Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Dunia teknologi dikejutkan apabila berita pembelian Tumblr oleh Yahoo diumumkan. Syarikat microblogging dan animatedgifHell ini dibeli pada harga USD 1.1 Billion. Mari lihat pejabat syarikat ini. 

Adakah pejabat mereka juga akan swag selepas pembelian pada harga yang mengejutkan ini? Not bad for a company yang mempunyai CEO berumur 26 tahun yang tidak pernah habis sekolah menengah! Damn you David Karp!



Laporan asal BusinessInsider


Tahukah anda ketika ini sedang berlangsung proses pengambaran sebuah filem terbaru arahan Osman Ali berjudul Sejoli yang membariskan pelakon pelakon hebat satu Malaya?
Filem Sejoli yang kini sedang giat menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur menampilkan Maya Karin, Remy Ishak, Bront Palarae dan Izara Aishah sebagai pelakon atau teraju utama.

Jika merujuk kepada filem romantik komedi Osman Ali sebelum ini, Cun! pastinya filem Sejoli ini juga akan menerima sentuhan hebat yang sama — jika tidak lebih hebat dari sebelum ini.

Menerusi Facebook beliau, Osman Ali kongsikan beberapa keping gambar sekitar pembikinan Sejoli yang baru beberapa hari masuk fasa produksi & anda boleh lihat gaya Maya Karin dengan misai palsu beliau. Kelakar. 




Sekumpulan penyelidik di Russia mendakwa wujud hidupan makhluk misteri di planet Kejora (Venus) selepas menganalisis gambar yang diambil satelit negara itu 30 tahun lalu. Imej menunjukkan pergerakan makhluk misteri seakan-akan kala jengking atau ketam di permukaan Planet Venus

Saintis di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Russia, Leonid Ksanfomaliti, berkata penelitian berulang kali ke atas imej yang diambil satelit Venus-13 pada 1982 menunjukkansejenis makhluk misteri berbentuk kala jengking dan ketam yang bergerak ketika dirakam.

Sekumpulan penyelidik di Russia mendakwa wujud hidupan di planet Kejora (Venus) selepas menganalisis gambar yang diambil satelit negara itu 30 tahun lalu.


Saintis di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Russia, Leonid Ksanfomaliti, berkata penelitian berulang kali ke atas imej yang diambil satelit Venus-13 pada 1982 menunjukkan sejenis makhluk misteri berbentuk kala jengking dan ketam yang bergerak ketika dirakam.

“Makhluk itu ‘muncul, bergerak dan kemudian menghilang. Lupakan teori yang menyatakan bahawa tiada hidupan di Planet Venus kerana teori terbaru ialah Kejora dan Bumi kelihatan mempunyai persamaan,” katanya dalam laporan di jurnal Penyelidikan Saintifik Sistem Suria yang dipetik akhbar Daily Mail.

Suhu di planet Kejora sebelum ini dikatakan mencapai 464 darjah Celcius danpermukaannya sentiasa dipenuhi kabus tebal berasid akibat kesan gas rumah hijau di atmosfera.

Saintis di Universiti Teknologi California, Profesor Andrew Ingersoll, berkata teori baru ketika ini memang menunjukkan bahawa Bumi dan Kejora ada persamaan. Beliau berkata ada kemungkinan banyak air di Planet Venus dan ada banyak karbon dioksida di Bumi.

Suatu masa dulu mungkin pernah wujud lautan di Kejora, tetapi saintis percaya tiada cecair di planet itu selama hampir dua bilion tahun. Bagaimanapun, Ksanfomaliti berkata kemungkinan wujud hidupan di planet itu masih tidak boleh dinafikan.

Sementara itu, beberapa pihak berpendapat, kenyataan Ksanfomaliti memerlukan banyak lagi penyelidikan lanjut berikutan wujud beberapa keraguan.

Seorang profesor di Universiti Arizona berpendapat imej makhluk misteri bergerak diambil satelit Venus-13 mungkin tidak menunjukkan adanya hidupan di Kejora. “Ia mungkin hanya komponen mekanikal,” katanya.

Agensi Penyelidikan Angkasa Lepas Amerika (NASA) pula berpendapat, imej bergerak itu besar kemungkinan adalah lensa kamera yang tertanggal dan jatuh di permukaan Kejora.

“Kita perlu kajian lanjut,” kata seorang pegawai agensi itu.
Kemalangan
SARIKEI – Hasrat seorang remaja lelaki dari Sibu untuk berpesta di sebuah pesta ria (funfair) di sini, malam kelmarin bertukar tragedi apabila dia terjatuh dari salah satu mesin permainan di tapak pesta terbabit.

Mangsa yang dikenali sebagai Wong Kiing Lung, 19, pergi ke tapak pesta terbabit bersama rakan-rakannya.

Beberapa rakan mangsa yang ditemui di Hospital Sarikei berkata, setelah mencuba beberapa jenis permainan yang disediakan di tapak pesta terbabit, mangsa mencuba salah satu permainan yang digelar ‘Spider Rider’.

“Kami tidak tahu bagaimana kejadian berlaku. Kami sedang leka menikmati permainan tiba-tiba kedengaran orang ramai menjerit dengan mengatakan ada orang terjatuh dari permainan ‘Spider Rider’.

“Beberapa rakan kami bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa yang terjatuh itu adalah rakan kami.
“Kami melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala,” cerita rakan-rakan mangsa.

Melihat keadaan itu, mereka terus bertindak membawa mangsa ke Hospital Sarikei bagi mendapatkan rawatan.
Mangsa dikhuatiri terjatuh dari ketinggian lebih 15 meter.

Akibat kemalangan tersebut, kepala mangsa terhantuk pada salah satu besi.
Disebabkan kecederaan agak serius, mangsa seterusnya dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bagaimanapun, punca kejadian masih belum diketahui. – THE BORNEO POST
Wanita (2)

Seorang wanita di Fort Lauderdale, Florida, Dania Beach, 55, terpaksa berdiri dalam keadaan menyandar pada sebuah jambatan setinggi 22 kaki dari air kira-kira 20 minit sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.

Alkisahnya, jambatan tersebut merupakan landasan keretapi yang melintasi Sungai New dan boleh dinaikkan untuk laluan bot.

Sangkut

Entah bagaimana Dania boleh mengambil keputusan untuk melalui jambatan tersebut walhal terdapat sebuah laluan untuk pejalan kaki berhampiran kawasan itu.

Sedang dia melalui jambatan tersebut, secara tiba-tiba jambatan itu terangkat perlahan-lahan dan dia tidak sempat untuk berlari ke seberang jalan.
Bagaimanapun, wanita itu sempat berpaut pada trek dalam keadaan menghadap ke hadapan dan menyandar pada landasan.

Saksi kejadian tersebut segera menghubungi pasukan penyelamat yang kemudiannya membantu Dania turun dengan selamat menggunakan tangga sepanjang 24 kaki.
Operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertepuk tangan apabila Dania berjaya dibawa turun.

Itulah, manusia memang suka ambil jalan mudah semata-mata mahu tiba cepat ke destinasi yang dituju. Tak fikir keselamatan diri walhal hidup ini hanya sekali saja.
Nora Danish
Umum terutamanya peminat pelakon, Nora Danish sudah cukup faham akan ‘kegilaan’nya memuat naik gambar-gambar aktiviti hariannya di laman Instagram sejak dulu lagi.

Kini, nama pelakon comel itu semakin kerap disebut lantaran beliau gemar bergambar bersama anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz iaitu Nadeem Nazri.

Biarpun kedua-duanya tidak terlalu berterus-terang mengenai hubungan mereka, namun semua orang sudah mengerti yang mereka memang punya hubungan istimewa.
Bagi Nora, dia ada jawapan yang tersendiri jika ditanya mengapa begitu kerap gambar Nadeem menghiasi akaunnya itu.

Menurutnya, dengan memuat naik gambar jejaka itu, dia berharap agar gosip liar kononnya dia bercinta dengan si polan itu dan ini dapat dihentikan, memetik laporan myMetro Ahad.
“Dan terbukti tindakan itu betul apabila saya tidak lagi dikaitkan dengan pelakon lelaki yang pernah bekerja dengan saya dan juga bekas suami,” katanya.

Tidak mampu menutup mulut mereka yang berfikiran negatif, Nora bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik dan sangat bertanggungjawab biarpun ada yang mempersoalkan kehidupan sosial kekasihnya itu sebelum ini.

“Kami pun bukan sempurna, ada kekurangan yang perlu diperbaiki jika mahu pastikan hari-hari mendatang lebih bahagia,” ujarnya.

Tak mengapalah Nora. Semoga penjelasan ini dapat menutup mulut mereka yang suka mencari kesalahan orang lain walaupun bukan secara keseluruhan.

Baru-baru ini Diana Danielle telah memuat naik beberapa keping gambarnya bercuti di Pulau Langkawi bersama teman.

Namun peminat yang ada telah mengkritik Diana Danielle dan suaminya, Farid Kamil.
Mereka persoalkan kenapa Diana masih tidak memuat naik gambar anaknya.

Terdapat seorang peminat, dengan sengaja menyindir gambar yang dimuat naik dengan alasan Diana sengaja tayang badan yang kurus walaupun telah bersalin.
(Mediamalaya.com)







Tak sudah- sudah mengundang kontroversi berunsur lucah!!!

Tidak cukup dengan video kontroversi dari aplikasi keek, terbaru, pelakon itu mengeluarkan pula gambar sehelai baju T bergambarkan payudara wanita melalui akaun instagram miliknya.

Seharusnya, selaku seorang selebriti, Sharifah Sakinah tidak molek untuk menerbitkan sesuatu yang sensitif dan kontroversi seperti itu melalui sebarang akaun laman sosial.

Tindakan seperti ini secara langsung menunjukkan sikapnya yang kurang matang dengan adat ketimuran. (lamanizzs.blogspot.com)

 

Hotel-hotel yang ada di Malaysia boleh dikatakan kebanyakkanya homogenus. Satu-satunya hotel yang unik yang kami tahu ialah Tubehotel di Langkawi. Di luar negara hotel bertema aneh adalah sesuatu yang biasa dan terdapat juga hotel yang diubah dibina di dalam bangunan-bangunan aneh. Kami pernah paparkan hotel mewah di dalam kapal terbang , hotel yang dibina di dalam bekas penjara dan juga hotel dibina di dalam kren pelabuhan .

Hari ini mari lihat sebuah hotel yang dibina di sebuah bekas stesten minyak di New Orleans USA. Hotel ini asalnya adalah sebuah stesen minyak Sinclair yang dibuka pada tahun 1918. Selepas diubah suai ia menjadi hotel butik yang mempunyai keluasan lantai 2000 kaki persegi. Setiap ceruk hotel ini dipenuhi memorabilia berkait dengan automotif dan stesen minyak. 

Kalau mahu menyewa anda perlu membawa USD 1200 (RM 3600) seminggu.

Laporan asal AutoBlog
The Quaterback

EPISOD terbaharu Glee musim kelima baru-baru ini ternyata meruntun perasaan sebilangan besar peminat drama muzikal tersebut.

Menerusi episod yang didedikasi khas buat Cory Monteith berjudul The Quaterback itu diadakan bagi mengenang mendiang Cory yang memegang watak Finn Hudson.

Rata-rata peminat menulis di Twitter masing-masing bahawa mereka turut mengalirkan airmata ketika menyaksikan episod terakhir buat Finn itu.
Penulis dan pengarah Glee, Ryan Murphy tidak mahu menyebut bagaimana watak Finn mati ketika mengeluarkan watak itu daripada cerita Glee.

“Bagaimana dia mati adalah tidak penting, apa yang penting bagaimana dia sewaktu masih hidup,” katanya.

Episod itu mengandungi himpunan lagu-lagu sentimental seperti I’ll Stand By You yang dinyanyikan watak Mercedes, No Surrender (Puck), If I Die Young (Santana), Fire & Rain (Sam dan Artie) serta Rachel Berry selaku teman wanita Finn menyanyikan lagu Make You Feel My Love, nyanyian asal Bob Dylan.

Aktor berusia 31 tahun itu ditemui mati di bilik hotelnya di Vancouver, Kanada pada 13 Julai akibat pengambilan dadah dan alkohol berlebihan.
Apa yang lebih menyedihkan ialah Monteith dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Lea Michelle dalam jangka masa terdekat sebelum kematian mengejutnya itu.
hailey-scott-600

ANAK kepada rappers kulit putih Eminem iaitu Hailie telah dinobatkan sebagai pemenang bagi pencarian ‘homecoming queen’ di sekolahnya yang terletak di Michigan, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Kebanyakan rakan-rakannya memilih Hailie, 17, kerana mereka menyatakan anak tunggal Eminem itu sebagai seorang gadis yang bijak, penyayang serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dalam dirinya.

Eminem, 40, turut hadir pada majlis tersebut namun dia hanya menonton jauh dari sebuah kelas di situ kerana enggan mencuri ‘spotlight’ anaknya pada malam itu.

Eminem sebelum ini selalu menyelitkan kisah pergolakan rumah tangga dalam lirik lagunya dan nama Hailie turut diabadikan dalam lagu popularnya, Mockingbird.

Penyanyi itu dan bekas isterinya, Kim Scott bercerai pada 2006, namun kedua-duanya bersetuju untuk bersama-sama berkongsi hak penjagaan Hailie.
Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Tasik Putrajaya

PUTRAJAYA – Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tepi Tasik Putrajaya berhampiran Jambatan Seri Saujana, di sini hari ini.

Menurut seorang saksi, Muhammad Fadzlee Md Yatim, 21, beliau sedang bersiar-siar di sekitar tasik itu dan terlihat satu objek terapung pada kira-kira pukul 4.30 petang.

Katanya beliau terkejut apabila menyedari objek itu sebenarnya merupakan mayat seorang lelaki yang berseluar biru gelap tanpa baju, sebelum meminta rakannya menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat berkenaan.

Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat, katanya. – BERNAMA
Mayat

CHE LIJAH – Seorang buruh tidak menyangka bau busuk seperti bau bangkai membawa kepada penemuan mayat bapa mertuanya di sebuah rumah, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Rahsia kematian warga emas itu terbongkar kira-kira jam 6.30 petang apabila menantunya, Ahmad Suhardi Ibrahim, 33, yang ketika itu sedang mencuci peti sejuk di rumahnya terhidu bau busuk datang dari arah rumah bapa mertuanya yang terletak bersebelahan rumahnya.

Menurut Ahmad Suhardi, sangsi dengan bau yang mencurigakan itu, dia terus ke rumah bapa mertuanya lalu memanggil nama mangsa, namun panggilannya tidak disahut.

Dia cuba membuka pintu namun terkunci dari dalam menyebabkan dia mengambil keputusan memecahkan pintu tersebut.

Sebaik pintu terbuka, Suhardi melihat bapa mertuanya dalam keadaan terlentang di ruang tamu.
“Kali terakhir dia datang ke rumah saya pada Isnin lalu untuk menonton televisyen.

“Selepas itu dia tidak datang lagi dan saya pula tidak menjenguknya kerana sibuk dengan urusan kerja, tak sangka dia sudah tiada,” katanya.
Mayat bapa mertuanya yang dikenali sebagai Mamat Yusof, 78, dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Berdasarkan keadaan fizikal mayat, mangsa dipercayai sudah meninggal lebih daripada 48 jam.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacob mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Sinar Harian Online
Kapak

India – Seorang bapa membunuh bayi lelakinya berusia lapan bulan dengan kapak sebagai korban untuk Tuhan Kali.
Lelaki itu cuba melarikan diri selepas kejadian itu tetapi berjaya ditahan penduduk kampung dan diserahkan kepada polis.

Suspek membunuh anaknya di hadapan patung Kali di rumahnya di kampung Narain Purva di daerah Barabanki di negeri Uttar Pradesh.
Isteri suspek difahamkan menyaksikan lelaki itu memenggal leher anak mereka.

Suspek dilaporkan pernah bersama isterinya ke kuil Tuhan Kali untuk mendapatkan anak.
Seorang jurucakap polis memberitahu akhbar Deccan Herald: “Lelaki itu merancang membunuh bayinya selepas dilahirkan.”

Suspek, Rajkumar Chaurasia dilapor membawanya ke kuil untuk melakukan upacara keagamaan.

Dia kemudian membawa mangsa pulang dan mengapak kanak-kanak itu di depan patung ‘Tuhan Kali’ yang dibina di rumahnya.
Chaurasia memberitahu polis dia membunuh anaknya kerana diarahkan berbuat demikian oleh Tuhan Kali.

“Suspek berpendapat tindakannya itu sebagai korban kepada Tuhan Kali dan dapat memberi kebahagian kepada keluarganya,” katanya. Suspek kini ditahan untuk menjalani pemeriksaan mental.“Dia tidak menyesali dengan perbuatannya,” katanya.

Walaupun jarang berlaku, korban manusia kononnya untuk menggembirakan mereka masih berlaku di kalangan sesetengah masyarakat di India.
Kali yang juga dinamakan Durga ialah ‘Tuhan Perempuan’ dikaitkan dengan kematian dan kemusnahan. Ia juga dikaitkan dengan masa dan perubahan.
Ratu-Cantik

CARACAS – Berjuta-juta penduduk Venezuela mengetepikan pandangan politik dan masalah ekonomi mereka pada Khamis lalu hanya untuk menonton pertandingan akhir pertandingan ratu cantik negara tersebut.

Selama beberapa jam, jutaan penduduk itu menonton siaran langsung pertandingan Ratu Cantik Venezuela yang disiarkan di televisyen.
Pertandingan itu dimenangi pelajar jurusan komunikasi dan sains politik di sebuah kolej, Migbelis Castellanos yang berusia 18 tahun.

Dia memiliki ketinggian 1.69 meter, bermata hijau, berambut perang dan berasal dari negeri Zulia merupakan peserta termuda daripada kalangan 26 gadis yang berjaya memasuki pertandingan akhir itu.
Castellanos akan mewakili Venezuela dalam pertandingan Ratu Cantik Universe Dunia pada tahun depan.

Secara tradisinya, ramai penduduk yang menonton siaran langsung pertandingan ratu cantik di negara itu.
Penduduk negara itu berusaha untuk bergelut dengan masalah kadar inflasi yang tinggi, kekurangan makanan asas seperti kertas tandas dan kawalan mata wang yang ketat.

Bagaimanapun, dalam pertandingan edisi ke-61 itu, pertandingan tersebut diadakan di sebuah tertutup stadium utama di sini yang boleh memuatkan seramai 15,000 orang.
Empat tahun lalu, pertandingan tersebut diadakan di lokasi yang lebih kecil disebabkan masalah bajet.

Pertandingan itu juga menjadi popular disebabkan ia dijadikan program realiti dengan jurukamera merakamkan sesi para peserta akhir belajar memperagakan diri, cara memberi senyum dan bercakap.

Sebelum ini, Venezuela telah memenangi enam gelaran Ratu Cantik Universe Dunia.
Industri pembedahan plastik, salun-salun kecantikan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan untuk menyediakan gadis-gadis menyertai ribuan pertandingan ratu cantik di negara ini.

Sekolah-sekolah untuk gadis-gadis mempelajari cara untuk memperagakan diri juga terdapat di Venezuela.

Dalam pada itu, akhbar El Universal melaporkan semalam, Castellanos berkata, dia berasa gembira memenangi pertandingan itu kerana ia buat kali pertama diadakan dalam bentuk program realiti televisyen.

“Saya berasa bangga kerana mencipta sejarah. Program realiti itu telah mengubah pandangan tentang ratu Venezuela kerana mereka dapat mengetahui bahawa kita (para peserta) turut menangis, ketawa, suka makanan manis dan melakukan perkara-perkara yang biasa seperti wanita tulen Venezuela yang lain,” katanya.

Tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh Michelle Bertolini dan ketiga menjadi milik Stephani Dizorzi. – Agensi

Tak perlu diragukan lagi jika lagu ciptaan Denis, vokalis Nirwana band yang bergenre melayu enak di dengar. Baru-baru ini Denis bersama dengan bandnya sukses membawakan single Sudah Cukup Sudah di negeri Jiran, Malaysia.
Bahkan band ini berjaya merangkul penghargaan Anugerah Industri Muzik (AIM) dalam kategori Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara.

Berbekal apresiasi tersebut, Denis telah mencuba mencipta lagu dangdut yang berjudul Nyamuk Malam. Lagu ini akan dibawakan oleh dara cantik kelahiran Jakarta, 6 Desember 1988 yang bernama Bebizie.








"Terharu dan sekaligus gembira juga karena nggak nyangka lagu single perdanaku itu langsung disukai masyarakat," ujar Bebizie kepada wartawan beberapa waktu lalu dikawasan Ampera, Jakarta Selatan.