Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



siapa pernah tengok Looper, Rise of the Planet of The Apes, Planet of the Apes, Salt, Click, Blade 3, Benjamin Button danRing? Kalau anda ingin tahu solekan kesan khas yang cool dari filem-filem diatas dihasilkan oleh Kazuhiro Tsuji yang berasal dari Kyoto Jepun. Beliau kemudian mengembangkan sayap ke Amerika Syarikat dan melakukan solekan untuk filem Men In Black. Solekan beliau terkenal kerana ianya hiper realistik dan oleh sebab itu beliau memenangi pelbagai anugerah industri kesan khas. Beliau kini mempunyai syarikat kesan khas beliau sendiri. 



Laporan asal Kazuhiro Tsuji

Dewasa ini lebih banyak individu bermain permainan komputer menggunakan tablet dan telefon pintar. Ini adalah kerana ianya lebih mudah dikendali dan mudah alih. Mengaku sajalah yang anda pernah bermain Candy Crush ataupun Minion Rush ketika baring di atas katil. Mengaku jugalah yang at least sekali peranti yang dipegang jatuh ataupun hampir jatuh ke atas muka anda. Goron Tablet Cushion yang dipertontonkan di Tokyo Gaming Show beberapa hari yang lalu cuba menyelesaikan masalah ini. Ia boleh digunakan ketika duduk, terlentang atau baring pada sisi badan. Peranti anda diletakkan pada pemegang khas semetara kepala anda akan terletak selesa di atas kusyen.  Harah sebuah Goron Tablet Cushion ialah Yen 19800 (RM 644) sebuah.



Laporan asal CNet

kes pula dengan pelakon dan pengarah Farid Kamil ni? Dia dikatakan memukul Nora Danish bagi menjiwai wataknya sebagai suami kaki pukul dalam filem terbaru mereka berjudul Bencinta. Jom ikuti penjelasan penuh Farid Kamil berkenaan filem tersebut.

"Saya memegang watak sebagai Faizal dalam filem ini. Faizal merupakan seorang lelaki yang gemar memukul perempuan. Faizal sering memukul isterinya, Fathia, lakonan Nora. Walau begitu, secara realitinya, saya menentang 100 peratus keganasan kepada pihak wanita."

Saya kurang gemar dengan karakter tersebut tapi sebagai pelakon, saya telah cuba merealisasikan watak Faizal dengan sebaik mungkin."

"Cabaran watak ini sangat besar. Saya diberi mandat untuk memukul wanita yang juga merupakan isteri saya. Saya kena berhati-hati dalam melakonkan watak tersebut, lebih-lebih lagi ketika babak yang memerlukan saya memukul Nora."


Apabila kami melakukan babak aksi pukul memukul, Nora telah memberikan sepenuh kerjasama untuk memenuhi tuntutan watak masing-masing."
Di Singapura, seorang penulis blog telah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan asalkan mahu terus berusaha.
Kife Wee, 20, berjaya mengubah fizikal dan personalitinya daripada seorang remaja gemuk kepada model dalam masa empat bulan sahaja.


Segalanya bermula sejak setahun lalu apabila beliau diejek oleh seorang lelaki yang menolaknya dan mengatakan bahawa dia seorang yang sangat gemuk.
“Dia berkata jika saya menolaknya, dia pasti akan melayang,” ujar Kife melalui laman blognya.
Peristiwa itu menjadi pembakar semangat kepada remaja itu untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat sekaligus mendapatkan berat badan yang ideal.
Dalam masa setahun, Kife berjaya mengurangkan beratnya sehingga 15 kilogram selepas program diet yang ketat.
Bagaimanapun, dia mula ‘tergelincir’ daripada matlamatnya dan mula mengamalkan tabiat lamanya iaitu makan tanpa had kerana merasakan dia sudah kurus.
Sikap ini menyebabkan berat badannya naik mendadak sebanyak 10 kilogram dan keseluruhannya mencecah 82 kilogram.
Bimbang peristiwa lama berulang kembali, Kife kembali berdisplin dan memulakan amalan pemakanan sihat selain menjalani latihan fizikal di gimnasium.
Dalam masa empat bulan sahaja, dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram dan kini seorang model bebas selain memenangi Pertandingan Wajah Terbaik Ulzzang.
Remaja ini turut berharap kisahnya di blog tersebut dapat dijadikan motivasi kepada semua yang ingin mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.
Seorang lelaki Bulgaria berusia 59 tahun mencuba untuk mencipta rekod baru berenang merentasi dengan diikat kaki dan tangan di dalam sebuah beg.

Jane Petkov yang turut dikenali sebagai Lelaki Amfibia di negaranya Bulgaria berkata untuk berjaya melakukannya ia memerlukan tahap fokus yang tinggi dan tekni khas bernafas untuk menjayakannya.
Percubaan itu dilakukan Petkove pada 10 September lepas di Tasik Orhid di Macedonia.
Petkov terjun ke dalam tasik dari dalam sebuah bot di tengah-tengah tasik dan berenang ke tepi tasik.
Tangan dan kakinya diikat sebelum beliau dibungkus di dalam sebuah beg menyerupai beg mayat yang tebal. Beliau diikat sekali lagi dengan lilitan di sekeliling beg itu bagi memastikan beliau tidak boleh menggunakan kakinya untuk mengayuh.
Cubaan itu dianggap berbahaya dan berisiko apabila doktor yang memeriksa Petkov mendapati beliau dalam keadaan yang sedikit lemah kerana usianya.
Dalam renangannya, Petkov berenang seperti gaya seekor ikan lumba-lumba.
Beliau mengambil masa 2 jam 47 minit untuk berenang sejauh 2 kilometer dan sampai di tepi tasik.
“Saya berasa begitu sejuk ada satu kilometer pertama tetapi semuanya kembali normal selepas itu, jika suhu air lebih panas, saya boleh berenang sejauh 10 kilometer lagi,” katanya.
Setiap aspek percubaan itu dirakamkan dari atas sebuah bot dan rakaman itu akan dihantar ke pejabat Guiness Records di London.
Jessie J 1
Sudah lama kita tidak mendengar cerita mengenai penyanyi bersuara hebat, Jessie J ini.
Khabarnya, pelantun ‘Price Tag’ dan ‘Domino’ itu bakal berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun hadapan bagi meluaskan lagi pengaruh muziknya di sana.
Jika itu keputusannya, bermakna beliau akan meninggalkan negara tercintanya, United Kingdom demi cita-citanya itu.
“AS merupakan pasaran yang cukup besar untuk ditembusi. Banyak yang berbeza di sana.
Jessie J
“Saya tidak suka melakukan perkara separuh jalan. Saya tidak akan masuk ke pasaran mereka selagi saya tidak berada di sana, jadi saya akan tinggal di sana tahun hadapan,” katanya sewaktu persembahan iTunes baru-baru ini.
Menurut Jessie lagi, beliau akan memulakan kariernya di sana dengan mengikuti persembahan jelajah Amerika bersama penyanyi Robin Thicke.
Beliau juga merancang untuk tinggal di New York kerana ia kehidupan di sana tidak jauh berbeza dari London.
Semoga usaha Jessie ini akan membawa beliau pergi lebih jauh lagi di persada muzik dunia dan apa yang pasti, pasaran Amerika bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditembusi tanpa usaha yang gigih.
Conchita Wurst
Nama Tom Neuwirth, 24, mungkin kurang dikenali di Eropah, namun jika disebut Conchita Wurst, pasti ramai itu sudah sedia maklum akan ‘keanehan’ individu ini.
Berjaya mencetuskan kontroversi dengan mewakili Austria dalam Pertandingan Nyanyian Eurovision 2014 di Denmark, penyanyi itu mempunyai dua identiti yang berlainan pada dirinya.
Conchita-Wurst-550x825
Dilahirkan sebagai seorang lelaki, namun Tom mempunyai kecenderungan untuk bergaya seperti seorang wanita dalam setiap persembahannya.
Di setiap persembahan pentas, dia akan memakai pakaian wanita dan solekan tebal serta berjambang.
kisun-00121
Berjambang? Ya, itulah identiti unik yang dikekalkan oleh jejaka ini biarpun segala-galanya sudah hampir menyerupai wanita.
Menurutnya Conchita, dia merasakan bahawa terdapat dua jiwa yang sedang berada di hatinya iaitu seorang lelaki Austria dan seorang penghibur wanita Colombia.
Biarpun dikenali sebagai wanita di atas pentas, sebaik sahaja tamat persembahan dia akan kembali semula menjadi Tom.
Tambahnya lagi, kehidupannya sangat menyeronokkan kerana dapat hidup dalam dunia fantasi yang diingini bila-bila masa.
Di sini, aku akan berkongsi beberapa tempat menarik di Sabah yang boleh dilawati jika anda sedang merancang untuk bercuti di Sabah. Mungkin anda sering mendengar tentang kepelbagaian tempat menarik di Sabah, ianya memang benar dan anda dijamin akan menikmati kepuasan melancong jika memilih Sabah sebagai destinasi percutian. Tempat menarik di Sabah 2012 yang saya ingin kongsi di sini ialah sambungan daripada entri yang lepas iaitu Tempat menarik di Sabah part 1.
Rumah Terbalik, Tuaran


Rumah Terbalik atau The Upside Down House ini terletak di Kampung Telibong, Jalan Tuaran iaitu berhampiran dengan stesen minyak Shell. Ianya merupakan salah satu tarikan baru pusat pelancongan di Sabah. Tempat menarik di Sabah 2012 terbaru ini telah dibuka secara rasmi pada 1 Februari 2012.

Sabah Tea Garden, Ranau





Sabah Tea Garden terletak di KM17, Jalan Ranau-Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau, Sabah. Perjalanan sekiranya memandu secara berhemah mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu. Sabah Tea Garden dibuka untuk lawatan orang ramai setiap hari dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari cuti umum.

Masuk adalah percuma tetapi untuk lawatan ke kilang teh dan tour guide dikenakan bayaran RM10.00 dan RM30.00 (dengan makan tengah hari). Teh yang ditanam di sini menggunakan bahan-bahan organik yang tidak tercemar kepada alam sekitar. Jadi, teh yang dihasilkan sangat bermutu tinggi dan dijamin kebersihannya.

Sepilok, Sandakan







Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan, mempunyai keluasan 43 kilometer persegi. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan asli yang terpelihara. Orang ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan hujan tropika ini. Tujuan utama Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini adalah untuk mendidik anak-anak Orang Utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan.
Apa dah jadi dengan lelaki dalam gambar ini? Lelaki berkenaan masak mee dalam mangkuk lelaki kencing di tandas sambil diperhatikan oleh dua lelaki lain yang kebetulan sedang kencing di mangkuk yang berdekatan. Mungkin lelaki ini tiada tempat memasak kot.

Sekilas tengok gambar itu, memang melucukan dan menjijikkan.



Sumber: tt.mop.com
 

Azerbaijan Tower atau Menara Azerbaijan yang akan mula dibina tahun 2013 bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 3,445 kaki (1,050 meter). Menara Azerbaijan akan mempunyai 187 tingkat dan apabila siap akan mengatasi ketinggian Burj Khalifa dari Dubai (828m dengan 163 tingkat) dan Kingdom Tower dari Jeddah (1,000m dengan 213 tingkat). Menara Azerbaijan ini dijangka menelan kos sekurang-kurangnya USD 2 Bilion (RM 6.2 Bilion) manakala pembinaan Khazar Islands sekitarnya pula ialah USD 100 Bilion (RM 310 Bilion). Azerbaijian Tower dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2020.

Inilah lelaki paling pengotor di dunia apabila semua sisa makanan, bekas, plastik dan sebagainya hanya diletakkan di meratah tempat terutama di atas meja. Yang peliknya, lelaki dalam gambar ini relaks saja sambil tengok gambar tanpa ada rasa remas dengan gumpalan sampah di depannya.



Cuba anda bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda pasti akan sukar bernafas kerana aliran angin yang kencang. Angin kencang dari kipas meja yang diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama.

Akibat aliran udara yang kencang, kita tidak akan dapat menghirup jumlah oksigen yang kita perlukan sehingga menyebabkan kesukaran bernafas. Perkara yang sama juga akan berlaku kalau kita tidur menggunakan kipas meja yang menghadap ke muka kita.

Pada dasarnya, ketika tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Dengan berkipas, angin dari kipas meja akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, seterusnya nafas, denyutan jantung dan tekanan darah kita juga akan menurun perlahan-lahan.



Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke dalam air yang sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh berfungsi dengan baik sehingga kadar pernafasan menjadi lemah, dan akhirnya menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas meja yang menghadap ke muka kita, ia boleh mengakibatkan kematian.

Oleh itu, kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas meja yang menghadap ke muka kita, pastikan tingkap bilik terbuka agar peredaran udara di bilik kita baik dan lancar.

China – Han Qiaoni yang berusia 102 tahun, dikenalpasti sebagai wanita terakhir di China yang mengamalkan budaya ikat kaki untuk kelihatan cantik.

Han, yang berasal dari Yuxian itu, terpaksa menderita semata-mata untuk kelihatan menarik dan dia mengamalkan budaya kaki diikat itu sejak berusia dua tahun.

Menurut Han, ibunya menggunakan kain panjang yang dililit di kakinya itu kecuali ibu jari kaki, supaya kaki membengkok.

Jelasnya, proses itu selalu dilakukan pada musim sejuk kerana ketika itu kaki menjadi kebas dan kurang kesakitan.



Dia mengambil masa selama enam bulan untuk berjalan dengan normal dan belajar menerima kesakitan.

Amalan berkenaan diamalkan ketika zaman dinasti Song selepas pemerintahnya, Li Yu jantuh cinta pada seorang penari yang menari tarian lotus dengan kakinya diikat.

Sejak itu amalan mengikat kaki menjadi popular malah gadis-gadis berbuat demikian semata-mata untuk mendapat suami yang kaya.

Bagaimanapun pada 1912, amalan itu diharamkan dan pada 1925, pihak berkuasa mengenakan kompaun kepada mereka yang masih mengamalkan amalan mengikat kaki itu.
Dippercayai kira-kira 40 hingga 50 peratus wanita di China mengikat kaki mereka pada kurun ke-19 dengan amalan itu dilakukan oleh sebahagian besar wanita daripada kelas pertengahan .

Amalan mengikat kaki ini bertujuan untuk menyekat pertumbuhan kaki agar ia tidak panjang melebihi tiga ke empat inci.

Kaki yang diukur dengan panjang hanya tiga kaki digelar lotus emas manakala kaki sepanjang empat kaki pula dikategorikan sebagai perak.

Tradisi ini diamalkan kepada wanita ini sejak mereka kanak-kanak dengan kaki tersebut direndam ke dalam air panas bagi melembutkan tisu dan tulang.

Selepas kaki akan diurut dan semua kaki akan dipatahkan sebelum dililit dengan kain dan ikatan itu akan dibuka setiap dua hari bagi membolehkan ia dibasuh, untuk mengelakkan jangkitan.
Pemisah Moro

Manila – Askar Filipina bertempur lagi dengan anggota kumpulan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di Tulunan, Cotabato Utara awal semalam.

Pegawai Operasi Sivil Tentera Batalion Tentera Darat ke-57, Lt Nasrullah Sema, berkata pertempuran belum tamat di perkampungan Dungos, daerah Del Monte.

Sekumpulan askar kerajaan sudah dihantar untuk menamatkan ancaman 200 pemisah BIFF selepas pertempuran meletus jam 7 pagi waktu tempatan.

4 guru, 1 budak sempat lari

Lewat kelmarin, empat guru dan seorang kanak-kanak sempat lari daripada ditahan anggota BIFF.

Datuk Bandar Romeo Arana berkata, mereka sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital.

Guru dan kanak-kanak itu dijadikan perisai manusia BIFF ketika kumpulan itu menyerang Midsayap apabila sembilan orang maut. BIFF adalah serpihan kepada pergerakan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

BIFF menentang rundingan damai dengan kerajaan dengan MILF yang mempunyai 12,000 anggota.

Jurucakap Divisyen Infantri ke-6, Kol Dickson Hermoso, mengesahkan anggota BIFF itu masuk dari Maguindanao dan menyerang Tulunan.

“Kumpulan ini berbeza. Penyerang di Midsayap jauh dari Tulunan. Tulunan terletak tidak jauh dari pantai Liguasan dekat bandar SK Pendatun di Maguindanao,” katanya.

Hermoso mengakui pihak berkuasa terkejut dengan serangan itu kerana insiden lalu hanya membabitkan pergaduhan antara anggota keluarga mengenai tanah.

Bagaimanapun, pertempuran di Barangay Dungos adalah jauh dari pusat bandar.

Baki tebusan dibebaskan

Sementara itu, baki tebusan BIFF di Midsayap sudah dibebaskan, menurut laporan.

Sembilan guru dibebaskan mulai 5.30 pagi di Sitio Payugan, Sambulawan sebelum rundingan diadakan.

Dalam laporan lain, empat pegawai majlis perbandaran dan seorang setiausaha juga dibebaskan.

Serangan itu menyebabkan 2,000 keluarga hilang tempat tinggal dan kini dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara.- AGENSI
Colorado

Boulder (Colorado) – Selepas banjir melanda dan meragut 10 nyawa, penduduk di bandar ini berusaha kembali menjalankan kegiatan harian seperti biasa, termasuk menghisap ganja.

Penganjur merancang untuk mengagihkan ganja secara percuma kepada penduduk terbabit.

Meskipun sebahagian besar usaha tertumpu kepada pembinaan semula, pemberian ganja itu adalah sebahagian usaha membantu penduduk yang memang menggunakan dadah berkenaan untuk tujuan rekreasi sebelum ini mengatasi tekanan selepas simpanan ganja mereka musnah dalam banjir.

Ia juga sebagai tanda bantahan terhadap rancangan mengadakan pungutan suara mengenakan cukai jualan ganja yang dirancang diadakan pada November depan.

“Penduduk Boulder menjadi mangsa banjir. Kami merancang membantu meringankan beban mereka,”, termasuk dengan mengagihkan ganja secara percuma kata seorang penganjur rancangan berkenaan, semalam. – Agensi
Tukang Urut

Kuala Lumpur – Anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL) terpaksa ‘bergomol’ dengan empat tukang urut wanita warga Vietnam yang bertindak agresif dalam usaha melepaskan diri daripada kepungan selepas premis tempat mereka bekerja di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Miharja, Cheras, di sini, diserbu kelmarin.

Bagaimanapun, cubaan empat wanita terbabit gagal, malah pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut.

Ketua Bahagian Penguat kuasa JIWPKL, Penolong Pengarah Imigresen James Musa Singa berkata, keempat-empat tukang urut terbabit bukan saja menjalankan perkhidmatan urut badan ke badan (B2B), tetapi turut menawarkan khidmat seks.

“Dua anggota penguat kuasa yang menjalankan serbuan terlebih dulu menyamar sebagai pelanggan dengan memerhati operasi premis itu dan aktiviti pelanggan lain.

“Selepas diyakini premis itu mengupah pekerja wanita warga asing, barulah serbuan dibuat,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan Op 6P jam 2.30 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang juga penjaga pusat urut refleksologi itu bagi membantu siasatan.

“Selain itu, dalam operasi sama, kami turut menyerbu tiga lagi premis yang menjalankan aktiviti urut refleksologi di Desa Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail.

“Seramai 22 warga asing termasuk pelanggan diperiksa dan hasilnya kami menahan lima lagi wanita warga China kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. Beliau berkata, lelaki tempatan yang ditahan pula akan didakwa mengikut Seksyen 55B akta sama kerana kesalahan mengambil pekerja warga asing yang tidak memiliki sesuatu pas yang sah. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 12 bulan.
“Semua warga asing berusia 20 hingga 48 tahun itu kemudian dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, JIWPKL, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – myMetro Online
Haliza Misbun

KUALA LUMPUR – Pelakon Haliza Misbun memberitahu teman lelakinya pernah memutuskan hubungan mereka selama beberapa bulan selepas mengetahui statusnya sebagai seorang pelakon.

Haliza, 40, berkata, tindakan lelaki tersebut berbuat demikian kerana bimbang percintaan mereka tidak dapat berjalan dengan baik kerana status selebriti yang dipegang oleh aktres itu.

“Sebelum ini dia tidak mengetahui saya ini seorang pelakon dan saya pula tidak pernah memberitahunya. Bagaimanapun dia mula hairan apabila setiap kali kami keluar akan ada orang yang menegur atau pun senyum kepada saya.

“Sejak mengetahui status saya sebagai seorang selebriti dia mula menjauhkan diri dan memutuskan hubungan kami,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran novel tulisannya berjudul Cinta Rimau di Publika Solaris Dutamas di sini, Selasa.

Haliza baru-baru ini mendedahkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan dan lelaki tersebut telah menghadiahkan sebuah kondominium bernilai RM2 juta bersempena hari jadinya yang ke 40 pada 14 Mei lalu.

Tambah Haliza, mereka bagaimanapun kembali berbaik selepas lelaki berkenaan menyedari mereka tidak patut memutuskan hubungan hanya kerana statusnya.

“Saya faham mengapa dia bertindak demikian kerana teman lelaki saya seorang yang sangat merendah diri dan tidak gemar cerita peribadinya menjadi perhatian umum.

“Bagaimanapun masalah itu telah dapat diselesaikan dengan baik dan kami masih bercinta seperti biasa,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Haliza berkata, dia tidak pasti bila dia akan menamatkan zaman bujangnya namun berharap hubungan itu akan berakhir dengan perkahwinan.

Jelas Haliza, dia bukan takut dengan perkahwinan tetapi cuba membiasakan diri dengan kehidupan berdua kerana telah terbiasa hidup bersendirian sebelum ini.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan selepas berkahwin kerana sudah terbiasa hibup sendiri tanpa mengharapkan sesiapa.

“Bagaimanapun teman lelaki telah berjaya menembusi tembok yang paling saya takuti itu dan berharap hubungan ini akan berakhir dengan ikatan suami isteri,” jelasnya.

Mengulas mengenai hadiah mewah yang diterimanya, Haliza berkata, pemberian lelaki tersebut adalah ikhlas dan ia sebagai bukti cinta teman lelaki terhadapnya.

Kata Haliza, ia bukan bererti dia boleh mengambil kesempatan atas kebaikkan lelaki itu sebaliknya benar-benar ikhlas mencintai kekasihnya itu.

“Cinta dia kepada saya sangat tulus dan ikhlas yang tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan harta benda dan wang. Dia orang yang paling rapat dengan Liza sejak dua tahun kebelakangan ini,” tuturnya.

Sementara itu, bercakap mengenai novel pertama hasil tulisannya, Haliza berkata, dia sudah memulakan projek berkenaan sejak tiga tahun lalu dan keretakan hubungan dengan kekasihnya sebelum ini telah memberikan lebih sumber inspirasi untuk menyiapkan novel berkenaan.

Jelas Haliza, hampir 60 peratus isi novel berkenaan adalah tentang kisah sebenar yang pernah terjadi dalam hidupnya selain memasukkan elemen-elemen fiksyen.

“Novel ini bukan sekadar mengangkat kisah percintaan tetapi juga tentang isu anak tidak sah taraf dan agama yang menjadi tunjang kepada plot penceritaan,” jelasnya.

Tambah Haliza, dia juga bertuah apabila pihak penerbit iaitu Merpati Jingga memberikan kebebasan kepadanya untuk menentukan arah buku tersebut tanpa terikat dengan sebarang peraturan daripada pihak penerbit.

“Sebelum memilih Merpati Jingga sebagai penerbit saya pernah berbincang dengan sebuah syarikat penerbitan yang terkenal namun terlalu banyak peraturan yang perlu saya ikut dan ia sekaligus menghadkan kreativiti saya sebagai penulis,” ujarnya. – mStar Online
1236590_409817085789369_1880509150_n

SEORANG wanita warga China hari ini mengejutkan orang ramai apabila ingin membunuh diri bersama bayinya di Hotel Sun Inns, Bukit Puchong, Selangor pagi tadi

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong bergegas ke tempat kejadian sebaik saja dimaklumkan oleh orang ramai.

Usaha memujuk wanita berkenaan yang dibuat oleh anggota bomba dan polis akhirnya berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Syabas anggota bomba dan polis yang  bertugas….sekurang-kurangnya dua nyawa berjaya diselamatkan tanpa sebarang pertumpahan darah.

Macam-macam hal… – Gambar Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong 


12655_409817249122686_904888882_n
1044527_409817179122693_409836278_n
1374262_409817425789335_995103484_n
1238970_409817269122684_1052022845_n
1236736_409817385789339_7569283_n