Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

SERAMAI 12 orang yang menaiki sebuah lif yang terjatuh dari tingkat 12  di bandar Shenyang, China, dilaporkan terselamat.
Kemalangan ngeri tersebut berlaku di Huayang International Mansion di daerah Heping, Shenyang, pada 15 Julai lalu.
Kesemua 12 mangsa yang terlibat dipindahkan ke hospital tempatan manakala lima daripada mereka yang mengalami kecederaan teruk masih menerima rawatan lanjut.
Media tempatan melaporkan majoriti daripada mereka mengalami kecederaan pada tulang belakang serta keretakan pada kaki.
Seorang lelaki berusia 23 tahun terseliuh di bahagian leher manakal seorang wanita berusia 32 tahun lumpuh di bahagian kakinya.
Menurut salah seorang mangsa, lif terbabit pada mulanya terhuyung-hayang sebelum mengeluarkan percikan api seterusnya melurut jatuh dari tingkat 12.
Lif yang sudah beroperasi selama 15 tahun itu kini ditutup untuk siasatan. Terdapat sumber menyatakan kejadian seperti kerosakan serta jatuh secara tiba-tiba sememangnya pernah berlaku sebelum ini. 






MEMILUKAN… seorang lelaki bagaikan tahu hayatnya berakhir tanpa sempat berhari raya tahun ini apabila status aplikasi mesej Whatsapp terakhirnya adalah “No raya on this year…work until die”.
Lebih menyayat hati, Allahyarham Farid yang berasal dari Kuala Terengganu meninggal dunia seorang diri di rumah sewanya di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor di kala rakan serumah lain balik berhari raya di kampung dan mayatnya hanya ditemui pada hari raya ketiga, semalam.

Kisah mengejutkan ini dikongsikan sendiri teman serumah arwah menerusi Facebook dan laman blognya, BlogAmmar.com.

Berikut catatan penuh kejadian sedih ini oleh Ammar:
“Kemungkinan mayat sudah 3-4 hari meninggal dunia”, itulah kata-kata dari seorang Sarjan Balai Polis Serdang, Selangor yang membuatkan aku sebak.
Tragedi ini mengejutkan aku dan semua rakan-rakan rumah bujang aku. Dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur aku mendapat panggilan telefon dari seorang rakan serumah bujang iaitu Herman yang bertanyakan mengenai Farid yang tidak dapat dihubungi sejak malam raya pertama sehingga semalam(19/7/2015).
Report polis telah dibuat oleh ahli keluarga Farid. Sesampai aku di hentian Gambang aku menerima sms dari Herman yang mengatakan rakan sekerjanya telah pergi ke rumah sewa dan memanggil tetapi tiada sesiapa yang menjawab.
Paling mengejutkan apabila ada bau busuk dari rumah sewa itu. Mujurlah bilik Farid berada paling hadapan rumah lalu rakan sekerja Herman membuka tingkap bilik dan melihat sebujur mayat di atas tilam.
Lalu rakan sekerja Herman membuat report polis dan polis memecah pintu rumah untuk melihat keadaan sahabatku, Farid yang telah beberapa hari meninggal dunia. Mayat telah dibawa ke unit forensik Hospital Serdang dan kini masih menunggu laporan bedah siasat. Insyaallah jenazah akan dikebumikan hari ini.
Untuk pengetahuan semua, Farid tidak dapat balik beraya kerana terpaksa bekerja pada hari raya. Semua rakan serumah telah balik beraya dan dia hanya tinggal seorang diri di rumah bujang.
Tidak disangka-sangka tragedi ini berlaku di rumah bujang aku. Masih teringat kali terakhir arwah Farid berjasa kepada aku membelikan panadol saat aku demam panas.
Dialah sahabatku yang sangat baik. Dia rakan serumah, dia rakan sekelas, dia rakan seasrama, dia rakan sebelajar dan rakan semasa susah dan senang. Semoga rohnya tenang di sana. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Pergimu tiada pengganti. Kau sahabat dunia dan akhirat. Coretan ikhlas dari sahabatmu, Ammar.
Update terkini! Digit terakhir nombor telefon Farid 0717. Seakan satu kebetulan dengan tarikh kematiannya 17/07/2015.
Update terkini! Laporan bedah siasat menunjukkan Farid meninggal dalam keadaan normal.
Update terkini! Jenazah telah dibawa ke rumah bapa saudaranya di Puchong untuk urusan mandi dan kafan.

LUPAKAN tatu berdakwat! Sekarang ini orang Barat mempunyai kegilaan mereka yang terbaharu iaitu ‘membakar’ kulit atau sunburn kulit dalam usaha untuk memperolehi corak unik di tubuh badan mereka.
Walaupun kelihatan unik dan menarik namun menurut pakar kesihatan kulit trend ini tidak sihat malah boleh mendatangkan risiko kanser kulit di kalangan pengikutnya.
Trend seni sunburn ini mula mendapat sambutan selepas hashtag #sunburnart mula dipopularkan di laman-laman sosial seperti Twitter dan Instagram.



Tubuh badan mereka dijadikan sebagai kanvas untuk diletakkan corak atau lukisan yang diingini mereka dan kemudian mereka akan berjemur selama berjam-jam di bawah terik cahaya matahari dan mesin tan kulit bagi tujuan itu.
Selepas itu, badan mereka akan bertukar ‘artistik’ dengan terbentuknya corak unik seperti yang dihajati.
Menurut Persatuan Kanser Kulit Sedunia, trend itu adalah sesuatu yang sangat tidak baik untuk ditiru dan diaplikasikan memandangkan risiko yang bakal dihadapi mereka adalah sangat merbahaya.
“Kami setegas-tegasnya menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti sunburn apa lagi sunburn art. Ianya bukan hanya menyakitkan malah banyak risiko lain yang bakal dihidapi sekiranya perkara itu tidak dibendung.
Sunburn berisiko melenyapkan DNA kulit, meningkatkan kadar penuaan dengan lebih cepat dan berkemungkinan besar anda berisiko menghidap kanser kulit.
“Menerusi kajian, remaja merupakan golongan yang paling berisiko menghidap kanser kulit,” kata wakil jurucakap persatuan tersebut.
Aktor popular Hollywood Vin Diesel di antara selebriti yang turut mempromosikan sunburn art di laman Twitter baru-baru ini apabila memuat naik gambar sunburn art yang disifatkan satu perkara yang cukup in dan glamor pada masa kini.



RAMBUT seorang wanita ditelan hidup-hidup dan dijadikan makanan oleh sesetengah pengikut ajaran paderi dari Afrika Selatan, Penuel Mnguni yang didakwa telah merahmati wanita tersebut.
Pengikut yang taksub dengan ajaran paderi itu telah memakan rambut wanita berkenaan yang menurut paderi itu adalah makanan yang telah dirahmati olehnya.
Sebelum ini, menerusi laporan media, Penuel pernah menyuruh pengikutnya menelan pakaian sebagai makanan mereka juga.
Syarahan paderi itu yang pelik pantas menjadi kontroversi di kalangan pelayar laman maya.
Mereka menyifatkan tindakan paderi itu sebagai satu perbuatan yang bodoh malah ada yang menulis, “This shoud win a world record for stupidity” (tindakan ini adalah perbuatan paling bodoh dalam dunia).