Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tan Hong Pheng ditemui mati dijerut dilehernya!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KOTA SAMARAHAN: Seorang kontraktor berumur 62 tahun ditemui mati dan dipercayai dibunuh di sebuah rumah sedang dalam pembinaan di Taman Samarindah di sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Samarahan, Asisten Superitendan Mohd Ibrahim Jalaluddin, yang mengesahkan kes itu, berkata mayat Tan Hong Pheng ditemui dengan tali nilon dijerut di lehernya.
"Siasatan awal menunjukkan bahawa pembunuhan itu mungkin bermotifkan rompakan kerana kami mendapati wang tunai dan beberapa dokumen peribadi mangsa hilang," katanya ketika dihubungi.



Beliau berkata, orang awam yang melalui kawasan rumah itu kira-kira jam 7.25 pagi mendapati mangsa terbaring kaku di dalam rumah sebelum dia menghubungi polis.

Mohd Ibrahim berkata, kemungkinan terdapat lebih daripada seorang suspek terbabit dalam kes itu yang kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments