Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Snek Terbaik Di Kala Lapar Lewat Malam Sambil Berdiet~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Terasa lapar ketika lewat malam boleh merungsingkan fikiran jika anda cuba atau dalam proses menurunkan berat badan. 

Sememangnya makan di lewat malam bukanlah satu pilihan yang bijak, malah tidak digalakkan sama sekali.

Namun terdapat beberapa pilihan makanan snek atau makanan ringan bagi mengalas perut anda yang lapar itu bagi mengelak anda tidak dapat tidur lena. 

BERI BIRU BEKU 


Nak makan gula-gula tetapi bimbang jika ia memberi kesan terhadap berat badan anda? Apa kata anda cuba bekukan buah beri biru dalam peti sejuk? Rasa seperti gula-gula, anda pasti tidak akan mempunyai rasa bersalah kerana ia bukan sahaja mepunyai kandungan tinggi dalam antioksida dan fiber, malah mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk kesihatan anda. 

BERTIH JAGUNG 


Bertih jagung memang pilihan snek lewat malam yang sesuai, asalkan ia tidak disalut dengan mentega atau karamel. Namun itu tidak bermakna bertih jagung anda itu tidak ada sebarang rasa, sebaliknya anda boleh tabur sedikit serbuk cayenne atau kulit kayu manis. 

BIJIRIN 


Bijirin (oatmeal) bukan sahaja makanan yang sihat untuk memulakan hari anda, tetapi ia juga cara terbaik untuk mengakhiri malam anda. Snek bijirin ini bukan saja kaya dengan fiber menyihatkan, malah ia adalah sumber baik kepada melatonin dan triptofan yang membantu anda tidur lena. Letakkan buah strawberi untuk membuatkan bijirin anda bertambah enak! 

BISKUT TAWAR BIJIAN 


Jika anda inginkan snek yang mengandungi kandungan karbohidrat dan fiber menyihatkan untuk menghilangkan rasa lapar sebelum tidur, biskut tawar bijian (multi-grain crackers) adalah pilihan yang sesuai. Ianya lebih enak jika anda sapu sedikit mentega kacang bagi mendapatkan sedikit protein dan lemak sihat. 

COKLAT GELAP 


Siapa yang mampu menolak coklat? Pasti sukar tetapi bukan semua coklat tidak elok untuk kesihatan diri anda dan semestinya, ketika anda sedang berdiet. Jika anda mengidam untuk makan makanan manis di lewat malam, coklat gelap adalah pilihan yang paling sesuai kerana kandungan gula yang kurang jika dibandingkan dengan jenis coklat yang lain. Malah coklat gelap juga mempunyai kandungan tinggi antioksida. 

KACANG PISTACHIO 


Pistachio seringkali menjadi snek pilihan ramai kerana ia kurang kalori dan sedap rasanya. Kaya dengan fiber, protein, Vitamin B6 dan menyerap lemak tidak tepu, anda hanya perlu memakan 46 biji kacang pistachio untuk satu hidangan lengkap! 

PRETZEL 


Apabila keinginan untuk memakan makanan berkarbohidrat, pretzel adalah pilihan yang tepat kerana ia mampu mengenyangkan anda. Pilih pretzel jenis bijian untuk kebaikan kesihatan dan anda boleh menikmatinya tanpa bimbang tentang pengambilan kalori. 

PISANG 


Pisang bukan sahaja menyihatkan dan boleh membuat anda kenyang, tetapi ia juga adalah sumber terbaik triptofan yang membantu anda tidur lena. 


Sumber Daripada

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments