BERLIN – Bekas diktator Jerman, Adolf
Hitler sebelum ini dipercayai membunuh diri di sebuah kubu bawah tanah
di sini tahun 1945 menjelang kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.
Namun, seorang penulis, Simoni Renee
Guerreiro Dias dalam bukunya, Hitler in Brazil mengejutkan banyak pihak
apabila dia mendakwa bekas diktator itu meninggal dunia pada tahun 1984
selepas hidup dalam penyamaran di sebuah bandar kecil dekat sempadan
Brazil dengan Bolivia.
Dias berkata, Hitler berjaya melarikan diri dari tempat persembunyiannya di sini dan menuju ke Amerika Selatan.
Penulis berkenaan mengemukakan sekeping
gambar gambar menunjukkan Hitler bersama seorang wanita kulit hitam
untuk membuktikan dakwaannya.
Melalui bukunya, Dias mencabar pendapat
ramai ahli sejarah yang percaya Hitler menembak dirinya di kubu bawah
tanah berkenaan pada 20 April 1945.
Pengarang tersebut sebaliknya
memberitahu, bekas pemimpin Parti Nazi itu melarikan diri ke Argentina
dan kemudian ke Paraguay sebelum menetap di Mato Grosso, Brazil.
Menurutnya, Hitler kemudian menetap di sebuah bandar kecil, Nossa Senhora do Livramento bersama seorang teman wanita.
Menurut Dias, Hitler sengaja memilih wanita kulit hitam sebagai kekasih bertujuan untuk mengelirukan musuh-musuhnya.
Sebelum ini, bekas diktator tersebut terkenal kerana membenci bangsa Yahudi dan kulit hitam tetapi memuliakan bangsa Aryan.
Dias merancang untuk menjalankan ujian
DNA dengan menggunakan seorang saudara Hitler yang tinggal di Israel
setelah diberi kebenaran untuk menggali kubur Adolf Hitler yang didakwa
ditanam di Nossa Senhora do Livramento bagi membuktikan dakwaannya. –
Agensi
No comments
Post a Comment