Baling: Helah lima warga asing bermalam dalam hutan bagi mengelak
diberkas anggota penguat kuasa tidak berhasil apabila dicekup ketika
pemeriksaan berhampiran sebuah tapak pembinaan di Pulai, dekat sini,
dalam Ops 6P Bersepadu, awal pagi semalam.
Taktik pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada lelaki
warga Myanmar berkenaan dikesan apabila anggota penguat kuasa ternampak
sebuah pondok kira-kira 20 meter dari tapak binaan itu selepas mendapati
rumah kongsi tidak berpenghuni.
Timbalan Ketua Bahagian Penguat kuasanya Aidil Safri Adnan berkata,
kelima-lima warga Myanmar berusia 20-an itu ditahan dalam pondok kayu
yang dijadikan tempat berteduh kira-kira jam 3 pagi dipercayai bagi
mengelak dikesan anggota penguat kuasa.
Menurutnya, seorang wanita warga Indonesia turut ditahan ketika tidur dalam rumah kongsi di tapak pembinaan sama dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Menurutnya, seorang wanita warga Indonesia turut ditahan ketika tidur dalam rumah kongsi di tapak pembinaan sama dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
“Enam orang yang ditahan adalah antara 22 PATI membabitkan 16 lelaki dan
seorang wanita warga Indonesia berusia antara 15 hingga 42 tahun
ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen dalam
pemeriksaan di enam lokasi di daerah itu.
No comments
Post a Comment