Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



KIRA-KIRA 80km sebelah barat daya dari ibu kota Provinsi Turki  ”Antalya”, bersebelahan dengan bandar Cirali di sebelah barat daya Turki , Ada batu yang terus menyala ini terletak di sebuah gunung yang berbatu dan di dalam batu itu terus mengeluarkan Api yang menyala selama ribuan tahun lamanya.
Puluhan titik nyalaan api itu membakar di bahagian yang berhampiran dengan gunung ,sebab-sebab api menyala kerana terdapat gas metana yang bermasalah yang keluar melalui lubang pengudaraan.


Penduduk Turki menyebut Batu Terbakar itu dengan sebutan Yanartas , dan mereka menganggarkan bahawa api itu telah menyala selama 2500 tahun lamanya. Lubang ventilasi tersebut merupakan pelepasan terbesar dari gas metana abiogenic yang dijumpai atas tanah setakat ini.

Selama beratus-ratus tahun yang lalu , para nelayan Turki boleh melihat nyalaan api itu dari laut dan mereka sering memanfaatkannya sebagai penunjuk arah untuk mengemudi arah kapal , tapi saat ini Batu Terbakar itu lebih sering digunakan oleh para pendaki untuk memasak dan membancuh teh atau sebagai penghangat disaat cuaca sejuk .


Nyalaan api itu, menurut beberapa literatur kuno , telah melahirkan sebuah mitos tentang Chimera , Menurut Mitos Chimera di gambarkan sebagai binatang bernafas api , dengan tubuh dan kepala berbentuk singa, dan sebuah kepala kambing yang tumbuh dari punggungnya , dan ekor yang hujungnya berupa kepala ular.

KEJADIAN ini dipercayai berlaku di Thailand, dimana seorang bayi yang sudah meninggal dikatakan masih tumbuh rambut, gigi dan kuku.
Kisah ini bermula apabila seorang ibu pada suatu malam bermimpi di datangi oleh bayinya yang telah meninggal beberapa hari sebelumnya.
Dalam mimpinya, ibu muda ini mendapat mesej dari anaknya agar dia memindahkan jasad ke tempat lain.
Bayi tersebut mengatakan bahawa dia tidak selesa tinggal di tempat pengkebumiannya tersebut kerana di ganggu oleh penghuni-penghuni kubur yang lain.
Paginya, wanita berkenaan bergegas bercerita pada suaminya tentang mimpi yang di alami semalam.
Pada mulanya suami keberatan untuk memenuhi permintaan isterinya untuk membongkar makam anaknya.
Namun akhirnya suaminya bersetuju kerana isteri merengek dan meminta tunaikan hajat anaknya yang telah meninggal.
Setelah sampai perkuburan kubur sang bayipun di bongkar, namun betapa terkejutnya kedua orang tua bayi tersebut kerana bayi yang telah meninggal tersebut telah tumbuh rambut, kuku dan gigi.
Hingga sekarang wanita tersebut masih mencukur rambut si mayat bayi dan memotong kukunya.
Hingga kini kejadian aneh tersebut sering jadi tontonan warga tempatan.







Kuantan: “Kami berlari ke arah bas kerana mahu mendapat tempat duduk dan ketika itu saya melihat Adam terjatuh dan digilis,” kata rakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semambu, dekat sini, yang maut digilis bas sekolah petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Adam Daniel Abdullah, 13, meninggal dunia selepas parah di kepala dan anggota badan akibat digilis kenderaan terbabit.
Rakannya yang mahu dikenali sebagai Rafi, 13, berkata, sebelum kejadian, dia bersama Adam menunggu bas untuk pulang ke rumah masing-masing di Taman Semambu di sini.

“Melihat bas sekolah tiba, kami dan beberapa pelajar lain berlari ke arah bas yang ketika itu masih belum berhenti sepenuhnya kerana mahu mendapat tempat duduk dan tidak perlu berdiri sepanjang perjalanan.
“Ketika berpusu-pusu ke arah bas berkenaan, Adam tiba-tiba terjatuh berhampiran bas lalu digilis di depan mata saya,” katanya di sini, semalam.

Dia berkata, beberapa pelajar lain yang melihat kejadian itu memanggil guru untuk menarik mangsa keluar dari bawah bas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba beberapa minit kemudian.

“Saya sentiasa terbayang kejadian berkenaan kerana dia rakan yang mati di depan mata hanya kerana kami berebut mahukan tempat duduk,” katanya.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir danTrafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, ketika melihat bas sampai di depan sekolah, kumpulan pelajar itu berpusu-pusu.

Bintulu: Dua beradik perempuan masing-masing berusia tiga dan empat tahun ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Baru Seberang, Taman Sebiew di sini, petang tadi.
Kebakaran dipercayai berlaku pada jam 1.15 petang mengorbankan Christina Christy anak Eddy serta adiknya Olivia Natasha selepas kedua-dua dilaporkan gagal menyelamatkan diri berikutan api marak. 
Ketua Bomba dan Penyelamat Balai Bintulu Di Hatta Gobil berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama abang dan kakaknya di rumah manakala ibu bapa mereka keluar bekerja. 

Beliau berkata, bagaimanapun, abang dan kakak mangsa masing-masing berusia enam dan lapan tahun sempat keluar menyelamatkan diri namun mangsa terperangkap sebelum ditemui rentung di dapur.
"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.17 petang sebelum mengerahkan lapan anggota ke lokasi kejadian.
"Bagaimanapun, kami berdepan kekangan kerana jentera tidak boleh memasuki lokasi kejadian berikutan ketiadaan jalan raya. 

"Kami terpaksa menggunakan perahu milik penduduk kampung berkenaan untuk membawa peralatan ke lokasi kebakaran dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2 petang," katanya.

-HM


KEJADIAN ini dipercayai berlaku di China apabila seorang mahasiswa dari China Central Academy of Fine Arts  membawa scooter sambil bogel dan membawa salib gergasi dianggap sebagai seni olehnya.
Tindakannya telah menjadi sebutan orang ramai di negara itu dan yang menyifatkan ia tidak bermoral.
Sebelum ini remaja tersebut pernah dirakam apabila membawa skuter dalam keadaan bogel dan membawa sex doll  di tengah pekan Wangjing. Dan yang paling terbaru dirakamkan lagi dengan keadaan yang sama tetapi kali ini membawa salib gergasi.


Remaja itu mengaku dirinya dalam media sosial China dan menyatakan nama adalah Li Binyuan.
Dia menyatakan semua ini adalah keranaseni dan tak ada maksud lain.





KOTA BHARU 26 Feb. - Keluarga seorang pelajar sekolah tahfiz yang mayatnya ditemui tergantung di dalam tandas sekolah berkenaan pada Disember tahun lalu memohon diadakan inkues bagi menyiasat punca sebenar kematian pelajar itu.

Bapa pelajar itu, Wan Abdul Rahman Wan Yaakob, 68, berkata, inkues perlu diadakan kerana yakin anaknya, Wan Ahmad Faris, bukannya mati kerana membunuh diri.

"Saya yakin anak saya mati dibunuh berdasarkan beberapa petunjuk dan inkues ini perlu diadakan untuk membersihkan nama arwah dan nama kami sebagai ibu bapanya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini hari ini. - BERNAMA


Utusan


SETELAH berkongsi beberapa gambar anaknya Engku Aleesya di akaun Instagram, sebuah laman blog hiburan menggunakan gambar tersebut dengan tujuan menunjukkan kononnya Engku Aleesya bersedih tanpa ibunya (Erra Fazira) di sisi.
Menariknya Engku Emran menggunakan teknik “sindiran” untuk menepis dakwaan tak masuk akal itu.
Gambar di atas dikongsikan dengan penerangan “sindiran” di bawah oleh Engku Emran.

Diharap para peminat di luar sana boleh menarik nafas lega selepas membaca penerangan Engku Emran. Mereka bertiga baik-baik sahaja dan tenang. Tak kusut walaupun difitnah dengan dakwaan yang tak masuk akal. Apa pun semoga Allah memberikan kekuatan untuk mereka bertiga mengharungi kehidupan selepas ini.





BUKIT MERTAJAM – Kekecohan telah tercetus bilamana satu jenazah yang telah lengkap dikafankan telah ditemui ditepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat dan ianya dipercayai mayat seorang lelaki warga asing.

“Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.
Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.
“Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut  masih dijalankan,” katanya. – BERNAMA


Bagi para guru, eOperasi tidak asing lagi buat mereka kerana ia digunakan untuk mengemaskini maklumat peribadi yang kemudiannya akan disahkan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Besar.
Bagaimanapun, seorang guru berkongsi di akaun Facebook miliknya satu cakupan skrin yang agak menarik di mana pada bahagian MAKLUMAT PASANGAN di eOperasi, terdapat bahagian ‘Tambah Pasangan’.
Sudah pasti, bahagian ini berguna untuk para lelaki yang mempunyai pasangan lebih daripada seorang.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan seberapa banyak kali jumlah ‘Tambah Pasangan’ yang boleh diisi di ruangan tersebut.
Apa pun, ini tidak bermakna kami memperolok-olokkan mereka yang beristeri lebih daripada seorang apatah lagi menggalakkan guru menambah bini.
Anggaplah ia sekadar perkongsian kerana bukan mudah hendak jumpa laman web yang menyediakan ruangan untuk diisi maklumat pasangan lebih daripada seorang, betul tak? - REM RAMZI
Sumber: Facebook Mat Jan


Sebelum ini memang terdapat pelbagai penyelidikan mengatakan kekerapan pasangan suami isteri mengadakan hubungan seks dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi selain dapat membakar kalori tubuh badan.
Terbaharu, menerusi penyelidikan yang dijalankan oleh pakar psikologi dari Universiti Maryland, Washington, mengadakan hubungan seks dengan lebih kerap dapat meningkatkan tahap kepandaian seseorang individu tersebut.
Menurut Dailymail UK, kajian yang dijalankan ke atas anak tikus menunjukkan selepas mengadakan hubungan kelamin, ianya meningkatkan saraf neuron yang terletak di dalam hippocampus di mana ianya merupakan bahagian otak yang bertanggungjawab menyimpan memori jangka panjang.
Dan selepas menghentikan aktiviti seksual, daya ingatan serta kepandaian mereka (anak tikus) mula menurun.
“Kami mendapati selepas membuat penyelidikan ini, walaupun terdapat penghasilan neuron baru, daya kepandaian akan menurun sekiranya mereka (bahan kajian) tidak mengadakan hubungan seksual dalam jangka masa yang lama,” kata pakar psikologi yang menjalankan kajian tersebut.

Polis kini sedang mencari sekumpulan remaja yang dipercayai terlibat dengan kes rompakan di kedai serbanika 7 Eleven sekitar  Jalan Kuchai Lama dan Taman Desa, Kuala Lumpur.
Sekurang-kurangnya tiga kes rompakan bersenjata dilakukan oleh kumpulan ini yang dipercayai berusia di bawah 17 tahun.
Berdasarkan rakaman CCTV, remaja lelaki yang terlibat nampaknya benar-benar berani apabila tidak mengenakan topeng muka ketika menyamun wang tunai dan rokok ketika merompak.
Menurut sumber polis, rompakan pertama dilakukan kumpulan ini pada jam 8.40 malam 9 Februari lalu di Happy Garden, Kuchai Lama dengan bersenjatakan parang melibatkan wang tunai RM500.
Rompakan sama diteruskan pada 12.34 tengah hari, 20 Februari di mana wang tunai RM41.10 dan rokok bernilai RM257 dilarikan, disusuli kejadian 29 Februari di Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama melibatkan wang tunai RM99.25 dan lebih 50 kotak rokok yang dianggarkan bernilai RM699.25.
Kini, gambar kesemua suspek sudah diedarkan dan ditampal di setiap cawangan 7 Eleven untuk membantu proses mengesan mereka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 kerana melakukan rompakan bersenjata.

Nigeria – Bapa syaitan merupakan gelaran paling sesuai untuk diberikan kepada seorang lelaki, Chris Elvis, 30, yang sanggup memasang mangga di mulut anak lelakinya yang berusia empat tahun kerana budak itu dianggapnya sebagai `anak syaitan’.
Elvis memasang mangga itu kerana mahu menutup mulut anaknya yang menangis ketika dia membelasah si kecil itu.
Dia mendakwa budak itu membawa nasib malang kepadanya dalam beberapa hari ini.
Selepas memukul budak malang itu, dia melekapkan seterika panas di seluruh budak itu sebelum menguncinya dalam tong plastik.
Ibu budak itu menghubungi polis selepas dia menemui mayat anaknya dalam keadaan ngeri ketika pulang dari pasar.
Ketika ditangkap, Elvis berpura-pura bahawa dia sakit mental namun telah disahkan oleh pihak berkuasa bahawa dia normal.
Dia kini ditahan selepas didakwa membunuh.

Kadang-kadang terfikir juga, kalau pun usia masih muda takkanlah remaja-remaja sekarang tak boleh fikir sesetengah status boleh menjatuhkan maruah mereka?
Sebabnya, sudah terlalu banyak status bodoh dan mengaibkan yang dikongsikan di laman Facebook namun ia nampaknya tidak memberi pengajaran kepada sebilangan orang untuk ambil pengajaran.
Contohnya status di atas, remaja terlibat begitu bangga bercerita dia baru sahaja diraba boyfriend dan bercadang untuk mengulanginya kerana rasa seronok. Tak padan dengan usia muda dan bertudung pula tu!
Akibatnya, ramailah lelaki yang ambil kesempatan menjual minyak di akaun Facebook remaja tersebut.
Dalam bahasa lain, lelaki jenis hidung belang dapat berasakan di tahap mana akhlak remaja perempuan ini jadi masing-masing pun mencuba nasib kot-kot boleh tumpang sekaki dapat barang free.
Nak salahkan lelaki sepenuhnya pun tak boleh juga kalau dah yang perempuan awal-awal lagi dah bagi ‘hint tahap moral dirinya kan?
KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia berasa amat kecewa dan membantah penyiaran iklan berbaur sensitif yang dipaparkan di tempat duduk dalam pesawat milik AirAsia.
Iklan tersebut yang dikatakan untuk mengiklan produk anak syarikat AirAsia iaitu Tune Insurance Malaysia tertulis perkataan “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses.”
Persatuan Perubatan Malaysia turut mendesak agar pihak Air Asia untuk menarik balik iklan tersebut dengan segera dan memohon maaf kepada jururawat di seluruh Malaysia.
Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dato’ Dr. N.K.S. Tharmaseelan, iklan tersebut telah  memperkecilkan kerjaya sebagai jururawat dan dianggap agak melampau.
Tambah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia itu lagi, iklan itu jelas menunjukkan ketidakfahaman pengiklan akan peranan jururawat  yang mana asasnya adalah untuk menjaga pesakit dengan cara terbaik tanpa mengira siang atau pun malam.
“AirAsia merupakan syarikat penerbangan terkemuka di negara ini. Iklan tersebut akan dapat dilihat di semua laluan perkhidmatan mereka termasuk pelancong warga asing. Ia secara tidak langsung telah memberi gambaran yang buruk mengenai jururawat di Malaysia. Perbuatan menggambarkan kerjaya jururawat sebagai sesuatu yang buruk adalah sangat tidak adil. AirAsia sepatutnya menyemak iklan yang ingin digunakan sebelum menerima secara bulat-bulat daripada agensi yang menghasilkannya.” jelas Dato’ Dr. N.K.S. Tharmaseelan, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia. -AWANI

Terpancar wajah kegembiraan pasangan bahagia Linda Hashim dan Beego yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan semua, kandungan Linda kini sudah berusia 32 minggu, namun, dalam kesibukan membuat pelbagai persiapan bagi menyambut kehadiran orang baru, dia sempat mengabadikan foto kenangan sebelum kelahiran bayinya.

Melalui laman sosial Instagram milik Linda sendiri, dia telah menggunakan khidmat jurugambar professional untuk merakamkan saat indah bersama suami tercinta.
Nampaknya, Linda juga tidak ketinggalan dalam merakamkan saat-saat indah bersama suami dan bakal cahaya mata seperti aktress-aktress jelita yang lain.
Untuk pengetahuan anda, pasangan ini telah memilih pantai Morib sebagai lokasi utama dan menggunakan warna putih sebagai tema berlatarbelakangkan alam semulajadi.
Lebih menarik, walaupun Linda sedang sarat mengandung, foto-foto yang diambil kelihatan cukup cantik dan segar hingga menjadikan penampilan Linda kelihatan eksklusif, menawan dan semakin berseri-seri.

 - Oh Bulan






SIAPA tak terpikat dengan kecantikan pelakon dan pengacara kacukan Melayu-Arab ini, malah, pemilik nama Nor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa punya pakej lengkap sebagai selebriti dan aura tersendiri.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki yang ingin mendekati dan menjadikannya sebagai teman istimewa mereka tak kurang pula yang ingin memperisterikannya.

Diusik soal cinta dan jodoh, walaupun Neelofa tidak meletakkan syarat tertentu, namun dia mengakui ingin calon pilihannya nanti mendapat restu daripada orang tua serta keluarganya.

Bahkan, anak ketiga daripada sepuluh beradik yang sering saja menjadi perhatian lelaki ini rupanya lebih selesa berkawan dengan lelaki berusia.

“Saya seorang yang simple dan easy. Asalkan saya selesa dan paling penting disukai ibu saya itu sudah cukup. “Tapi saya tak mahu letakkan apa-apa syarat dan kriteria tertentu, kerana kita takkan dapat orang yang betul-betul kita nak. Setiap orang berbeza dan unik, apa yang pentingnya keserasian dalam hubungan. “Jadi, jika berjumpa dengan orang yang benarbenar sesuai dengan karakter saya akan terima.

Tapi apa yang paling penting saya mahukan seorang yang bijak dan lebih berusia, kerana mereka lebih matang,” katanya. Akui masih belum menemui calon yang sesuai, pelakon cantik ini berkata, dia lebih selesa berkawan dengan sesiapa saja yang ingin mendekatinya.

Bagaimanapun restu orang tua tetap diutamakan terlebih dahulu. “Bukan mudah mencari pasangan yang benarbenar memahami serta ikhlas, setakat ini saya belum jumpa yang sesuai.

“Lagipun, ramai kawan saya yang berkahwin muda mempunyai masalah akhirnya bercerai,” katanya yang tidak mahu menjadikan percintaan sebagai fokus utamanya memandangkan dia lebih memberikan tumpuan terhadap karier bagi jaminan masa depan.

Menurut pelakon filem Lemak Kampung Santan ini, umur bukan penentu seseorang itu untuk melangkah ke fasa seterusnya, namun dirinya perlu lebih matang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Sekarang ni fokus saya nak kumpul duit beli rumah dan mencapai cita-cita saya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya.

Tidak kisah dibenci 

Lumrah bergelar selebriti pasti ada yang menyanjungi, tak kurang juga yang membenci. Bagi pelakon drama Kau Yang Terindah ini, dia juga tidak kisah andai ramai yang tidak menyukainya, namun dia sangat berterima kasih kepada peminatnya yang sentiasa bersama-sama dan menyokong kariernya.

“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih di atas sokongan positif daripada peminat dan media yang sudi bekerjasama dengan saya. Susah saya nak capai cita- cita tanpa bantuan semua.

“Tentang orang yang membenci saya tak fikir dan tak kisah apa pun tentang mereka yang penting, saya tak mahu respons mereka apa-apa,” katanya

Menurut Neelofa, laman sosial miliknya juga pernah dihujani dengan pelbagai kutukan dan cacian, namun dia lebih  selesa membiarkannya berlalu begitu sahaja.

"Kalau dilayan ia pasti semakin menjadi. Lebih baik saya diam sahaja.  Terpulanglah mereka nak kata apa. Namun hakikatnya, saya dah banyak berubah ke arah yang lebih baik,” katanya.

Masih lagi menerima kritikan yang hebat gara-gara menyarungkan fesyen jumpsuit ketika mengendalikan Anugerah Meletop Era, baru-baru ini, Neelofa berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya. Bagaimanapun, dia tidak mahu lagi memperbesarkan lagi isu tersebut.

“Saya tak rasa cemar imej saya, kerana perkara itu melibatkan banyak pihak, bagi saya itu adalah perkara normal,” kata Neelofa yang akan lebih berhati-hati selepas ini.

Jual tudung

Seperti selebriti lain, aktres berusia 25 tahun ini, juga tidak ingin melepaskan peluang menceburi bidang perniagaan.

Kini, Neelofa sudah mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan menjual tudung.

“Saya menjadi pembekal kepada sebuah tudung di Labenon iaitu Bakutta, bagi saya ada sesuatu yang menarik tentang tudung ini.

“Disebabkan itu saya bersedia untuk membekalkannya di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu, dia mahu penuhi segala harapan ibu bapanya dan berazam membalas jasa mereka sekali gus berusaha menggembirakan mereka.

“Tahun ini saya tak nak bazirkan, saya mahu apa yang saya rancang akan tercapai,” katanya yang mahu mengejar kejayaan hasil titik peluh sendiri sekali gus membeli aset untuk masa hadapan.

Sertai filem muzikal

Menyentuh mengenai karier seninya, Neelofa mengakui, dia kini semakin banyak menerima tawaran dalam bidang lakonan.

Malah pengacara Meletop ini memberitahu, dia terpaksa memilih supaya jadualnya tidak terlalu padat dengan tawaran lakonan semata-mata.

“Saya sedang menjalani penggambaran filem Sinaran. Ini kali pertama saya menjalani penggambaran filem muzikal. Memang ia satu cabaran baharu bagi saya, dan saya suka dengan kelainannya kerana bergenrekan muzikal.

“Saya kena mula hafal lagu dan menari, jadi badan tu agak letih. Mungkin selepas ini saya sambung dengan tawaran lain untuk seimbangkan lakonan dan pengacaraan,” katanya yang akan menjalani penggambaran di
Singapura pada awal bulan ini.


Sejak kebelakangan ini ramai betul yang prihatin dan menjadi pemerhati kisah percintaan antara Qi Razali dengan kekasihnya, Nelydia Senrose.
Mana tidaknya, sejak Qi meluahkan perasaan cemburu melihat foto mesra Sharnaaz Ahmad dan Nelydia di laman sosial, ramai peminat menganggap hubungan mereka sedang bermasalah.
Namun Qi lama-kelamaan dapat menerima hakikat bahawa ianya sekadar lakonan dan merupakan strategi untuk mempromosikan drama lakonan Nelydia dan Sharnaaz.
Antara gambar yang dimuat naik dalam Instagram Sharnaaz
Malah Sharnaaz juga dilihat semakin kurang berkongsi foto-fotonya dengan Nelydia dengan caption romantis yang mampu membangkitkan rasa cemburu Qi.
Sejak dari itu, OHBULAN! fikirkan kontroversi berkenaan telah tamat, tapi sayangnya baru-baru ini timbul semula spekulasi yang kurang enak melibatkan ketiga-tiga mereka.
Peminat mula mengesyaki sesuatu apabila Nelydia dilihat telah memadam hampir keseluruhan gambar Qi di laman Instagram tanpa diketahui sebab musababnya.

Namun menerusi laman Instagram Qi pula, pengacara rancangan Art Attack itu menempelak beberapa respon peminat yang tidak berpuas hati dengan tindakan Nelydia. Menurut Qi, tujuan berkongsi gambar bukan untuk dijadikan bahan ukuran kehidupan peribadi mereka.

Tidak cukup dengan itu, ada juga berpendapat gambar yang dimuat naik oleh Sharnaaz baru-baru ini mempunyai kaitan rapat dengan isu gambar Qi dipadam.

Tambahan pula terdapat kisah lain daripada sumber-sumber terdekat yang mengatakan Sharnaaz dan Nelydia tidak hanya bercinta di dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, malah di luar set penggambaran juga.
Namun selagi tuan punya badan tidak mengesahkan perkara ini, kita anggap sahaja ianya sekadar khabar angin yang tidak berasas. Barangkali Sharnaaz hanya sayangkan Nelydia sebagai seorang adik.

Ohbulan.com


JAKARTA - Kehebatan seorang ustaz yang tidak dikenali dan dipercayai mempunyai kuasa sakti untuk menggandakan wang di Jawa Timur, mula tersebar di laman web perkongsian video, YouTube beberapa hari lalu.

Rakaman itu kini mula heboh diperkatakan dan lawan web, Merdeka.com, melaporkan bahawa wang dalam nilai seratus ribu dan lima puluh ribu rupiah dilihat membukit dihadapan ustaz itu sambil tangannya terus menerus mengeluarkan wang daripada belakang pinggangnya.

Wang yang dilihat dalam rakaman itu dipercayai dihasilkan oleh ustaz tersebut melalui cara yang luar biasa dengan menggunakan kuasa saktinya.

Dalam laman perkongsian video itu, lelaki tersebut yang memakai jubah putih dan berserban hitam duduk di atas sebuah kerusi.

Untuk mendapatkan wang, dia hanya perlu meletakkan tangannya ke belakang badan dan dengan sekelip mata sejumlah wang akan berada di tangannya dan kemudian dicampakkan ke lantai bersama sejumlah wang lain.


KUALA LUMPUR –  Seorang pemandu pelancong maut selepas ditembak dari jarak dekat di depan sebuah klinik di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama di  sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.17 malam itu, mangsa dikenali sebagai S Devanathan, 27, yang terkena dua das tembakan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sebelum kejadian, mangsa menaiki sebuah kenderaan bersama seorang lagi rakannya untuk keluar minum di sebuah restoran.

“Tiba-tiba sebuah kereta Proton BLM yang dinaiki oleh empat suspek melanggar bahagian belakang kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa dan rakannya itu,” katanya.

Beliau berkata, rakan mangsa kemudian keluar dari kenderaan untuk melihat keadaan dan pada masa sama salah seorang daripada empat lelaki itu keluar lalu menjerit dengan kata-kata ‘You patut kena potong’.

“Mangsa cuba melarikan diri sejauh tujuh meter sebelum ditembak tiga das di mana dua das tembakan mengenai badan dan salah satunya menembusi mulut mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Khairi berkata, suspek kemudian melarikan diri, sebelum orang awam menghubungi polis dan pasukan bantuan perubatan.

Siasatan polis di tempat kejadian menemui kesan percikan darah, satu kelongsong peluru dan dua slug peluru dipercayai dari senjata pistol automatik yang digunakan suspek menembak mangsa.

Susulan kejadian itu, pihaknya menahan dua individu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurutnya, siasatan awal mendapati salah seorang daripada empat lelaki yang berada dalam kereta Proton BLM itu dikenali mangsa.

“Kita masih menyiasat motif kejadian. Kita juga akan meneliti rakaman CCTV di kawasan itu dan mohon mana-mana individu yang melihat kejadian tampil memberi maklumat,” katanya.
Penyanyi sensasi, Nicki Minaj, dikatakan disaman kerana tindakannya menciplak beberapa rekaan rambut palsu. 


Terrence Davidson yang pernah menjadi penata gaya rambutnya dan pembuat rambut palsu, meminta penyanyi itu membayarnya M99 juta kerana beliau mendakwa Minaj menipu dirinya dan menjual rambut palsu berdasarkan rekaannya. 


Lelaki terbabit merancang untuk memfailkan saman pada Jumaat lalu di sebuah mahkamah di Atlanta, menurut entertainment.time.com. 


Davidson mendakwa beberapa rekaan seperti rambut palsu dengan tocang atas berwarna merah jambu, rambut palsu bulu musang dan rambut palsu separuh perang separuh merah jambu serta rambut palsu superbass ialah ciptaannya. 

Nafi dakwaan 

Menurut peguam lelaki berkenaan, Christopher Chestnut, peguam Minaj mungkin akan menafikan dakwaan terbabit. 

“Kami tidak perlu untuk merujuk kepada undang-undang harta intelek. Ini perkara asas moraliti Amerika. Minaj menipu lelaki ini,” katanya. 

Minaj dan Davidson mula bekerjasama pada Januari 2010, sebelum beliau mencipta kejayaan menerusi album perdana, Pink Friday.

Riyadh: Seorang polis wanita Saudi mati selepas ditampar oleh rakannya ketika bergaduh.
Pemeriksaan menunjukkan mangsa diserang darah tinggi ketika kejadian.
Anggota itu baru tiba untuk tugas syif malam di balai polis di Makkah apabila dia bertengkar dengan seorang lagi anggota polis wanita.
“Mangsa ditampar di muka menyebabkan dia rebah.
Rakannya yang lain mengejarkan dia ke hospital tetapi dia mati tidak lama selepas itu.
“Doktor berkata dia mengalami tekanan darah tinggi,” lapor akhbar tempatan, Makka.
Rakan yang menampar mangsa ditahan tetapi laporan forensik berkata, tindakannya menampar mangsa tidak boleh menyebabkan dia mati.


- Agensi

Changsha (China): Seorang lelaki terpaksa melalui pengalaman menyakitkan ketika doktor mengeluarkan 42 butir permata dari badannya selepas dia diperdaya ‘pakar perubatan’ alternatif.
Zou Feng - dari wilayah Hunan - berkata, selepas mengadu sakit belakang seorang jiran menyarankan dia bertemu seorang tokoh yang mahir dalam perubatan tradisional.
Lelaki berusia 61 tahun itu mengunjungi ‘pakar’ terbabit pada 2011 dan diberitahu penyakitnya itu luar biasa sehingga ia hanya boleh disembuhkan dengan menanam permata di bawah kulitnya.


Kata Zou, ‘pakar’ berkenaan membuat tebukan kecil pada kulit dan memasukkan permata itu sebelum luka berkenaan dijahit.

“Pesakit lain berkata, kaedah itu berkesan dan saya mahu mencubanya.
“Memang pada peringkat awal selepas dia memasukkan 42 butir permata ke dalam badan, saya berasa sedikit lega,” katanya.


Bagaimanapun, Zou mula menghadapi masalah baru - dia sukar berjalan dan bukan saja belakangnya sakit, malah semua sendi.

Bimbang keadaan semakin parah, Zou pergi semula ke klinik ‘pakar’ berkenaan tetapi kecewa apabila orang yang dicari sudah berpindah.

“Justeru, saya pergi mendapatkan rawatan di hospital biasa,” katanya. 

Sementara itu, Dr Sying Wan dari Hospital Ortopedik Nianlun di ibu negeri Hunan, Changsha berkata, dia tidak pernah menemui kes seperti dialami Zou.

“Mula-mula saya tak tahu apa objek ada dalam badan Zou ketika melihat salinan x-ray sehinggalah dia menceritakan apa yang berlaku,” katanya. 

Menurut Dr Sying, setiap butir permata itu menyebabkan tulang Zou mati, termasuk di sendi pinggulnya yang tidak dapat diselamatkan.- Agensi