Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Washington: Orang yang memiliki kereta, televisyen dan komputer di rumah tetapi tinggal di negara berpendapatan rendah mempunyai kemungkinan lebih besar untuk menjadi gemuk berbanding mereka yang tidak memiliki kemudahan berkenaan, kata penyelidik.

Makan lebih banyak, duduk tanpa melakukan senaman dan selalu memandu adalah punca mengapa mereka ini menambah berat badan dan menyebabkan terdedah kepada risiko kencing manis, kata penyelidik.

Hasil kajian

Hasil kajian dalam Jurnal Perubatan Kanada itu menyatakan rakyat di negara yang meniru gaya hidup Barat perlu berhati-hati bagi mengelak bahaya kesihatan.

“Dengan meningkatnya kemudahan di zaman moden ini seperti televisyen, kereta dan komputer, kadar obesiti dan kencing manis juga semakin meningkat di negara berpendapatan rendah dan sederhana sama seperti di negara berpendapatan tinggi,” kata penulis Scott Lear dari Universiti Simon Fraser.

“Ini boleh membawa kepada potensi masalah kesihatan yang besar di negara ini.” AFP


AYER KEROH - Padah merakam adegan anak perempuannya sedang mandi, seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memiliki rakaman video lucah.

Hukuman itu diputuskan Majistret Syajaratudur Abd Rahman terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun selepas mengangguk faham dan mengaku bersalah pertuduhan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memiliki sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericson W5801 yang mengandungi rakaman video lucah di sebuah rumah di Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar kira-kira jam 2.30 pagi pada 24 Januari lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, isteri tertuduh mengambil telefon bimbit milik tertuduh daripada anak lelaki mereka berusia empat tahun, kemudian mendapati terdapat rakaman video anak perempuan mereka berusia 12 tahun sedang berkemban sambil menggosok gigi untuk mandi.

Sebelum ini, isterinya juga pernah melihat rakaman anak perempuan mereka itu sedang tidur tetapi dipadam tertuduh, bimbang perkara lebih buruk berlaku wanita berkenaan membuat laporan polis.

Peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh ketika rayuan memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya yang telah insaf.

“Tertuduh hanya bekerja kilang dengan pendapatan kurang RM1,000 dan perlu menanggung anak serta ibu bapa, saya memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman rendah terhadapnya,” katanya.

Bagaimanapun, Nabilah meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran selain mengambil kira faktor tindakan tidak bermoral dilakukan tertuduh terhadap anak sendiri.

Selepas mendengar rayuan dan hujah pihak pembelaan dan pendakwaan, Syajaratudur kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam hari dari tarikh ditangkap pada 5 Februari lalu dan denda RM1,400 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.

Sumber: Sinar Harian

Sebahagian pengunjung zoo menyaksikan seorang petugas saat hendak melapah seekor zirafah di Zoo Copenhagen, Denmark, ahad (9/2). Petugas Zoo Copenhagen tega menembak kepala dan kemudian melapah seekor zirafah jantan yang bernama Marius berusia 2 tahun dengan alasan mengelakkan perhubungan sedarah dan pembiakan genetik.

Marius sebelum dibunuh oleh pengelola Zoo Copenhagen. Menurut catatan, sekitar 20-30 haiwan seperti kambing, dan babi hutan di Zoo Copenhagen mengalami nasib yang sama.

Tindakan kejam pengelola Zoo Copenhagen ini menuai banyak protes dari puluhan ribu pencinta haiwan.







Seramai ribuan orang mengadakan lumba lari unik iaitu Cupid 's Undie Run di Washington pada 9/2/14. Lumba ini telah dilakukan untuk ketiga kalinya , dan diadakan setiap seminggu sebelum perayaan valentine .
Menurut jawatankuasa perlumbaan lari unik ini , lumba ini diadakan untuk acara amal mengumpul dana untuk yayasan tumor kanak-kanak. Pusat perlumbaan diadakan di Washington DC . Beratus-ratus orang ini sebelum memulakan larian akan berkumpul di Bar & Grill Stoney , 1111 Lincoln St . Mereka berpesta minum bir sebelum berlari , ini adalah untuk menjaga stamina mereka kerana cuaca saat itu -12 darjah celsius . Mereka harus berlari hanya mengenakan seluar dalam dan BRA untuk wanita .

Panitia mendakwa telah mengumpulkan USD $ 60,000. Dana ini semuanya akan disumbangkan untuk yayasan tumor kanak-kanak dan kajian tentang tumor . Dalam laman webnya, The Children 's Tumor Foundation adalah yayasan yang berdedikasi untuk rawatan dan kajian Neurofibromatosis ( NF ) .

NF adalah kelainan genetik yang menyebabkan tumbuhnya tumor pada saraf di seluruh badan , ini boleh menyebabkan kebutaan , tuli , ketidakmampuan belajar dan rasa sakit kronik yang teruk . Saat ini , tidak ada ubat untuk NF







Georgetown: Mereka digelar sebagai ‘awek rojak’ dan boleh ditiduri bila-bila masa asalkan ada lelaki hidung belang yang sanggup mengeluarkan wang untuk menampung kos sara hidup bulanan mereka.

Tanpa memilih bangsa, golongan awek ini dikesan menggunakan kecantikan dimiliki untuk mengikis wang lelaki hidung belang yang dahagakan belaian manja mereka.

Bagi mereka, hilang perawan bukan satu masalah besar asalkan mendapat imbuhan dengan menggadai ‘mahkota’ kepada lelaki.

Tanpa mengira status si lelaki, golongan ini akan mengikis habis-habisan wang mangsa mereka dan sering bertukar pasangan dengan tujuan mendapatkan wang secara mudah.


Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita warga asing yang bekerja di kilang dan akan mencari mangsa dengan menabur cinta sebelum mengikis pasangan mereka.


BRAZIL – Sepasukan doktor menemui sesuatu yang mengejutkan dalam perut seorang wanita berusia 84 tahun. Ia adalah janinnya yang berusia 20 hingga 28 minggu, yang berada di dalam perutnya selama 44 tahun.

Patutlah wanita itu sering mengadu sakit perut dan pening.
Menurut wanita itu, dia pernah dimaklumkan oleh doktor , ketika 44 tahun lalu bahawa dia mengandung.

Satu malam, selepas mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian perut, dia menemui bidan kampung yang kemudiannya memberikan ubat kepadanya.

Sebaik makan ubat itu, perutnya kembali pulih namun sejak itu perutnya tidak membesar lagi.
Berdasarkan keadaan itu, wanita itu menyangka dia telah keguguran dan tidak mengetahui bahawa janin itu masih berada dalam badannya .

“Ujian ultrasound gagal melihat janin itu. Hanya melalui x-ray kami dapat melihat muka, tulang, tangan, kaki dan tulang belakang janin itu,’’ pakar sakit puan, Dr. Saraiva Kratka.

Menurut Dr. Saraiva, wanita itu tidak berhasrat mengeluarkan janin berkenaan biarpun doktor menasihatinya kerana bimbang ia boleh menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan.


Laman sosial Indonesia petang ini kecoh dengan penyebaran sebuah kilp youtube selama 3 minit yang memperlihatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Hariri menginjak kepala seorang lelaki kerana marah yang teramat.
 
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Bandung, Jawa Barat.
Lelaki yang diinjak kepalanya itu merupakan petugas yang menjaga sistem bunyi pada majlis berkenaan.

Pengurus ustaz berkenaan yang dihubungi media Indonesia, Odet memberitahu majikannya bertindaknya demikian kerana marah dengan kualiti bunyi yang disediakan lelaki itu.

“Kita sewa sound kan wajar ingin yang kualitasnya baik,” katanya.
Menurut beliau, tindakan lelaki itu yang memohon maaf dalam keadaan marah kepada Ustaz hariri menjadi punca mengapa majikannya bertindak menginjak kepada lelaki itu.

Namun menurut Odet, Ustaz Hariri telah memohon maaf kepada lelaki berkenaan dan menganggap isu itu sebagai selesai.
Begitupun, komuniti aktif media online Indonesia nampaknya tidak menerima perlakukan ustaz berkenaan dengan begitu mudah sekali.

Ramai yang menyifatkan ustaz berkenaan yang muncul dalam beberapa sinetron seperti Islam KTP dan Sampean Muslim sebagai sombong dan memalukan penganut Islam.


DRAMA Ariana Rose telah mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan penonton apabila setiap kali drama siri ini bersiaran, ia berjaya mencatat kadar keseluruhan tontonan sebanyak 2.7 juta penonton.
Selepas 25 episod Ariana Rose ditayangkan di slot Akasia, malam ini, drama arahan Raja Alauddin Shah hampir sampai ke kemuncaknya.

Dibintangi ramai pelakon handalan seperti Keith Foo, Nur Fathia, Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee dan ramai lagi.

Drama 28 episod yang akan melabuhkan tirainya hari ini mengisahkan tentang Ariana Rose yang menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita dengan tujuan untuk menggagalkan perkahwinan itu.

Malah pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis tersebut sehingga Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali gadis itu.

Demi mengetahui kebenarannya, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya itu.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad menculik Ariana dan kemudian, Tengku Adam meragut kesucian Ariana.

Pelbagai konflik melanda mereka sehingga dipertemukan sebagai suami isteri.

Menurut penerbit drama tersebut, Ziela Jalil berkata, drama tersebut merupakan adaptasi daripada buku The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.

"Menyedari sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton, kami tidak pernah merancang untuk menyambung drama ini.

"Biarpun novel ini ada sambungannya, namun drama Ariana Rose tiada kesinambungan selepas ini," katanya ketika ditemui dalam tayangan eksklusif Ariana Rose, kelmarin.

Persenda agama?
Menyentuh kontroversi yang melanda drama tersebut mengenai pelakon utamanya, Keith Foo yang bukan beragama Islam tetapi perlu berlakon sebagai Muslim, Ziela berkata, pemilihan Keith
menerajui watak Tengku Adam adalah bertepatan dengan watak dalam novel itu.

"Kami bukan sengaja mahu menimbulkan mempersendakan agama Islam kerana banyak perkara sensitif kami jaga.

"Sebagai contoh, Keith tidak membaca al-Quran atau solat tetapi hanya mengenakan baju Melayu untuk menggambarkan dia sebagai Muslim," katanya.

Tegas Ziela, sebelum memulakan penggambaran Keith telah mempelajari Islam supaya tidak bercanggah dengan agama ketika melakonkan wataknya itu.

"Bagi saya, setiap babak yang dilakukan sebaik mungkin untuk memenuhi cita rasa penonton.

"Kami sedar Keith bukan Islam tetapi agama tidak boleh dipermainkan dan perkara ini sangat saya titik beratkan sejak mula penggambaran," katanya.


PESHAWAR - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala puluhan yang lain cedera dalam beberapa siri serangan bom di sebuah pawagam di wilayah barat laut Pakistan, kelmarin.
Pegawai Polis Kanan Peshawar, Ijaz Ahmed berkata, tiga letupan bom tangan tercetus di panggung wayang Shama di tengah bandar yang juga terkenal dengan tayangan filem pornografi.

"Satu letupan berlaku di dalam pawagam yang ketika itu dipenuhi pengunjung dan dua lagi letupan berlaku di luar pawagam," katanya kepada media.

Ijaz berkata, pawagam itu sebelum ini pernah menerima ancaman keselamatan dan pihak polis telah menasihatkan supaya memasang alat pengesan logam, namun nasihat tersebut tidak diendahkan.

Sementara itu, saksi, Akbar Khan, 62, berkata, ketika sedang menonton wayang dia tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan pertama diikuti dengan dua letupan lain.

"Keadaan menjadi kecoh dan saya berasa seperti besi panas tertusuk ke dalam lengan dan kaki kiri. Ketika itu saya tersedar telah terkena serpihan bom dan berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan
diri sebelum dihantar ke hospital," katanya dipetik CNN

Setakat ini tiada kumpulan atau individu didakwa melakukan serangan tersebut.


buja: Polis menahan 11 orang termasuk pemilik sebuah restoran dalam satu serbuan terhadap premis makanan yang menyajikan hidangan daging manusia. Dalam serbuan itu, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra. 

Jasad dan kepala ditemui berbungkus seperti daging haiwan biasa dan polis menyatakan hidangan kepala manusia panggang juga terdapat dalam menu restoran terbabit.
Dua senapang jenis AK-47, senjata lain, ratusan peluru dan telefon bimbit turut ditemui.

“Kami selalu melihat orang yang mencurigakan keluar dan masuk restoran ini,” kata seorang penduduk tempatan.

Seorang paderi yang terkejut apabila mengetahui dia dihidangkan dengan sajian daging manusia membuat laporan polis.

“Saya makan di restoran itu dan mendapati bilnya terlalu tinggi. Kemudian pelayan kedai memberitahu harga itu adalah untuk sajian daging manusia yang saya makan. Saya sangat terkejut,” katanya. -Agensi



London: Seorang bekas pengawal keselamatan sanggup menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik yang menyakitkan untuk menjadikannya kelihatan seperti “syaitan.”
Dengan imej lidah bercabang, gigi taring tajam dan tanduk di dahi, Diablo Delenfer, 43, yang berasal dari Kent, kini kelihatan seperti Lucifer yang menakutkan.

Delenfer yang menggelar dirinya ‘artis pengubahsuaian tubuh’ kini berusaha untuk memasang implan besi yang dilekatkan dengan skru pada tengkorak kepalanya bagi mendapatkan imej syaitan bertanduk yang lengkap.

Memandangkan ‘pengubahsuaian tubuh’ tidak dibenarkan undang-undang United Kingdom (UK), keseluruhan pembedahan itu dilakukannya tanpa bius.
“Semua pembedahan dilakukan dalam keadaan saya sedar sepenuhnya. Saya melihat jarum pembedahan menembusi badan saya dan ia sangat menyeksakan. Tetapi sebagai ‘Manusia Syaitan’ saya tidak boleh takut dengan kesakitan,” kata Delenfer.

Antara pembedahan yang dilakukan Delenfer yang nama sebenarnya Gavin Paslow ialah membelah lidahnya, memasukkan implan untuk membentuk tanduk dan membuat tatu pada mata putihnya untuk menjadikannya merah.

Walaupun ia amat menyakitkan, Delenfer tidak bercadang untuk berhenti melakukannya.

“Pengubahsuaian tubuh adalah cara hidup saya. Mungkin ia agak pelik tetapi inilah saya. 



“ Saya memilih cara begini kerana perkara lain sudah banyak dilakukan di United Kingdom atau di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, saya tidak membawa fahaman syaitan, ia cuma untuk keseronokan,” kata Delenfer.

Delenfer membelanjakan lebih £10,000 (RM54,673) untuk hobinya itu dan dia mengakui proses berkenaan memerlukan belanja besar.

Kos yang tinggi itu juga perlu ditanggung pembayar cukai kerana Delenfer pernah didakwa menyelewengkan RM19,419 dengan beberapa penipuan membabitkan tuntutan faedah dan dijatuhkan hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 200 jam.

Dalam usaha merealisasikan impian melengkapkan proses itu dengan mempunyai ekor, Delenfer sudah melakukan pembedahan ke atas telinganya untuk kelihatan seperti telinga syaitan sebenar dan melukis tatu di seluruh tangan dan muka.

Dia mengaku hobinya menjejaskan hubungannya dengan masyarakat setempat.

“Ramai gadis yang tidak mahu mendekati saya.

“Saya ingin mencari seseorang yang dapat melihat lebih dari imej ini dan menerima saya dengan seadanya. Walaupun sukar, saya tidak akan berhenti mencari,” katanya.

Dia juga mengakui imejnya menjadi perhatian ramai dan mendapat reaksi berbeza.

“Saya bukan syaitan sebenar, ia hanya sekadar imej,” katanya ketika ditemui, semalam.- Daily Mail



Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari, di sini dikesan menawarkan pelacur dan pondan warga Thailand sebagai umpan untuk menarik pelanggan ke premis berkenaan.

Malah, pemilik premis itu turut mengambil pondan bekerja dan melayan tetamu.

Pelanggan hanya perlu membayar RM400 jika ingin melakukan hubungan seks dengan pondan terbabit.

Bagaimanapun, tindakan pemilik itu terbongkar selepas Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman diketuai Pegawai D7 Inspektor Mohammad Mohd Jais menyerbu premis itu kelmarin.

Dalam serbuan jam 12.40 malam itu, seramai 30 pelacur warga Thailand dan sembilan pondan yang sedang menari ghairah tergamam selepas polis menyerbu pusat hiburan itu.

Mohamad berkata, seramai dua pegawai dan tujuh anggota terbabit dalam operasi ini yang dibuat hasil risikan selama seminggu.

Menurutnya, ketika diserbu, lebih 80 pelanggan sedang menikmati tarian ghairah pelacur terbabit sehingga tidak sempat melarikan diri.

“Kita telah menahan 30 wanita dan sembilan pondan warga Thailand berusia 21 hingga 32 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Risikan mendapati bayaran bagi kalungan bunga bermula RM100 sehingga RM1,000 manakala untuk melakukan hubungan seks sebanyak RM400,” katanya selepas tamat operasi.

Beliau berkata, pihaknya percaya wanita terbabit dibekalkan sindiket dan penjaga premis turut ditahan.

Semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.




ALOR SETAR: Berikutan cuaca panas yang dialami di Kedah sejak dua minggu lalu, permintaan terhadap kipas angin semakin meningkat di kalangan penduduk di negeri ini. 

Cuaca di kebanyakan kawasan di Kedah ketika ini boleh melebihi 35 darjah Celcius pada sebelah siang dan pada malam boleh mencapai 29 darjah Celcius.

Tinjauan di beberapa kedai barangan elektrik di sekitar bandar raya ini mendapati jualan kipas angin pelbagai jenama meningkat.

Walaupun ada pilihan iaitu memasang pendingin hawa tetapi kos yang jauh lebih tinggi berikutan harga pendingin hawa lebih mahal menyebabkan ramai yang memilih untuk menambah bilangan kipas angin di rumah mereka.

Bagi Mohd Hapizan Abdul Rahman, 32, berkata cuaca yang sangat panas menyebabkan dia membeli sebuah lagi kipas angin untuk kegunaan anggota keluarga menyejukkan badan.

Mohd Hapizan yang menetap di Alor Mengkudu berkata, sebelum ini dia hanya mempunyai tiga kipas angin dan hanya digunakan pada waktu tertentu sahaja
jika diperlukan.

"Saya perlu tambah satu lagi kipas angin sebab tak tahan panas dalam rumah. Kalau dulu guna waktu siang sahaja tapi kali ini sepanjang hari termasuk waktumalam," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Azizi Abdul Razak, 33, pula berkata dalam situasi cuaca panas sekarang jenama tidak menjadi pilihannya untuk membeli kipas angin tetapi mementingkankualiti dan harga berpatutan.

Asalkan dapat menyejukkan keluarga dan ruang di dalam rumah memadai berbanding membeli kipas yang harga lebih mahal, kata bapa dua anak itu.

Beberapa pekerja kedai elektrik yang ditemui mengakui kipas angin lebih menjadi pilihan orang ramai berbanding pendingin hawa kerana faktor kos yang lebih rendah.

Seorang pekerja kedai elektrik yang enggan namanya dinyatakan berkata biasanya dia hanya menjual kira-kira 50 kipas angin sebulan tetapi dalam tempoh sebulan ini dia sudah menjual lebih 100 kipas angin.

Seorang lagi pekerja kedai elektrik, Nor Azura Ahmad, 40, berkata kedainya menjual sebanyak 200 kipas angin dalam tempoh sebulan ini. -Bernama



Kuala Lumpur: Misteri kehilangan seorang bekas penuntut universiti warga Sri Lanka terjawab apabila mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan separuh bogel dipercayai dibunuh di sebuah unit kondominium di Taman Desa, di sini, kelmarin.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 pagi disedari seorang rakan mangsa yang datang ke rumah itu selepas mangsa yang berusia 34 tahun tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.

Sebaik tiba di rumah, rakan mangsa terhidu bau busuk sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan kondominium memecahkan pintu rumah. Rakan mangsa terkejut apabila menemui mayat mangsa terbaring di atas katil dengan keadaan sudah mereput dan berbau busuk.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu mempunyai unsur jenayah berikutan ada kesan geledah dan pergelutan.

“Pemeriksaan lanjut menemui alat sokongan hubungan kelamin iaitu sejenis minyak pelincir untuk melakukan hubungan seks di bawah katil bilik lokasi mayat ditemui.


Baling: Helah lima warga asing bermalam dalam hutan bagi mengelak diberkas anggota penguat kuasa tidak berhasil apabila dicekup ketika pemeriksaan berhampiran sebuah tapak pembinaan di Pulai, dekat sini, dalam Ops 6P Bersepadu, awal pagi semalam.

Taktik pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada lelaki warga Myanmar berkenaan dikesan apabila anggota penguat kuasa ternampak sebuah pondok kira-kira 20 meter dari tapak binaan itu selepas mendapati rumah kongsi tidak berpenghuni.

Timbalan Ketua Bahagian Penguat kuasanya Aidil Safri Adnan berkata, kelima-lima warga Myanmar berusia 20-an itu ditahan dalam pondok kayu yang dijadikan tempat berteduh kira-kira jam 3 pagi dipercayai bagi mengelak dikesan anggota penguat kuasa.

Menurutnya, seorang wanita warga Indonesia turut ditahan ketika tidur dalam rumah kongsi di tapak pembinaan sama dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Enam orang yang ditahan adalah antara 22 PATI membabitkan 16 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 15 hingga 42 tahun ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen dalam pemeriksaan di enam lokasi di daerah itu.