REPUBLIK AFRIKA TENGAH – Seorang lelaki Islam menjadi mangsa
kekejaman seorang pelampau Kristian yang telah membakarnya hidup-hidup
sebelum memakan kakinya dalam satu kes balas dendam.
Kejadian menakutkan itu berlaku ketika mangsa menaiki sebuah bas.
Suspek, Ouandja Magloire, juga menggelar dirinya sebagai `Mad Dog’
atau anjing gila itu bersama dengan 20 pemuda yang lain telah memaksa
pemandu bas berhenti sebelum dia memukul mangsa dan menikamnya.
Mad Dog kemudiannya membakar mangsa dan turut memegang salah satu kaki mangsa, lalu memakannya.
Mad Dog mengaku berbuat demikian selepas mendakwa orang Islam
bertanggungjawab terhadap kematian isteri dan anak dalam kandungannya
serta kakak iparnya.
Saksi yang berada di situ tidak masuk campur namun merakamkan aksi kejam berkenaan dalam telefon bimbit.
“Salah seorang lelaki telah memegang tangan mangsa dan mereka
kemudiannya membeli roti sebelum mula mengunyah daging mangsa bersama
roti.
“Ia membuat orang ramai yang berada di situ muntah dan menjerit ketakutan.,’’ kata saksi terbabit.
Keganasan agama di Republik Afrika Tengah semakin menjadi-jadi dalam
masa beberapa bulan ini terutama selepas perletakan jawatan presidennya,
Michel Djotodia pada Jumaat lalu.
Michel menjadi presiden Islam yang pertama memerintah negara yang majoriti penduduknya beragama kristian.
Perbuatan makan orang ini mengingatkan kembali kepada pemerintah Republik Afrika Selatan, Jean Bedel Bokassa pada 1966 dan 1979.
Selain seorang diktaktor, Jean juga dituduh makan daging manusia
dalam hidangannya dan memberi makan daging penentangnya kepada binatang.
No comments
Post a Comment