Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUCHING: Dayak di Sarawak, pemburu kepala yang terkenal dahulu penuh kemarahan selepas fundamentalis Islam JIM – Jemaah ISIS Malaysia menyebut dalam dua posting Facebook untuk menyembelih kepala Dayak atas alasan Sabah dan Sarawak adalah negeri orang bukan beriman (kafir).
Badan bukan kerajaan (NGO), Kongres Dayak Kebangsaan (DNC) telah membuat laporan polis pada tengah hari kelmarin mewakili Orang Asal di Sarawak.
“Orang Dayak sangat marah atas kenyataan ini. Dalam usaha untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, pihak polis harus menjalankan siasatan segera dan menghentikan kenyataan-kenyataan berunsur hasutan demi menjaga kepentingan keharmonian kaum.
“Jika pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan, terdapat beberapa anggota masyarakat Dayak yang beremosi boleh mengambil tindakan diluar batasan undang-undang,” Setiausaha DNC Alim Mideh memberi amaran.
Posting pertama Khamis lepas menyatakan orang Sabah dan Sarawak merupakan bangsa kafir dan oleh itu, “ia sangat wajib untuk Muslim menyembelih bukan Muslim di sana”.
Dalam posting pada Selasa lalu, pemilik halaman JIM mendakwa Dayak merupakan orang bukan beriman dan ditentukan untuk masuk neraka dan perlu disembelih.
Posting yang menyinggung itu telah pun dipadamkan dari laman Facebook tersebut.
SOURCE: Freemalaysiatoday
Isu Panas
KISAH ini terjadi pada seorang pelancong Hong Kong, Stomper Ho yang teringin untuk menikmati keenakkan durian Musang King berakhir dengan kekecewaan apabila ia ditipu ketika kunjungannya ke Singapura.
Kisahnya bermula apabila Ho yang berkunjung ke negara itu pada 25 sehingga 29 Ogos lalu dikatakan telah pergi ke Bugis Street untuk mendapatkan buah tersebut.
Peniaga durian itu pada mulanya menawarkan durian ‘Musang King’ dengan harga SGD 25 (RM 64) sekilogram .
Bagaimanapun, selepas mengetahui bahawa Ho mencari dengan kuantiti yang banyak, peniaga muda itu menawarkan kepadanya beberapa kotak durian ‘Musang King’ yang belum dibuka dengan harga SGD 75 (RM 190).
Walaupun ragu-ragu dengan keaslian durian ‘Musang King’, peniaga itu terus meyakinkan Ho tentang keaslian buah itu menyebabkan dia membeli sebanyak empat kotak.
Bagaimanapun, ketika pulang dan ingin menikmati raja buah itu, Ho menyedari dia di tipu. Ini kerana, walupun setiap ulas durian itu kelihatan besar, namun isinya terlalu nipis.
“Bijinya sebesar telur angsa namun isinya sangat nipis!” katanya memetik laporan portal berita Singapura, Stomp.com
Tidak berpuasa hati, Ho cuba mencari lebih banyak maklumat tentang Musang King dengan membandingkan dengan durian lain. Ternyata ia ditipu! :
Pelbagai
BEBERAPA bulan lalu, bertebaran gosip yang mengatakan pelakon Sharnaaz Ahmad sedang menjalin cinta dengan seorang model dan pengusaha perniagaan tudung, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus.
Namun, cerita itu senyap seketika lantaran kedua-duanya tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram pelakon itu semalam, dia telah memuatnaik gambar terbarunya bersama Anis dengan caption berbunyi:
“This family i had, i couldnt ask for a lil bit more.. This is just awsome.. For all the hard work and the peyembuyian.. Tq dear @anisalidrus makcik giant ni memang pandai auta.. And ur just too sweet. #anakantoopenang #skinheadselamanya.”
Gambar itu diambil sempena sambutan hari jadinya dan Sharnaaz tampak ceria sekali di samping Anis.
Jika sahih kedua-duanya sedang berpacaran, tahniah kami ucapkan!
Moga-moga ia dapat memadamkan gosip-gosip nakal yang mengaitkan Sharnaaz dengan pelakon wanita lain di lokasi, tak gitu?
Hiburan
BUKAN sekali dua kita mendengar kes kecederaan akibat tindakan duduk mencangkung di atas mangkuk tandas jenis duduk.
Dalam kejadian yang berlaku di Brazil, seorang wanita cedera parah di bahagian belakangnya selepas terkena serpihan mangkuk tandas seramik yang pecah.
Menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook Daily Traffic Report, jelas terlihat kesan darah yang begitu banyak di lantai tandas serta kesan luka besar yang dialaminya akibat kejadian itu.
Semoga ia dapat dijadikan iktibar oleh mereka yang gemar duduk mencangkung di atas mangkuk tandas duduk dengan alasan ‘geli’.
Pelbagai
Rata-rata penduduk yang lalu lalang di kawasan tersebut kehairanan apabila melihat kelakuan dua remaja ini. Justeru itu, mereka telah mendapat perhatian dan dikerumuni penduduk untuk mengetahui sebab mengapa di mulut mereka terdapat bangkai-bangkai itik.
Biasanya yang sering kita dengar apabila pencuri ditangkap penduduk setempat sudah pasti teruk di belasah. Bagaimanapun ini mungkin hukuman yang akan memberikan kesan yang mendalam selain daripada dipenjarakan ataupun diminta ganti rugi kerana ia amat memalukan.
Selain itu menurut ketua kampung yang dikenali sebagai Yong Ku berkata, mereka memang layak diberi hukuman sebegitu kerana telah beberapa kali ditangkap mencuri barangan penduduk untuk mendapatkan rokok dan minuman keras - SiakapKeli.com
Pelbagai
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad pada Selasa berkata wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya.
"Takut dengan permintaan suaminya, wanita itu meninggalkan rumah dan meminta bantuan daripada pihak polis.
"Ini bukan kali pertama suaminya memaksa dia mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Nizam.
"Sebelum ini dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Nizam sebanyak dua hingga tiga kali.
"Dia sedang mengandung tujuh bulan apabila suaminya meminta dia tidur dengan lelaki itu pada bulan Julai," katanya.
Wanita itu mendakwa suaminya akan terangsang dengan melihat mereka melakukan seks dan kemudiannya akan mengadakan hubungan seks dengannya.
Dia juga berkata Nizam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tidur dengannya.
Dia telah dihantar ke Hospital Selayang untuk penilaian perubatan, menurut laporan.
"Kami menahan Nizam di kedai mainan di Chow Kit pada hari Isnin, manakala suami wanita itu ditahan di rumah pasangan itu di Taman Daya Kepong.
"Kedua-dua lelaki itu ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan," kata Ali.
Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sumber: mstar.com.my
Isu Semasa
Sebahagian besar kerjaya penduduk yang menghuni Spruce Creek ini adalah pilot profesional. Selain pilot, sebahagian penduduk lain berkerja sebagai doktor, peguam dan lain-lain. Penduduk yang bukan pilot juga penggila penerbangan. Setiap pagi di hujung minggu mereka menerbangkan pesawat untuk beli sarapan, ia sudah jadi perkara biasa di sana.
Penduduk yang paling terkenal di sini adalah pelakon Hollywood John Travolta yang mempunyai lesen juruterbang. Salah satu pesawat peribadi miliknya adalah Boeing 707 yang disimpan di garaj rumahnya.
Pelbagai
GALAK betul pasangan remaja ini yang sanggup berselfie sambil melakukan perbuatan yang tak senonoh. Bercium di tempat awam, kononnya mereka lah pasangan yang paling romantik. Tak sedar dosa pahala langsung!
Menggunakan laman sosial Instagram yang tidak diprivasikan, gambar itu dipercayai di ambil ketika pasangan itu bercuti di sebuah pulau di Pantai Timur. Seolah-olah bangga dengan perbuatannya, dia juga tanpa segan silu memuat naik gambar-gambarnya yang hanya berbikini. Feeling Minah Salleh sungguh!
Sudahlah melakukan aksi mengaibkan, lebih memalukan apabila ditegur, remaja perempuan itu cuba menegakkan benang yang basah seolah-olah aksi mereka ni tak salah langsung. Sebaliknya, yang menegur itu pula dicari kesalahannya.
Antara yang ditanya oleh seorang ‘follower’ itu samada dia seorang Islam atau tidak. Tetapi remaja perempuan ini seolah-olah mengelak dengan bertanyakan soalan yang sama kepada ‘follower’ yang dikenali dengan nama @gongzhu_puteri.
Mungkin dia tahu yang orang akan menegur tentang aksinya yang tidak sopan itu, remaja itu memberi kenyataan balas yang bermaksud “dia tidak kisah apa orang nak kata sebab kubur masing-masing!”
Amboi dek, sombong betul bila ditegur. Sebab kubur lain-lainlah orang nak tegur sekarang. Kalau kubur kita sekali boleh juga tolong mana yang patut!
Takpelah, orang tegur sebab ambil berat. Moga mereka ini diberi hidayah untuk bertaubat. Amin…-
Isu Panas
LIBERIA – Seorang pesakit wabak Ebola mengejutkan orang ramai yang mengunjungi sebuah pasar apabila dia merayau-rayau di kawasan berkenaan bagi mencari makanan sebelum dikejar dan ditangkap sekumpulan lelaki yang memakai pakaian khas.
Keadaan itu menyebabkan kekecohan di pasar tersebut yang terletak di Monrovia
Rupa-rupanya lelaki berpakaian khas itu mengejarnya untuk dikuarantinkan di hospital, dalam usaha membendung penularan Ebola yang semakin buruk di negara Afrika berkenaan.
Lelaki yang kelaparan itu kemudiannya dimasukkan ke dalam ambulan milik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Situasi ini sekali gus membuktikan bahawa Ebola telah menyebabkan kehidupan penduduk miskin di negara itu semakin terhimpit.
Selain melumpuhkan ekonominya, ia juga menyebabkan jualan barang makanan semakin meningkat.
Lebih buruk apabila apabila syarikat penerbangan membatalkan penerbangan ke negara terbabit, manakala pintu sempadan juga ditutup.
Setakat ini lebih 1,500 penduduk di Liberia, Sierra Leone, Nigeria dan Guinea sudah meninggal dunia.
Global
ALOR GAJAH – Seorang lelaki warga emas mendakwa minuman bercoklat yang dibeli dari sebuah pasar raya hujung bulan lalu mengandungi bangkai disyaki tikus selepas anaknya mengadu sakit perut.
Mohamad Hashim, 64, dari Kampung Sungai Petai di sini, berkata, dia sekeluarga tidak menyangka minuman berperisa coklat dinikmati ahli keluarganya itu dipercayai mengandungi bangkai tikus.
Menurutnya, dia terkejut selepas melihat bangkai dipercayai tikus dalam kotak minuman itu selepas anaknya, Hishamudin, 9, mengadu sakit perut ketika mahu ke sekolah jam 7 pagi semalam.
Katanya, bangkai tikus sepanjang empat sentimeter itu terkeluar daripada gumpalan serbuk minuman yang hampir keras ketika isterinya Siti Noraishah Kassim, 45, mahu mencedok menggunakan sudu.
“Saya beli pek minuman itu di sebuah pasar raya di Masjid Tanah awal bulan lalu. Pagi tadi (semalam) isteri mengadu bau busuk apabila membuka bekas berisi minuman itu, namun saya tidak menghiraukannya kerana bersiap menghantar anak bongsu ke sekolah. – Harian Metro
Isu Semasa
Sama seperti memakai tudung, keinginan untuk berpakaian mengikut syariat Islam memerlukan hidayah untuk melakukannya.
Mungkin itu sebabnya pelakon Rebecca Nur Islam tak pernah serik mengenakan pakaian yang menimbulkan kontroversi meski pun sudah berhijrah menutup kepala.
Jika sebelum ini Rebecca pernah ditegur peminat kerana memakai pakaian ketat ala Teletubbies dan gaun sendat paras betis kini dia kembali ‘dihencap’ kerana memakai legging dan baju ketat ketika mengunjungi sebuah pusat karaoke.
Antara komen dilemparkan pengunjung Instagram Rebecca berhubung pakaiannya ini adalah ‘seketat-ketatnya legging’, ‘semua nampak!’ dan ‘bulattt’.
Bagaimana pun tinjauan kami di Instagram Rebecca pada hari ini mendapati dia sudah melakukan pembersihan pada komen-komen negatif di gambarnya.
Bagi kami Rebecca ni dah cukup bagus sebab terbuka hatinya untuk berhijab.
Bab pakaian yang benar-benar mengikut syariat tu marilah kita sama-sama doa semoga Allah memberi hidayah kepadanya dan kita semua.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments