Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KITA sering didedahkan mengenai keindahan serta misteri Sungai Amazon yang terletak di Brazil. Bagaimanapun, jarang sekali kita dengar mengenai Sungai Kongo yang dikatakan sungai terdalam di dunia.

Sungai Kongo atau Congo River yang terletak di Afrika merupakan sungai yang paling dalam dan ke-9 terpanjang di dunia.

Kepanjangan sungai yang airnya berwarna hitam gelap ini diukur mencapai sehingga 4,700 kilometer secara keseluruhannya.

Manakala kedalaman sungai ini pula dikatakan mencecah sehingga 250 meter iaitu mengatasi Sungai Yangtze di China yang berkedalaman hanya 200 meter dan Sungai Danube di Eropah yang hanya mencapai 178 meter dalam.

Sejarah Sungai Kongo dipetik menerusi laman Wikipedia yang menyatakan bahawa sungai ini terbentuk sejak 1.5 juta hingga 2 juta tahun dahulu.

Terdapat lebih 700 spesies hidupan dalam air direkodkan di sepanjang sungai ini.

Spesies ikan yang paling merbahaya di sungai ini dikenali sebagai ikan harimau atau 'Tiger Fish' yang melahap daging sebagai makanan utamanya.

Ikan dari spesies karnivor ini dikatakan pernah menyerang dan membunuh seorang kanak-kanak Afrika yang didakwa bermain di tepi sungai tersebut.

Ikan lagenda yang turut digelar sebagai ‘Demon Fish’ ini boleh mencapai ukuran panjang sehingga lima meter manakala beratnya pula boleh mencecah sehingga 69 kilogram.

Ia ditakuti oleh seluruh masyarakat setempat, dianggap sebagai raja sungai, sekali gus mematahkan kebimbangan penduduk setempat terhadap ‘saudaranya’, ikan piranha yang turut mendiami sungai tersebut.

Di sebalik sejarah dan faktanya yang menakjubkan, Sungai Kongo dikatakan mencatat siri tragedi yang menakutkan.

Ratusan penduduk dikatakan terkorban dalam siri kemalangan bot dan feri yang rata-ratanya mencatatkan kematian tinggi di sungai tersebut.

Tragedi  terbaru dicatatkan pada Disember 2014 di mana kejadian feri tenggelam menyebabkan 30 penumpang feri maut sementara 105 yang lain terselamat.



Peninggalan kuno yang luar biasa telah ditemui dan mungkin boleh dijadikan sandaran untuk menulis semula sejarah tamadun Mesir.




Artifak misteri ini telah ditemui dibekas rumah Sir William Petrie di Jurusalem, yang dipercayai diambil oleh wakil Muzium Rockefeller, tidak lama selepas penemuan ini menjadi terkenal.


Menurut Shepard Ambellas, editor Intellihub News, artifak makhluk asing Mesir ini ditemui tersembunyi di sebuah ruang rahsia disebalik rak buku Sir William Petrie.



William rupanya telah menemui bukti kehidupan makhluk asing sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1942, tetapi memilih untuk menyembunyikannya di Jurusalem.



Sekarang, Muzium Rockefeller telah mengambil alih pemilikan artifak ini dan pakar makhluk asing dan UFO menyatakan kerisauan kerana artifak ini akan disembunyikan, dan akses orang awam disekat dari mengkajinya dengan lebih terperinci.




VICTORIA, Australia – Seorang pemburu hantu, Allen Tiller menemui imej seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan melutut ketika melakukan penggambaran rancangan televisyen Haunting: Australia di sini baru-baru ini.
Rakaman video tersebut diambil ketika Tiller bersama rakannya, Rayleen Kable berada di Rumah Sakit Jiwa Beechworth yang terkenal sebagai salah satu destinasi berhantu di negara tersebut.
“Kami juga sempat merakamkan hentakan pintu dan bunyi orang berjalan ketika berada di bahagian yang dikenali sebagai bull pen, ujar Tiller.
Tiller menambah, menerusi rakaman ‘Fenomena Suara Elektronik’, jelas kedengaran suara orang ramai menjerit meminta mereka untuk keluar.
Sejak Januari lepas, pasangan itu mengetuai kumpulan pemburu hantu untuk mengambil gambar, bacaan elektromagnet dan rakaman suara di tempat-tempat misteri di sekitar Austalia. – AGENSI


Semalam menjadi perbualan ramai di laman perkongsian Facebook mengatakan seorang pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran bukit besi yang berjaya menangkap gambar penumpang misteri ini.


Perkara ini nampaknya telah meresahkan orang ramai yang hari-hari munggunakan jalan tersebut.
SK akhirnya mengambil jalan untuk memastikan cerita ini sahih atau tidak kerana maklumlah zaman sekarang macam-macam boleh dibuat.

Akhirnya sumber sebenar kami perolehi dimana orang yang mula-mula memuat naik gambar ini adalah pada 17 Februari lepas lagi dan gambar yang disiarkan mengatakan di LPT2 adalah tidak benar,


Menurut beliau jadian berlaku di Bintulu Sarawak dimana gambar tersebut diambil oleh kawannya.
Jadi dalam lokasi mungkin timbul percanggahan, tetapi entiti apakah yang menumpang dibelakang sebuah lori itu? Apapun yang pasti dia tetap makhluk ciptaanNya. Entiti apakah hanya tuhan yang tahu.


Bruuh kanak-kanak kini tidak lagi boleh diterima masyarakat. Kanak-kanak perlu pergi ke sekolah bagi memastikan masa depan mereka cerah dan mempunyai peluang untuk keluar dari kemiskinan. Di Amerika Syarikat penggunaan buruh kanak-kanak dibenarkan sehingga 1938. Usaha mengharamkan penggunaan buruh kanak-kanak sudah bermula sejak 1900. Pada waktu tersebut hampir 2 Juta kanak-kanak diantara umur 5-10 tahun dipercayai dikerah untuk bekerja di sektor perlombongan dan perkilangan. Gambar-gambar di bawah diambil oleh Lewis Heinuntuk digunakan sebagai bukti kekejaman yang berlaku terhadap buruh kanak-kanak. Kanak-kanak digunakan kerana mereka lebih murah dan dipaksa membantu keluarga. Di dalam lombong mereka lebih pantas bergerak kerana tidak terlalu tinggi. Di kilang tekstil pula mereka boleh merangkak ke dalam mesin untuk membersih datau membaiki mesin yang rosak. Ramai yang meninggal dunia dan cacat seumur hidup akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Usaha Lewis Hein dan National Child Labor Committeememastikan kanak-kanak Amerika Syarikat sekarang hampir 100% bebas dari menjadi abdi.

Sementara itu di Malaysia semua orang tahu ada kanak-kanak dipaksa mengumpuk"derma" untuk madrasah dan sekolah tahfiz. Jual kalender dan ubat sapu. Dari pagi ke malam mereka menjual produk dari meja ke meja. Satu Malaysia tahu. Menteripun tahu. Wartawan akhbar juga tahu tapi kenapa mereka masih diperhambakan? Ini ialah sesuatu yang memalukan negara. Ini membuktikan dari segi hak kanak-kanak, kita masih setanding Amerika Syarikat sekitar 1900. Menyedihkan!







Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, "Mahu potong kepala?". Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, "Tak lah, saya nak potong rambut" akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawap "Ya" dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak. 

Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.

Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan.


Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.

“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.



Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.

“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.

Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.


“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.

Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.



Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.

Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.


Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.


Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.
Seorang saintis, Dr John Brandenburg mengemukan satu teori aneh semasa Annual Fall Meeting of the American Physical Society di Illinois. Menurut beliau, peradaban kuno Marikh musnah akibat serangan nuklear dari ras alien lain.

Dr Brandenburg berkata, penduduk kuno Marikh yang disebut Cydonians dan Utopians dibantai dalam serangan itu. Dan dia mendakwa, buktinya masih ada hingga sekarang.

Dr John Brandenburg adalah saintis yang mendapat gelaran PhD dalam Teori Fizik Plasma dari University of California, Davis. Beliau juga bekerja di Orbital Technologies, Madison, Wisconsin.




Pada 2011 lalu, beliau mengandaikan bahawa warna merah di permukaan Marikh boleh jadi adalah akibat dari letupan termonuklear yang terjadi secara semula jadi.

"Permukaan Marikh disaluti lapisan nipis bahan radioaktif, termasuk uranium, torium (Th) dan kalium radioaktif - dan pola ini teradiasi dari hot spot di Marikh," katanya kepada FoxNews kala itu. "Ledakan nuklear boleh menghantar serpihan ke sekitar planet."

Namun, seperti dikutip dari Daily Mail, Sabtu (22/11/2014), beliau berubah fikiran. Dengan menyebut bahawa letupan nuklear tersebut tidak berlaku secara semula jadi tetapi dilakukan bangsa alien bijak.

Seperti dimuat laman Vice, kesimpulan dari makalah terakhirnya menyebut, isotop nuklear di atmosfera Marikh menyerupai uji bom hidrogen, "yang boleh menjadi contoh tamadun yang terhapus oleh serangan nuklear dari luar angkasa."

Kajian beliau tertumpu di sekitar 'konsentrasi tinggi' Xenon-129 di atmosfera Marikh. Juga uranium dan torium di permukaannya, yang kesemuanya dikesan oleh pesawat milik NASA, Odyssey.

Para saintis lain sebelumnya mengatakan bahawa penampakan elemen-elemen tersebut tidak mengejutkan. Kerana semuanya adalah elemen natural yang boleh didapati di mana pun.

Namun, Dr Brandenburg menegaskan bahawa itu adalah jejak-jejak letupan nuklear di permukaan Marikh.

Makalahnya itu diberi judul 'Evidence of Massive Thermonuclear Explosions in Marikh Past, The Cydonian Hypothesis, and Fermi s Paradox'. Beliau juga merancang menerbitkannya di Journal of Cosmology and Astroparticle Physics.

Dr Brandenburg berkata, Marikh dulunya mirip Bumi - rumah bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dan kehidupan makhluk di sana sama majunya seperti bangsa Mesir purba di planet kita.

Beliau mendakwa, berdasarkan analisis terhadap dua kawasan, salah satunya adalah Cydonia. Di mana 'wajah di Marikh' ditemui. Menurut Dr Brandenburg itu adalah artifak dari bangsa alien kuno.

Di sana lah, kata dia, letupan nuklear memusnahkan peradaban di Cydonia Mensa dan lain - termasuk di kawasan yang disebut Galaxias Chaos.

"Analisis gambar terbaru dari Odyssey, MRO, dan Mars Express memberikan bukti kuat objek arkeologi yang terhakis di sana," kata beliau. "Dengan mengambil kira semua hal itu, data yang mengarah pada hipotesis Marikh sebagai tapak pembantaian antara planet dengan bom nuklear, kini perlu dipertimbangkan."

Dr Brandenburg menambah, teorinya boleh menjelaskan Paradoks Fermi - percanggahan antara anggaran kemungkinan kewujudan peradaban ekstraterestrial yang tinggi dengan kekurangan bukti atau hubungan dengan peradaban semacam itu.

Beliau menyarankan misi menghantar manusia ke Marikh perlu dilakukan secepat mungkin  untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Secara berasingan, pakar UFO, Nigel Watson berkata, Dr Brandenburg bukan yang pertama menduga, makhluk Marikh binasa kerana letupan nuklear.

Meskipun teori tidak kuat dan tak sahih, dia berkata, "itu adalah peringatan bahawa kita boleh melakukan hal yang sama pada planet kita sendiri. Dan menggariskan keyakinan sejumlah saintis bahawa kita mungkin tidak akan mengesan makhluk bijak di luar Bumi, sebab, di suatu titik, peradaban kita akan musnah, melalui bencana dahsyat dan kemusnahan yang disebabkan diri sendiri.

Sejak penampakan hantu dalam foto yang diambil cucunya di bilik hospital, keadaan kesihatan Bob Large yang dinyatakan menderita kanser pundi kencing dan kegagalan buah pinggang semakin bertambah baik sejak keluar dari hospital.

Semasa Bob membuat pemeriksaan di hospital di Chester, Cheshire, United Kingdom, doktor berkata, lelaki berusia 76 tahun itu hanya mempunyai beberapa hari lagi untuk hidup. Sehingga Chriss Leadbetter memutuskan untuk mengambil foto datuknya menggunakan kamera telefon bimbit.

Dipetik dari Mirror, Selasa 4 November 2014, Chris mengaku hasil foto yang dianggap akan menjadi gambar terakhir datuknya itu mengejutkan semua orang kerana memperlihatkan sosok wanita, yang kemudian dianggap oleh Bob sebagai malaikat penolong mereka.

Terkejut melihat foto di telefon bimbit beliau, Chris memperlihatkan kepada kakitangan  hosptal yang menganggapnya perkara biasa. 

"Oh, perempuan itu. Ramai pesakit pernah melihat dia dekat katil mereka," kata Chris mengulang jawapan yang diperolehinya.

Chris yang berusia 20 tahun menunjukkan foto itu pada ahli keluarga lain, yang juga merasa takut. "Beberapa orang menganggap itu seperti satu bayang, tapi tidak ada sesuatu baik cermin, kaca atau apa-apa yang boleh memantulkan bayangan," katanya.

Seorang kakitangan hospital yang dibina sejak 1829, berfungsi sebagai rumah sakit jiwa itu, berkata ada beberapa penampakan lagi selain hantu perempuan seperti yang ada pada gambar Chris.

"Datukku masih hidup hingga saat ini, walau doktor mengatakan ketika itu hidupnya tinggal beberapa hari," ucap Chris, menambah bahawa keadaan kesihatan datuknya kelihatan semakin bertambah baik selepas keluar dari hospital.


Sumber: Viva news



Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul pada tahun 2006 (laporan dari sumber asal) apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!
Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler?

Adolf Hitler
Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.
Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.
Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.
Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.
Divisyen Ke-13 Waffen SS Hanzar
Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.
Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.
Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.
Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.
Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.
Haji Amin Al Husseini
Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.
Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.
Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.
Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.
Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.
Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.
Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.
“Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah seorang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam,” katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.
“Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,” katanya.
Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.
Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.
Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?
Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad pada tahun 2006 (laporan sumber asal) mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.
“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya.
 

PASUKAN polis Los Angeles melalui titik hitam apabila menghadapi suatu kes pembunuhan yang masih belum terungkai sehinggalah ke hari ini.

Kes yang menjadi tabu dalam pasukan polis ini melibatkan pembunuhan ngeri  seorang wanita yang diberi jolokan, Black Dahlia.

Pada 15 Januari 1947, seorang suri rumah, Betty Bersinger menjumpai sekujur mayat wanita muda ketika sedang bersiar-siar bersama-sama anaknya yang berumur tiga tahun di kawasan lapang sebuah taman di Liemert Park, Los Angeles.





Mayat tersebut ditemui terbaring di dalam semak. Tubuhnya dikerat dua, terpisah dari bahagian pinggang tanpa seurat benang. Manakala sebahagian lagi, kedua belah tangannya diletakkan di bawah kepala seolah-olah seperti sedang beraksi dalam sesi fotografi.

Kepala mayat mendongak setinggi 45 darjah. Wajahnya dikelar-kelar dari hujung bibir hingga pipi sepanjang 5 sentimeter. Terdapat kesan lebam kelihatan pada bahagian buku lali. 

Kedua belah kakinya terkangkang. Pada pergelangan tangan mangsa terdapat kesan tali dipercayai mangsa diikat dan dibelasah sebelum dibunuh. Di bahagian peha mayat kelihatan torehan jelas susunan abjad ‘BD’.





Dua detektif, Harry Hansen dan Finis Brown dikerah untuk merungkai kes ini. Bahagian Forensik bertungkus-lumus mencari bahan bukti seperti darah dan cap jari tetapi hampa. Pihak polis telah membuat andaian, mangsa telah dibunuh sebelum dicampak ke situ.

Lebih merumitkan, struktur badan mangsa yang terbelah dua itu telah pun dicuci sebelum dihumban ke taman berkenaan.

Selain itu, polis turut membuat andaian pembunuh adalah seorang yang pakar membuat kerja-kerja pemotongan. Mangsa dibawa ke hospital dan dibedah siasat.





Mangsa dicam dan dikenali sebagai Elizabeth Short, dilahirkan pada 29 Julai 1924 di Hyde Park, Massachussette.

Pada tahun 1940an, hubungan media dan polis begitu akrab. Pihak polis menggunakan bantuan alatan pembesar cap jari daripada akhbar.

Secara tidak langsung, akhbar menerima maklumat tunjang daripada pihak polis dan peluang ini dijadikan sebagai scoop berita untuk mensensasikan kes ini.





Akhbar Examiner menggunakan kelebihan ini untuk menjejaki ibu kepada Elizabeth dan mendapatkan maklumat lanjut semasa hayatnya. Untuk mengorek rahsia, pihak akhbar terlebih dahulu memberitahu ibunya yang Elizabeth baru saja memenangi peraduan ratu cantik.

Selepas ibunya selesai bercerita tentang anaknya, barulah pihak akhbar memberi perkhabaran tragis yang menimpa anak gadisnya.

Kecantikan Seks & Kekejaman. Begitulah tajuk berita yang terpampang pada dada-dada akhbar di seluruh negara keesokan harinya.





Siasatan demi siasatan dijalankan demi mencari pembunuh gadis cantik ini. Apakah motif pembunuhan?

Pihak polis masih buntu. Setelah menyiasat, barulah satu demi satu kisah Black Dahlia didedahkan.


Black Dahlia merupakan nama jolokan Elizabeth Short, seorang gadis kampung yang berhijrah ke Hollywood untuk menjadi anak wayang.

Dia tinggal dengan bapanya di California bekerja sebagai pelayan. Namun selepas beberapa bulan tinggal dengan bapanya, Dahlia keluar dari rumah.

Lampu neon kota Hollywood dan tubuh yang cantik menjadikan gadis ini lupa diri. Black Dahlia mula berpelesiran dan berfoya-foya di kelab-kelab malam untuk berhibur dan menghabiskan wang jantan-jantan yang dikenalinya.

Susuk tubuhnya seakan seorang wanita yang matang dengan kulit putih mulus menjadikan gadis ini kegilaan lelaki-lelaki hidung belang di kelab-kelab malam.

Elizabeth diberi jolokan Black Dahlia kerana gadis ini dikatakan sering mengenakan busana berwarna hitam. Rambut asal yang berwarna perang juga diwarnakan hitam.





Akhirnya pada Disember 1944, Black Dahlia menghentikan tabiat playgirlnya selepas bertemu cinta dengan Matt Gordon, seorang tentera udara berpangkat Mejar. Tetapi pada bulan Ogos 1945, ketika perang Amerika-Jepun tamat, Matt yang bertugas dilaporkan terbunuh dalam nahas kapal terbang




Selepas kematian cintanya, Dahlia kembali menjadi semakin liar dan hilang arah tuju. Dia merancakkan semula kehidupan di kelab-kelab malam dan menghabiskan wang jantan-jantan miang di Miami.

Sasarannya, askar, ahli perniagaan, lelaki tua atau muda yang penting, mereka semua berduit. Enam bulan sebelum hari-hari terakhirnya, Black Dahlia hilang punca dalam hidupnya.

Dia masuk keluar hotel, apartmen dan bilik-bilik sewa di California. Selagi boleh menginap secara percuma, Black Dahlia akan tidur. Pernah sekali Black Dahlia tinggal di sebuah rumah bersama 12 wanita lain.

Gadis ini sering bertukar pasangan setiap malam, selain tidak mempunyai teman rapat, dia rela diusung orang-orang asing ke hulu ke hilir. Situasi ini merumitkan pihak polis membuat siasatan terhadap kematian Black Dahlia.

Lebih seribu orang disoal siasat dan berpuluh-puluh suspek di tahan, tetapi tiada satu pun yang dapat merungkaikan kes ini. Individu terakhir yang dikatakan bersama dengan Black Dahlia turut disoal siasat serta menjadi suspek utama polis.

Malangnya, tiada satu pun bukti dapat mengaitkan Robert Manley sebagai pembunuh kerana beliau hanyalah salah seorang jantan-jantan poyo yang mahu berasmara dengan Black Dahlia.





 Lebih 40 anggota dikerahkan untuk membantu siasatan kes ini. Polis menyerbu beberapa buah rumah yang disyaki untuk mencari bahan bukti.

Parit-parit besar, kedai dobi layan diri, tong-tong sampah digeledah namun usaha ini gagal. 

Apabila kes ini seakan tidak berpenghujung, akhbar Examiner dikejutkan dengan kehadiran bungkusan yang memuatkan gambar-gambar Black Dahlia, sijil kelahirannya, kad keselamatan sosial, surat pengesahan kematian kekasihnya, Matt Gordon serta petunjuk baru – 75 nama lelaki lengkap bersama alamat. Pengirimnya, tidak diketahui.

Polis segera memanggil dan menyiasat kesemua 75 orang, namun usaha ini turut gagal serta menemui jalan buntu. Deretan nama lelaki-lelaki ini hanyalah beberapa kali saja menemui Black Dahlia. Tiada motif dapat dibuktikan untuk membawa mereka ke muka pengadilan.


Akhirnya kes Black Dahlia tiada berpenghujung. Tidak ada lagi pihak yang tampil untuk membantu siasatan melainkan beratus-ratus surat cemuhan dan usikan yang dihantar kepada jabatan polis Los Angeles. 

Kes Black Dahlia telah menjadi inspirasi kepada berpuluh-puluh novel, pembuat filem dan memberi inspirasi kumpulan muzik metal (Black Dahlia Murder) tetapi malangnya pembunuh Black Dahlia masih bebas sehinggalah sekarang atau mungkin juga sudah lama menemui ajalnya tanpa diadili undang-undang!

Kes Black Dahlia terus diselubungi misteri!

Terdapat pelbagai hukuman dikenakan kepada pesalah di dalam penjara. Di Malaysia ada hukuman sebat dan juha digantung sehingga mati untuk pesalah dadah. Pada zaman Victorian ada hukuman yang dikenakan kepada kesemua pesalah yang dipenjarakan. Hukuman threadmill ini dimulakan pada tahun 1818 oleh Sir Willian Cubitt. 

Beliau menyedari banduan duduk melepak di dalam penjara dan bagi beliau ini bukanlah hukuman yang secukupnya bagi penjenayah. Sistem threadmill memaksa pesalah berjalan di atas mesin threadmill selama 6 jam sehari. Threadmill yang berputar kemudian digunakan untuk menjana mesin pengisar tepung. Oleh itu penjenayah boleh dihukum sehingga penat dan pada masa yang sama penjara dapat menjual gandum yang dikisar hasil dari tenaga kerja kerahan. Hukuman ini diamalkan sehingga pertengahan kurun ke 19 dan dihentikan kerana dikatakan tidak berperi kemanusiaan. 





SEORANG lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di panggil ‘ batu neraka ‘ telah di tawarkan 4 juta usd atau dalam RM12 juta. Tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Batu yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.
Bagaimana batu itu ditemui..?

Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik.
Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah.



Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta(RM12 Juta)  untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.
Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.
Difahamkan sebuah hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam. Biar Betik? Gangguan ini dikatakan bermula apabila seorang wanita berambut panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN). Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Amboi, siapa pula Shasha sebenarnya? Wanita itu digelar hantu Shasha.



Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas. Upacara memagar tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dan ia dilakukan oleh 40 orang perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.

Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu. Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’. Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.

Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan. Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.


Apa perasaan anda apabila selepas meneliti gambar yang baru diambil tiba-tiba ada kelibat manusia lain yang tak dikenali dalam gambar tersebut? Tentu terkejut dan seram kan.
Begitulah dialami seseorang yang berkongsikan gambar anak saudaranya di Facebook Oh! Media.

Menurut pengirim, gambar yang diambil jam 11 malam itu amat mengejutkan apabila didapati turut merakam gambar seorang kanak-kanak yang tidak dikenali sedang duduk di kerusi belakang.


Jika dilihat pada gambar, ternyata imej kanak-kanak misteri tersebut kelihatan jelas dengan wajahnya yang pucat.
Macam Ju-Onn pun ada kan? Memang seram


Nak diikutkan memang pelik bunyinya tapi sebuah pusat beli belah besar yang boleh dikira baru dibuka di Seremban dikhabarkan tidak meletakkan cermin di dalam tandasnya.

Dengar khabar ada cerita mistik di sebalik tindakan ini iaitu mengelak gangguan yang gemar muncul jika terdapat cermin dalam tandas.

Mengikut cerita yang kini tersebar di laman sosial, kisah seram di tandas pusat beli belah ini bukan rahsia lagi malah ia pernah disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina.



Selain tandas, pengunjung juga didakwa mengalami gangguan aneh ketika menonton wayang termasuk kaki tiba-tiba ditarik atau rambut terasa seperti diusik.


 Benarkah dakwaan ini atau ia sekadar untuk menjejaskan pusat beli belah yang terbengkalai selama 10 tahun sebelum beroperasi ini?
Hanya mereka yang pernah mengalami pengalaman seram di sini dapat memberikan kepastian