Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Maut Dibelasah Kerana Permainan Catur !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Dublin: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan pada lewat malam hanya gara-gara permainan catur, semalam.

Dalam kejadian di utara Dublin itu, polis berkata, mereka dihubungi seseorang dan dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan. Jurucakap polis berkata, mereka pergi ke sebuah rumah di pinggir Castleknock kira-kira jam 1.50 pagi tetapi terlewat apabila mendapati lelaki berusia 39 tahun itu sudah meninggal dunia dengan beberapa kesan tikaman.
“Sehubungan itu, seorang lelaki dari Palermo, Itali ditahan di tempat kejadian,” katanya.
Jurucakap itu berkata polis percaya kedua-dua lelaki terbabit berselisih faham dalam permainan catur.

Pertengkaran itu, katanya, bertukar ganas dan berakhir dengan tragedi.
Tidak diketahui sama ada alkohol atau dadah memainkan peranan dalam insiden itu.
Sementara itu polis berkata, seorang lelaki dari Palermo, Itali, Saverio Bellante, 34, mengaku salah atas tuduhan membunuh tuan rumahnya.

Dokumen mahkamah menyatakan, Tom O’Gorman mati ditikam dalam satu pergaduhan pada lewat malam gara-gara permainan catur kelmarin. 
O’Gorman ialah bekas wartawan The Voice Today, akhbar untuk penganut Katolik dan kini bekerja sebagai penyelidik Katolik di Institut Iona di Dublin.
Dia tinggal sendirian di kediaman keluarganya selepas ibunya meninggal pada 2012. 
Dia dipercayai menyewakan sebuah bilik di kediaman itu sejak beberapa bulan lalu bagi membantunya menambah pendapatan.- Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments