Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Han Qiaoni Wanita Terakhir Amal Budaya Ikat Kaki Di China
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


China – Han Qiaoni yang berusia 102 tahun, dikenalpasti sebagai wanita terakhir di China yang mengamalkan budaya ikat kaki untuk kelihatan cantik.

Han, yang berasal dari Yuxian itu, terpaksa menderita semata-mata untuk kelihatan menarik dan dia mengamalkan budaya kaki diikat itu sejak berusia dua tahun.

Menurut Han, ibunya menggunakan kain panjang yang dililit di kakinya itu kecuali ibu jari kaki, supaya kaki membengkok.

Jelasnya, proses itu selalu dilakukan pada musim sejuk kerana ketika itu kaki menjadi kebas dan kurang kesakitan.



Dia mengambil masa selama enam bulan untuk berjalan dengan normal dan belajar menerima kesakitan.

Amalan berkenaan diamalkan ketika zaman dinasti Song selepas pemerintahnya, Li Yu jantuh cinta pada seorang penari yang menari tarian lotus dengan kakinya diikat.

Sejak itu amalan mengikat kaki menjadi popular malah gadis-gadis berbuat demikian semata-mata untuk mendapat suami yang kaya.

Bagaimanapun pada 1912, amalan itu diharamkan dan pada 1925, pihak berkuasa mengenakan kompaun kepada mereka yang masih mengamalkan amalan mengikat kaki itu.
Dippercayai kira-kira 40 hingga 50 peratus wanita di China mengikat kaki mereka pada kurun ke-19 dengan amalan itu dilakukan oleh sebahagian besar wanita daripada kelas pertengahan .

Amalan mengikat kaki ini bertujuan untuk menyekat pertumbuhan kaki agar ia tidak panjang melebihi tiga ke empat inci.

Kaki yang diukur dengan panjang hanya tiga kaki digelar lotus emas manakala kaki sepanjang empat kaki pula dikategorikan sebagai perak.

Tradisi ini diamalkan kepada wanita ini sejak mereka kanak-kanak dengan kaki tersebut direndam ke dalam air panas bagi melembutkan tisu dan tulang.

Selepas kaki akan diurut dan semua kaki akan dipatahkan sebelum dililit dengan kain dan ikatan itu akan dibuka setiap dua hari bagi membolehkan ia dibasuh, untuk mengelakkan jangkitan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments