Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Sanggup Makan Cacing Pita Untuk Kuruskan Badan~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Cacing
Iowa – Seorang wanita mempunyai kaedah menjijikkan untuk menguruskan badan iaitu dengan menelan cacing pita yang dibelinya secara dalam talian.
Tindakan bodohnya itu mengejutkan doktor yang kemudiannya terpaksa mendapatkan bantuan jabatan kesihatan mengenai panduan untuk mengatasi masalah wanita itu.
Jabatan berkenaan memaklumkan kepada doktor terbabit supaya menyahkan cacing pita berkenaan dengan menggunakan ubat khas bagi membunuh parasit tersebut.
“Menelan cacing pita adalah perbuatan yang amat berbahaya dan boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan termasuk kematian,’’ kata pengarah perubatan Jabatan Kesihatan Awam Iowa, Dr. Patricia Quinlisk.
Menurut Quinlisk, mereka yang cuba mengurangkan berat badan dinasihatkan supaya melakukan kaedah seperti yang ditetapkan oleh doktor iaitu mengambil makanan rendah kalori serta meningkatkan aktiviti fizikal.
Cacing pita adalah sejenis parasit yang boleh menjangkiti manusia sekiranya mereka makan makanan yang dimasak dengan tidak sempurna.
“Seekor cacing pita tidak boleh membuat perubahan yang besar terhadap berat badan sebaliknya ia boleh menyebabkan anemia dan kurang khasiat,’’ kata Quinlisk.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments