Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Woowwww!! Panas dan hangat hampi Hangit dibuatnya!!!

"Listen , Listen , Listen Listen , Listen , Listen ..Listen , Listen , Listen ..Listen , Listen , Listen ..Listen , Listen , Listen ..Listen , Listen , Listen ..Listen , Listen , Listen ..Listen , Listen , Listen ..Listen , Listen , Listen ..Listen , Listen , Listen ..Listen , Listen , Listen ..Listen , Listen , Listen ..Listen , Listen , Listen ..Listen , Listen , Listen, dan terus Listen...  Inilah perkataan yang dikeluarkan oleh Sharifah Zohra Jabeen apabila merampas mikrofon dari Bawani KS!

Patut kerrr tak patut?? 
Korang nak tau tak, Sharifah Zohra Jabeen nih merupakan seorang PRESIDEN ORGANISASI SUARA WANITA 1MALAYSIA... Tapi kenapa mempunyai sikap sebegini??


seorang pelajar, Bawani KS yang berdiri untuk membincangkan dan memyuarakan pendapat tentang keputusan mahkamah tentang Perhimpunan Bersih dan soalan lain yang ditanya beliau,  

"mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain."

Dan bila saudari Bawani KS masih lagi memberikan pendapat dan hujah beliau, tetiba sikap kurang ajar dan tak bertamadun oleh Sharifah Zohra Jabeen tetiba terserlah dengan jayanya apabila dia merampas mikrofon dengan cara untuk mengelakkan saudari Bawani KS meneruskan hujah beliau. Nie ke cara Presiden Organisasi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M)?  

Jom tengok video nih!!

Dan versi remixnya sebegini!! Wowwww....

Woooww!! Biar betul?? Suami ceraikan isteri sebab drama Adam dan Hawa?!!

Ini kisah sedih tapi lucu jenaka pulak rasanya.
Ada seorang pak cik yang ke mahkamah sebab cemburu bila isterinya meminati Aaron Aziz. Pak Cik ni dah 50-an dah umur dia. Tapi kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana.
Begini kata si suami bila hakim tanya sebab apa dia lafaz cerai: “Saya lafaz cerai semasa bangun tidur pukul 10.05 malam. Saya ke ruang tamu dan melihat isteri asyik menonton drama bersiri Adam Dan Hawa. Saya syak isteri saya menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz daripada tingkah lakunya.

“Saya jadi cemburu dan tak dapat mengawal kemarahan lantas melafazkan talak satu terhadap isteri. Saya rasa diri saya tak dihargai lagi.”
Terkesima hakim tu. Kalau nak tahu Hakim Syarie tu kawan Brader. Yalah… kan si isteri meminati drama lakonan Aaron. Takkanlah cemburu sampai melafazkan cerai pulak. Agaknya isteri pak cik tu tak pernah missed nonton sampai tak hiraukan suami dia kut.

Kuat juga pengaruh drama ni sampai ada yang bercerai berai sebab tak hiraukan laki bila asyik menonton. Haa… kalau ya pun nak menonton, buatkanlah kopi ke apa ke kepadaa laki dulu lepas tu bolehlah terus menonton.
Brader bukanlah nak persendakan pak cik tu tapi mahu jadikan kisah ini sebagai sebuah kisah dan teladan. Semoga kita tak buat kesilapan sebegitu dalam hidup kita.

Brader: Kalau macam ni kisahnya, hakim tu bolehlah bawa Aaron jumpa pasangan tu agar suami dia tengok adakah Aaron juga menyimpan perasaan kat isteri dia. Mesti Aaron pun ada simpan perasaan… iaitu perasaan kesian. (Manggaonline.my)
KOTA SAMARAHAN: Seorang kontraktor berumur 62 tahun ditemui mati dan dipercayai dibunuh di sebuah rumah sedang dalam pembinaan di Taman Samarindah di sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Samarahan, Asisten Superitendan Mohd Ibrahim Jalaluddin, yang mengesahkan kes itu, berkata mayat Tan Hong Pheng ditemui dengan tali nilon dijerut di lehernya.
"Siasatan awal menunjukkan bahawa pembunuhan itu mungkin bermotifkan rompakan kerana kami mendapati wang tunai dan beberapa dokumen peribadi mangsa hilang," katanya ketika dihubungi.



Beliau berkata, orang awam yang melalui kawasan rumah itu kira-kira jam 7.25 pagi mendapati mangsa terbaring kaku di dalam rumah sebelum dia menghubungi polis.

Mohd Ibrahim berkata, kemungkinan terdapat lebih daripada seorang suspek terbabit dalam kes itu yang kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA
Klang: Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu.
Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu.
Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik.
WOwwww!! Artis-artis Kpop dah tiba!! 

Seperti yang kita sedia maklum, Samsung telah memilih Kuala Lumpur sebagai tuan rumah kepada 25 artis-artis ternama Korea bagi memeriahkan acara Samsung Galaxy The 27th Golden Disk Awards di sini.
Antara barisan artis yang sudah berada di Malaysia ialah Super Junior, Beast, Ft Island, Infinite, CN Blue, Miss A, Ai Lee dan BTOB.

Acara setanding Anugerah Grammy yang pertama kali diadakan di Asia Tenggara itu bakal berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa di sini, selama dua hari bermula hari ini.
Pada majlis tersebut terdapat lebih 10 kategori anugerah, antaranya, Lagu Terbaik, Album Terbaik, Artis K-Pop Popular dan Anugerah Hip Hop Terbaik.
Dan sebaik saja para artis K-Pop ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), punyalah ramai peminat mereka menunggu di Balai Ketibaan.

Sumber dan foto - Mynewshub.my