Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SEREMBAN – Cubaan seorang wanita berusia lingkungan 50-an untuk membunuh diri di Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, dekat sini semalam menemui kegagalan apabila bumbung zink menjadi penyelamat.

Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 petang itu, suri rumah berasal dari Kampung Baru Mambau itu sekadar patah kaki kanan dan mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan terutamanya kepala selepas nekad terjun dari tingkat 12.

Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Kawasan Lobak, Titan Ho berkata, penduduk tidak sempat menghalang wanita terbabit kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

“Menurut penduduk sekitar, wanita berkenaan datang ke sini semata-mata untuk membunuh diri akibat masalah peribadi. Dia berjaya melepasi gril keselamatan pada lif dan tangga selepas menyusup masuk bersama penduduk lain tanpa disedari.
Mangsa bernasib baik kerana tidak menemui ajal walaupun terjun dari tingkat 12, semalam.


“Bagaimanapun, dia terselamat selepas tersangkut pada bumbung zink yang berada di aras paling bawah bangunan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita, dekat sini, semalam.

Menurutnya, beliau bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh penduduk dan segera menghubungi ambulans yang tiba kira-kira lima belas minit kemudian.

“Kejadian sebegini amat kita kesalkan. Sejak bangunan ini dibina pada 1964, sudah 68 kes bunuh diri berlaku membabitkan 65 Cina, 2 India dan seorang Melayu.

“Sudah tiga tahun tiada kejadian bunuh diri kawasan ini sejak gril keselamatan dipasang pada awal 2012 bagi menghalang orang tidak dikenali memasuki bangunan tersebut, kecuali penduduk menggunakan kad khas,” katanya. -SinarHarian

Sering kali anda tertanya-tanya pada waktu dan ketika manakah yang sebenarnya paling sesuai untuk melakukan senaman harian.
Sebenarnya bila-bila masa anda nak bersenam pun boleh, cuma ikutlah kesesuaian masa dan kelapangan waktu yang ada.
Di bawah penulis sertakan kelebihan waktu-waktu bersenam yang tertentu menurut kajian daripada pakar yang berkaitan bidang ini.
Awal pagi: Menurut Ketua Jabatan Sains American Council on Exercise, Cedric Bryant, “bersenam pada waktu ini menguntungkan kerana kamu dah selesaikannya sebelum pergi bekerja”.
Midmorning: Menyediakan tubuh kamu untuk makan tengahari yang menyihatkan dan ianya mengekang pengeluaran hormon lapar, ghrelin.
Tengahari: Bersenam mengepam darah tambahan ke otak, lantas menghantar lebih oksigen dan nutrien ke neuron. Ia juga merangsang pengeluaran bahan kimia dan hormon yang memperbaiki daya tumpuan dan keupayaan untuk berunding.
Petang: Ia mengoptimumkan circadian rhythm yang membuatkan anda tidur lebih nyenyak.
Lewat petang: Suhu badan paling tinggi waktu, jadi otot anda lebih fleksibel. Testosteron yang memuncak memberikan hasil lebih mantap.
Lewat malam: Melakukan yoga sebelum tidur merendahkan tahap kortisol dan mengurangkan rasa resah, jadi mudahlah anda nak lena


PETALING JAYA:Golongan belia dinasihati berkahwin segera sebelum April 2015 bagi mengelakkan daripada menanggung kos kenduri perkahwinan yang tinggi apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata peningkatan perbelanjaan kenduri perkahwinan dijangka berlaku disebabkan semua urusniaga membabitkan barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST termasuk kos menyediakan makanan atau katering, menyewa dewan, menyewa khemah dan perkhidmatan jurufoto.

“Jika perniagaan katering itu tidak mendaftarkan syarikatnya untuk mengenakan GST kepada pelanggan, ini akan menyebabkan dia terpaksa menanggung caj yang dikenakan kepadanya oleh pembekal dan tidak boleh buat tuntutan kredit GST daripada kerajaan. Jadi syarikat katering ini akan mendaftar juga,” katanya.

Rafizi yang juga seorang Akauntan bertauliah dan memiliki pengalaman luas dalam hal ehwal percukaian memberitahu demikian dalam taklimat Faham GST, Tolak GST yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

Katanya, jika perniagaan katering terbabit enggan mendaftarkan syarikat, maka mereka akan bertindak menaikkan harga perkhidmatan bagi menampung caj GST yang dikenakan pembekal terhadap mereka.

Perkara sama turut berlaku bagi perkhidmatan sewa dewan atau khemah, juru solek, penyediaan pakaian, jurufoto atau jurukamera dan persediaan lain.

“Jika katering itu adalah sebuah syarikat berdaftar dengan GST tetapi tidak mengenakan caj GST terhadap pelanggannya, pemilik perniagaan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara,” katanya.



Siapa Mamat nih? Pemilik Akaun FB yang sangat kurang ajar dan berjaya menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Sabah. STATEMENT beliau yang agak PANAS itu telah buat pembaca mencuak-cuak kemarahan dan dendam. Jangan sangka mereka akan duduk diam sahaja, kini report polis dan SKMM akan dibuat. STATEMENT yang menghina negeri Sabah Memang tidak boleh dimaafkan. Persoalannya.... 

KENAPA NEGERI SABAH NIH SAMPAI SEKARANG DIPANDANG HINA OLEH SEGELINTIR PENDUDUK SEMENANJUNG???

Saya percaya, bukan semua penduduk semenanjung setuju dengan STATEMENT beliau. Kata Berpendidikan Tinggi, Muka Jambu tapi FIKIRAN?? 

P/s Kita tengok siapa yang gelak....






Telupid: Seramai 32 penumpang dan dua pemandu sebuah bas ekspres terselamat selepas sempat keluar apabila kenderaan berkenaan terbakar dalam kejadian di Jalan Telupid, dekat sini, kira-kira jam 1 petang tadi
Bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan dipercayai memberhentikan kenderaan di atas jalan sebaik penumpang menjerit ada asap di dalam bas terbabit. 
Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke lokasi untuk mamadam api berkenaan.




Info WhatsAPP- 

Izinkan saya taklimatkan satu kejadian bas express Tung Ma yg terbakar dikm.78 jalan Beluran/Telupid jam lebih kurang 1 pm tadi.Bas dalam perjalanan dari KK ke Tawau dgn 38 orang penumpang.Dalam kejadian ini ada saksi(penumpang lain) yg nampak seorang penumpang(suspek)yg tak berhenti henti menghisap rokok dalam tandas bas walaupun dilarang berbuat demikian.

Apperently the fire started from the toilet and spread. No casualties in this incident but the bus was completely destroyed. The suspect has been arrested and I have instructed that the case be investigated under section 435 kk. All passengers have been instructed to go to balai polis Telupid to lodge reports as their belongings were destroyed as well. I am on the way to balai Telupid to supervise investigations.



KOTA KINABALU – Umno disaman dua anggotanya dari bahagian Kota Marudu supaya membetulkan maklumat peribadi mereka dalam rekodnya yang menyatakan mereka telah meninggal dunia.
Henry Jamry Yakim, 54, dan Jennifer Mongikal, 47, menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden Umno sebagai defendan pertama, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai defendan kedua dan ketua Umno bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda @ Mohd Fikri serta setiausaha bahagian itu Emran Maidin masing-masing sebagai defendan ketiga dan keempat.
Ketika ditemui di bangunan mahkamah di sini hari ini selepas sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi, peguam yang mewakili defendan pertama dan kedua Chin Tek Ming berkata anak guamnya serta dua defendan lain akan berusaha mengetepikan saman itu.
Menurut writ saman berkenaan, Henry dan Jennifer mendakwa mereka dipanggil Jabatan Pendaftaran Negara di Kudat pada Ogos tahun lepas untuk mengesahkan status mereka kerana ibu pejabat Umno ingin mendapatkan pengesahan sama ada plaintif masih hidup.
Ini mendorong plaintif membuat carian di ibu pejabat parti itu dan terkejut apabila mendapati rekod menunjukkan mereka telah meninggal dunia dan kedudukan itu menyebabkan mereka tidak dapat menunaikan hak sebagai pengundi atau bertanding dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian pada Oktober lepas.
Henry dan Jennifer menuntut bukti bagaimana parti itu boleh menganggap mereka telah meninggal dunia, sedangkan mereka masih hidup, dan penjelasan kenapa mereka tidak ditanya atau kenapa tiada usaha dilakukan untuk memberi penjelasan kepada mereka tentang perkara itu.
Kedua-dua plaintif mendakwa perkara itu menyebabkan mereka mengalami kesulitan serius dan menghalang mereka daripada menyertai atau menunaikan tanggungjawab sebagai anggota Umno, di samping berasa malu dan terhina, hingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.
Selain meminta status mereka dalam parti itu diperbetulkan, Henry dan Jennifer juga menuntut defendan menyiarkan melalui akhbar kebangsaan dan tempatan permohonan maaf dan kenyataan bahawa rekod parti itu tentang status mereka adalah tidak betul.
Mereka juga menuntut ganti rugi teladan RM10 juta dan ganti rugi teruk RM10 juta serta hak, kepentingan dan keistimewaan mereka sebagai anggota Umno, dikembalikan.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Steve Litikos menetapkan 26 Feb sebagai tarikh bagi mendengar permohonan plaintif untuk menambah setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh sebagai defendan kelima, dan 6 Mac sebagai tarikh untuk mendengar permohonan defendan mengetepikan saman itu.
Henry dan Jennifer diwakili peguam Azman Karim, manakala defendan ketiga dan keempat diwakili peguam Jaafar Estaban. – BERNAMA

Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis anugerah berprestij Grammy kali ke 56 yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles.
Antara yang berjaya mengondol trofi ialah penyanyi rap Macklemore dan Ryan Lewis di mana mereka telah membawa pulang empat anugerah iaitu Best New Artist, Best Rap Perfomance, Best Rap Album dan Best Rap Song menerusi lagu Thift Shop.
Sementara itu, Daft Punk yang dianggotai oleh Pharel Williams turut menang besar apabila memenangi dua kategori besar iaitu Record of The Year (Get Lucky) dan Album of The Year (Random Access Memories).
Anugerah yang mengiktiraf penyanyi dan pihak produksi album itu turut dihiburkan dengan persembahan hebat Beyonce, Jay-Z, Pink dan ramai lagi artis terkenal Hollywood.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang Anugerah Grammy untuk makluman anda:
Best New Artist: Macklemore & Ryan Lewis

Best Pop Duo/Group Performance: “Get Lucky,” Daft Punk ft. Pharrell Williams and Nyle Rodgers
Best Rock Song: “Cut Me Some Slack,” Dave Grohl, Paul McCartney, Krist Novoselic & Pat Smear
Best Pop Solo Performance: “Royals,” Lorde
Best Pop Instrumental Album: Stepping Out, Herb Albert
Best Traditional Pop Vocal Album: To Be Loved, Michael Buble
Best Reggae Album: Ziggy Marley In Concert, Ziggy Marley
Best Spoken Word Album: America Again: Re-becoming The Greatness We Never Weren’t, Stephen Colbert
Best Remixed Recording, Non-Classical: Summertime Sadness, Cedric Gervais, Remixer (Lana Del Rey)
Best Gospel/Contemporary Christian Music Performance: “Break Every Chain [Live]“, Tasha Cobbs
Best Gospel Song: “If He Did It Before… Same God [Live]“, Tye Tribbett
Best Gospel Album: Greater Than [Live], Tye Tribbet,
Best Latin Pop Album: Vida, Draco Rosa,
Best Song Written For Visual Media: “Skyfall,” Thomas Newman
Best Chamber Music/Small Ensemble Performance: Brady Wells and Roomful of Teeth, “Roomful of Teeth”
Best New Age Album: Love’s River, Laura Sullivan
Best Jazz Vocal Album: Liquid Spirit, Gregory Porter,
Best Jazz Instrumental Album: Money Jungle: Provocative In Blue, Terri Lyne Carrington
Best Latin Jazz Album: Song For Maura, Paquito D’Rivera And Trio Corrente
Best Compilation Soundtrack Album: Sound City: Real To Reel, Butch Vig (Compilation Producer)
Best Musical Theater Album: Kinky Boots, Cyndi Lauper
Best Song Written For Visual Media: “Skyfall”, Adele
Best Americana Album: Old Yellow Moon, Emmylou Harris, Rodney Crowell
Best Folk Album: My Favorite Picuture of You, Guy Clark
Best Dance Recording: “Clarity,” Zedd ft. Foxes
Best Dance/Electronica Album: Random Access Memories, Daft Punk
Best Comedy Album: Calm Down Gurrl, Kathy Griffin
Best Rap Performance: “Thift Shop,” Macklemore & Ryan Lewis
Best Rap Song: “Thift Shop,” Macklemore & Ryan Lewis
Best Rap Album: “The Heist,” Macklemore & Ryan Lewis
Best R&B Performance: “Something,” Snarky Puppy With Lalah Hathaway
Best Traditional R&B Performance: “Please Come Home,” Gary Clark Jr.
Best R&B Song: “Pusher Love Girl,” Justin Timberlake
Best Urban Contemporary Album: Unapologetic, Rihanna
Best R&B Album: Girl on Fire, Alicia Keys
Best Blues Album: Get Up!, Ben Harper With Charlie Musselwhite
Best Music Film: Live Kisses, Paul McCartney
Best Country Duo/Group Performance: “From This Valley,” The Civil Wars
Best Country Solo Performance: “Wagon Wheel,” Darius Rucker
Best Country Song: “Merry Go Round,” Shane McAnally, Kacey Musgraves & Josh Osborne
Best Rock Performance: “Radioactive,” Imagine Dragons
Best Alternative Music Album: Modern Vampires of the City, Vampire Weekend
Producer of the Year, Non-Classical: Pharrell Williams
Best Metal Performance: “God Is Dead,” Black Sabbath
Best Rock Album: Celebration Day, Led Zeppelin

Gadis yang diberi nama Xiao Yi atau 'Vietnam Yao Yao' telah menjadi terkenal di kalangan gamers China. Ini kerana si gadis comel menawan ini adalah antara gamer yang kental. Gambarnya telah mulai tersebar luas dalam hampir semua microblog negara itu. Semua gamers berharap yang gadis ini akan satu hari nanti akan berlakon di China selepas mendapati gadis ini juga seorang pelakon. Ada juga orang kata dia adalah jelmaan Elly Tran.








KAMI pernah berkongsi dengan anda gambar Sultan Brunei yang sanggup turun dari keretanya dan membantu anggota pengiringnya yang kemalangan di negaranya sebelum ini.
Baginda memang dikenali rakyat Brunei sebagai seorang Sultan yang dekat di hati rakyat.
Rapatnya baginda degan rakyat bukan bermusim.

Pada 25 Januari lepas, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menziarahi kawasan Lamunin dalam Daerah Tutong yang dilanda banjir, meninjau keadaan mangsa-mangsa bencana alam itu di sana.

Ekoran cuaca hujan lebat yang berlarutan selama beberapa hari menyebabkan beberapa kawasan di negara itu dilanda banjir.
Selain Tutong, Belait turut dilanda bencana alam itu sehingga menyebabkan beberapa jalan raya terpaksa ditutup akibat runtuhan tanah.



Baginda sanggup turun ke lokasi kejadian dan meredah air banjir dan juga menaiki bot biasa untuk meninjau keadaan mangsa banjir di sana.

Penulis bagaimanapun, teruja melihat bagaimana kesetiaan pengawal keselamatan baginda yang biarpun mengenakan pakaian seragam lengkap sanggup berenang dan berpaut pada perahu baginda demi menjaga keselamatan Sultan Hassanal Bolkiah

BEIJING : Tiga armada perang China telah melakukan rondaan di kawasan perairan James Shoal yang terletak 80km dari sempadan negeri Sarawak yang menjadi tuntutan Malaysia.

Pegawai dan tentera yang bertugas diatas armada berkenaan bersumpah untuk melindungi kedaulatan dalam penyataan terbaru terhadap ketegasan Beijing untuk menuntut hak diatas Laut China Selatan sekaligus menaikkan kembali ketegangan diplomatik diantara Kuala Lumpur dan Beijing. 

Kumpulan armada perang yang dihantar ke perairan Laut China Selatan itu terdiri dari sebuah kapal amfibia bagi tujuan pendaratan, 'Changbaishan', dengan diiringi dengan dua kapal pemusnah, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam satu majlis yang diadakan di kawasan Zengmu Reef, tentera dan pegawai-pegawai diatas kapal telah bersumpah untuk melindungi kedaulatan negara dan kepentingan maritim. Zengmu Reef adalah istilah China bagi merujuk nama kawasan James Shoal.

Panglima armada, Jiang Weilie menggesa anggota serta pegawai tentera yang bertugas diatas ketiga-tiga armada tersebut untuk bersedia melawan dan meningkatkan keupayaan dalam pertempuran bagi membantu Beijing menjadi sebuah kuasa maritim dunia.

Sejak akhir-akhir ini, Beijing meningkatkan pengaruhnya di Laut Cina Selatan ekoran tuntutan bertindih selain pertikaian hak maritim di kawasan yang dipercayai mempunyai potensi simpanan minyak dan gas yang tinggi dan Beijing mendakwa mereka memiliki keseluruhan hak kedaulatan diatas laut Cina Selatan.

Pada Mac yang lalu, Kuala Lumpur telah membantah pencerobohan 4 armada China ke kawasan tersebut. Malah dalam 'lawatan 4 armada berkenaan' tentera Cina telah melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kehadiran mereka ke kawasan tersebut. Pada bulan April berikutnya, sebuah kapal Maritim Cina datang kembali ke kawasan berkenaan dan meninggalkan penanda keluli bagi mempertegaskan tuntutan mereka keatas kawasan tersebut.

Maklumat tambahan : Tiga hari lepas Changbaishan dan dua escort destroyers Wuhan dan Haikou melakukan latihan pendaratan di Paracel Island. kemudian Reuters laporkan 15 jam lepas (tq kepada Mohd Khairil Anuar) Fleet ni dilaporkan melakukan perkara yang sama juga di JAMES SHOAL. Sekali lagi. - Sumber Military Malaysia FB 

Sumber : http://www.arabnews.com/news/515571


Selepas Kerajaan Amerika Syarikat tahun ini menghalalkan ganja di Washington dan Colorado , syarikat pengeluar rokok terbesar di dunia dari AS, Philip Morris , memperkenalkan produk baru mereka iaitu rokok ganja .

Wakil Presiden Pemasaran Philip Morris, Serafin Norcik dalam wawancara mengatakan rokok itu akan dijual di gerai - gerai di Washington dan Colorado seperti dilapor laman abriluno.com , Jumaat ( 24 / 1 ) .


Norcik menuturkan syarikatnya sudah melakukan kajian untuk jualan rokok ganja itu .

Norcik menambah pihaknya sudah menghubungi bekas pembekal ubat - ubatan terlarang di Mexico dan Paraguay untuk membuka rangkaian pengedaran di seluruh Amerika Utara dan Selatan . Dua negara itu adalah pengeluar terbesar ganja di dunia .


Phillip Morris kini sudah menyiapkan dana promosi yang besar untuk memasarkan produk rokok ganja bernama " Marlboro M " .

Mereka akan mula memasarkan produk itu pada awal 2015 .

Berita ini hoax.. :)


Paris Hilton tahu benar bagaimana caranya tampil mencuri perhatian saat berpose di permaidani merah . Datang ke acara pesta pre - Grammy Awards yang diadakan Diddy di Boulevard 3 , Los Angeles , AS , Khamis ( 23/1/2014 ) , Paris sengaja mengenakan pakaian telus .
Gaun hitam dengan terperinci sequin itu menjadi perbincangan kerana mempunyai potongan yang tidak biasa . Gaun tersebut dibuat telus di bahagian perut hingga paha kanan . Sehingga saat dikenakan , gaun itu memperlihatkan Paris tidak mengenakan underwear di balik pakaiannya tersebut .

Sebelum datang ke pesta Diddy ini, Paris sempat menuliskan di Twitter mengenai  kehadirannya. "On way to @Boulevard3 for @iamdiddy's party. I hit the stage to play my set in hour. See you there! #GoodTime," tulisnya.

Rambutnya dengan model jambul , Paris kelihatan percaya diri berpose di depan juru foto mengenakan pakaian berwarna hitam itu . Dia santai saja dan tersenyum ke kamera walaupun bahagian intimnya nyaris terbuka .

 
Paris bukan selebriti pertama yang mengenakan pakaian telus dengan potongan berisiko tersebut . Sebelumnya ada pelakon Jaimie Alexander dan Gwyneth Paltrow yang juga pernah memakai busana sejenis.

Gwyneth mengenakan pakaian yang telus di kawasan berhampiran punggung saat menghadiri premier filem ' Iron Man ' . Sedangkan Jaimie memakai pakaian yang serupa dengan fesyen Paris ketika datang ke premier ' Thor : The Dark World ' .

Seperti biasa, penampilan selebriti di karpet merah sesuatu majlis anugerah dalam dunia hiburan pasti menjadi perhatian ramai dan untuk Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) malam ini ianya tidak terkecuali.
Mengambil tempat di perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil, barisan finalis Anugerah Juara Lagu ke 28 tampil bergaya di karpet ungu kali ini sejajar dengan tema Game On yang menjadi mantra majlis berprestij itu malam ini.
Bukan sahaja finalis AJL 28 yang boleh kita lihat, rakan rakan artis dari pelbagai bidang juga hadir memberikan sokongan mereka kepada majlis ini dan juga barisan penyanyi dan komposer yang diraikan malam ini. Gambar untuk tatapan anda seperti biasa, enjoice!