LONDON – Dia adalah seorang jutawan namun ia tidak menghalang Susan
Boyle untuk memohon pekerjaan dengan gaji £6 sejam sebagai kerani di
syarikat penerima taruhan, Ladbrokes.
Penyanyi berusia 52 tahun itu dilaporkan memohon pekerjaan tersebut selepas melihat iklan untuk jawatan berkenan.
Pada Khamis lepas, Susan telah memasuki premis tersebut dan
menghabiskan masa selama lima minit bercakap dengan penolong pengurus di
situ, David Corr bagi jawatan berkenaan.
“Susan Boyle berjalan masuk ke kedai ini dan memohon pekerjaan dalam
iklan yang ditampal di tingkap kami. Semua orang di sini terkejut,’’
kata Corr.
Beliau kemudiannya memaklumkan kepada Susan supaya memohon jawatan itu melalui dalam talian.
Ketika tindakan Susan itu dilihat oleh peminatnya sebagai sesuatu
yang mengejutkan, penduduk si situ memberitahu penyanyi itu ingin
memohon jawatan berkenaan untuk membolehkannya berinteraksi dengan
penduduk setempat.
“Susan pernah menjelaskan bahawa dia suka bekerja dan tinggal berdekatan kawasan itu.
“Sebenarnya dia tidak memerlukan wang, jadi saya rasa ia merupakan
langkah untuknya keluar dari rumah,’’ kata salah seorang penduduk.
Harta Susan dianggarkan £20 juta dan dia akan memulakan siri jelajah seluruh Britain pada bulan Mac ini.
No comments
Post a Comment