Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Seperti yang dilaporkan oleh Stomp, Rabu (13/8/2014), Sekumpulan wanita sedang bergambar di tempat kerjanya. Kemudian mereka tersedar ada lembaga lain yang terakam kamera telefon bimbit.

Wajah perempuan misteri yang muncul dalam gambar itu menjadi perbincangan para pengguna internet dan ia didakwa sebagai gambar menyeramkan yang pernah ada oleh forum online.

Sehingga kini masih belum diketahui di mana foto menyeramkan tersebut dirakam


Artis Mexico, Thalia bergambar dengan dua tulang rusuknya yang disimpan di dalam sebuah balang. Bintang yang terkenal dengan telenovela Maria Mercedes dan Marimar ini membuang tulang rusuknya agar kelihatan lebih ramping. 



Artis yang nama penuhnya Ariadna Thalia Sodi Miranda ini telah menjadi bintang iklan dan juga telah mengeluarkan produk fesyen miliknya sendiri.

Sebuah foto hirisan timun menghebohkan netter Jepun baru-baru ini kerana timun tersebut kelihatan bercahaya di dalam gelap (glow in the dark).

 Foto tersebut telah dimuat naik oleh seseorang di sebuah forum internet dengan tajuk "acar timun yang dibuat ibuku menyala dalam gelap"

Ratusan netter kemudian mulai membicarakan dan berdiskusi mengenai penyebab timun itu menyala. Mulai dari kemungkinan radiasi hingga sekadar kesan lampu dibicarakan oleh netter.
 
 
 
Sehari selepas gambar itu dimuat naik, pemilik foto itu memberitahu cahaya yang terpancar di timunnya mulai malap. Dia juga telah menghubungi beberapa pusat penyelidikan dan mengunjungi perkhidmatan kesihatan awam untuk menganalisa timun itu. Namun mereka hanya melakukan kajian sederhana tanpa memeriksa kandungan kimia atau ujian mikrob.

Hasil kajian itu tetap tidak mengungkap penyebab timun itu boleh menyala dalam gelap. Sementara laman Rocketnews24 menduga penyebabnya adalah kandungan air masin di dalam timun kerana ion sodium juga boleh menjadi konduktor elektrik. 



HOUSTON - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa di mahkamah di negeri Texas kelmarin kerana membunuh ibu bapanya dengan sepucuk raifal pada Isnin lalu, lapor portal MailOnline kelmarin.

Remaja itu yang tidak didedahkan identitinya hadir di mahkamah di Frisco dengan memakai baju penjara berwarna oren dan kedua-dua tangan serta kakinya digari.
Suspek berdepan tuduhan membunuh bapanya, Ryan Callens, 48, dan ibunya, Maria Elena, 49, di kediaman mereka pada pagi Isnin lalu.

Menurut laporan akhbar The Dallas Morning News, remaja itu dipercayai membunuh ibu bapanya selepas tertekan kerana terlalu dikongkong oleh keluarganya.
Pegawai polis yang memasuki rumah keluarga itu menemui mayat kedua-dua mangsa terbaring di dalam rumah dengan kesan tembakan di kepala dan tangan.

Turut ditemui selaras raifal yang digunakan untuk membunuh kedua-dua mangsa.
Menurut jirannya, kehidupan remaja itu dikongkong oleh keluarganya sehinggakan dia tidak dibenarkan meminum minuman soda, tidak dibenarkan melayari internet dan menonton filem ganas.
- Agensi



BALI - Mayat seorang pelancong wanita warga Amerika Syarikat (AS) dijumpai di dalam sebuah bagasi yang diletakkan di dalam sebuah teksi di hadapan sebuah hotel eksklusif di Bali, kata polis semalam.

Mayat, Sheila von Wiese Mack, 62, dijumpai dalam keadaan separuh bogel dengan kesan kecederaan di kepala.

Seorang pegawai polis, Djoko Hari Utomo berkata, mangsa tinggal di Hotel St. Regis bersama anak perempuannya, Heather, 19, dan teman lelaki gadis berkenaan, Tommy Schaefer, 21, sejak beberapa hari lalu.

Katanya, rakaman kamera keselamatan mendapati mangsa bertengkar dengan Schaefer di lobi hotel pada malam sebelum mayat wanita itu dijumpai.

"Keesokan harinya pasangan berkenaan mendaftar keluar daripada hotel dan memasukkan beberapa beg pakaian termasuk yang mengandungi mayat mangsa di dalam sebuah teksi.
"Mayat mangsa ditemui selepas pasangan berkenaan tidak muncul untuk menaiki teksi tersebut," katanya.
Menurutnya, pasangan kekasih itu ditangkap di kawasan hotel dan mereka kini disoal siasat kerana disyaki terlibat membunuh mangsa. - AFP

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Seorang wanita cedera dan lebam di badan selepas diserang kakak iparnya di kediaman keluarga mereka di Cheras di sini, kelmarin, selepas dituduh mencuri kunci motosikal.
Dalam kejadian jam 11.00 malam itu, mangsa berusia 46 tahun yang baru pulang dari tempat kerja dihampiri kakak iparnya berusia 50-an yang bertanyakan kunci motosikal miliknya.

Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun memberitahu dia tidak tahu menahu mengenai kunci motosikal itu, namun kakak ipar tetap menuduhnya menyembunyikan kunci itu.
“Mangsa bagaimanapun enggan melayan kakak iparnya itu sebelum masuk ke dalam bilik. Namun suspek yang tidak berpuas hati bertindak menendang pintu sehingga pecah.

“Akibatnya berlaku pertengkaran antara mereka selama beberapa minit sebelum bertukar menjadi ganas apabila suspek terus menyerang dan memukul mangsa dengan kayu,” katanya.

Sumber berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa cedera dan lebam di badan selepas dibelasah suspek.
“Bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan di Balai Polis Cheras di sini,” katanya.

Louisville (Amerika Syarikat): Sekali pandang, mereka keluarga normal dengan dua anak.
Itu yang dilihat oleh orang ramai mengenai Bianca, Nick dan dua anak mereka.
Bagaimanapun, Bianca, 32, sebenarnya dilahirkan lelaki sementara Nick, 27, dilahirkan perempuan.

Bianca menjalani pembesaran payudara dan rawatan laser untuk membuang bulu roma sementara Nick mengambil testosterone untuk mengubah penampilannya serta membuang payu daranya, lapor akhbar Metro UK, semalam.



Mereka mendakwa menjalani kehidupan biasa sehingga Nick hamil. Kehidupannya berubah mendadak dan terpaksa berdepan dengan masalah setiap hari apabila perutnya yang semakin membesar mula menarik perhatian orang ramai.
Dia mengaku benci terhadap perubahan bentuk badannya.

Dia memilih melahirkan kandungannya menerusi pembedahan sementara Bianca lega kerana tidak perlu melalui pengalaman itu.

Kini, pasangan itu tidak segan untuk bercakap mengenai kisah mereka dalam usaha untuk menimbulkan kesedaran.

Bagaimanapun, anak mereka yang kini berusia tiga dan satu tahun, masih terlalu muda untuk memahaminya.

Namun, mereka yakin kanak-kanak itu akan dapat memahami dan menerima kenyataan mengenai keadaan sebenar ibu bapa mereka kemudian hari kerana dibesarkan dengan kasih sayang, sokongan keselamatan dan didikan normal.

Bianca dan Nick berharap untuk menjalani pembedahan jantina tetapi buat masa ini masih belum mampu kerana mahu memberi tumpuan terhadap anak mereka. - Agensi



London: Penyanyi terkenal Rihanna yang baru-baru ini diketahui amat meminati bola sepak dilapor melancarkan usaha untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Pada musim Piala Dunia di Brazil lalu, ratu pop itu lantang menyuarakan komen mengenai setiap perlawanan menerusi Twitter. 

Dan ekoran laporan dia berminat untuk melabur dalam sebuah kelab bola sepak Inggeris, akhbar Sepanyol, El Mundo Deportivo melaporkan, Liverpool menjadi pilihannya.
Menurut akhbar itu, Rihanna dinasihat oleh rakan rapatnya yang juga penyerang Chelsea, Didier Drogba supaya membuat tawaran untuk menguasai kelab Anfield itu.
Liverpool ketika ini dimiliki oleh John W. Henry’s Fenway Sports Group dan mereka tidak mungkin menjualnya.
Rihanna juga dikatakan berminat memulakan akademi bola sepaknya sendiri di Barbados. - Agensi

Fattah Amin berjanji untuk berusaha memperbaiki mutu lakonannya. Gambar ihsan: Pinography Official


KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Fattah Amin tidak pernah berkecil hati dengan kritikan umum yang mengatakan lakonan-lakonannya masih lagi kaku.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 24, berkata, dia mengambil kritikan itu sebagai pembina semangat untuknya terus mengasah bakat menjadi pelakon yang lebih baik.

"Saya sedar dengan kritikan orang ramai mengatakan lakonan saya macam 'kayu'.

"Tetapi jujurnya saya tidak pernah berkecil hati kerana saya masih baru dalam industri lakonan dan apa yang dikritik adalah satu teguran agar lakonan saya bertambah baik," katanya yang mula popular menerusi drama Playboy Itu Suami Aku.

Fattah ditemui pada majlis pelancaran telenovela Cinta Ibadah di Hotel Best Western Premier Dua Sentral di sini pada Rabu.
Baru-baru ini Fattah menerima kritikan di laman-laman sosial  yang mengatakan dia tidak layak menjadi pelakon kerana lakonannya kaku selepas kemunculannya menerusi  drama Playboy Itu Suami Aku di TV3  yang mengakhiri siarannya pada Disember tahun lalu mendapat perhatian ramai.
Fattah juga pernah terlibat menerusi drama Cinta Dari Marikh (RTM) dan Kerana Sarah (TV3).

Sementara itu tambah Fattah, selepas mendapat kritikan itu, dia mula mempelajari pelbagai teknik-teknik lakonan menerusi pelbagai filem yang ditonton selain mendapat khidmat nasihat daripada pelakon-pelakon senior dan pengarah.

Mengenai telenovela Cinta Ibadah, Fattah bergandingan dengan pelakon baharu iaitu Aishah Ilias sebagai pasangan suami-isteri.

Katanya, sepanjang dua tahun bergelar pelakon, telenovela ini antara yang mencabar lakonannya kerana ia mengambil tempoh penggambaran yang lama.

"Bayangkan, Cinta Ibadah akan ditayang sebanyak 130 episod dan ia akan dipanjangkan lagi sehingga 300 episod jika mendapat respons yang baik.

"Ini juga peluang untuk saya membuktikan kepada penonton bahawa lakonan saya tidaklah kaku seperti dahulu.

"Mungkin belum pada tahap yang bagus, sekurang-kurangnya saya dapat memperbaiki lakonan saya sedikit demi sedikit," ujarnya.
 
Selain Fattah dan Aishah, pelakon Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Nor Albaniah, Shahronizam dan Ziema Zin turut membintangi telenovela tersebut.
Ia mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri iaitu Siti (Aishah) dan Hafiz (Fattah) yang mula goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah. Siti mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakit yanh dihidapinya daripada pengetahuan Hafiz.

Cinta Ibadah arahan Ayie Mustafa dan Sridar Jetty bakal disiarkan bermula 8 September depan, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5 petang menerusi saluran Astro Prima (105).


SEORANG ibu diusir keluar dari sebuah restoran pizza kerana menukar lampin kotor anak perempuannya di meja makan.

Miranda Sowers dan tiga anaknya diusir keluar dari Brother's Pizza Express di Spring, Texas, selepas dia bertindak menukar lampin anak perempuannya yang berusia empat bulan di meja makan.

Ketika kejadian, Sowers sedang menjamu selera bersama anak-anaknya di restoran berkenaan.

Bercakap kepada stesen berita Texas, KHOU, dia pada awalnya membawa anaknya ke tandas di restoran berkenaan tetapi mendapati ia tiada ruang penukaran lampin.

"Saya mempunyai pelapik saya sendiri, dia (anak) kecil, muat di atas kerusi. Jadi, saya cepat baringkan dia dan menukarkan lampin secara diam-diam," katanya.
Pengurus restoran, Donny Lala berkata, pekerjanya membuat keputusan tepat mengusir wanita itu.

"Sebaik sahaja anda membuka lampin itu, pelanggan-pelanggan mula mengadu mengenai bau busuk. Pelanggan muntah (kerana bau busuk) adalah perkara terakhir yang saya mahu dengar," katanya kepada Sowers.

Sowers bagaimanapun tidak membiarkan insiden diusir dari restoran tersebut begitu sahaja, sebaliknya dia memfailkan aduan dengan Biro Perniagaan Lebih Baik. - mirror.co.uk


KUALA LUMPUR: Penyanyi rap Joe Flizzow kecewa kerana dicemuh gara-gara kecuaiannya bergambar dengan dua indivdiu yang memakai baju T bertulisan lucah.
Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, berkata, kejadian itu berlaku di sebuah majlis apabila dia pada mulanya di datangi seorang pereka fesyen yang memintanya memakai  baju bertulisan ‘Jantan’ kononnya bagi tujuan promosi.

Jelas Joe, tidak lama kemudian mucul dua individu di sebelah kiri dan kanannya  untuk bergambar sebelum dia menyedari kedua-dua mereka memakai baju bertulisan lucah berkaitan alat sulit lelaki.



"Saya hadir sebuah acara fesyen dan seorang pereka fesyen memberi sehelai baju T dengan tulisan "Jantan" untuk tujuan promosi, saya rasa ia cool dan cantik.

"Apabila saya pakai ada dua orang individu lain yang pakai baju T dengan label yang sama ingin bergambar. Selepas bergambar baru saya sedar tulisan pada baju mereka agak lucah.

"Saya sudah memberi amaran kepada mereka agar tidak memuat naik gambar tersebut bagi mengelakkan kontroversi," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Rabu.
Joe berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya dengan dua orang individu dengan baju T bertulisan lucah tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Joe berkata, dia juga kesal apabila segelintir pihak menuduh baju tersebut merupakan produk yang dikeluarkan olehnya.

Malah, ada yang mengancam untuk memboikot album dan perniagaannya kerana dianggap tidak sensitif.

"Selepas gambar tersebut tersebar saya dapat banyak respons negatif terutamanya pengguna laman sosial.

"Ramai yang menuduh baju tersebut merupakan baju yang saya jual. Sebenarnya saya hanya ada baju bertulisan Havoc sahaja.

"Mereka juga mengugut untuk memboikot kedai saya, namun Alhamdulillah sehingga kini perniagaan saya tidak terjejas," ujarnya.

Dalam pada itu, Joe mengakui tertekan dengan kejadian itu sehingga terfikir untuk meninggalkan negara buat beberapa minggu.

Katanya, perkara tersebut telah mencalarkan nama baik dan reputasinya yang selama ini bersih.

"Saya sudah minta maaf kepada semua secara terbuka di laman Twitter tentang gambar tersebut.

"Pada awalnya saya agak tertekan hingga terfikir untuk ‘lari’ sekejap, namun ibu saya menghalang dan meminta saya bersabar," ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang single terbaharunya Apa Khabar featuring SonaOne, Joe mengakui ia merupakan luahan rasa rindu terhadap bekas ahli kumpulannya Too Phat iaitu Malique.
Tambahnya lagu itu menerangkan tentang persahabatan mereka yang masih utuh biarpun mereka sudah tidak lagi bersama.

"Ini merupakan lagu tentang persahabatan yang mana saya ingin memberitahu kepada peminat bahawa kami masih lagi baik seperti dahulu.

"Kami tidak pernah bergaduh atau berselisihan faham selepas membawa haluan masing-masing," ujarnya.

Joe memberitahu dia masih berhubung dengan penyanyi tersebut bagi meminta pendapat dan rujukan mengenai sesebuah lagu yang dihasilkan.


Ketika Nisha Dirr mula melangkah dalam bidang lakonan 10 tahun lalu, dia membawa bersama pesanan ibunya agar menjaga perilaku dan usah sekali-kali menconteng arang ke muka keluarga.

Biarpun ketika itu usianya baru 19 tahun, dia sudah nekad menjadikan pesanan itu sebagai azimat demi memburu cita-cita dalam dunia yang mencabar. 

Pemilik nama sebenar Nik Shahri’ah Nik Dir ini bersyukur kerana sejak menjadi pelakon dia belum pernah menjadi mangsa gosip liar dan diburu kontroversi.
Rezeki juga sentiasa berpihak kepadanya kerana saban minggu ada saja tawaran yang menjemput dan terbaru bakal menjalani penggambaran drama episod berjudul Waris Kasih bagi slot Azalea di TV3.  

“Pesanan ibu dulu akan saya ingat sampai bila-bila. Berkat doa serta keizinan ibu yang membenarkan saya berlakon juga saya masih di sini biarpun ramai bakat-bakat baru muncul setiap hari. Tiada rasa cemburu atau iri hati kerana saya sendiri masih belajar dan berkongsi rezeki yang Allah SWT sediakan. 

“Watak lakonan yang diberikan pengarah pun semakin mencabar kewibawaan seperti dalam Waris Kasih. Peranan saya sebagai Yati sangat berat dan sarat dengan emosi. Waris Kasih menceritakan penderitaan kami lima beradik yang sangat susah sehinggalah Yati berkahwin dia terus mewarisi kedaifan keluarganya kerana bersuamikan penagih dadah dan penganggur. HM


Putrajaya: Empat lelaki maut selepas kereta Proton Waja dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah lori pasir dalam kemalangan di Kilometer 29.5Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 5.16 pagi itu, empat mangsa terbabit, N Gopi, 28; N Murugan, 41; S Kalaiselvan, 41 dan Mazuan Malik, 42, dalam perjalanan dari Seremban ke Shah Alam. 
Bagaimanapun, kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh belakang lori pasir berhenti di lorong kecemasan.
Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, semua mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.  
“Semua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.


Port Dickson: Seorang tukang cuci wanita ditemui mati oleh suaminya dalam tandas asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang di sini, selepas diserang sakit jantung ketika bekerja, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku jam 10.30 pagi dan mangsa, Rosnani Mat Yusof, 41, sudah bekerja di sekolah itu sejak empat tahun lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa ada meluahkan keinginan mahu bekerja bersama suami yang juga tukang cuci di sekolah sama.

Sumber berkata, pasangan itu mempunyai sembilan anak dan sering melakukan pelbagai kerja lain selepas waktu kerja di sekolah.
“Kebiasaannya Rosnani dan suami bertugas di kawasan berlainan dalam sekolah tetapi sejak beberapa hari lalu, dia menyatakan mahu bekerja di lokasi sama dengan suaminya. HM