Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



MASALAH hubungan suami isteri perkara subjektif. Ia perlu dibawa berbincang, lebih-lebih lagi jika seorang daripada mereka tidak merasai nikmat hubungan suami isteri.

Masalah ini sebenarnya tidak mengira umur walaupun saya selalu mendapat aduan daripada pembaca berumur awal 40-an.

Hubungan intim pasangan halal adalah nikmat dunia yang tiada bandingan jika mereka tahu memainkan peranan dan berinteraksi.

Dalam Islam, hubungan suami isteri tiada batasan kecuali bersetubuh ketika isteri haid serta hubungan yang diharamkan seperti liwat atau seks anal.
Namun, seks oral boleh dilakukan jika kedua-dua pihak setuju dan selesa melakukannya.

Mungkin pada permulaan untuk mencuba seks penetratif, ada isteri berasa gerun, namun lambat laun ia dapat diatasi apabila perasaan negatif dihindarkan daripada minda.

Perasaan malu yang biasa dipamerkan wanita tiada tempatnya dalam hubungan intim suami isteri. Sudah tentu yang baik, selesa, mengghairahkan dan yang memberi kepuasan kepada pasangan akan lazim dilakukan.

Bagi sebilangan besar isteri, adegan pemanasan sangat penting dan yang menjadi kegemaran mereka ialah urutan dan belaian erotika iaitu bahagian tubuh yang perlu diurut mengikut selera isteri.

Sebilangan isteri tidak selesa dengan sentuhan terus menerus ke sasaran kerana ia sangat sensitif. Wanita yang klitorisnya termasuk ke dalam masih dapat merasai sentuhan pada bahagian itu apabila bahagian berdekatan iaitu atas bibir kecil terkena urutan tapak jari.

Isteri perlu memandu suami ke tempat atau bahagian tubuh yang dia mahukan sentuhan. Ini lebih baik daripada membiarkan suami meneroka tubuh badan secara membuta.

Dalam keadaan selesa dan lega, mudah untuk minda isteri menyelami perasaan syahwatnya untuk menghayati sentuhan intim yang boleh mencetuskan keghairahan dan dengan panduannya, suami boleh lakukan apa yang perlu untuk membawanya ke kemuncak syahwat.

Perasaan syahwat dalam kawalan ‘pusat syahwat’ berada dalam minda dan ia berada dalam kawalan hormon testosterone. Jika satu ketika wanita mudah teruja dan mencapai klimaks namun kini mudah terganggu, ada kemungkinan tahap hormon testosteronenya merudum.

Ini boleh dikesan melalui ujian darah. Bagi saya, hubungan intim seksual satu seni. Apa juga seni untuk diceburi, kita perlu tahu langkah awal sebelum meneruskan langkah seterusnya.
Kita perlu tahu anggota badan yang boleh mencetuskan perasaan ghairah. Bahagian yang memberi keghairahan kepada kita dikenali sebagai Zon Erogena (Erogenous Zones).

Apabila bahagian itu mengalami rangsangan, kita akan mencapai kemuncak syahwat iaitu orgasma.

Pasangan yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar boleh menghantarkan e-mel kepada saya iaitu dr_tambi@yahoo.com.



KUCHING – Seorang pekerja binaan maut manakala 151 pesakit dari wad kanak-kanak dan wad umum di Hospital Umum Sarawak (HUS) selamat dipindahkan ketika kebakaran di bahagian kajian klinikal dalam bangunan berkenaan.

Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan dan Batu Lintang dikejarkan ke tempat kejadian selepas panggilan kecemasan pada jam 5.02 petang tadi.



Kebakaran dipercayai berlaku pada jam 5 petang dan berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 5.44 petang tadi.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada kebakaran longgokan sampah di bangunan berkenaan yang masih dalam pembinaan. (Gambar NST)


SEPANG – Ratusan penumpang pesawat AirAsia yang terkandas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) berikutan beberapa pembatalan penerbangan akibat letupan Gunung Berapi Kelud, Jawa Timur, Indonesia, terpaksa menjadikan lantai sebagai alas tidur mereka sejak dua hari lalu.

Tinjauan mendapati, kebanyakan penumpang yang juga warganegara Indonesia terpaksa bermalam di LCCT kerana tiada pilihan lain sementara menunggu penerbangan pulang ke destinasi masing-masing disambung semula.

Kebanyakannya tidur dalam keadaan bergelimpangan dan kesejukan tanpa alas serta tidak mandi sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, tiada suasana kelam kabut dirakam di terminal berkenaan sebaliknya berada dalam keadaan terkawal serta tidak menggangu perjalanan operasi di LCCT.

Penutupan lapangan terbang berkenaan susulan letupan Gunung Berapi Kelud di Jawa Timur, Indonesia sekali gus menjejaskan jadual penerbangan dari Malaysia membabitkan laluan Kuala Lumpur-Surabaya, Kuala Lumpur-Semarang dan Kuala Lumpur-Yogyakarta.

Seorang penumpang, Susiati, 35, berkata dia tidak menyangka penantiannya untuk pulang bercuti ke kampung halaman di Surabaya selepas lebih tiga tahun bekerja di negara ini berakhir sedemikian rupa.

“Ini kali pertama saya balik selepas tiga tahun setengah bekerja sebagai operator kilang di Ipoh, Perak. Tidak sangka begini jadinya. Sudah dua hari saya tidak mandi, kerana menunggu di sini disebabkan bimbang mereka akan panggil penumpang secara tiba-tiba.

“Sudah tiga kali penerbangan saya ditunda. Harap segalanya kembali pulih dengan cepat kerana cuti yang diberikan hanya dua minggu, saya terlalu rindukan keluarga di sana,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. - Harian Metro


ALOR SETAR - Dua lelaki dari Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, Perak, ditahan bersama pasangan masing-masing kerana disyaki berkhalwat di dua hotel bajet berasingan, di sini malam kelmarin.

Serbuan sempena Operasi Kekasih (Ops Kekasih) yang dilakukan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) itu memberi tumpuan di hotel-hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar menjelang Hari Kekasih.

Dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet Jalan Lengcong Barat, Tandop, dekat sini, lelaki berusia 31 tahun dari Langkawi yang juga suami orang itu ditahan dengan mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum membuka pintu bilik.

Hasil pemeriksaan penguatkuasa mendapati pasangannya wanita berusia 30 tahun menyembunyikan diri di dalam bilik air.

Penolong Pengarah Undang-undang Syariah Jaik, Sheikh Mohd Roshidi Mohammad berkata, lelaki yang mempunyai dua anak itu memberi alasan tidak melakukan apa-apa perbuatan salah.

“Mereka memberi alasan bertemu untuk berkongsi masalah peribadi selepas saling mengenali empat tahun lalu.

“Ketika diserbu pasang itu berpakaian lengkap dan turut memberi alasan sedang tidur ketika pintu bilik diketuk. Hasil siasatan mendapati mereka  tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah,” katanya

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Putra, di sini, Jaik menahan seorang wanita berasal dari Sungai Tiang, Pendang, bersama kekasihnya yang berasal dari Pulau Pangkor.

Ketika diserbu pasangan berkenaan enggan bekerjasama kepada pihak berkuasa dengan memberi pelbagai alasan supaya mereka dilepaskan.

Pasang terbabit turut memberi alasan akan berkahwin dalam masa terdekat bagi mengelak daripada ditahan.

Wanita yang bekerja di sebuah hospital swasta dan pasangannya itu, bagaimanapun akur dan menurut perintah penguat kuasa.

Mereka dipercayai mendaftar masuk hotel berkenaan beberapa jam sebelum serbuan dilakukan.

Kekasih pasar raya dicekup

Dalam serbuan berlainan, seorang lelaki memberi alasan untuk menumpang tandas di rumah kekasihnya ketika diserbu penguatkuasa Jaik di sebuah rumah flat, Jalan Kuala Sungai, dekat sini.

Pasangan itu yang juga pekerja sebuah pasar raya besar ditahan dalam keadaan mencurigakan apabila pihak berkuasa mendapati pintu gril dan pintu utama rumah berkenaan dalam keadaan berkunci.

Selepas pintu rumah diketuk kira-kira lima minit, seorang wanita berusia awal 20-an membuka pintu. Manakala pasangannya keluar daripada bilik air dalam berseluar jeans tanpa memakai baju.

Hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.


Operasi kurangkan gejala maksiat

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi itu, Jaik berjaya menahan empat pasangan yang masing-masing tidak mempunyai hubungan yang sah.

Operasi yang dianggotai 38 penguatkuasa termasuk anggota Rela Rakan Persatuan Komunikasi dan Keselamatan Melayu Kedah (KMK) memperlihatkan usaha membanteras gejala maksiat pada malam perayaan tertentu berhasil.

Sheikh Mohd Roshidi berkata, selain serbuan di hotel-hotel bajet yang menjadi sarang maksiat, pihaknya turut menerima aduan dan maklumat orang awam mengenai aktiviti tidak bermoral di rumah kediaman.

“Hasil operasi malam ini kita mendapati gejala maksiat di sekitar bandar raya ini semakin berkurangan berbanding tahun-tahun lalu.

“Ini adalah kesan daripada pemantauan dan serbuan yang dilakukan pihak kami dari semasa ke semasa. Bagaimanapun kita akan terus membuat pemantauan supaya kegiatan tidak bermoral diperangi habis-habisan,” katanya.

Menurut beliau, pada operasi yang sama tahun lalu pihaknya berjaya menahan 10 pasangan yang turut membabitkan operasi di hotel-hotel bajet.

Beliau berkata, kesemua empat pasangan yang ditahan dalam Ops Kekasih itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Alor Setar untuk diambil keterangan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Jaik untuk siasatan lanjut.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988. Hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah,” katanya.


SHAH ALAM - Sejumlah 4,908 mangsa banjir ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara yang terletak di Tenom dan Keningau sehingga jam 8 malam tadi.

Memetik laporan RTM Sabah, bacaan aras Sungai Pagalan masih melepasi paras bahaya pada 177.02 meter menurun daripada 179.62 meter sebelum ini.

Di Tenom, seramai 3.806 orang yang terjejas banjir ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara.

Namun, 11 keluarga daripada lima kampung sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di Keningau pula, seramai 1,102 mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara.

Bacaan aras Sungai Bayayo melepasi paras bahaya iaitu 174.30 meter.

SH

Festival Musim Panas Guangzhou semakin menghampiri dan seorang gadis cantik telah secara sukarela menawarkan diri untuk menyarungkan pakaian yang amat seksi di sebuah stesen metro untuk menjadi penunjuk arah kepada penumpang yang tiba.

Wanita yang dikenali sebagai Zhang Xin ini juga adalah seorang penyampai berita sukan.

Dasyat daya tarikan festival negara Tembok Besar ni..huh!




Menakjubkan !! Pil Vitamin D Yang Boleh Mengeluarkan Cahaya | Pereka Perancis, Quentin Vaulot dan Goliath Dyèvre ingin mengedarkan vitamin D dalam bentuk pil cahaya seperti matahari bersinar. Kurangnya sinaran matahari pada musim sejuk boleh menyebabkan kemurungan, gangguan kulit, masalah kesihatan, dan kemurungan. 

Pil vitamin D yang boleh mengeluarkan cahaya akan mengembalikan kecergasan hidup anda. Pil Vitamin D Yang Boleh Mengeluarkan Cahaya dibuat oleh Vaulot & Dyèvre untuk Lyon Festival of Lights.

Inilah pil hasil dari ciptaan mereka. Menarik tak? Kemungkinan rekabentuk pil yang ada cahaya membantu sesiapa sahaja yang takut pada ubat dan semestinya fungsi pil bercahaya ini ada fungsi yang tersendiri bagi mencerdaskan hari-hari seharian.









MOSCOW – Seorang wanita mati di hadapan anaknya yang berusia dua tahun dalam satu kemalangan lif di kediaman mereka yang menyebabkan kepalanya putus.

Olga Tilinina, 20, bersama anaknya hendak menaiki lif di tingkat bawah kediaman mereka apabila pintu lif tiba-tiba tertutup.

Separuh badan Olga tersepit pada pintu lif dan selebihnya terperangkap di dalam.
Olga bagaimanapun sempat menolak anaknya keluar sebelum lif itu bergerak naik.
Lif yang terus bergerak naik itu menyebabkan kepala dan badannya terputus.

Menurut laporan media tempatan, kepala wanita berkenaan ditemui di tingkat bawah manakala badannya ditemui di tingkat dua selepas lif berkenaan terhenti di situ.

Rakan keluarga berkenaan, Mikhail berkata: “Mangsa baru pulang daripada bersiar-siar bersama anaknya dan ingin menaiki lif tetapi pintu lif tertutup tiba-tiba.”

“Olga berjaya menolak anaknya keluar sebelum separuh badannya tersepit pada pintu dan bahagian atasnya melanggar lantai konkrit ketika lif bergerak naik.

“Keadaannya sangat mengerikan dengan badannya terputus dan isi perutnya terburai,” kata rakannya itu.

“Yang paling menyedihkan, kejadian berlaku di depan mata anaknya yang masih kecil,” kata seorang petugas kecemasan ketika ditemui.

Sebelum itu, suami Olga, Dmitry, 24, menaiki lif yang sama membawa seorang lagi anak mereka Egor berusia setahun selepas keluarga itu keluar bersiar-siar.

Dalam keadaan trauma, anak mereka, Maxim hanya boleh berkata “Mama…kaki” apabila menemui bapanya yang juga terkejut dengan kejadian berkenaan.

Sebagai tanda ingatan kepada isterinya, Dmitry menulis dalam status di laman sosialnya: “Saya kehilangan seorang yang sangat saya cintai.”

Dia dalam usaha memfailkan saman ke atas syarikat penyelenggaraan apartmen itu kerana kecuaian mereka hingga menyebabkan kemalangan ngeri itu.

Pihak berkuasa Russia sudah mula melancarkan siasatan mengenai kejadian itu.
Seorang penduduk aparmen berkenaan berkata, sudah banyak aduan dibuat mengenai lif itu yang dibina sejak era Soviet. – Daily Mail


SHAH ALAM-  Sebuah kereta Proton Exora dikatakan terbakar secara tiba-tiba di kawasan letak kereta Hospital Selayang, semalam.

Menurut sumber, kebakaran kereta tersebut turut menyebabkan sebuah motosikal Kriss yang berada berhampiran turut terbakar.

Sinar Harian difahamkan, tiada kemalangan jiwa yang berlaku namun kereta Exora tersebut terbakar keseluruhan manakala motosikal Kriss tersebut hanya terbakar kira-kira 30 peratus.

Difahamkan ketika insiden berlaku, dua kanak-kanak berada di dalam kenderaan tersebut  namun berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Bantuan daripada Jabatan Bomba dan penyelamat Selayang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.00 petang selepas menerima laporan kejadian beberapa minit sebelum itu. – Sinar Harian


SANDAKAN – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 9 Jalan Utara dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata dalam kejadian kira-kira 3.20 pagi itu, mangsa Muhd Hanif Rahban, 25, sedang memandu dari Bandar Sandakan.

Katanya mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan anggota bomba dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Mangsa meninggal dunia di hospital pada pukul 12.45 tengah hari akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan, katanya di sini hari ini.

Saksi kejadian diminta membantu siasatan polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zabir Aripin di talian 089212222 sambungan 254. – BERNAMA


Hulu Selangor – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas digilis kereta PROTON Exora dipandu datuknya yang sedang mengundur dalam kejadian di Taman Lembah Damai, Kerling.

Difahamkan, dalam kejadian jam 9.40 malam kelmarin itu, mangsa, M Sharvina berada di pekarangan rumah datuknya itu bersama ahli keluarga lain dan tanpa disedari mangsa berlari keluar rumah untuk mengikuti datuknya yang hendak mengundurkan kereta.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Priya, 28, berkata, dia masih tidak dapat melupakan detik menemui anaknya itu yang juga anak perempuan tunggal daripada empat beradik terperosok bawah tayar hadapan sebelah kiri kereta PROTON Exora yang dipandu bapanya.
Beliau berkata, bapanya mengundurkan kereta yang diletakkan di hadapan rumah untuk menghantar mereka sekeluarga balik ke rumah yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah bapanya itu.

“Ketika itu, saya berada di dalam rumah bersama anak yang lain, manakala bapa saya pula keluar untuk mengeluarkan kereta dan tanpa diduga Sharvina turut keluar mengikut datuknya itu tanpa disedari.

“Saya terkejut mendengar jeritan bapa yang menyatakan anak saya berada di bawah tayar dan saya seperti berada di awangan selepas menemui anak saya itu dalam keadaan begitu,” katanya. 

Beliau berkata, dia bersama kakak yang tinggal di rumah bersebelahan rumah ibunya membawa mangsa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan kecemasan bagaimanapun, anaknya sudah tidak bernyawa lagi.

“Anak saya seorang yang manja, malah sangat rapat dengan semua keluarga termasuk datuknya. Kami sekeluarga tidak sangka dia meninggalkan kami dalam keadaan begini,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah kerana bekerja di Ipoh dan anak-anak mereka diasuh datuk dan nenek mereka di rumah itu.
“Bapa saya juga masih panik dengan kejadian ini,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Hindu Kerling, Lembah Beringin dengan menggunakan kereta PROTON Exora yang sama kira-kira jam 2 petang semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. – Harian Metro


KUALA LUMPUR – “Kenapa orang kita mudah bangga kalau melihat jodoh tempatan dengan orang putih, tetapi memandang serong kepada yang bersuamikan warga Afrika?

“Paling sedih masyarakat kita sentiasa dimomokkan cerita negatif mengaitkan warga asing ini dengan dadah, penipuan dan aktiviti menjual jam, sedangkan tidak semuanya begitu,” luah Presiden Pertubuhan Antarabangsa Malaysia-Afrika (MAYA) Siti Norhazwani Hamzah.

Menurutnya, persepsi rakyat negara ini terhadap warga Afrika seolah-olah sukar diperbaiki hingga tempiasnya meragut kebebasan anak yang lahir hasil perkahwinan campur dengan bangsa berkenaan.

“Sedar atau tidak, negara kita sebenarnya tidak pernah menghalang perkahwinan campur. Ramai orang Malaysia bertemu jodoh dengan orang putih dan menetap di negara asing.

“Malah di sini, ada yang memilih warga Thailand, Melayu tempatan bertemu Indonesia, India tempatan bertemu warga India, Cina di sini berkahwin dengan Cina Singapura dan itu tidak pernah menjadi masalah.

“Justeru, kami (golongan bersuamikan lelaki Afrika) jadi hairan. Kenapa perkahwinan kami dinilai secara negatif oleh kebanyakan pihak,” katanya yang turut bersuamikan lelaki Afrika.

Atas dasar ingin mengubah persepsi itu, Siti Norhazwani nekad mengumpulkan pasangan Malaysia-Afrika menerusi laman Facebook AfroAsian dan mewujudkan persatuan.

“Setakat ini kita mempunyai seramai 531 ahli, terdiri daripada lebih 100 pasangan Malaysia-Afrika yang sudah berkahwin serta masih bujang,” katanya. - Harian Metro


Lagu Havoc bukan sekadar mencetuskan fenomena di radio. Single yang mengangkat semula nama Joe Flizzow ini juga menjadi ‘trending’ dan ‘branding’ yang cukup mengganas di pasaran.

Percaya atau tidak, impak daripada kehebatan dan populariti lagu itu, ada ramai peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai cenderahati khususnya T-shirt Havoc yang menciplak 100 peratus idea Nadia Jasmin, pereka bagi setiap barangan Havoc yang dilesenkan di bawah hak cipta terpelihara syarikat rakaman milik Joe iaitu Kartel Record Sdn Bhd.

Justeru, kesempatan menemui Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, baru-baru ini digunakan untuk menanyakan mengenai gejala penjualan barangan tiruan Havoc yang mendapat sambutan hangat itu.

Joe hadir bersama SonaOne yang muncul sebagai penampilan khas dalam lagu Havoc bersama seorang lagi rapper terkenal, Altimet.

“Rekaan ke atas Havoc adalah hak cipta kami, itu rezeki kami. Kalau yang lain nak mencuri, biarlah mereka jadi pencuri. Saya tiada sebarang komen pasal benda ini.

Taipei: Masalah sakit telinga teruk yang dialami seorang wanita berjaya diatasi selepas doktor mengeluarkan ulat dari telinganya.

Wanita berusia 48 tahun yang dirahsiakan identitinya itu membuat pemeriksaan di hospital selepas 24 jam mengalami kesakitan yang teruk.




Doktor di Hospital Tri-Service, Taipei mengeluarkan alat bantuan pendengaran di telinga kiri wanita berkenaan dan mendapati saluran telinga wanita itu dipenuhi lapisan darah beku.

Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, mereka menemui kepompong ulat di sekitar saluran telinganya dan doktor percaya ia sudah berada di situ sekurang-kurangnya satu hari.

Dr Cheng-Ping Shih memberitahu media, telinga wanita berkenaan kurang peka setelah lama menggunakan alat bantuan pendengaran.

Katanya, alat itu juga menjadikan saluran telinganya panas dan ia menjadi tempat pembiakan sesuai untuk ulat berkenaan.

Laporan yang diambil daripada New England Journal of Medicine sebagai rujukan kes itu menyatakan ulat itu menghakis kulit pada pangkal saluran telinga berdekatan gegendang.

Doktor berjaya mengeluarkan ulat itu dan mengelakkan ia bergerak lebih dalam.

Kesakitan yang dialami wanita itu hilang serta merta selepas ulat itu dikeluarkan dan dua minggu selepas rawatan, luka di dalam telinganya pulih sepenuhnya.

Doktor percaya ulat itu berpunca daripada lalat di persekitaran rumah wanita berkenaan.

“Kebanyakan kes serangga memasuki saluran telinga datang dari serangga yang terbang dan lipas,” kata Doktor Cheng ketika ditemui.

Kes ini bukanlah yang pertama seumpamanya.

Sebelum ini, seorang wanita warga Britain, Rochelle Harris yang mengalami sakit telinga yang teruk terkejut apabila doktor mengesan lapan ulat besar membiak di dalam telinganya. - Agensi