EPISOD terbaharu Glee musim kelima baru-baru ini ternyata meruntun perasaan sebilangan besar peminat drama muzikal tersebut.
Menerusi episod yang didedikasi khas buat Cory Monteith berjudul The
Quaterback itu diadakan bagi mengenang mendiang Cory yang memegang watak
Finn Hudson.
Rata-rata peminat menulis di Twitter masing-masing bahawa mereka
turut mengalirkan airmata ketika menyaksikan episod terakhir buat Finn
itu.
Penulis dan pengarah Glee, Ryan Murphy tidak mahu menyebut bagaimana
watak Finn mati ketika mengeluarkan watak itu daripada cerita Glee.
“Bagaimana dia mati adalah tidak penting, apa yang penting bagaimana dia sewaktu masih hidup,” katanya.
Episod itu mengandungi himpunan lagu-lagu sentimental seperti I’ll
Stand By You yang dinyanyikan watak Mercedes, No Surrender (Puck), If I
Die Young (Santana), Fire & Rain (Sam dan Artie) serta Rachel Berry
selaku teman wanita Finn menyanyikan lagu Make You Feel My Love,
nyanyian asal Bob Dylan.
Aktor berusia 31 tahun itu ditemui mati di bilik hotelnya di
Vancouver, Kanada pada 13 Julai akibat pengambilan dadah dan alkohol
berlebihan.
Apa yang lebih menyedihkan ialah Monteith dikhabarkan bakal
mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Lea Michelle dalam jangka
masa terdekat sebelum kematian mengejutnya itu.
No comments
Post a Comment