Di Singapura, seorang penulis blog telah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan asalkan mahu terus berusaha.
Kife Wee, 20, berjaya mengubah fizikal dan personalitinya daripada seorang remaja gemuk kepada model dalam masa empat bulan sahaja.
Segalanya bermula sejak setahun lalu apabila beliau diejek oleh seorang lelaki yang menolaknya dan mengatakan bahawa dia seorang yang sangat gemuk.
“Dia berkata jika saya menolaknya, dia pasti akan melayang,” ujar Kife melalui laman blognya.
Peristiwa itu menjadi pembakar semangat kepada remaja itu untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat sekaligus mendapatkan berat badan yang ideal.
Dalam masa setahun, Kife berjaya mengurangkan beratnya sehingga 15 kilogram selepas program diet yang ketat.
Bagaimanapun, dia mula ‘tergelincir’ daripada matlamatnya dan mula mengamalkan tabiat lamanya iaitu makan tanpa had kerana merasakan dia sudah kurus.
Sikap ini menyebabkan berat badannya naik mendadak sebanyak 10 kilogram dan keseluruhannya mencecah 82 kilogram.
Bimbang peristiwa lama berulang kembali, Kife kembali berdisplin dan memulakan amalan pemakanan sihat selain menjalani latihan fizikal di gimnasium.
Dalam masa empat bulan sahaja, dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram dan kini seorang model bebas selain memenangi Pertandingan Wajah Terbaik Ulzzang.
Remaja ini turut berharap kisahnya di blog tersebut dapat dijadikan motivasi kepada semua yang ingin mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.
No comments
Post a Comment