Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Fuhhhhh.... Tak senonoh lah pasangan nih. Best Sangat Ke dia rasa Buat Macam Tu Di Dalam Tren? Macam-macam perangailah. Dia tu bukan tiang, tak perlulah nak pegang, peluk sampai macam tuh.. Ingat pegang macam tu korang nampak sweet .
Kalau dilihat dari pandangan belakang, seolah-olah seperti perempuan tuh sedang "Blow Job".. Betul nih.. Korang Tak Percaya? Cuba tengok gambar kat bawah nih..
[Wow] - Sakit Mata
Baru - baru ini, ahli arkeologi telah menemui sebuah tanah perkuburan yang dikatakan merupakan tapak perkuburan pontianak a.k.a vampire di Poland. Pasukan arkeologi itu mendapati kubur tersebut mengandungi empat rangka dengan kepala masing - masing diletakkan diantara kaki mereka. Ini bukti berdasarkan amalan biasa di zaman pertengahan kerana ia telah dianggap sebagai satu - satunya cara untuk mematikan mahkluk yang bernama vampire ini.
Misteri Sejarah
Rambut lurus dan indah merupakan impian setiap wanita.Bukan sedikit wanita berambut kriting ke salon untuk buat rebonding. Namun itu tidak bagi wanita ini. Namanya Aevin Dugas. Ia bangga boleh memecahkan rekod afro-nya.
Rambut kribo wanita 37 tahun ini jika diluruskan mencapai 1,02 meter. Selama 14 tahun Dugas tidak pernah memotong rambutnya. Dan, rekod mempertahankan afro-nya ini berjaya memenangi Guinness Book of Records.
Tentu tidak mudah mempunyai rambut kribo yang panjangnya 1,02 meter. Rambut super besarnya membawa kesan sendiri buat wanita ini. Ia harus bersusah payah ketika tiba waktunya untuk mencuci rambut. Bayangkan, Dugas memerlukan dua hari hanya untuk mencuci. Ada sejumlah ritual yang harus dilakukannya.
Dugas tidak terus menyiram rambutnya secara langsung. Ia terlebih dahulu mengikat rambutnya menjadi beberapa bahagian, kemudian baru membasuhnya satu per satu.
Tidak hanya ketika membasuh, rambut Dugas juga menyukarkannya mencari pasangan. Sebab rambut Dugas membuat lelaki takut, terutama ketika pertama kali bertemu. Meski pun sukar mendapatkan pasangan, Dugas mengaku bahagia. Kerana ketika dirinya berjalan di luar rumah, banyak orang yang mengagumi rambutnya. Sikap Dugas ini boleh memberi inspirasi wanita berambut kriting untuk mempertahankan mahkotanya apa adanya. Sumber
[Wow] - Biar Betul
Terasa lapar ketika lewat malam boleh merungsingkan fikiran jika anda cuba atau dalam proses menurunkan berat badan.
Sememangnya makan di lewat malam bukanlah satu pilihan yang bijak, malah tidak digalakkan sama sekali.
Namun terdapat beberapa pilihan makanan snek atau makanan ringan bagi mengalas perut anda yang lapar itu bagi mengelak anda tidak dapat tidur lena.
BERI BIRU BEKU
Nak makan gula-gula tetapi bimbang jika ia memberi kesan terhadap berat badan anda? Apa kata anda cuba bekukan buah beri biru dalam peti sejuk? Rasa seperti gula-gula, anda pasti tidak akan mempunyai rasa bersalah kerana ia bukan sahaja mepunyai kandungan tinggi dalam antioksida dan fiber, malah mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk kesihatan anda.
BERTIH JAGUNG
Bertih jagung memang pilihan snek lewat malam yang sesuai, asalkan ia tidak disalut dengan mentega atau karamel. Namun itu tidak bermakna bertih jagung anda itu tidak ada sebarang rasa, sebaliknya anda boleh tabur sedikit serbuk cayenne atau kulit kayu manis.
BIJIRIN
Bijirin (oatmeal) bukan sahaja makanan yang sihat untuk memulakan hari anda, tetapi ia juga cara terbaik untuk mengakhiri malam anda. Snek bijirin ini bukan saja kaya dengan fiber menyihatkan, malah ia adalah sumber baik kepada melatonin dan triptofan yang membantu anda tidur lena. Letakkan buah strawberi untuk membuatkan bijirin anda bertambah enak!
BISKUT TAWAR BIJIAN
Jika anda inginkan snek yang mengandungi kandungan karbohidrat dan fiber menyihatkan untuk menghilangkan rasa lapar sebelum tidur, biskut tawar bijian (multi-grain crackers) adalah pilihan yang sesuai. Ianya lebih enak jika anda sapu sedikit mentega kacang bagi mendapatkan sedikit protein dan lemak sihat.
COKLAT GELAP
Siapa yang mampu menolak coklat? Pasti sukar tetapi bukan semua coklat tidak elok untuk kesihatan diri anda dan semestinya, ketika anda sedang berdiet. Jika anda mengidam untuk makan makanan manis di lewat malam, coklat gelap adalah pilihan yang paling sesuai kerana kandungan gula yang kurang jika dibandingkan dengan jenis coklat yang lain. Malah coklat gelap juga mempunyai kandungan tinggi antioksida.
KACANG PISTACHIO
Pistachio seringkali menjadi snek pilihan ramai kerana ia kurang kalori dan sedap rasanya. Kaya dengan fiber, protein, Vitamin B6 dan menyerap lemak tidak tepu, anda hanya perlu memakan 46 biji kacang pistachio untuk satu hidangan lengkap!
PRETZEL
Apabila keinginan untuk memakan makanan berkarbohidrat, pretzel adalah pilihan yang tepat kerana ia mampu mengenyangkan anda. Pilih pretzel jenis bijian untuk kebaikan kesihatan dan anda boleh menikmatinya tanpa bimbang tentang pengambilan kalori.
PISANG
Pisang bukan sahaja menyihatkan dan boleh membuat anda kenyang, tetapi ia juga adalah sumber terbaik triptofan yang membantu anda tidur lena.
Sumber Daripada
[Wow] - Informasi
Beberapa keping gambar menunjukkan Anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa menggunakan kren dan tali dalam usaha menyelamatkan penumpang tragedi bas henti-henti Genting yang sedang menghala ke Kuala Lumpur. Bas berkenaan menyediakan perkhidmatan ulang-alik dari Hentian Pekeliling di ibu negara ke Genting Highlands setiap hari.
Bas berkenaan dipercayai membawa 49 penumpang terbabas dan terhumban sedalam 60 meter ke dalam gaung sehingga menyebabkan 10 orang maut setakat ini dan 15 lagi cedera.
Gambar dimuatnaik ke laman FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Selangor. – Mynewshub.my
[Wow] - Berita Tempatan
Bas shuttle henti-henti Genting yang terhumban ke dalam gaung dipercayai membawa lebih 40 orang penumpang ketika insiden itu iaitu di KM3.5 dari puncak Genting Highlands.
Setakat ini 10 mayat sudah ditemui manakala 15 lagi cedera apabila bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter, menurut laporan Berita Harian Online.
Menurut laporan blog Mazidul Akmal, kira-kira 50 orang penumpang berada di dalam bas itu kerana sebilangannya berdiri, setakat ini sembilan orang berjaya dinaikkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.
Sumber yang ditemubual Mazidul berkata setakat ini seorang maut dan ketika kejadian pelbagai etnik berada di dalam bas tidak kira Melayu, cina dan juga warga Bangladesh turut terlibat.
Mangsa yang berjaya diselamatkan kemudian diberikan rawatan kecemasan segera sebelum dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.
Bas berkenaan yang membuat perjalanan dari Hentian Bas Pekeliling ke Genting Highlands dipercayai terhumban sedalam kira-kira 150 meter sehingga anggota bomba terpaksa menggunakan tali untuk menyelamatkan mangsa.
Wartawan mynewshub.my yang kerap berulang alik dari Genting Highlands memang mendapati bas berkenaan sering dibawa laju sama ada ketika naik ataupun turun dari pusat peranginan terkenal di dunia itu.
Jumlah penumpang yang dibawa menaiki bas berkenaan biasanya tidak pernah kosong dan pasti akan ada penumpang berdiri di dalam bas ketika perjalanan.
Beberapa kali juga, kelihatan bas berkenaan dilihat seperti hampir terbalik tatkala mengambil selekoh dan ia sentiasa membahayakan pengguna-pengguna jalanraya lain. – Mynewshub.my
[Wow] - Berita Tempatan
Sebuah bas dipercayai bas henti henti ke Genting Highlands terbabas dan terbalik selepas terjatuh dalam gaung di jalan Genting Highlands sebentar tadi.
Gambar kemalangan itu dimuatnaik oleh laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Pihak bomba memuatnaik keadaan bas yang sudah jauh terperosok ke dalam gaung.
Berapa ramai penumpang di dalam bas berkenaan masih belum dapat dipastikan dan juga apa nasib menimpa mereka masih belum dapat diketahui.
Jalan untuk ke Genting Highlands sering terjadi kemalangan kerana keadaannya yang curam dan berbahaya kepada para pemandu sama ada yang memandu naik atau pun memandu turun.
Berita selanjutnya akan menyusul sebentar nanti. – Mynewshub.my
[Wow] - Berita Tempatan
Wowww!! Saiz kalkulator pada zaman sekarang dapat di sumbat dalam poket seluar sahaja, tapi bagaimana pada zaman dahulu? Besar weiii.. Nak bawak pergi mana-mana pun susah..
Kalau korang nak tahu.. Sebelum adanya komputer, kalkulator mekanik adalah satu satu mesin yang isinya paling rumit dalam kehidupan sehari-hari.
Jurugambar Kevin Twomey membuka mesin antik untuk memperlihatkan isi tersembunyi dari kalkulator mekanik ini.
Cool
Bak irama dan lagu, berus mekap dapat membantu memperindahkan lagi penataan mekap di wajah. Penggunaan berus mekap menjadikan aplikasi mekap lebih mudah selain dapat membantu memberi sentuhan profesional dan semulajadi. Justeru, adalah penting untuk memberi perhatian khusus kepada alat kecantikan ini kerana berus yang baik dapat membantu menjiwatkan wang dan masa anda.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan:
1. Tanggalkan lebihan warna yang terdapat pada berus anda menggunakan tisu lembut.
2. Basuh berus anda (biarkan paip terbuka) selama lebih kurang 1-2 minit atau selama masa yang diambil untuk melembapkannya.
3. Letakkan sedikit pembersih berus ke telapak tangan atau bahagian belakang tangan anda dan pusarkan berus tadi. Pusarkan sehingga semua kotoran hilang dari berus tadi. (Pssst… Jika nak berjimat atau tidak tahu mencari pembersih berus mekap, boleh guna syampu bayi.)
4. Basahkan berus di bawah paip air yang terbuka dengan permukaan bulu berus menghadap ke bawah. Kemudian, dengan lembut perahkan bulu tersebut sehingga lembap. Pastikan anda tidak menarik / memerah bulu berus itu terlalu kuat. Elakkan mengalirkan air terlalu banyak pada simpai logam (laras berus), yang mana akan membuatkan pelekat pada laras berus terbuka dan bulu pada berus menjadi longgar.
5. Sekali lagi picit/perah perlahan bulu berus tadi untuk menanggalkan lebihan air.
6. Bentangkan berus rata atau berbulu dengan kedudukan sedikit ke bawah (menegak sedikit) dan letakkan ia di atas tuala kapas dan biarkan ia kering semlaman.
7. Selamat mencuba!
[Wow] - Informasi
PETALING JAYA – Pelakon Hairi (Anak Wayang) bakal melangsungkan perkahwinan dengan bakal guru pada awal tahun hadapan selepas kedua-dua pihak mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu.
Hairi yang juga juara Anak Wayang terbitan RTM musim pertama itu telah bertunang dengan Fara Afiza Azman, 23, iaitu anak kepada Editor Majalah Kuntum, terbitan Star Publications (M) Berhad, Asma Saad.
“Majlis berlangsung secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Bagan Lalang dan kedua-dua keluarga merancang untuk majlis pernikahan diadakan selepas Fara tamat belajar mungkin pada awal tahun depan.
“Namun buat masa ini belum ada tarikh yang ditetapkan lagi,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Hairi, tunangnya masih belajar di Institusi Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah dalam tahun terakhir.
“Sekarang kami bercinta jarak jauh kerana dia masih lagi belajar di Kedah.
“Saya pula sibuk dengan kerja, jika ada kelapangan dan dia pulang ke Kuala Lumpur barulah ada kesempatan untuk kami keluar,” katanya.
Sementara itu, Hairi mengakui terpikat dengan sifat sabar wanita tersebut dalam segala hal.
“Dia seorang yang lemah lembut dan sentiasa sejukkan saya apabila saya marah. Dia ambil pendekatan seperti saya seorang pelajar sekolah.
“Dia banyak mengajar saya agar lebih bersabar dan tidak terlalu mengikutkan kata hati,” ujarnya. - mStar Online
[Wow] - Gosip Hiburan
Buat anda yang mahu mengadakan rumah terbuka, silalah ambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati dengan kehadiran tetamu yang datang lebih-lebih tetamu yang tidak dikenali.
Gambar di atas ini merupakan salah satu contoh kejadian curi, dilaporkan berlaku di Paya Keladi Tengah, Kepala Batas, Pulau Pinang yang dikongsikan oleh seorang pengguna bernama Walid Ismail menerusi laman Facebooknya, semalam.
Penduduk telah berjaya menangkap beberapa tetamu yang berkemungkinan didalangi oleh sindiket tertentu, menyasarkan majlis-majlis rumah terbuka yang kerap kali diadakan pada cuti hujung minggu pada bulan Syawal ini.
Mereka berlagak seperti tetamu lain dan menyamar seperti mengenali tuan rumah yang menganjurkan majlis rumah terbuka itu.
Selain itu, ‘tetamu’ ini juga menjinjing beg tangan yang agak besar saiznya berkemungkinan untuk menyimpan barang yang dicuri dari rumah tersebut.
Apa lagi, pemandu yang dilihat menurunkan ‘tetamu-tetamu’ ini terus memecut kereta dan menghilangkan diri dari kawasan kejadian selepas menyedari perbuatan kawan-kawannya itu telah kantoi oleh penduduk setempat.
Jadi, sentiasalah berhati-hati walaupun anda berada dalam rumah sendiri sekali pun.
Pastikan anda mengenali semua tetamu yang dijemput dan sekiranya ada tetamu yang diragui, selalulah berwaspada dengan tingkah laku mereka yang berkemungkinan mempunyai niat tidak baik terhadap anda dan keluarga.
Isu Panas
GEORGETOWN – Polis percaya berjaya menyelesaikan 10 kes bunuh di negara ini dengan tumpasnya lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pihak berkuasa di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ia membabitkan tujuh kes bunuh di Pulau Pinang, dua kes di Kedah dan satu kes di Negeri Sembilan selain dua cubaan bunuh di Pulau Pinang.
“Polis turut merampas tiga pucuk pistol dengan ujian ke atas senjata api mengaitkan lima lelaki itu dengan kes bunuh berkenaan,” katanya pada sidang media sini, sebentar tadi.
[Wow] - Berita Tempatan
Los Angeles – Kumpulan The Calling menafikan laporan mengenai penyanyinya, Alex Band, yang diculik dan dipukul adalah berita palsu yang sengaja dicetuskan bagi mencari publisiti.
Sebaliknya, jurucakap kumpulan itu memaklumkan bahawa kejadian itu benar-benar berlaku dan Band mengalami kecederaan di belakang serta patah gigi.
Band mendakwa dilepaskan selepas dia menipu dengan menyatakan bahawa dia akan menjadi seorang ayah tidak lama lagi.
Persoalan mengenai kebenaran laporan tersebut dicetuskan oleh portal TMZ yang merupakan portal pertama melaporkan mengenai insiden culik itu.
“Lebih baik berlaku jujur….gambar (band) ia tidak menunjukkan dia berdepan dengan ancaman,’’ demikian lapor TMZ.
Portal berkenaan juga menarik perhatian ramai mengenai penculikan berkenaan, yang berlaku lima hari selepas The Calling mengumumkan untuk menerbitkan album selepas berpecah pada 2005.
Kumpulan itu pernah popular dengan lagu Wherever You Will Go, yang berada dalam kedudukan kelima carta du Amerika Syarikay dan Australia selain menjuara carta di Itali dan New Zealand.
The Calling mendapat liputan media selepas penyanyinya, Alex Band mendakwa diculik dan dipukul oleh dua lelaki yang mahu merompaknya ketika dia berjalan ke sebuah pasar mini dari hotel penginapannya, pada pukul 4 pagi.
[Wow] - Selebriti
London – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah dikesan menghidap photosensitivity, iaitu sejenis penyakit yang akan bertindak balas jika terdedah kepada lampu dan cahaya matahari.
Leighton Brownrigg yang berasal dari Worcestershire itu tidak boleh keluar dari rumah dan badannya perlu sentiasa ditutup dengan kain.
Dia juga perlu memakai krim pelindung cahaya matahari ketika berada di dalam rumah.
Menurut pakar, keadaan itu disebabkan Brownrigg mengalami penyakit Juvenile Myelomonocytic Leukaemia (JMML), yang hanya berlaku kepada seorang dalam sejuta kanak-kanak di dunia ini.
Doktor percaya .keadaan Brownrigg itu berlaku selepas dia menjalani pemindahan sum sum hingga menyebabkan kanak-kanak itu kehilangan sistem immune dalam badan.
Ibunya, Zoe, 22, berkata, anaknya itu tidak dibenarkan langsung bermain di luar rumah dan hanya boleh keluar pada awal pagi atau malam sahaja.
“Saya juga perlu memastikan langsir di rumah ditutup bagi mengelakkan anak saya mengalami keadaan panas. Dia terpaksa hidup dalam kegelapan,’’ katanya yang terpaksa menyapu anaknya itu dengan krim pelindung matahari sebanyak enam kali sehari.
Zoe memberitahu, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila anaknya itu sering memandang ke luar tingkat dan melihat rakan-rakannya bemain.
“Bagaimana saya hendak menjelaskan kepada budak berusia dua tahun bahawa dia tidak boleh keluar rumah,’’ katanya.
Brownrigg kini menjalani ujian harian di Hospital Kanak-kanak Birmingham iaitu hospital di mana dia menjalani rawatan untuk leukaemia.
Dia juga perlu ke Hospital Besar Rotherham setiap dua minggu untuk rawatan khas menggunakan lampu ultraviolet yang dikenali sebagai Extracorporeal Photopheresis (ECP).
[Wow] - Kisah Hidup
Iowa – Seorang wanita mempunyai kaedah menjijikkan untuk menguruskan badan iaitu dengan menelan cacing pita yang dibelinya secara dalam talian.
Tindakan bodohnya itu mengejutkan doktor yang kemudiannya terpaksa mendapatkan bantuan jabatan kesihatan mengenai panduan untuk mengatasi masalah wanita itu.
Jabatan berkenaan memaklumkan kepada doktor terbabit supaya menyahkan cacing pita berkenaan dengan menggunakan ubat khas bagi membunuh parasit tersebut.
“Menelan cacing pita adalah perbuatan yang amat berbahaya dan boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan termasuk kematian,’’ kata pengarah perubatan Jabatan Kesihatan Awam Iowa, Dr. Patricia Quinlisk.
Menurut Quinlisk, mereka yang cuba mengurangkan berat badan dinasihatkan supaya melakukan kaedah seperti yang ditetapkan oleh doktor iaitu mengambil makanan rendah kalori serta meningkatkan aktiviti fizikal.
Cacing pita adalah sejenis parasit yang boleh menjangkiti manusia sekiranya mereka makan makanan yang dimasak dengan tidak sempurna.
“Seekor cacing pita tidak boleh membuat perubahan yang besar terhadap berat badan sebaliknya ia boleh menyebabkan anemia dan kurang khasiat,’’ kata Quinlisk.
[Wow] - Kisah Hidup
Palembang – Seorang pegawai pendidikan di pulau Sumatera, Indonesia, mencadangkan supaya pelajar perempuan sekolah menengah menjalani ujian mengesahkan sama ada mereka dara atau tidak.
Ia bertujuan untuk mencegah mereka daripada terbabit dalam hubungan seks bebas selain menyekat pelacuran. – AP
[Wow] - Berita Dunia
BUENOS AIRES – Tiga belas banduan dilaporkan melepaskan diri menerusi terowong yang dikorek mereka dari penjara berkawalan tinggi di Argentina, semalam.
Terowong kecil itu membolehkan banduan terbabit keluar ke kawasan lapang di Penjara Ezeiza, berdekatan Buenos Aires sebelum memecah dua pintu pagar dan melarikan diri.
Susulan kejadian itu, ketua penjara berkenaan digantung tugas bersama 18 pengawal lain.
Semua banduan berkenaan menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 16 tahun, termasuk dua warganegara Brazil dan seorang warganegara Paraguay. – AFP
[Wow] - Berita Dunia
Wiltshire – Seorang lelaki yang mengadakan seks dengan seekor kambing dilarang mendekati semua ladang di Britain bagi melindungi haiwan berkenaan.
Robert Newman mulanya menafi melakukan seks dengan kambing itu di sebuah ladang di Wiltshire April lalu.
Bagaimanapun, lelaki berusia 23 tahun itu mengubah pengakuannya ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Wiltshire Barat Laut, semalam.
Mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 12 September depan. Buat sementara waktu, mahkamah mengarahkan dia tidak mendekati semua ladang ternak haiwan serta tidak keluar rumah antara 7 pagi hingga 7 malam.
Minggu lalu, seorang lelaki Amerika menghadapi enam tuduhan jenayah kerana melakukan kekejaman ke atas haiwan selepas melakukan seks dengan seekor kucing berulang kali.
Ryan Havens Tannenholz, 28, dari Idaho gemar berpakaian seperti anjing yang digelar Bubblegum Husky sebelum memperkosa kucing itu.
Setahun lalu, seorang bapa tiga anak dari Gloucestershire didapati bersalah mengadakan seks dengan anjing bekas isterinya.
Nicholas Saunders, 46, ditangkap mengadakan seks dengan anjing benama Shasha di atas katil bekas isterinya, Kelly Thacker.
[Wow] - Biar Betul
SIMPANG RENGGAM – Penduduk Kampung Shaari di sini, digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di sungai kampung itu, kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.
Mayat itu ditemui seorang penduduk kampung, Mohd Nizam Sani, 36, yang sedang memancing ikan di sungai berkenaan.
Menurutnya, ketika sampai ke lokasi itu, saya terbau sesuatu yang kurang menyenangkan lalu tercari-cari bau tersebut.
“Ketika cuba mencari bau busuk itu saya ternampak seolah-olah sebatang kayu yang melintang di hujung sungai tetapi bila didekati saya terkejut bila ternampak sekujur badan manusia dalam keadaan terapung.
“Batang kayu yang saya tengok itu rupanya mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan hampir reput kerana sudah lama di dalam air malah telah mengeluarkan bau busuk” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Nizam, selepas mengenal pasti bahawa objek yang dilihat itu mayat manusia, beliau bergegas pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari kawasan kejadian untuk memaklumkan kepada penduduk kampung dan polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa lelaki yang ditemui itu dipercayai warga asing.
Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati lelaki dalam lingkungan 30an itu dipercayai mati lemas.
“Daripada siasatan awal polis juga, didapati mangsa telah meninggal dunia lebih kurang dua hari sebelum ditemui oleh penduduk kampung.
“Kes ini dikategorikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian lelaki berkenaan.
“Mayat telah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom dan siasatan lanjut mengenai identiti lelaki tersebut masih dijalankan kerana ketika ditemui di sungai kampung tersebut tiada sebarang dokumen pengenalan diri mangsa dijumpai,” katanya ketika dihubungi, semalam. – Sinar Harian Online
[Wow] - Berita Tempatan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments