Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Shaanxi: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menghabiskan sepanjang usianya diikat untuk menghalangnya melarikan diri selepas dia mengalami kecacatan otak sejak berusia lapan bulan.
Menurut laporan media tempatan, si bapa, Yang berkata, anaknya Xiaoyu mengalami demam panas ketika kanak-kanak.
Keadaannya selepas itu bertambah teruk.
Tetapi kerana miskin, Yang dan isterinya hanya merawat Xiaoyu di rumah. Ketika berusia setahun, kanak-kanak itu jatuh katil ketika mengalami sawan. Sejak itu, dia tidak boleh berkomunikasi.
Demi keselamatan Xiaoyu, Yang mengikat anaknya pada tingkap dapur.
Apabila keluar bekerja, dia akan mengikat kanak-kanak itu pada pokok di luar rumah dengan tali sepanjang semeter.
Setiap kali dihampiri jirannya, Xiaoyu hanya akan mengangkat kepalanya untuk melihat sebelum kembali menggumam bersendirian.
“Dia akan melarikan diri jika saya tidak mengikatnya. Saya tidak ada pilihan lain untuk menangani masalah ini,” kata Yang.
Global
Beijing – Seorang bilionair China dikhabarkan sanggup membayar £5 juta (RM28 juta) untuk membeli khidmat eksklusif bintang porno popular Jepun, Rola Misaki bagi tempoh 15 tahun akan datang.
Perbuatan tak ubah seperti filem popular 1990-an Pretty Woman ahli perniagaan misteri itu hadir bersama Rola, 22, dengan memakai topeng pada satu acara di Beijing, baru-baru ini.
Rola yang berdarah campuran Jepun dan Russia juga dipercayai mendapat kontrak lakonan dengan ‘Abang Serius’ selama 15 tahun bagi memperkembangkan kerjaya lakonannya selain menjadi pembantu peribadi.
Namun, keintiman ditunjukkan pasangan itu pada acara berkenaan membuatkan ramai menganggarkan kontrak terbabit merangkumi ‘klausa keintiman’.
Mengikut spekulasi media, dia dipercayai taikun bergelar ‘Abang Serius’ yang terkenal dalam industri hiburan sebagai bilionair yang tidak kisah berbelanja.
Rola yang mula mendapat perhatian melalui video di YouTube tidak begitu popular di negara asal namun, mempunyai ramai peminat di China dengan lebih 4.8 juta pengikut di Weibo.
Dia juga mendapat gelaran seperti ‘Dewi Lelaki Nombor 1.’
Pembelian khidmatnya itu tidak diterima baik peminatnya malah, seorang berkata, di Weibo:“Dia antara yang terbaik. Tak percaya dia kini dimiliki lelaki itu.” – Agensi/myMetro Online
Global
LUMRAH bagi mereka yang suka mendaki gunung, sebaik tiba ke puncak sudah tentu perkara yang paling teruja dilakukan adalah bergambar bersama rakan-rakan dan selfie.
Namun malang tak berbau buat Eri Yunanti, 21, dia terjatuh ke dalam kawah Merapi sedalam 200 meter ketika selfie di puncak gunung terbabit, Sabtu lalu.
Mahasiswa Universiti Atma Jaya Yogjakarta itu dilaporkan mendaki bersama lima rakan lain pada malam Jumaat sebelum tiba di puncak sekitar jam 11 pagi, Sabtu.
Ketika bergambar di Puncak Garuda yang terletak di tepi Kawah Merapi, Eri dikatakan tergelincir dan terus hilang dari pandangan.
Hingga kini pasukan mencari dan menyelamat diberitakan masih mencari mangsa.
Misi SAR agak sukar disebabkan keadaan cuaca yang kurang elok, manakala kawah mengeluarkan gas beracun hingga alat bantuan pernafasan terpaksa digunakan.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments