Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Mayat seorang wanita dipercayai penuntut UNIMAS yang dilaporkan hilang ditemui terapung dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman jam 5.20 petang tadi.
Mayat Siti Najwa Atikah Azhar ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas kehilangannya diketahui Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mungkin meninggal dunia beberapa hari lalu.
Susulan itu, mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.
[Wow] - Berita Tempatan
Memang cool habis kalau sesiapa dapat memiliki meja sebegini sama ada di pejabat mahu pun kediaman mereka.
Mana taknya, dengan berinspirasikan kereta-kereta mewah yang menjadi
idaman mereka, secara tidak langsung produktiviti kerja pun makin
meningkat.
Tak gitu?
Apa-apa pun di sini penulis sertakan beberapa koleksi meja kerja yang cool buat tatapan anda!
Cool
Kita mungkin menyangka, kematian orang tersayang dianggap satu detik sedih di seluruh dunia.
Namun di Ghana, terdapat suku bangsa Ga yang menganggap kematian
bukan sesuatu yang perlu diiringi dengan perasaan berkabung kerana
bagi mereka kematian adalah permulaan perjalanan baru yang
menggembirakan.
Justeru, upacara pengebumian insan yang disayangi akan diadakan dalam suasana gembira dan meriah.
Ia turut ditunjukkan menerusi adat menempatkan mayat dalam keranda
buatan khas yang melambangkan barangan kesayangan atau kesukaan si mati
ketika hayatnya.
Antaranya termasuklah kasut, telefon bimbit, kapal terbang, minuman berkarbonat, binatang tertentu dan sebagainya.
Keranda direka dan dibuat dengan kemas serta teliti bagi menghormati si mati, meskipun akhirnya ia akan ditanam dalam tanah.
Tradisi keranda khas ini begitu popular di Ghana, hingga terdapat
ramai pembuat keranda yang mencari rezeki dengan membuat keranda di
sana.
Apatah lagi harga dikenakan bagi setiap keranda agak mahal.
Sesetengahnya mencecah USD400 yang menyamai kira-kira pendapatan setahun
kebanyakan penduduk sana.
Keranda di Ghana ini turut dijadikan tarikan pelancong yang
mengunjungi negara terbabit. Rata-rata pelancong luar mengakui ia
tradisi yang agak aneh tapi unik.
Maklumlah, mana ada tempat lain di dunia ini yang orangnya dikebumikan dalam sebuah keranda berbentuk telefon Nokia kan?
Pelbagai
Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara, Farish Aziz yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan Farish menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, Farish tidak pula menyatakan usia kandungan isterinya, Zahrah Fowzi menerusi gambar tersebut yang diberi keterangan, ‘anybody home?’
Pasangan comel ini diijabkabulkan pada 18 Februari 2011 dan mengadakan majlis resepsi di Hotel Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu pada keesokan harinya.
Diharapkan proses kehamilan isterinya berjalan lancar dan selamat semuanya ketika menjelang hari kelahiran si kecil kelak.
[Wow] - Kisah Artis
Seorang wanita di Utah berusia 58 tahun kini sedang mengandung dan bakal melahirkan cucu sulungnya sendiri.
Wanita itu, Julia Navarro menjadi ibu tumpang kepada pasangan anak
perempuan dan suaminya selepas pasangan itu mengalami masalah kesuburan.
Kini kandungan itu sudah pun memasuki lapan bulan dan cucunya bakal dilahirkan bulan depan.
Anak perempuan Julia, Lorena McKinnon berkata dia dan suaminya sudah
berusaha untuk mendapatkan anak Micah Mckinnon sejak tiga tahun lalu
tetapi gagal.
Lorena yang berusia 32 tahun telah mengalami keguguran sebanyak 12
kali dan tempoh paling lama dia mengandung sebelum keguguran ialah
selama 10 minggu.
Setelah beberapa kali mencuba mendapatkan anak secara normal namun
gagal, akhirnya pasangan Lorena dan Micah mengambil keputusan untuk
menggunakan khidmat ibu tumpang.
Pada mulanya, kawan dan kakak Lorena menawarkan diri untuk mengandungkan bayi itu tetapi dia enggan menerimanya.
Pada ketika itulah, ibunya Julia menawarkan diri untuk menjadi ibu tumpang.
“Sebagai sebuah keluarga, kami seharusnya saling membantu antara satu sama lain,” kata Julia kepada akhbar Salt Lake Tribune.
Julia terpaksa melalui proses suntikan hormon selama tiga
bulan sebelum embrio yang telah disenyawakan menggunakan ovum anaknya
dan sperma menantunya dimasukkan ke rahimnya.
Disebabkan umur Julia yang agak berusia, doktor memberikan amaran
bahawa proses itu hanya mempunyai kira-kira 45 peratus kemungkinan untuk
berjaya.
Sehingga hari ini, perjalanan proses itu berlalu dengan lancar dan kini Julia bakal melahirkan seorang bayi perempuan.
Selain persiapan menyambut kelahiran bayi itu, pasangan Lorena, Micah
dan juga Julia perlu melalui proses kaunseling selama tiga bulan.
“Pakar Psikologi akan mengingatkan kami tentang masa depan yang bakal kami hadapi, agar kami bersiap dari segi mental.
“Kebanyakan kontrak ibu tumpang melibatkan individu yang tidak
dikenali, adalah ganjil apabila kontrak berkenaan adalah antara saya dan
ibu saya sendiri,” kata Lorena.
Pelbagai
Hajat pelakon dan pengarah, Pierre Andre untuk menimang cahaya mata
pada tahun ini tidak kesampaian apabila kandungan isterinya terpaksa
digugurkan menurut nasihat doktor yang bertanggungjawab.
Walaupun sedih dengan berita tersebut, namun pengarah berusia 29
tahun itu bersyukur isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi.
“Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13
minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih,
tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki,”
katanya memetik laporan sebuah akhbar, hari ini.
Sebelum ini, isterinya, Siti Nurhidayah Hashim, 26, disahkan
mengandung anak sulung mereka pada September lalu selepas diijabkabulkan
pada 21 Jun tahun lepas.
Tak mengapa Pierre, awak pun masih muda, ada masa lagi untuk mencuba. Semoga Pierre dan isterinya tabah dengan dugaan yang melanda mereka.
[Wow] - Kisah Artis
ANAK isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Rosmah Mansor, Riza
Shahriz Abdul Aziz mengharumkan nama Malaysia selepas filem terbitannya
The Wolf Of Wall Street berjaya merangkul anugerah Pelakon Lelaki
Terbaik dalam Anugerah Golden Globes menerusi lakonan mantap Leonardo
DiCaprio.
Filem yang mengisahkan kisah benar mengenai kerjaya sebagai
broker saham di Bursa Saham Amerika atau Wall Street itu penuh
kontroversi yang memaparkan watak Jordan Belfort (DiCaprio) dipenjarakan
keraja rasuah dan jenayah perdagangan.
Cereka itu turut menampilkan barisan bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie dan Matthew McConaughey.
Riza merupakan anak Rosmah dengan bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.
Mengulas mengenai kemenangan DiCaprio, Riza memberitahu bahawa dia
sangat berbangga dengan bakat dan dedikasi bintang ‘superstar’ Hollywood
itu.
“Saya senang bekerjasama dengan Leo. Dia seorang pelakon yang sangat profesional dan komited terhadap tugasnya,” ujar Riza.
DiCaprio bersetuju berlakon filem The Wolf Of Wall Street di atas
dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa
tahun yang lalu.
“Leo seorang bintang filem ternama yang sangat merendah diri dan baik hati,” puji Riza.
Filem itu mendapat dua pencalonan dalam Golden Globes melalui
kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Filem Terbaik (Komedi dan Muzikal).
Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese.
Riza merupakan penerbit filem berkenaan bersama DiCaprio, Scorsese, Joey McFarland dan Emma Tillinger Koskoff.
Sebelum ini nama Riza dikaitkan dengan pembelian sebuah kondo di New
York, Amerika Syarikat dengan pembayaran sebanyak RM110 juta yang mana
pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua meminta siasatan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tanpa usul periksa, Tian Chua mempersoalkan sumber Riza membuat pembelian kondo semahal itu.
“Dari mana Riza mendapat begitu banyak wang, RM110 juta ialah terlalu banyak,” katanya.
Kalau dah jadi penerbit filem Hollywood dan berkawan pula dengan
DiCaprio, setakat hendak membeli kondo di New York apalah sangat…
Kutipan dari tayangan filem berkenaan pun dah boleh beli beberapa unit kondo agaknya.
Riza merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat penerbitan Red Granite Pictures.
Para peguam yang mewakilinya telah pun menghantar surat kepada laman
web Sarawak Report kepada pengendalinya Clare Rewcastle-Brown supaya
menarik balik artikel berkaitan pembelian kondo berkenaan yang didakwa
menggunakan sumber kewangan meragukan.
Syarikat firma guaman itu ialah Loeb & Loeb LLP berpangkalan di Santa Monica, California.
[Wow] - Berita Tempatan
SINGAPURA: Seorang wanita rakyat Malaysia antara dua yang maut dalam kebakaran di Marina Bay Suites, semalam.
Akhbar Straits Times memetik pihak polis sebagai berkata Sooria Kala Kanaseon, 34, dan lelaki warga Singapura, Sim Lai Huat merupakan pegawai keselamatan di kondominium berkenaan.
Kebakaran berlaku selepas 10 malam di Tingkat 65 di kondo sebanyak 221 unit itu yang kebanyakannya masih belum diduduki.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura berkata pasukan bomba dan penyelamatnya menghadapi asap tebal dan bahang panas kuat untuk menaiki ke tingkat berkenaan.
Mereka dapati kawasan lobi lif di tingkat tersebut terbakar dan menemui dua mayat hangus di dalam lif. Punca kebakaran masih disiasat.
- BERNAMA
Global
Pagi semalam, sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Pajero bertembung
sebuah lori sebelum terbabas merempuh pagar di Lebuhraya Persekutuan
seterusnya terhumban tiga meter ke laluan motosikal.
Kejadian menggemparkan ini berlaku kira-kira jam 6.50 pagi.
Berikut adalah gambar keadaan pacuan empat roda terbabit yang dikongsikan Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.
Bagaimanapun, mujurlah sembilan individu yang menaiki kenderaan terbabit termasuk tujuh wanita dipercayai warga Indonesia yang bekerja sebagai pencuci bangunan hanya mengalami cedera ringan.
Padahal kalau tengok keadaan kereta yang terhumban ke bawah, memang mengerikan.
Inilah namanya berpantang maut sebelum ajal.
[Wow] - Berita Tempatan
WESLEY CHAPEL (Florida): Pihak berkuasa berkata seorang pegawai polis
didakwa di mahkamah hari ini kerana menembak mati seorang lelaki selepas
bergaduh kerana menggunakan telefon bimbit ketika menonton teater.
Jurucakap Sheriff, Melanie Snow, berkata ketika kejadian sepasang suami isteri sedang menonton teater “Lone Survivor” di sebuah panggung teater di utara Tampa.
Jurucakap Sheriff, Melanie Snow, berkata ketika kejadian sepasang suami isteri sedang menonton teater “Lone Survivor” di sebuah panggung teater di utara Tampa.
Beliau berkata, pegawai polis Curtis Reeves, 71, meminta salah seorang
pasangan itu, Chad Oulson, 43, agar berhenti daripada menaip mesej.
Tobin berkata, ia menyebabkan mereka bertengkar dan membawa kepada tembakan.
Oulson dan isternya, Nichole kemudian dibawa ke hospital daerah sebelum Oulson disahkan meninggal dunia. Nichole dilaporkan mengalami hanya mengalami kecederaan.
Seorang timbalan sheriff yang bertugas kemudian menahan Reeves dan beliau didakwa kerana menyebabkan kematian. - AP
Global
Nibong tebal: Gara-gara mabuk, sekumpulan remaja lelaki tersilap langkah
apabila membelasah anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan di
luar sebuah pusat hiburan di Bukit Tambun, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Sarjan Goh Boon Hong, 33, bersama tiga rakannya sedang menjamu selera di sebuah restoran berhampiran, sebelum didatangi seorang lelaki yang memaklumkan ada pergaduhan di luar pusat hiburan itu.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Sarjan Goh Boon Hong, 33, bersama tiga rakannya sedang menjamu selera di sebuah restoran berhampiran, sebelum didatangi seorang lelaki yang memaklumkan ada pergaduhan di luar pusat hiburan itu.
Ketika empat anggota polis itu cuba meleraikan pergaduhan, kumpulan
remaja terbabit membelasah mangsa yang disangka rakan kepada lawan
mereka dengan menggunakan kayu dan topi keledar sebelum melarikan diri.
Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan. Ekoran itu, empat remaja berusia 18 dan 19 tahun ditahan polis dengan beberapa rakan mereka kini sedang diburu untuk membantu siasatan.
[Wow] - Jenayah
Gambar hiasan |
TAWAU: Seorang remaja maut dan rakannya parah apabila motosikal dinaiki
mereka bertembung sebuah kereta di Jalan Megah 2, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah, berkata dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Samil, 20, dan merupakan pembonceng mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah, berkata dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Samil, 20, dan merupakan pembonceng mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Rakan mangsa Nuhaimin Amirullah, 21, yang
menunggang motosikal berkenaan patah kedua-dua kaki dan pergelangan
tangan hampir putus manakala pemandu kereta yang berusia 22 tahun tidak
mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari
ini.
Beliau berkata, ketika kejadian Samil dan rakannya dalam perjalanan dari Jalan Tiku menuju ke Batu Tiga, namun apabila sampai di tempat kejadian Nuhaimin dikatakan telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta.
Awang Besar berkata siasatan awal mendapati Nuhaimin tidak memiliki lesen dan kini dirawat di Hospital Besar Tawau. - BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
Dublin: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terbabit dalam
pergaduhan pada lewat malam hanya gara-gara permainan catur, semalam.
Dalam kejadian di utara Dublin itu, polis berkata, mereka dihubungi seseorang dan dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan. Jurucakap polis berkata, mereka pergi ke sebuah rumah di pinggir
Castleknock kira-kira jam 1.50 pagi tetapi terlewat apabila mendapati
lelaki berusia 39 tahun itu sudah meninggal dunia dengan beberapa kesan
tikaman.
“Sehubungan itu, seorang lelaki dari Palermo, Itali ditahan di tempat kejadian,” katanya. Jurucakap itu berkata polis percaya kedua-dua lelaki terbabit berselisih faham dalam permainan catur.
“Sehubungan itu, seorang lelaki dari Palermo, Itali ditahan di tempat kejadian,” katanya. Jurucakap itu berkata polis percaya kedua-dua lelaki terbabit berselisih faham dalam permainan catur.
Pertengkaran itu, katanya, bertukar ganas dan berakhir dengan tragedi. Tidak diketahui sama ada alkohol atau dadah memainkan peranan dalam insiden itu.
Sementara itu polis berkata, seorang lelaki dari Palermo, Itali, Saverio Bellante, 34, mengaku salah atas tuduhan membunuh tuan rumahnya.
Dokumen mahkamah menyatakan, Tom O’Gorman mati ditikam dalam satu pergaduhan pada lewat malam gara-gara permainan catur kelmarin. O’Gorman ialah bekas wartawan The Voice Today, akhbar untuk penganut Katolik dan kini bekerja sebagai penyelidik Katolik di Institut Iona di Dublin.
Dia tinggal sendirian di kediaman keluarganya selepas ibunya meninggal pada 2012. Dia dipercayai menyewakan sebuah bilik di kediaman itu sejak beberapa bulan lalu bagi membantunya menambah pendapatan.- Agensi
Global
Hollywood: Beberapa jam sebelum acara Anugerah Golden Globes
berlangsung, satu insiden menggemparkan tercetus apabila saluran paip
pecah dan memancutkan air kumbahan berbau busuk di laluan karpet merah
untuk bintang ternama yang hadir.
Air hitam pekat itu kelihatan bergenang berhampiran ratusan petugas
media tempatan dan antarabangsa yang menunggu ketibaan bintang terkemuka
Hollywood untuk mempamerkan pakaian terbaik mereka.
Petugas media kemudian meninggalkan tempat itu apabila Jabatan Bomba
Beverly Hills bergegas ke sana bagi membersihkan limpahan air di depan
Hotel Hilton yang popular di Hollywood itu.
Koresponden televisyen E! adalah antara petugas media yang menyaksikan kejadian itu berlaku dalam satu daripada acara selebriti yang ditunggu-tunggu.
Koresponden televisyen E! adalah antara petugas media yang menyaksikan kejadian itu berlaku dalam satu daripada acara selebriti yang ditunggu-tunggu.
Petugas media daripada stesen televisyen itu, Catt Sadler berkata, saluran paip yang pecah memancutkan air hitam pekat ke arah ratusan petugas media yang menunggu ketibaan selebriti Hollywood.
“Tiada hujan di Los Angeles hari ini tetapi kami dilanda banjir,” katanya.
Wartawan Access Hollywood, Billy Bush berkata air kumbahan itu menjejaskan acara karpet merah di Golden Globe kerana persekitaran berbau tengik. - AP
[Wow] - Hiburan
Banting: Hasrat sepasang suami isteri Orang Asli Bukit Chedding,
dekat sini untuk menjual ketulan besi yang ditemui di kawasan kelapa
sawit berhampiran rumahnya terhalang apabila mendapati objek yang
ditemui mereka itu sebenarnya sebutir bom lama yang dipercayai masih
aktif.
Bom berkenaan ditemui jam 10 pagi kelmarin ketika Ramli Asai, 30,
bersama isterinya Noriah Asai,27, ingin menjerat ayam hutan sambil
mencari damar di kawasan itu sebelum menemui objek berkenaan yang
tertimbus dalam tanah.
Ramli berkata, ketika ditemui dalam keadaan separuh tertimbus itu, dia menyangkakan objek berkenaan ketulan besi padu.
“Masa itu saya fikir ia hanya besi buruk dan mengarahkan isteri
membawa balik ke rumah untuk disimpan kerana saya berhasrat untuk
menjualnya.
“Ketika sampai di rumah saya cuba membersihkan ketulan besi itu sebelum menyedari ia sebenarnya bom lama,” katanya ketika ditemui di Kampung Orang Asli Bukit Chedding, dekat sini semalam.
Penemuan itu adalah yang ketiga membabitkan empat butir bom lama dilaporkan di daerah ini selepas Harian Metro melaporkan kejadian sama pada Isnin dan Jumaat lalu.
[Wow] - Berita Tempatan
Kuala Lumpur: Perbuatan seorang kakitangan lelaki sebuah syarikat
insurans yang gila seks hingga sanggup mengintai dan merakam video jiran
wanitanya sedang mandi di Kondominium Bayu Tasik 2, Bandar Tasik
Permaisuri, Cheras, di sini, terbongkar apabila perbuatan itu dikesan
sebelum dia dicekup polis, Sabtu lalu.
Lebih memalukan lelaki berusia 30-an itu nekad melakukan perbuatan
itu pada siang hari dengan menggunakan telefon bimbit semata-mata
dipercayai mahu memenuhi hobi peliknya yang dikatakan hanya sebagai
koleksi ‘suka-suka’.
Dalam kejadian terbaru itu, lelaki yang sudah berkahwin berkenaan sempat
merakamkan video selama 14 saat dari tingkap bilik mandi rumah jirannya
berusia 20 tahun. Perbuatan lelaki itu disedari mangsa yang kemudian
memaklumkan kepada suaminya.
Suami mangsa yang bengang dengan penjelasan isterinya itu turut membuat laporan polis. Hasil laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium berkenaan mendedahkan perbuatan seorang lelaki yang juga jiran mangsa yang menetap di blok bangunan sama.
Suami mangsa yang bengang dengan penjelasan isterinya itu turut membuat laporan polis. Hasil laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium berkenaan mendedahkan perbuatan seorang lelaki yang juga jiran mangsa yang menetap di blok bangunan sama.
Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Fendi, 33, berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah dan bergegas pulang selepas menerima panggilan daripada isterinya mengenai kejadian itu.
[Wow] - Berita Tempatan
Kuala Lumpur: “Setiap kali melalui masjid dan terdengar laungan indah
azan, teringin juga untuk menunaikan solat, namun apakan daya. Menjadi
pantang terbesar untuk menunaikan solat sepanjang pengamalan ilmu mistik
purba ini apatah lagi mengucapkan kalimah suci.
“Sudah lebih 11 tahun saya tidak pernah mendirikan solat,
menjejakkan kaki ke masjid pun menjadi larangan dan sepanjang tempoh itu
juga hidup saya tidak keruan. Wang tidak pernah cukup, mendapat jodoh
jauh sekali. Semua wanita yang ingin saya dekati akan menjauhkan diri.
Mungkin ini musibah terhadap amalan songsang yang saya amalkan selama
lebih satu dekad.”
Demikian luahan Rashid, 34, yang mendakwa mengamalkan ilmu kebal yang
dipelajari daripada datuknya sejak berusia 23 tahun dan sepanjang tempoh
itu, dia perlu berpantang dan larangan yang paling utama ialah tidak
boleh menunaikan solat mahupun mengucapkan kalimah suci.
Menurutnya, kehidupannya sepanjang tempoh ‘gelap’ itu diibaratkan terumbang-ambing tidak ubah seperti orang tidak beragama, malah wang pendapatannya tidak pernah cukup setiap bulan dengan pelbagai musibah menimpanya.
Menurutnya, kehidupannya sepanjang tempoh ‘gelap’ itu diibaratkan terumbang-ambing tidak ubah seperti orang tidak beragama, malah wang pendapatannya tidak pernah cukup setiap bulan dengan pelbagai musibah menimpanya.
“Setiap bulan pendapatan saya boleh mencecah ribuan ringgit hasil titik
peluh bekerja dalam sektor swasta, namun setiap kali memperoleh wang
itu, pasti ada sesuatu yang akan berlaku atau menimpa. Kadangkala saya
sendiri tidak faham dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.
[Wow] - Kisah Hidup
REPUBLIK AFRIKA TENGAH – Seorang lelaki Islam menjadi mangsa
kekejaman seorang pelampau Kristian yang telah membakarnya hidup-hidup
sebelum memakan kakinya dalam satu kes balas dendam.
Kejadian menakutkan itu berlaku ketika mangsa menaiki sebuah bas.
Suspek, Ouandja Magloire, juga menggelar dirinya sebagai `Mad Dog’
atau anjing gila itu bersama dengan 20 pemuda yang lain telah memaksa
pemandu bas berhenti sebelum dia memukul mangsa dan menikamnya.
Mad Dog kemudiannya membakar mangsa dan turut memegang salah satu kaki mangsa, lalu memakannya.
Mad Dog mengaku berbuat demikian selepas mendakwa orang Islam
bertanggungjawab terhadap kematian isteri dan anak dalam kandungannya
serta kakak iparnya.
Saksi yang berada di situ tidak masuk campur namun merakamkan aksi kejam berkenaan dalam telefon bimbit.
“Salah seorang lelaki telah memegang tangan mangsa dan mereka
kemudiannya membeli roti sebelum mula mengunyah daging mangsa bersama
roti.
“Ia membuat orang ramai yang berada di situ muntah dan menjerit ketakutan.,’’ kata saksi terbabit.
Keganasan agama di Republik Afrika Tengah semakin menjadi-jadi dalam
masa beberapa bulan ini terutama selepas perletakan jawatan presidennya,
Michel Djotodia pada Jumaat lalu.
Michel menjadi presiden Islam yang pertama memerintah negara yang majoriti penduduknya beragama kristian.
Perbuatan makan orang ini mengingatkan kembali kepada pemerintah Republik Afrika Selatan, Jean Bedel Bokassa pada 1966 dan 1979.
Selain seorang diktaktor, Jean juga dituduh makan daging manusia
dalam hidangannya dan memberi makan daging penentangnya kepada binatang.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments