Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi





KOTA KINABALU: Kejayaan seorang pelajar mencipta satu aplikasi berasaskan perkhidmatan mesej internet yang menyediakan kemudahan untuk menterjemah bahasa telah menarik perhatian syarikat besar dalam talian iaitu Google.
Yusrim Karim, 15, menghantar aplikasi yang diberi nama 'Coker Chat' kepada Google Idea pada akhir tahun lalu selepas lima bulan bertungkus-lumus menghasilkan aplikasi tersebut.
Dia menjelaskan seorang pegawai rasmi Google Idea telah menghubunginya menerusi e-mel beberapa minggu lalu dan menggambarkan perisian tersebut sangat menakjubkan malah menawarkan peluang bekerja untuk projek bernilai US$36 juta (RM133.14 juta) atau wang tunai US$50,000 (RM184,910).
Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati dari Sandakan itu bertindak untuk memilih wang tunai.
"Saya sangat gembira apabila Google Idea menerima cadangan perisian ini," katanya sambil memberitahu masa diambil berjam-jam untuk menghasilkan aplikasi tersebut selepas waktu sekolah dan ianya membuahkan hasil.
Yusrim turut berkata, aplikasinya itu mampu memudahkan sesiapa sahaja di serata dunia untuk berkomunikasi menggunakan bahasa tersendiri.
Syarikat Google Idea yang berpusat di New York sedia memahami cabaran global dan bertindak untuk menghasilkan jalan penyelesaian menerusi teknologi baharu itu.
Tiada sesiapa yang mengetahui mengenai anugerah dan pengiktirafan Google Idea yang diterima oleh Yusrim termasuk keluarganya sendiri sehinggalah dia bertindak untuk memberitahu guru Sainsnya, Azlan Budun pada minggu lepas.
Azlan bertanggungjawab mendidik dan mengajar Yusrim mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) tahun lepas dan menyatakan aplikasi 'Coker Chat' merupakan ideanya yang ke-14 dihantar ke Google Idea.
"Dia mempunyai pelbagai konsep kreatif dan ideanya yang ke-14 membuahkan hasil apabila menerima pengiktirafan Google Idea," katanya.
Dia turut berpendapat idea Yusrim tersebut memudahkan dan memberi manfaat kepada pengguna internet masa kini dalam perkhidmatan menterjemah bahasa khususnya semasa menjalankan perniagaan di negara luar.
Tambah lagi, Azlan menggambarkan Yusrim sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan mempunyai masa depan cerah dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum.
Yusrim merupakan anak bongsu daripada tiga beradik hasil perkahwinan bapanya yang bekerja sebagai pegawai Jabatan Perhutanan, Karim Maturis dan ibunya Hamidah Ismail.
Bapanya memberitahu, wang tunai yang diterima akan diperuntukkan untuk pengajian Yusrim pada masa akan datang.
Abang sulung Yusrim merupakan seorang pelajar matrikulasi di Labuan manakala seorang lagi abangnya baru sahaja tamat persekolahan.
Pengetua SMK Merpati berkata, pihaknya akan memainkan peranan dalam menggalakkan dan membangunkan bakat Yusrim dalam bidang teknologi komputer.
"Kami sangat berbesar hati sekiranya Yusrim menyertai Anugerah Inovasi Negara kerana anugerah ini akan menjadi penghormatan  kepada negara terutamanya Sabah," katanya.


Mstar Online


KOTA KINABALU: A teenager’s app for an Internet-based messaging service that can provide instantaneous language translation has caught the attention of online giant Google.
Yusrim Karim, 15, submitted his app – Coker Chat, which he has been quietly developing for about five months – to Google Ideas late last year.
He said a few weeks later, a Google Ideas official contacted him via e-mail and, describing his software as fantastic, offered him a chance to work on a US$36mil (RM133.14mil) project or US$50,000 (RM184,910) cash.
The Form Three SMK Merpati student from Sandakan said he chose the cash.
“I am happy that Google Ideas accepted my software,” he said, adding that it made the long hours of working on it after school – sometimes until 3am – worth it.
Yusrim said his idea for the app was to make it easier for anyone in the world to communicate using their own language.
A think tank based in New York, Google Ideas is dedicated to understanding global challenges and coming up with technological solutions.
No one outside of Yusrim’s family knew about the Google Ideas recognition and award until he casually mentioned it to his science teacher Azlan Budun last week.
Azlan, who taught Yusrim information and communication technology (ICT) last year, said the idea was the 14th that his student submitted to Google Ideas.
“He has so many creative concepts in mind and the 14th one that he sent in was the one that got him the recognition,” said Azlan.
Yusrim’s idea, he said, came after realising that older Internet users would benefit from an instantaneous translation service, especially when doing business in other countries.
Described by Azlan as a bright student who is doing well both academically and in extra-curricular activities, Yusrim is the youngest of three sons of Forestry Department officer Karim Maturis and his wife Hamidah Ismail.
Yusrim said his father had told him that the money would be set aside for his education.
The teenager’s eldest brother is studying matriculation in Labuan while another brother just completed Form Five.
SMK Merpati principal Sani Sahwi said the school would do its part to encourage and develop Yusrim’s talent in computers.
“We would like to have him participate in the National Innovation Award. This award is definitely an honour for the country, particularly Sabah,” he added.


CHINA – Berpantang maut sebelum ajal. Meskipun jatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri ketika berjalan semasa tidur, seorang budak berusia 12 tahun terselamat.
Budak itu terjatuh di atas sebuah kereta yang diletakkan di kawasan bangunan terbabit.
Menurut seorang kerani sebuah hotel, ketika melintas jalan di situ, dia mendengar bunyi hentakan yang kuat dan menyangka ia merupakan kemalangan jalan raya.
Namun apabila dia mendekati kawasan tersebut, kerani wanita itu melihat seorang budak terbaring di atas sebuah kereta dan ketika itu dia sedang menangis.

“Ketika itu budak tersebut berada dalam keadaan sedar dan ambulans terpaksa dipanggil.
“Dia bernasib baik kerana jatuh di atas sebuah kereta, jika tidak mungkin dia sudah meninggal dunia,’’ katanya.
Sementara itu, doktor memberitahu budak itu tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa. Dia hanya cedera di kaki.
Manakala pemilik kereta itu pula, Xiao Deng berkata, ketika kejadian, dia sedang makan malam di situ.
“Saya menghubungi syarikat insurans dan mereka memaklumkan terpaksa memeriksa sama ada tuntutan insurans boleh dilakukan.
“Ini kerana syarikat insurans sendiri tidak pernah menemui kes seperti itu,’’ katanya.

BAJA CALIFORNIA, Mexico – Seorang ibu yang tidak berperi kemanusiaan di sini dihukum penjara selama 42 tahun kerana bersubahat merancang pembunuhan anak lelakinya untuk membalas dendam terhadap bapa anaknya itu.
Wanita berkenaan, Karina Luna Sandoval, 26, menuduh bekas kekasihnya, Miguel Beltran merosakkan kehidupannya selepas membuang dia dan anak mereka, Miguel Saul.
Justeru, dia berkomplot bersama kekasih baharunya, Gonzalo del Rio Hernandez, 23, agar kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditikam hingga mati sebagai hadiah pertukaran sempena hari lahir Beltran.
“Tiada hadiah yang lebih bermakna untuk diberi melainkan kematian anaknya, iaitu sesuatu yang tidak mungkin dia lupa,” kata Sandoval kepada Hernandez.
Pembunuhan itu berlaku apabila Sandoval meminta anaknya menunggu ketibaan bapanya di halaman rumah mereka sebelum dia ditikam oleh Hernandez dengan kapak ais pada 20 Disember lalu.
Paramedik yang tiba di tempat kejadian memberitahu, Saul menangis dan berkata: “Saya tidak mahu mati, saya mahu membesar dan menjadi seorang pemain bola sepak.”
Bagaimanapun, Saul meninggal dunia dua minggu kemudian di sebuah hospital di Tijuana. Hernandez pula dihukum penjara 40 tahun. – AGENSI


CHESHIRE, Britain –Sebuah kereta sport McLaren model baharu 650S bernilai £245,000 (RM1.3 juta) hangus apabila terbakar ketika dipandu uji di sini baru-baru ini.
Kereta yang dipandu oleh seorang broker saham itu mengalami kemalangan sewaktu dipandu dengan laju di kawasan A50 Warrington Road berhampiran High Legh Garden Centre di sini pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan kerana diselamatkan oleh jurujual, Lee Christian yang bertindak pantas mengeluarkan hartawan tersebut.
Tindakan Christian itu menyebabkan pihak polis menganugerahkannya pingat keberanian atas jasa menyelamatkan nyawa pemandu tersebut,” kata Ketua Konstabel Cheshire, Simon Byrne.
Sementara itu, Christian memberitahu, apabila kereta tersebut melanggar pokok, dia masih sedar dan melihat keadaan broker saham itu agak teruk kerana tersepit.
“Selepas bersusah-payah mengeluarkannya, saya menariknya pula sejauh 30 meter dari kereta itu sebelum ia meletup dan terbakar,” terang Christian. – AGENSI




MUKAH – Penduduk di kawasan ini gempar dengan penemuan seekor ikan yu gergasi daripada spesies yu harimau yang tersangkut pada pukat dipasang sekumpulan nelayan laut dalam di perairan Mukah di sini kelmarin.
Ikan yu harimau seberat kira-kira tiga tan itu dikatakan tersangkut pada pukat sebuah bot nelayan kira-kira pukul 2 pagi sebelum ditarik ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mukah di sini.
Nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Ah Ping, 40-an, memberitahu, dia dan beberapa rakannya tidak menyangka dapat menangkap ikan gergasi tersebut memandangkan ia daripada spesies yang jarang ditemui.


Kosmo

SUDAH menjadi lumrah seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pasti akan dinilai dan diperhatikan peminat hiburan.
Begitu jugalah yang berlaku kepada penyanyi terkenal Shila Amzah apabila gambarnya berpelukan bersama seorang jejaka disalah tafsir oleh para peminat.
Apatah lagi, pelantun Patah Seribu ini sudah lama berhijrah mengenakan hijab.
Gambar yang diiringi kapsyen “My date for tonight…” tersebut membuatkan Shila dikritik dan diajukan soalan sinis antaranya, “Dah kahwin ke belum ni??”

Apa yang kelakar, lelaki yang dipeluk Shila itu sebenarnya adalah adik kandungnya sendiri!
Hm, inilah jadinya bila ramai sangat ustaz dan ustazah di laman sosial yang kerjanya hendak berceramah tanpa usul periksa.
Sedangkan kalau mereka tak terburu-buru, pada kapsyen gambar tersebut terang-terangan Shila memaklumkan nama lelaki itu iaitu @syahiramzah turut membawa nama ayah yang serupa dengannya.
Kepada para keyboard warrior cukup-cukuplah bermain serkap jarang dan menuduh orang lain. Kan dah malu..
- MYNEWSHUB.CC

SEORANG cucu jutawan minyak dari Los Angeles, Andrew Getty ditemui mati dalam rumahnya di Hollywood Hills, semalam.
Menurut pihak polis, mayat Andrew ditemui di bilik air selepas mereka menerima panggilan seorang wanita yang dipercayai merupakan bekas teman wanita kepada lelaki tersebut.
Ketika ditemui mayat Andrew berada dalam keadaan separuh bogel dengan terdapat kesan kecederaan di bahagian kemaluannya.
Andrew merupakan salah seorang pewaris jutawan minyak Amerika, John Paul Getty yang meninggal dunia pada 1976.
Bekas kekasih Andrew yang melaporkan mengenai penemuan mayat itu kini ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.
Namun, pihak berkuasa buat masa ini tidak menjumpai apa-apa kecurigaan terhadap kes ini sebaliknya memberikan konklusi awal mendiang berkemungkinan mati mengejut.

POKOK SENA: "Sudah jatuh ditimpa tangga", itulah pepatah yang dapat dikatakan bagi menggambarkan nasib 200 pemilik rumah Taman Sejahtera, Pokok Sena, Kedah apabila rumah yang dibeli mereka tidak selamat diduduki.

Mana tidaknya, wakil penduduk di situ  mendakwa berlaku satu "Magic" apabila rumah yang mereka beli itu mengalami hujan memenuhi ruangan rumah apabila saluran paip dipasang oleh pihak Syarikat Air Darul Aman(SADA).


Wakil penduduk Taman Sejahtera, Encik Zulhilmi Bin Ahmad, menghubungi kami mendakwa rumah yang dibina itu dikatakan lewat disiapkan selama 14 bulan dan apabila diserahkan kunci masalah ini pula terjadi.

"Apabila air paip disambung oleh pihak SADA, rumah-rumah yang lewat setahun diserahkan kunci ini mengalami 'hujan' apabila kelihatan air keluar dari siling dan dinding rumah.'

"Apa yang paling mengejutkan ada dua buah rumah air keluar laju melalui ruang sistem pendawaiaan elektrik yang nyata mengejutkan kami, ia amat berbahaya dan memang tidak selamat langsung untuk diduduki," Katanya.

Untuk membuktikan kata-katanya itu, Zulhilmi ada menghantar tiga rakaman video tentang kejadian yang nyata merbahaya ini kerana ia melibatkan arus elektrik dan air.

"Bayangkan hampir semua rumah mengalami masalah air keluar dari siling, dinding dalam dan luar selain terdapat binaan rumah sudah retak, dinding sudah roboh dan siling runtuh."

"Terdapat pelbagai lagi masalah dengan rumah yang sebenarnya tidak siap dibina ini dimana saluran paip sentiasa tersumbat menyebabkan air bertakung dan apa yang berlaku ini sebenarnya berlaku hampir ke semua rumah di taman ini." 


"Kami sudah tidak tahu hendak sampaikan masalah kami ini kepada siapa lagi kerana sudah berjumpa dengan orang pemimpin setemptat dan negeri. kami juga telah emnghantar memorandum tentang masalah kami ini kepada pihak bertanggungjawab tetapi tiada apa-apa tindakan." Tegasnya Zulhilmi.

Beliau turut memberitahu rumah yang baru diserahkan pada Disember 2014 ini masih banyak tidak diduduki kerana bimbang akan keselamatan mereka.

"Kami penduduk Taman Bandar Sejahtera amat berharap masalah ini dapat diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab kerana tidak tahu mana lagi harus mereka bawa perkara ini selain mendedah melalui media dan dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil." -Siakapkeli.com.my


Lihat Gambar Di Bawah: \\\\\









Laporan berita Astro Awani