Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Isu penemuan DNA babi dalam produk Cadbury baru saja selesai. Kini timbul pula isu dimana sebuah restoran di The Spring, Kuching didakwa menghidangkan sup babi.
Menurut penyebar gambar tersebut, dia mendakwa menemui kaki babi di dalam sebuah mangkuk sup. Serta merta dia memohon agar orang ramai yang khususnya beragama Islam berhati-hati dan tidak mengunjungi restoran di The Spring.
Penyebaran maklumat yang belum disahkan ini telah menimbulkan sedikit rasa panik penduduk beragama islam di Kuching.
Menurut seorang pengguna Facebook bernama Ah Ong berkata dia telah menghubungi managar Food Court The Spring yang menafikan dakwaan liar tersebut.
Menurut manager terbabit, gambar yang disebarkan itu bukanlah gambar kaki babi. Sebaliknya kaki lembu.
Namun menurut wartawan New Sarawak Tribune, dalam sidang media hari ini, Menteri Hal Ehwal Islam Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman mengesahkan SEMUA premis makanan di The Spring TIDAK mempunyai sijil halal.
10 Jun 2014 yang lalu, seorang pengguna bersama dua orang rakannya menikmati makanan di sebuah warung di Food Court The Spring. Dia berasa curiga dan mengesyaki menu Soto Ayam Semarang yang dipercayai dihidangkan menggunakan sup kaki babi, bukannya sapi.
Kecurigaan itu bertambah kuat apabila rakan si pengadu memberitahu tulang itu kelihatan meragukan. Tanpa membuat masa si pengadu terus meminta penjelasan dari kakitangan warung tersebut serta meminta menjenguk dapur mereka.
Apa yang ditemui oleh si pengadu, nyata amat mengejutkan kerana kepingan² daging sup tersebut langsung tidak menyerupai potongan-potongan daging lembu atau ayam.
Keadaan bertambah buruk apabila salah seorang kakitangan premis tersebut didapati berbohong bilamana dia mendakwa dirinya seorang penganut agama Islam yang berasal dari Indonesia + berkahwin dengan orang tempatan berbangsa cina yang juga pemilik premis tersebut.
Hasil soaljawab dengan lelaki itu, mereka mendapati mereka juga mengusahakan sebuah premis makanan non halal yang terletak di Batu Tiga.
Masih tidak yakin dengan gambar bukti yang diperolehi, si pengadu menunjukkan gambar tersebut kepada seorang amoi cina yang kebetulan lalu di situ. Dengan pantas dia menjawab,
"Ini kaki babi leh"
Bagaimanapun pengadu telah membuat aduan di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) agar tindakan dan siasatan dijalankan bagi memastikan umat islam di negeri Sarawak tidak tertipu.
Umat islam di negeri Sarawak disarankan berhenti membeli makanan di premis makanan The Spring buat sementara waktu. - SUMBER
Isu Panas
Tahukah Anda? Mesti anda tak tahu punya... (hahaha!)
Antara pencipta Youtube ialah seorang muslim. Jawed Karim ,Steve Chen dan Chad Hurley menubuhkan Youtube pada tahun 2005 untuk memberi peluang bagi netizen untuk 'upload' dan menonton video secara percuma. Setahun selepas itu, Google membeli Youtube dengan harga US1.65billion.
Jawed Karim (35 tahun) ialah seorang anak imigran dari Bangladesh dan sekarang dia bernilai US140 juta. Ayahnya berkahwin dengan seorang german saintis, dan keluarga mereka berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1999.
Ini menunjukkan seorang muslim boleh bersaing dalam sektor teknologi jika dia mencari ilmu dengan gigih. Satu inspirasi kepada semua muslim di dunia ini.
Pelbagai
Perbezaan 11 jam antara Brazil membuat sebahagian besar perlawanan Piala Dunia ditayangkan rata-rata pada pukul 3.00 pagi. Sehingga bola mania di China perlu berjaga pagi dan tentunya hal itu akan mengganggu ketika mereka harus bekerja di keesokan harinya.
Keadaan ini bagi beberapa orang membuka peluang perniagaan, contohnya ada yang menjual surat cuti sakit palsu bagi para pekerja yang terlalu mengantuk untuk bekerja setelah berjaga menonton bola sepak.
Surat-surat cuti sakit palsu lengkap dengan catatan palsu doktor itu berharga sehingga 300 yuan.
"Para pekerja yang penggila bola sepak yang ingin bolos sehari untuk menyaksikan Piala Dunia di Brazil boleh mendapatkan surat cuti doktor secara online," demikian dilaporkan harian Global Times.
Wartawan harian Telegraph, melakukan percubaan dengan menempah surat cuti sakit itu untuk mengelakkan giliran kerja pada Ahad selepas menyaksikan pertandingan Itali melawan Ebgland di malam sebelumnya.
Di China, pertandingan England melawan Itali disiarkan pada pukul 6.00 pagi pada Ahad (15/6/2014). Ternyata, surat yang diperoleh sangat kelihatan asli, penuh dengan catatan perubatan dari hospital Ruijin bahagian Jabatan kesihatan pernafasan , salah satu hospital terbaik di Shanghai.
"Diagnosis: jangkitan saluran pernafasan atas. Cadangan: Rehat selama satu hari," demikian isi dokumen berwarna biru itu.
Ternyata, surat itu sudah dibuat seminggu lalu oleh para pemalsu dari sebuah syarikat bernama Shanghai Sick Notes.
"Kami sudah mendengar soal surat cuti sakit palsu ini namun belum pernah melihatnya," kata seorang kakitangan hospital Ruijin, Shanghai.
Namun, tak selamanya surat izin palsu ini berjaya mengelabui pihak atasan seorang pekerja.
"Palsu. Ketua saya mengetahuinya dan saya sekarang dipecat. Dasar pembohong!" seorang pemberi surat cuti mengecam melalui dunia maya.
Bukan hanya di Shanghai, pemalsu surat sakit ini juga berlaku di Nanjing dan Beijing walaupun pelaku yang menjual surat cuti palsu seperti ini boleh dihukum penjara maksimum selama lima tahun.
Sumber: kompas.com
Pelbagai
Wow! bagai pinang dibelah dua! pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka kacak ini? sekeping gambar mesra dikongsikan Erra Fazira bersama seorang jejaka, Rizman Nordin di laman Instagram miliknya beberapa hari lepas mencetuskan kontroversi dikalangan peminat.
Gambar berkenaan disertakan dengan kapseyen sangat romantik dan membayangkan mereka seakan sedang dilamun cinta. Benarkah? Caption itu berbunyi berikut :
"Alaaaa... @rizman_nordin awat comel sangat niii..u r still my fav dearest fren darlin...! ;)�� muahh!!"
Tunjauan cantikje melalui komen-komen peminat di Instagram, rata-rata ramai peminat tidak terkejut dengan gambar tersebut malah mereka memberitahu tidak kisah dengan siapapun Erra berkawan kerana erra ialah artis kesayangan Malaysia.
Hiburan
HEBOH di laman-laman sosial dengan satu gambar yang menunjukkan dilarang onani di Kolej Perindu, UiTM Shah Alam.
Namun menurut beberapa sumber seperti blog Ini Cerita Dunia Kita, pegawai UiTM menegaskan tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut kepada pelajar-pelajar mereka.
“Dilarang melakukan kerosakan, dilarang merokok, dilarang beronani. Awas! Anda sedang diperhatikan,” menjadi hangat seketika.
Perkara ini dilihat seperti pelajar-pelajar di sana pernah dan sering melakukan tabiat yang tidak senonoh itu.
sementara itu, belum ada kenyataan rasmi dari pihak UiTM mengenai isu tersebut.
Mungkin juga ada pelajar yang tidak bertangungjawab cuba mencetuskan isu untuk mendapat perhatian umum.
Isu Panas
LONDON: Seorang pondan yang berlagak sebagai ‘doktor’ dituduh menyuntik campuran simen, minyak, pengedap tayar dan gam ke dalam punggung seorang wanita.
Wanita itu dipercayai turut membuat suntikan kosmetik ke atas dirinya sendiri.
Oneal Morris 30, ditahan setelah wanita itu hampir mati selepas bahan kimia berbahaya merebak ke seluruh tubuhnya.
Dia dikatakan telah membayar 450 pound (RM2250) kepada Morris untuk memejalkan punggungnya pada Mei tahun lalu.
Morris, seorang lelaki yang menjalani hidup seperti seorang wanita, menghadapi tuduhan mengamal perubatan tanpa lesen.
Dia dituduh menjalankan kegiatan itu di rumahnya sendiri.
Tidak lama selepas itu, pesakitnya mula mengalami simptom radang paru-paru dan berbekas warna merah di punggungnya.
Menurut polis, Morris yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat telah menyuntik wanita itu untuk mendapatkan tubuh ‘ghetto booty’ perkataan yang digunakan untuk punggung yang menarik dan besar.
Menurut polis, Morris mungkin seorang daripada anggota rangkaian haram yang dikenali sebagan ‘doktor punggung’ yang menawarkan khimat memejalkan punggung di ‘pesta pam’ di AS sejak beberapa tahun.
Morris, yang juga mempunyai punggung yang pejal, seperti dilihat di gambar polis, ditahan dan didakwa mengamalkan perubatan tanpa lesen dan menyebabkan kecederaan.
Global
HULU LANGAT: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini menambah kerinduan seorang ibu tunggal terhadap anak gadisnya yang sepatutnya menduduki peperiksaan itu, namun tidak berbuat demikian kerana kini berada di Lombok, Indonesia selepas diperdaya lelaki dari situ.
Che Beshah Md Said, 50, berkata, anaknya Zurain Mohd Zulkeppeli meninggalkan rumah bersama seorang lelaki Lombok dikenali sebagai Edy, 30-an, sejak Oktober tahun lalu dan kini mereka sudahpun berkahwin serta memiliki seorang anak.
Menurutnya, Edy yang memang rapat dengan keluarganya ibarat pagar makan padi kerana lelaki itu sebelum ini diminta membantu mencari Zurain yang sudah beberapa kali lari dari rumah.
“Edy memang bijak berlakon. Kelakuannya nampak baik dan dia memberitahu ada kepakaran untuk mengubati pelbagai penyakit. Jadi, saya minta tolong dia untuk cari Zurain yang kali terakhir lari dari rumah Oktober lalu.
“Kesudahannya, bukannya dia membawa pulang Zurain kepada saya, tapi dia melarikan anak gadis saya itu ke kampung halamannya di Indonesia,” katanya ketika ketika menerima kunjungan Pemuda Umno Hulu Langat di rumahnya.
Isu Semasa
PULAU PINANG – Lagi kes orang bunuh diri di Pulau Pinang semalam. Kali ini di tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang.
Pihak polis masih menyiasat motif kejadian. Trafik sesak menghala ke pulau disebabkan ramai yang berhenti untuk menonton.
Polis menemui motosikal mangsa yang ditinggalkan di bahu jalan. Polis juga menemui MyKad, telefon bimbit mangsa serta beberapa dokumen milik mangsa. – Mymediahub
Laporan penuh menyusul.
Isu Panas
SEKUMPULAN wanita yang berkerja di Vila Mimosa daerah ‘lampu merah’ di Brazil menawarkan diskaun ‘istimewa’ kepada penyokong skuad Piala Dunia England yang memerlukan perkhidmatan seks kerana dikatakan telah menempuh perjalanan jauh.
Pelacur yang bekerja daerah ‘lampu merah’ terbesar itu memberi diskaun Piala Dunia kepada penyokong England sebelum sukan terhebat itu bermula dan ‘harga’ dilaporkan akan berubah selepas itu.
Difahamkan sebagai persediaan menerima tetamu daripada 32 negara yang mengambil bahagian dalam kempen Piala Dunia, seramai 4,000 pelacur di daerah Mimosa telah bersedia secukupnya untuk ‘berkhidmat’ yang sebahagian besarnya terdiri daripada pelacur sementara.
Daripada negara-negara berkenaan, kelihatan penyokong Englnad yang paling ramai berada di kawasan pelacuran itu untuk membuat penawaran bagi mendapatkan perkhidmatan terbaik.
Dilaporkan setiap pelacur muda menawarkan sebanyak £26 bagi setiap kali melakukan seks manakala wanita yang berusia 30 tahun keatas mengenakan bayaran £16.
Selain itu, para pelacur terbabit juga menaruh harapan tinggi untuk dibawa pulang oleh peminat bola sepak bagi mengubah kehidupan mereka khususnya di England.
Selain itu, mereka juga menggunakan peluang kempen Piala Dunia untuk mendapatkan zuriat berdarah campuran yang lebih cantik atau kacak.
Global
Akibatnya, cermin sisi kedua-dua kereta mereka bergesel.
Pemandu Vios yang menyedari cermin sisi keretanya bergesel dengan cermin sisi Myvi, bertindak membunyikan hon bertalu-talu.
Selepas berjaya memotong barisan dan melalui tol berkenaan, pemandu Vios dilihat cuba memprovok mereka dengan membrek secara tiba-tiba dengan sengaja di hadapan kereta.
Tidak tahan dengan kelakuan pemandu Vios berkenaan, pemandu Myvi mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.
Apabila pemandu Myvi cuba menghampiri si pemandu Vios dan meminta penjelasan, pemandu Vios kelihatan takut dan terus meneruskan menaikkan cermin tingkapnya dan pemandu Myvi cuba menahan cermin kereta vios berkenaan dan tak semena-mena cermin tersebut pecah.
Dia bagaimanapun menafikan jari isteri pemandu Vios cedera dan berdarah berpunca dari tindakan dia memecahkan cermin berkenaan.
Namun dia tidak menafikan pula berkemungkinan serpihan cermin terkena pada jari isteri pemandu berkenaan.
Menurut pemandu Myvi itu lagi, cermin kereta lelaki itu tidak pecah, sebaliknya berderai sebab cermin keretanya ada tinted. - My Media Hub
Isu Panas
Penggunaan komuter sememangnya amat digalakkan kepada masyarakat di bandar pada hari ini. Bukan sahaja boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas, malah perkara ini dapat meminimumkan pencemaran alam sekitar di kawasan tersebut.
"Subahanallah, solat subuh dalam gerabak," katanya.Kejadian ini berlaku di Indonesia, Onne Nurmalita mengulas lagi:
"Keretanya jurusan Jatinegara, pas di stasiun Depok Lama itu. Saya ikut kereta yang belakangnya, tapi subhanallah sampai salat subuh di kereta mungkin takut terlambat,"
Isu Panas
Antara barangan ditemui di bukit yang turut dikenali sebagai Pulau Kundur itu adalah serpihan tembikar, manik, batu permata, hulu parang, emas, peluru lama dan syiling lama di mana bentuknya hampir sama dengan syiling ditemui di Pulau Nangka, Melaka, baru-baru ini.
Syed Abdul Hafis Syed Abu Bakar, 40, berkata, dia yang mula mencari harta berkenaan pada 1990 berjaya menemui beberapa duit syiling yang diperbuat daripada tembaga.
Menurutnya, keinginannya untuk mencari harta karun terbabit wujud sejak kecil apabila mendengar cerita daripada datuknya.
“Malah datuk saya ada temui beberapa barangan seperti batu permata yang dijadikan cincin.
“Saya difahamkan oleh orang terdahulu bahawa daerah Batu Pahat ini sebenarnya ialah lautan dan Bukit Jeragan merupakan sebuah pulau yang begitu strategik untuk perdagangan. Pada mulanya ia dikuasai oleh individu yang cukup hebat berasal dari Majapahit dikenali sebagai Jeragan Budiman dan kemudiannya telah dikuasai oleh tentera Jepun.
“Kami penduduk di sini hanya mencarinya secara sendirian, namun ada kalanya tidak menemui apa-apa. Tetapi kebanyakan orang termasuk dari luar akan menemui sesuatu terutamanya manik dan batu permata,” katanya, di sini semalam.
Syed Abdul Hafis bersama penduduk setempat percaya masih banyak lagi harta yang tertanam di bukit berkenaan kerana sebelum pembangunan berlaku, terdapat pintu gua yang kecil, tetapi tertimbus sedikit demi sedikit.
Katanya, dia juga pernah menggunakan alat pengesan logam di kawasan berkenaan khususnya di kawasan kubur lama dan bacaan diterima menunjukkan terdapat logam yang tertanam di sekitar lokasi terbabit.
“Disebabkan ia kubur, kami penduduk sekitar tidak mengoreknya kerana tahu ia salah... dan kami mengharapkan agar kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu untuk membongkar antara khazanah berharga di Batu Pahat ini.
“Kami juga difahamkan gelaran Bandar Penggaram yang diberikan kepada Batu pahat ini berasal dari sekitar ‘pulau’ ini juga yang mana namanya ialah Pangkal Jeram sebelum kemudiannya menjadi Penggaram,” katanya.
Dia bersama penduduk berharap ‘pulau’ dan khazanahnya dibongkar untuk dipelihara oleh kerajaan sebagai tarikan sejarah.
“Penduduk asal di Bukit Jeragan juga diharapkan tidak dipindahkan di mana kini terdapatnya satu rumah yang diwarisi turun-temurun,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ibrahim Johari, 75, berkata, kawasan Bukit Jeragan berkenaan memang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.
Katanya, dia yang merupakan antara penduduk asal di situ, mendengar sejarah secara lisan daripada datuknya yang menyatakan Bukit Jeragan berkenaan merupakan pelabuhan yang sibuk dan dikunjungi pedagang dari China, India, Arab dan juga Eropah
“Selain tempat berdagang, atuk juga ada memberitahu ia juga dijadikan tempat berehat oleh Orang Besar di Nusantara, termasuklah para sultan serta keturunan diraja, selain terdapatnya pintu gerbang seperti A Farmosa, di Melaka.
“Saya juga pernah bermimpi yang memberitahu di Bukit Jeragan yang turut dikenali sebagai Pulau Kundur ini mempunyai harta yang tertanam di bawahnya dan mempunyai gua untuk menyimpan harta berkenaan,” katanya.
Sementara itu Ismail Bawi, 54, berkata, semasa kecil dia sering terjumpa ketulan logam berbentuk bulat seperti duit syiling, tetapi tidak menyimpannya kerana tidak mengetahui nilainya ketika itu.
“Pernah juga saya terjumpa patung angsa berwarna keemasan tetapi takut untuk mengambilnya dan apabila saya datang sekali lagi untuk mengambilnya bersama rakan, ianya telah tiada.
“Atuk saya juga pernah bercerita kepada saya yang bukit berkenaan agak sibuk satu ketika dahulu, namun kebanyakan kemudahan di situ musnah ketika tentera Jepun menyerang negara ini,” katanya.
Isu Semasa
Untuk pengetahuan, aktres berusia 23 tahun ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein namun putus beberapa tahun kemudian.
Tidak lama selepas itu, beliau bercinta pula dengan seorang jejaka inggeris bernama Robin Coenraad. Hubungan mereka tidak bertahan lama kerana tiada persefahaman. Bagaimanapun bagi admin, Siti Saleha tetap merupakan aktres Malaysia yang tercantik.
Hiburan
Gambar Sekadar Hiasan |
Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh (namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut…..
Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.
“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi “Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.
Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut… katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.
Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab “nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”
“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!” Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”
Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan… mungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang. “Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki… ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….
“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun saya ustaz….!!”
“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz… apalah upaya saya ustaz…”
“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya… maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear… ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”
Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka… termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini. “Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”
“Ke mana mereka pergi….agaknya… keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….” Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.
Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya … lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.
Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”
Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”
Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra… pakwenya….berhenti di depan rumah sewa, Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya… sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….
Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya… tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..:”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu… biarkan budak lelaki itu balik dulu”.
Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang… si gadis itu pun masuk ke rumahnya…..
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya… dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?
Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak gadisnya… menjerit-jerit…marah..”Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang … makan…..aku datang dari jauh letih… sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak… maluuuuu….anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu… macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****……..berdebub…gedebab….kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar… …….
Anak gadisnya…menangis meraung… merayu…memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!!Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak…??
Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt, ………kata ayahnya….
Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.
Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,….dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelkang bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn……
Pelbagai
BARU-BARU ini, aktor tinggi lampai Aiman Hakim Ridza khabarnya telah bertindak menengking kekasihnya, pelakon Nur Fathia di khalayak ramai selepas ada terbaca satu komen peminat di internet tentang mereka berdua.
Nur Fathia yang ditemui media baru baru bagaimanapun menafikan yang komen peminat itu ada menjejaskan hubungan mereka berdua selain turut menafikan yang Aiman ada memarahi beliau di hadapan orang ramai seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Aiman tak pernah menengking saya di hadapan orang ramai dan saya kesal dengan tuduhan itu. Kami selalu bergurau dan adakalanya tampak kasar tapi itulah cara kami. Mungkin ada yang menilai perbuatan itu seperti kami bergaduh besar,” jelasnya.
“Kami masih bersama dan hubungan kami tiada masalah, cuma kalau ada pun ia lumrah dalam bercinta. Mungkin selepas ini, kami akan lebih berdiam diri dan tidak terlalu terbuka berkongsi cerita cinta lagi memandangkan timbul pula kisah kurang enak mengenai kami,” tambah Nur Fathia lagi yang kini bergelar duta baru Pantene. - rotikaya
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments