Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


BRASILIA – Sepasang kekasih melakukan aksi lagak ngeri dengan berpaut dan bergayut pada sebuah tebing batu pada ketinggian 843 meter tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.
Leonardo Edson Pereira, 23, dan kekasihnya, Victoria Medeiros Nader, 18, melakukan aksi berani mati tersebut di kawasan pergunungan Pedra de Gavea, dekat bandar raya Rio de Janeiro.
Satu gambar itu memaparkan Nader yang memakai bikini berwarna merah jambu tergantung pada tebing itu sambil memaut tangan kekasihnya.
Dalam foto lain, Pereira pula dilihat berpaut pada tebing batu itu tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan dengan panorama indah sekitar Rio de Janeiro menjadi latar belakangnya.

“Saya tahu orang ramai menganggap tindakan ini bukan sahaja tidak munasabah tetapi membahayakan diri sendiri. Namun, lagak ngeri itu membuatkan saya berasa teruja.
“Tebing batu itu sememangnya tinggi namun, saya hanya menggunakan kekuatan tangan untuk berpaut. Apa yang penting, saya percaya kepada diri sendiri bahawa saya tidak akan terjatuh ke bawah,” kata Pereira.

Ini bukan kali pertama Pereira melakukan aksi merbahaya itu memandangkan dia pernah memanjat beberapa tebing tinggi lain di sekitar Rio de Janeiro. – Agens



PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira mendapat beberapa tawaran untuk menjadi duta kepada pakaian muslimah dan tudung sejak tampil dengan imej berhijab pada awal Jun lalu.


Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 41, bagaimanapun berkata, dia hanya akan mempertimbangkan tawaran menjadi jurucakap kepada produk yang sesuai dengan cita rasanya sahaja.

"Sejak bertudung ini memang ada yang tawarkan saya untuk jadi duta produk, maklumlah sekarang ini peniaga lagi banyak daripada pembeli. Tetapi bagi saya, kalau saya mahu memperagakan tudung atau baju mereka mestilah sesuai dengan cita rasa dan fesyen saya sendiri.

"Saya tidak mahu menggayakannya dengan keadaan terpaksa jika saya tidak gemar tentang rekaan itu," ujarnya kepada mStar Online.



Sementara itu, Erra berkata, dia juga belum mempunyai perancangan untuk membuka label tudungnya sendiri seperti yang dilakukan kebanyakan artis bertudung lain.

Katanya, buat masa ini dia masih meneruskan perniagaan tudung yang diambil daripada peniagaan lain.

"Saya buka bisnes tudung sudah lama beberapa tahun lepas lagi, tetapi perniagaan itu diusahakan oleh kawan baik saya dan saya hanya beri modal sahaja.

"Kami ambil daripada peniaga lain yang dirasakan cantik dan jual semula. Saya belum lagi terfikir untuk buat tudung dengan jenama saya sendiri. Saya tidak mahu bisnes kerana terikut-ikut trend semasa," ujarnya.

Dalam pada itu, Erra berkata, dia ada beberapa kali dipanggil untuk terlibat dalam program-program motivasi untuk berceramah dan berkongsi pengalaman kepada orang ramai.

Katanya, ia bercakap tentang apa yang dilaluinya dalam keraya seni sehingga mengambil keputusan untuk berhijab.

"Saya bercakap tentang diri saya dan pengalaman yang saya lalui hingga saya berhijap sahaja, saya tidak bercakap tentang agama atau luar bidang pengetahuan saya.

"Alhamdulilah ada juga beberapa kali hadiri undangan motivasi dan semoga perkongsian saya itu dapat memberi inspirasi kepada mereka," ujarnya.

Mstar Online


PETALING JAYA: Penyanyi Salwa Razak memberitahu tidak berniat mencari publisiti murahan dengan memuat naik fotonya menggayakan baju pengantin sambil menunjukan cincin di laman sosial baru-baru ini.

Salwa, 30, berkata, dia juga tidak bermaksud untuk mempermainkan orang ramai dan pengikut di Instagram seolah-olah sudah selesai acara akad nikah apabila meletakkan kapsyen "Alhamdulillah Selesai Akhirnya..." di gambar tersebut.



"Saya tidak bertujuan mencari publisiti murahan kerana sudah tiada cerita, tetapi saya buat perkara ini kerana saya sedang menjalani penggambaran drama terbaharu berjudulSinggahsana Cinta dan ia hanya untuk promosi drama tersebut sahaja.

"Ramai juga yang bertanya dan mengucapkan tahniah tetapi saya tidak membalasnya dan biarkan ia menjadi tanda tanya, biar mereka tahu sendiri nanti," ujarnya kepada mStar Online.


Salwa berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang mengganggap tindakannya memuat naik gambar berpakaian pengantin adalah cuba mempermainkan orang ramai tentang dirinya.

Sementara itu, Salwa berkata, dia tidak menyangka perkara tersebut mendapat perhatian pengikut di laman sosial hingga mendapat lebih 700 like dan komen ucapan tahniah daripada peminat.

"Orang tahu tentang khabar angin yang tidak baik tentang diri saya dan mungkin mereka gembira bila sangka saya benar-benar berkahwin," ujarnya.

Bagaimanapun dia kini masih belum mempunyai teman lelaki untuk ke memasuki ke alam perkahwinan.

Tambah Salwa, khabar angin tentang dibela lelaki kaya kerana kehidupan mewah membuatkan ramai lelaki takut untuk mendekatinya.

"Ada juga beberapa lelaki yang mahu dekat dengan saya yang bertanya tentang sejauh mana kebenaran cerita-cerita itu, saya beritahu kepada mereka bahawa terpulang sama ada untuk percaya atau tidak.

"Selalunya bila sudah benar-benar rapat barulah mereka tahu tentang diri saya," ujarnya.

-Mstar Online

HILANG pertimbangan dan kewarasan selepas mengambil minuman keras, seorang ibu tegar mengunyah kulit kepala anak perempuannya sendiri yang baru berusia 2 tahun.
Kejadian yang berlaku di Gopalpur, Bengal Barat, India itu bagaimanapun berjaya dihentikan setelah bapa saudara kepada mangsa, Dablu terdengar jeritannya.
Dia yang juga saksi kejadian terkejut ketika mendapati si ibu, Parmila, 40, sedang memotong kulit kepala anak perempuannya, Bharati, sebelum menjamah.

Dablu kemudiannya terus merampas budak malang tersebut sebelum mengejarnya ke hospital tempatan dan dirawat di unit rawatan rapi kerana kecederaan parah.
“Saya berlari ketika terdengar jeritan namun saya terkejut dengan apa yang dilihat.
“Bharati dalam keadaan berdarah teruk sementara Parmila sedang memakan daging yang baru disiat dari kepala anaknya. Saya terus menarik Bharati dan membawanya ke Kolej Perubatan Malda dan hospital.”
Selepas isu tersebut menjadi perbualan penduduk sekitar, mereka sepakat berhimpun di rumah Parmila sebelum bertindak mengikat dan memukulnya.
Ibu beranak tiga yang bergelut dengan masalah ketagihan alkohol itu akhirnya mengakui kesalahan tersebut namun tidak dapat menerangkan sebab dia bertindak demikian.
Kakak iparnya kemudian menghubungi polis kerana Parmila dipukul sebelum pihak polis datang dan menyuraikan orang ramai.