Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum memandangkan perhubungan yang dijalinkan itu masih lagi baharu.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, individu itu merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman iaitu lebih berilmu pengetahuan berbanding dirinya.
"Saya akan dedahkan siapa pasangan saya apabila perhubungan itu ke fasa seterusnya. Yang penting dia bujang dan saya tidak mencari orang yang berharta.
"Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dan berpengetahuan serba serbi lebih daripada saya," katanya kepada mStar Online.
Erra ditemui pada majlis pelancaran teater Takhta 3 Ratu di Bora Ombak di sini pada Rabu.
Pelakon Awie, Soo Wincci, Izreen Azminda, Beto Kushairy dan Datuk Rahim Razali turut hadir pada majlis tersebut.
Terdahulu Erra pernah berlahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abdin pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.
Sebelum itu pernah Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, mengenai Takhta 3 Ratu, ia merupakan projek teater yang menggabungkan tiga produksi iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd, Erra Fazira Entertainment dan Awie Entertainment.
Kata Erra, ia merupakan sebuah pementasan yang berat dan berkos di mana ia memerlukan beberapa penggabungan beberapa syarikat agar teater tersebut mendapat hasil yang berkualiti.
"Selepas diberi slot untuk menerbitkan sebuah pementasan teater di Istana Budaya, pengarahnya, Erma Fatima terus merancang untuk menghasilkan judul ini.
"Ia juga sebuah pelaburan yang berisiko tinggi kerana pemeñtasan berkonsepkan sejarah Melayu sukar untuk menarik perhatian masyarakat. Apatah lagi ia akan berlangsung pada Disember ini di mana ketika itu ibu bapa sibuk berjimat duit untuk persiapan sekolah anak.
"Tetapi saya percaya dengan gabungan pelakon yang mantap serta skrip yang bagus akan menarik perhatian orang ramai untuk hadir menyaksikan teater ini," ujarnya.
Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar) terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.
Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terduduk apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka.
Takhta 3 Ratu bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember 2014 di Istana Budaya.
Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com. Mstar
Hiburan
Guangzhou: Apabila seorang lelaki di wilayah Guangdong mengetahui isterinya menghabiskan dua bulan gajinya membeli-belah dalam talian sempena ‘Hari Single’ ( 11 November), dia merajuk dan enggan pulang ke rumah.
Dalam keadaan mabuk selepas minum arak, lelaki itu merayau mencari tempat tidur dan akhirnya menemui paip konkrit.
Dia turut menemui orang-orang yang dipeluknya sepanjang malam sebagai cara untuk mengurangkan kesejukan.
Keesokannya, seorang pekerja binaan yang melakukan tinjaun di kawasan itu, terkejut melihat lelaki itu begitu lena sambil memeluk orang-orang yang dipakaikan pakaian wanita.
Dia mengejutkan lelaki itu selepas merakam beberapa gambarnya sambil bertanya apa yang terjadi hingga menyebabkan dia tidur di situ.
Lelaki berkenaan berkata, dia kecewa apabila mengetahui isterinya menghabiskan wang sebanyak 10,000 yuan (RM5,452) untuk membeli-belah menerusi Internet.
Lelaki itu bekerja sebagai tukang masak dan memperoleh pendapatan RM2,453 sebulan dan selepas mengetahui gajinya habis, dia enggan pulang ke rumah.
Dengan tidak tahu apa yang hendak dilakukannya, dia membeli arak dan menjumpai orang-orang untuk dijadikan teman sepanjang malam itu.
Dia memberitahu pekerja binaan itu: “Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri saya.” - Agensi
Global
Ampang: Seorang penuntut kolej swasta maut manakala tiga pemandu kereta parah selepas kenderaan mereka dirempuh sebuah lori tanah di persimpangan Jalan Ampang-Hulu Langat menghala Jalan Taman Putra di sini, hari ini.
Kejadian jam 11 pagi itu berlaku selepas lori tanah berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika menuruni laluan curam dari Jalan Hulu Langat.
Jurucakap polis trafik berkata, lori itu kemudiannya merempuh penuntut berusia 20-an itu yang menunggang motosikal sebelum merempuh tiga lagi kereta yang berhenti di persimpangan berkenaan.
Menurutnya, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala kerana terperosok di bawah lori manakala tiga pemandu kereta yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan.
Katanya, pemeriksaan awal mendapati brek lori berkenaan tidak berfungsi menyebabkan pemandu gagal memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat. Hmetro
Isu Semasa
Beaufort: Beberapa kampung sekitar daerah ini mula banjir apabila air Sungai Padas mula melimpah ke kawasan rendah.
Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman, berkata paras air Sungai Padas mencatat paras sehingga 8.92 meter, pada kira-kira 10 malam tadi.
"Jika paras sungai mencecah 9.10 meter, penduduk akan segera dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Pusat kawalan operasi bencana alam daerah Beaufort juga sudah dibuka dan penduduk boleh menghubungi 087-211 146 untuk bantuan," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, antara kawasan dinaiki air, termasuk Kampung Bakalau dan kampung sekitarnya.
Pada Februari tahun ini, lebih 2,000 penduduk daripada 80 kampung dipindahkan berikutan hujan lebat berterusan sepanjang empat hari.
Banjir disifatkan terburuk di daerah itu menyebabkan 138 penduduk daripada 40 keluarga dari Kampung Batu 60 hingga Batu 63 berpindah ke atas bukit berhampiran. Hmetro
Isu Semasa
Geneva: Jam Henry Graves Supercomplication semalam dijual dalam bidaan dengan harga menakjubkan- £13.4 juta (RM71 juta).
Hasil rekaan Patek Philippe itu adalah jam tangan buatan tangan paling kompleks pernah dicipta dengan anggaran harga £10 juta (RM52 juta).
Pengumpul jam tangan mewah berebut-rebut membida untuk memiliki jam tangan berkenaan selepas tawaran awal sebanyak £5.85 juta dibuat.
Keadaan juga menjadi tegang apabila harga dibida meningkat kepada £11.7 juta (RM62 juta) sebelum akhirnya dijual pada harga RM71 juta-rekod dunia baru bagi Sotheby's diiringi tepukan gemuruh semua orang.
Jika termasuk dengan kos bidaan, pembelinya yang hanya dikenal pasti sebagai 'lelaki bertali leher merah' membayar keseluruhan £15.1 juta (RM80 juta).
Global
Seremban: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun parah dipercayai dicampak dari tingkat dua Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik Jaya, Senawang, dekat sini, semalam.
Difahamkan, mangsa yang juga kanak-kanak prasekolah di sekolah itu patah tangan kiri dan kaki kanan serta cedera pada tulang punggung sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, untuk rawatan.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa dikatakan naik ke tingkat dua untuk mencari ibunya yang juga guru di sekolah berkenaan.
"Namun, mangsa terserempak dengan seorang murid dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang agresif dan berbadan besar. Murid itu dipercayai bertindak mengangkat mangsa lalu mencampaknya ke bawah bangunan.
"Kejadian terbabit turut disedari beberapa murid lain yang kebetulan berada di tingkat sama. Bagaimanapun, tindakan itu tidak sempat dihalang menyebabkan mangsa parah dicampak," katanya ketika dihubungi, semalam. Hmetro
Isu Semasa
Johor Bahru: Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah maut dipanah petir ketika berada di pagar pintu masuk sekolah di Pasir Gudang itu, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa yang berusia 57 tahun difahamkan maut di tempat kejadian sejurus terkena panahan petir yang tepat pada tubuhnya ketika cuaca mendung dan kilat sabung-menyabung.
Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Sabah itu sedang membuka pintu pagar sekolah bagi memberi laluan kepada kereta seorang guru yang ingin pulang selepas tamat sesi persekolahan.
Bagaimanapun, katanya mangsa tiba-tiba rebah sebelum didapati meninggal dunia dipercayai akibat terkena panahan petir.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintendan Norazam Shaari yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Menurutnya, mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk tindakan lanjut. Hmetro
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments