Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

TUARAN: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta kancil yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 7, Jalan Sulaman di sini, hari ini. 

Menurut Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Faidizal Abdullah, mangsa yang maut ialah Shalizan Azman, 33, penumpang di sebelah pemandu dan Khairul Atdeen Shah, 20-an, penumpang di tempat duduk belakang.
Katanya, pemandu kereta berkenaan, Abdul Jumat Abdul Hussin, 23, dan Hairul Matiasin, 34, seorang lagi penumpang, cedera dan dibawa ke Hospital Daerah Tuaran.

Polis cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan  sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilaporkan dirogol dan dipukul hingga hampir mati.

Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, sema tulang rusuknya patah.


Samsung Promoter

Majlis tertinggi Iran akan melarang semua transaksi pembelian produk Samsung di Negara tersebut.

 Hal ini kerana salah satu produk iklan Samsung yang dianggap menghina Negara mereka.

Syarikat Samsung di Korea Selatan dalam kenyataannya, mengatakan bahawa mereka tidak membuat iklan tersebut. 

Bacaan perjalana nNik Wallenda
Pemegang enam rekod dunia Guinness, Nik Wallenda, akan cuba melakar sekali lagi namanya dalam sejarah dengan berjalan dari Amerika Syarikat ke Kanada melalui satu daripada air terjun terkemuka Niagara.

Perjalanan Nik Wallenda
Di kenali sebagai Air Terjun Ladam Kuda, Wallenda menggunakan kabel besi untuk melengkapkan perjalanan sejauh 549 meter.







Wallenda akan berjalan di atas kabel yang diikat setinggi 67 meter dari permukaan air.

Stesen televisten milik Disney ABC, membayar sejumlah wang yang besar bagi mendapat hak menyiarkan aksi itu secara lansung



Syarikat Television yang menaja

Nik Wallenda



Justeru, stesen itu bertegas mahukan Wallenda mengambil langkah keselamatan sewajarnya sebelum memulakan langkahnya.

Kebenaran diperoleh Wallenda selepas dia memujuk pihak berkuasa AS dan Kanada selama dua tahun.

Keperluan terhadap penajaan menyebabkan Wallenda terpaksa akur.

Justeru, dia akan menggunakan tali keselamatan yang diikat pada badannya ketika menyeberangi air terjun itu nanti. - DM
Mr Bean Kesurupan DEPE

JAKARTA: Polis Indonesia akan mula menyiasat filem komedi seram negara itu, “Mr Bean dirasuk D.P.” minggu depan selepas seorang penonton memfailkan aduan mengatakan filem itu yang dibintangi pelakon seiras Mr Bean menipu.


Muhammad Zainal, 29, membuat laporan polis mendakwa penerbit filem itu, KK Dheeraj dan pelakon Dewi Persik (Depe) menipu peminat Mr Bean dengan menyatakan Rowan Atkinson, bukan penyamar Mr Bean yang berlakon dalam filem berkenaan.

“Muhammad berkata dia sudah menonton filem itu dan menyangka Dewi berlakon bersama aktor Rowan Atkinson. Namun, dia bukan Atkinson. Malah, hanya seseorang yang seiras dengan Atkinson,” kata jurucakap Polis Jakarta,


 Komisioner Kanan Rikwanto, semalam.
Mr Bean dan Dewi Persik 
“Dia berasa tertipu secara moral dan material kerana sudah membelanjakan 35,000 rupiah (RM11.80) untuk membeli tiket. Muhammad mendakwa Dheeraj melanggar undang-undang perlindungan pengguna yang melarang pengiklanan palsu dan agenda tersembunyi.


Jika disabitkan, penerbit filem itu berdepan hukuman maksimum lima tahun penjara dan denda 2 bilion rupiah (RM673,644).



Polis merancang menyoal siasat Muhammad Isnin depan dan meminta pakar serta saksi lain tampil untuk membantu siasatan.
“Polis juga akan menonton filem itu bagi membuktikan sama ada ia mengandungi elemen yang melanggar undang-undang atau terdapat babak Rowan Atkinson sebagai Mr Bean,” katanya.

KK Dheeraj
Sementara itu, Dheeraj berkata, filem berkenaan tidak menipu peminat.
“Saya tidak pernah menulis nama Rowan Atkinson pada poster. Saya tidak menipu orang ramai,” katanya. -Jakarta Pos





 Walaupun rekod kumpulannya terjual 45 juta unit di seluruh dunia, seorang daripada anggota Westlife diisytihar bankrap, lapor media semalam.


Penyanyi Shane Filan, 32, mengalami nasib malang apabila empayar hartanahnya runtuh dan menanggung hutang 18 juta (RM89.2 juta).

Bercakap kepada media, Shane berkata, dia berusaha mengurangkan hutangnya tetapi terpaksa akur apabila cubaannya gagal.

Mengesahkan berita itu, artis kelahiran Ireland itu berkata, dia berunding dengan beberapa pakar kewangan untuk mencari penyelesaian.

“Semua cubaan itu gagal,” katanya.

Untuk sementara ini, kata Shane, dia akan memberikan tumpuan kepada siri jelajah terakhir Westlife yang sedang berlangsung.

Selepas itu, katanya, dia akan memberi fokus kepada membina semula hidup bersama isteri dan tiga anak mereka.

Sebelum krisis ekonomi melanda, Shane dan abangnya, Finbarr, meminjam beberapa juta pound dari bank di Ireland bagi membolehkan syarikat mereka membangunkan 90 rumah mewah di Dromahair.

Bagaimanapun, hanya separuh daripada rumah itu berjaya disiapkan dan kebanyakannya terpaksa dijual pada harga lebih rendah daripada kos
NEW YORK: Kedudukan Ratu Dunia 2010, Alexandria Mills kini terumbang-ambing selepas gambar bogelnya tersebar.
Alexandria Mills, 18, dari Kentucky, mewakili Amerika Syarikat dan dinobatkan dengan gelaran itu dalam pertandingan yang diadakan di Sanya, China pada 30 Oktober lalu.
Alexandria, wanita pertama Amerika memenangi gelaran berkenaan, didakwa merakam sendiri gambarnya dalam keadaan bogel musim panas lalu.

Gambar itu menunjukkan dia duduk di atas tandas tanpa berpakaian.




BEIJING: Pihak berkuasa China mengesahkan seorang wanita dipaksa menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh bulan, beberapa hari selepas gambar janin itu dimuat naik di Internet. Kumpulan hak asasi manusia menyalahkan kerajaan wilayah Shaanxi di utara negara itu kerana memaksa Feng Jianmei menggugurkan kandungannya.
Gambar Feng terbaring di sebelah mayat anaknya

Tindakan itu diambil apabila Feng gagal membayar denda kerana melanggar dasar kawalan populasi yang mengehadkan sesebuah keluarga mempunyai seorang anak saja.

Kerajaan Shaanxi berkata, siasatan awal mengesahkan kes itu “pada asasnya benar” dan penyiasat mencadangkan pelakunya dikenakan tindakan.

Kejadian itu menarik perhatian ramai apabila beberapa gambar Feng terbaring di katil hospital di sebelah mayat anaknya disiarkan di Internet.