Istana ‘Sleeping Beauty’ di
Disneyland Hong Kong hingga ke air terjun di Bali.
Projek itu bermula semasa beliau bercuti di Barcelona pada tahun 2011.
Ia bermula apabila Zakharova mula marah kepada Osmann yang sentiasa sibuk mengambil gambar lalu menarik tangan Osmann.
Tetapi ia tidak menghalang Osmann daripada meneruskan minatnya itu.
Gambar-gambar yang ditangkap telah dijadikan sebagai satu projek yang
kini telah menjangkau lebih setahun serta dari pelbagai lokasi.
Mengenai imej, Osmann mengambil gambar menggunakan iPhone atau DSLR
beliau serta menambah pelbagai kesan kepada gambar menggunakan Camera+,
dan kemudian memuat naik menerusi akaun Instagram beliau.
Beliau yang menetap di Moscow kini telah ke pelbagai lokasi menarik di seluruh dunia bagi menjayakan projek beliau.
Osmann merupakan penerbit eksekutif sebuah syarikat filem, Hype Productions.
Saksikan gambar menarik yang dimuat naik oleh Osmann bersama tangan teman wanitanya.
Anda boleh melihat dengan lebih banyak lagi karya-karya kreatif Osmann menerusi akaun instagram beliau :http://instagram.com/ muradosmann/
Kini, akaun Instagram beliau telah diikuti hampir 500,000 pengguna laman sosial tersebut.
Foto Bah
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments